Anda di halaman 1dari 7

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif

lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.


Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab
Dengan Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor
daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan
putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat
handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji
kecantikan gigi arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi
semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di
dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri
daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual
dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak
seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan
tidak berani mendekati buaya itu.
Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu
cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu
kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia
tidak mendengar pujian begitu.
Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu
lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab
berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan
makan daging.
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau
tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya
lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu
memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi,
buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah
riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang


arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
Penebang Kayu Dengan Anaknya.
Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang
miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua
lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu
bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan
membiarkannya tinggal di situ.
Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang
ayah? tanya isteri penebang kayu.
Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk
menghabiskan sisa-sisa hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang
kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah
didengari oleh anak mereka.
Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli
sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu
itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut.
Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.
Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan
sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di
sana, ayah akan dijaga dengan baik, kata penebang kayu itu sambil
memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti
maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan
kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan,
anak penebang kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul
itu semula!
Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.
Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila
ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.
Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia
tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata
kepada anaknya. Marilah kita pulang ke rumah.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.
Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Puteri
Sulung Dan Puteri Bongsu.
Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar
yang amat cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan
berdarah putih dan amat disayangi oleh raja.
Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai
kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan
untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi serba salah.
Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan. Tetapi,
kalau pinangan itu diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat
kerana baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu.
Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan
Puteri Sulung. Rancangan ini tentu berjaya, kata seorang pembesar.
Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri
Sulung mengaku yang dia bernama Puteri Bongsu, Akhirnya pinangan
Raja Tinggi itu pun di terima.
Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang
disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung
telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan darahnya
berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu tidak
berwarna putih.
Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya? tanya
Raja Tinggi sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar.
Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,
Raja Tinggi amat murka. Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita
akan serang negeri Ambun, kata Raja Tinggi dengan garangnya.
Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk
menundukkan negeri Ambun.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.
Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampaiampai Dan Puteri Laut.
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat
setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah
ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat
cantik.
Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai
bersama beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar
yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di
tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat kecantikan puteri Raja
Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat putera raja
yang gagah perkasa dan kacak itu.
Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki
kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada
dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera raja. Putera
raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar dan
segera belayar meninggalkan pantai itu.
Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju
ke pantai tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampaiampai pun pulang ke istana lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja
Laut.
Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu
lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur
tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampai-ampai ke tepi
laut.
Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada
beta, titah baginda.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut
pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampaiampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa
tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan
menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ
dan pulang kepada ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan
berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.
Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Perempuan
Muda Yang Berani.
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua.
Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang
besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan upacara
untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah
dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu
sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan
lalu memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam
ilmu.
Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah
jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata
Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan
tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau
saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!
Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar.
Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan
nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.
Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang
sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara
kepada Raja Tua. Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan
bantal yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan kerabat
diraja menangis melihatkan perempuan muda yang begitu berani
mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua.
Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh
batang lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu
itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan
mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.
Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua
berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak
saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana
keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta pusaka
kepada anak saudara perempuannya itu.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.


Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang


arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
Harimau Yang Tamak.
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada
penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak
mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun
mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan.
Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu,
timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki
aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali
sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat
makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.
Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap
Maharaja Singa.
Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah
kehendak engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang
bengis itu. Hatinya berdebar-debar.
Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau
tergagap-gagap.
Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.
Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.
Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan
kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki
tujuh haru sekali, kata Singa.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia
hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan
tujuh hari sekali. TuankuPatikPatik
Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya
boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau
tadi telah pun beta kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali.
Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak

bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali


ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai