Anda di halaman 1dari 75

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK 1

Pengenalan Kepada Kerohanian

1.1 SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan konsep kerohanian menurut pandangan Islam
dan agama agama lain seperti pandangan agama Kristian, agama
Buddha dan agama Hindu. Tajuk ini juga membincangkan Akta
Pendidikan 1996 seksyen 50 (1) berkaitan pengajaran Agama Islam.
Seterusnya perbincangan menjurus kepada aspek-aspek yang menjadi
fokus utama di dalam Pendidikan Islam seperti keimanan, kemanusiaan,
ketatanegaraan dan kemasyarakatan. Selain itu pelajar juga akan
didedahkan dengan medium-medium penerapan kerohanian iaitu melalui
ilmu, kemahiran, amali dan pembudayaan.
1.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan konsep dan amalan kerohanian dan moral menurut
kefahaman agama Islam dan agama-agama lain.
2. Dapat mengetahui dan memahami apakah fokus utama Pendidikan
Islam Prasekolah.
3. Boleh melaksanakan penerapan kerohanian melalui ilmu, kemahiran,
amali dan pembudayaan.

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1.3 Kerangka Konsep Tajuk.

Pengenalan kepada
kerohanian

Subtajuk 1
Konsep kerohanian

Subtajuk 3
Akta Pendidikan 1996
seksyen 50 (1)
Pengajaran Agama Islam

Subtajuk 2
Pandangan mengikut
agama-agama

Subtajuk 4
Fokus Pendidikan Islam
-keimanan
-kemanusiaan
-ketatanegaraan
-kemasyarakatan

Subtajuk 5
Penerapan kerohanian melalui:
-ilmu
-kemahiran
-amali
-pembudayaan

1.4 Pengenalan Kepada Kerohanian


Mari kita mulakan perbincangan dengan menghayati secara ringkas
tentang konsep kerohanian.
1.4.1 Konsep Kerohanian

Menurut Kamus Dewan (1998) rohani bermaksud batin yang berkaitan


dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani merupakan sesuatu yang
berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan
tidak dapat dilihat dengan mata kasar kepada sifat dalaman yang melibatkan
semangat

seseorang.

Kerohanian atau rohani,

dalam

maksud

terhad,

merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala


dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang
dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan
2

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan


penaakulan strategik.
Rohani yang sempurna selalu dikaitkan dengan aktiviti beragama,
individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu
itu. Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai
rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum
mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total.

1.4.2

Konsep kerohanian mengikut agama-agama

Kesucian

rohani

sangat

ditekankan

dalam agama.

Kesucian

rohani

membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan


manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap
individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan
undang-undang.
Menurut sarjana Islam Al Ghazali (1058-1111) rohani sebagai perkara
yang terdiri daripada akal, hati, jiwa dan roh. Menurut al Ghazali (1058-1111)
lagi potensi ilmu ada di dalam roh insan dan melalui pendidikan potensi itu
akan dapat diserlahkan. Seterusnya Hasan Ali (1999) menambah bahawa
kerohanian berkait rapat dengan kejiwaan iaitu kecenderungan. Menakala
menurut Wahiduddin Khan, maksud kerohanian adalah keinginan makhluk
untuk berhubung dengan Penciptanya.
Mendidik kanak-kanak dengan

perkara-perkara yang

berkaitan

dengan rohani merupakan suatu kewajipan ibu bapa dan para guru yang
telah diamanahkan. Ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud
wahai orang orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari
api neraka (Surah at Tahrim ayat 6). Menurut Islam, kanak-kanak dilahirkan
suci dengan membawa fitrah beragama. Maka kedua orang tuanya yang
bakal mencorakkan anak-anaknya samada menjadi Yahudi, Nasrani atau
Majusi. (Hadis riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah). Sayyidina Umar r.a
3

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

berpesan ajarlah anak-anakmu dengan ilmu semasa, kerana sesungguhnya


mereka dicipta untuk suatu zaman yang bukan lagi zamanmu.

Imam al

Ghazali (450-505 H) mensyaratkan kanak-kanak mesti dididik sejak lahir oleh


wanita-wanita yang kuat beragama dan mulia tingkah laku.

Seterusnya,

kanak-kanak perlu dididik dengan pelajaran agama, adab sopan, adab


makan dan minum, mencuci badan dan cara berwudhu yang betul serta
bersolat (Hamid 1990).

Di dalam agama Kristian pula ajarannya berpusat kepada empat tema iaitu
kemuliaan tuhan, imej Christ, rohaniah tuhan dan kehidupan abadi. Dalam
Perjanjian Baru, perkataan Yunani untuk utusan ialah aggelos, dari mana kita
dapat perkataan Inggeris angel. Perkataan ini juga digunakan untuk keduadua utusan manusia dan rohaniah. Tuhan mengirim berbagai jenis utusan.
Pertama, utusan-utusan manusia yang bernubuat (2 Taw. 36:15-16). Kedua,
ada juga utusan-utusan rohaniah yang diutus kepada manusia dengan pesan
atau fungsi khusus. Sebagai agen-agen Tuhan mereka dikirim ke bumi untuk
melaksanakan semua keputusan Tuhan berkenaan hal-hal hukuman dan
pembetulan manusia (Keluaran 12:23; Mazmur 104:4; Ibrani 11:28). Malaikat
juga membawa pesan kepada nabi-nabi Tuhan dan melindungi umat Tuhan.
Apabila para malaikat muncul kepada manusia ini selalunya dalama rupa
bentuk manusia. Anak-anak rohaniah Tuhan juga ada disebut mempunyai
pangkat dan kuasa berlainan (Zakharia 1:9, 11; Yudas 1:9). Mereka
berkuasa (2 Tes. 1:7); dipanggil pahlawan-pahlawan perkasa (Mazmur
103:20); kudus (Lukas 9:26); pilihan (1 Tim. 5:21). Bagaimanapun,
mereka harus jangan disembah (Kol. 2:18; Wahyu 19:10).

Dalam

agama

Buddha,

ajarannya

pula

menggalakkan

para

penganutnya melatih diri sendiri supaya mendapat kesedaran untuk melihat

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

bukan sahaja sesuatu kejadian alam seperti yang berlaku pada diri sendiri,
malah keadaan yang berhubung dengan sesuatu kejadian itu.
mengikut fahaman mereka yang melakukan meditasi, maksud kerohanian
adalah menjauhkan diri dari perkara yang dianggap keduniaan.
Sementara kerohanian di dalam agama Hindu pula, menjurus kepada
kepercayaan dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula
(samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma)
seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang
lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan
antara Atman (roh diri) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan). Brahman,
Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya
iaitu Brahma: Pencipta Vishnu: Pemelihara Shiv Ini mewakili Triniti Hindu
atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam
semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga
kepercayaan utama: Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu
Pemusnah dan Pencipta Semula.
Sudahkah anda mendapat gambaran tentang konsep kerohanian
menurut perpektif agama-agama di atas? Cuba buat rumusan
terhadap pendapat-pendapat di atas dengan menggunakan peta
minda.
1.4.3 Akta Pendidikan 1996- Seksyen 50(1) Pengajaran Agama Islam
Akta Pendidikan 1996-Seksyen 50 (1) Pengajaran Agama Islam menyatakan
jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat 5 orang murid atau lebih
yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan
pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa
negeri.

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Cuba anda layari internet dan dapatkan maklumat lengkap


berkaitan Akta Pendidikan 1996 di atas.
1.4.4 Fokus Pendidikan Islam
Secara umumnya Pendidikan Islam memberi tumpuan terhadap empat
bidang

utama

iaitu

keimanan,

kemanusiaan,

ketatanegaraan,

dan

kemasyarakatan. Mari kita sama-sama cuba hayati dan fahami penjelasan


bagi semua bidang tersebut.
1.4.4.1 Keimanan
Antara perkara yang dititik beratkan di dalam Pendidikan Islam ialah
keimanan kepada Allah swt. Beriman kepada Allah Subhanahuwataala
bererti seseorang Muslim itu mempelajari, memahami dan mempercayai
dengan penuh yakin akan sesuatu yang wajib bagi Allah Subhanahuwataala
dari segala sifat-sifat kesempurnaanNya, dan sesuatu yang mustahil baginya
dari semua yang berlawanan dengan sifat-sifat wajib itu. Begitu juga, yakin
dengan sifat-sifat yang harus bagi Allah Subhanahuwataala. Dengan lain
perkataan, secara umumnya, seseorang Muslim wajib beritiqad bahawa
segala sifat kesempurnaan itu adalah hak Allah Subhanahuwataala sematamata, samada sifat-sifat itu yang berbentuk Uluhiyyah atau pun Rububiyyah.
Begitu juga sebaliknya, segala sesuatu yang tidak sempurna tidak layak
diletakkan kepada zat yang maha kudus itu.
Beriman kepada Allah Subhanahuwataala juga bermaksud seseorang
muslim wajib beritiqad bahawa di sebalik alam kebendaan yang nyata ini,
sudah wujud suatu zat yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera lahiriah
manusia. Pada Zat itu terkumpul segala kekuasaan mutlak. Padanya sahaja
ada sifat-sifat maha kuasa, maha mengetahui, maha bijaksana dan maha
pentadbir. Zat itu adalah punca kejadian segala makhluk dan segala yang

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

akan berlaku ke atasnya. zat itu punca hidayah, nur dan al-haq bagi manusia
sejagat.

Firman Allah Subhanahuwataala yang bermaksud:


Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang menghidupkan dan yang mematikan.
(Dialah)

Tuhanmu

dan

Tuhan

bapak-bapakmu

yang

terdahulu.

(Surah ad-Dukhan: ayat 8).


Berdasarkan maklumat di atas, sila buat rujukan tambahan
mengenai

konsep

keimanan

menurut

Islam.

Seterusnya

bincangkan tentang kepentingan memberi penekanan dalam


aspek

keimanan

terhadap

pendidikan

awal

kanak-kanak

nilai-nilai

kemanusiaan

prasekolah.
1.4.4.2 Kemanusiaan
Pendidikan

Islam

juga

menekankan

tentang

berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia.


Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik dan eksistensinya,
kehormatannya dan hak-haknya, dan juga memelihara darahnya, hartanya
serta kerabat keturunannya dalam kedudukan mereka sebagai individu
anggota masyarakat.
Perbincangan dan catatan nota
Sebagai seorang guru prasekolah, nyatakan langkah-langkah yang
boleh anda laksanakan dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai
kemanusiaan terhadap kanak-kanak.

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Bincangkan bagaimana Pendidikan Islam memberi fokus tentang


ketatanegaraan dan kemasyarakatan?
Berikan ruang untuk berehat sebentar. Tenangkan fikiran anda dan
teguklah sedikit minuman agar dapat memberi sedikit tenaga
kepada minda bagi meneruskan penerokaan modul ini. Katakan
boleh kepada diri anda.
1.4.5 Penerapan Kerohanian
Secara umumnya sesuatu yang berbentuk rohani atau kerohanian boleh
diajar dan dipelajari. Dalam erti kata yang lain ia boleh diterapkan oleh
seseorang individu kepada individu yang lain melalui medium-medium atau
saluran-saluran tertentu. Antaranya melalui saluran ilmu, kemahiran, amali,
dan pembudayaan.
Ilmu berperanan sebagai pemangkin dalam mendidik rohani/jiwa ke
arah kebaikan. Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu
perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga
dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.
Ketika itulah ilmu berperanan untuk membentuk dan memandu manusia ke
arah kebaikan. Nabi bersabda yang bermaksud sesiapa yang menghendaki
dunia maka dia perlukan ilmu, sesiapa yang menghendaki akhirat maka dia
perlukan ilmu, sesiapa yang mahukan keduanya maka dia juga perlukan
ilmu, (hadis riwayat al Bukhari).
Firman Allah dalam surah Luqman ayat 20 yang bermaksud Tidakkah
kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk kamu apa
yang dilangit dan apa yang dibumi dan menyempurnakan untukmu nikmatnya
lahir dan batin.

Dan di antara manusia ada yang membantah tentang

keesaan Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang
memberi

penerangan.

Dari nas-nas di atas jelaslah bahawa ilmu

merupakan sebagai medium dalam mendidik jiwa kerohanian manusia ke


8

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

arah kebaikan dan ke arah kecemerlangan hidup dan mentauhidkan Allah


swt.
Penerapan
kemahiran,

kerohanian

seperti

juga

kemahiran

diterapkan

berenang,

melalui

kemahiran

unsur-unsur

memanah

dan

menunggang kuda. Ini terserlah melalui kata-kata saidina Umar al Khattab


ajarlah

anak-anakmu

memanah,

berenang

dan

perintahkan

mereka

melompat di atas punggung kuda (al-Qardhawi 2002).


Penerapan kerohanian melalui amali dapat dilihat melalui arahan
latihan mendirikan solat oleh Rasulullah saw pada kanak-kanak melalui
sabdanya suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika umur mereka
tujuh tahun, dan pukullah anakmu yang meninggalkan solat ketika mereka
berusia sepuluh tahun. (Hadis riwayat Abu Daud)

Perbincangan

Cuba anda jelaskan apakah yang dimaksud oleh


Rasulullah saw melalui maksud hadis: Bermainlah dengan anakanakmu sehingga 7 tahun pertama, ajarkanlah adab kepada anakanakmu sehingga 7 tahun kedua dan berkawanlah dengan anakanakmu sehingga tajuh tahun yang ke tiga.
Nyatakan implikasi

yang akan timbul jika nilai kerohanian

diabaikan.

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK 2 Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah


2.1 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang pengenalan kepada kurikulum
Pendidikan Islam Prasekolah, serta falsafah, matlamat dan objektif
kurukulum tersebut. Selain itu, tajuk ini juga membincangkan kepentingan
Pendidikan Islam pada peringkat awal kanak-kanak berdasarkan nas-nas
dari al Quran dan al Hadis serta pandangan daripada Khalifah Islam Saidina
Umar dan pandangan Hujjatul Islam Imam al Ghazali.

Perbincangan

seterusnya berfokus kepada kandungan-kandungan dan hasil pembelajaran


Pendidikan Islam Prasekolah iaitu akidah, ibadah, sirah dan akhlak, serta
Bahasa Arab, al Quran dan tulisan jawi.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN


1. Menjelaskan pengenalan tentang kurikulum Pendidikan Islam
Prasekolah, falsafah, matlamat, objektif dan kepentingan Pendidikan
Islam pada peringkat awal kanak-kanak.
2. Memahami dan menjelaskan mafhum nas-nas berkaitan kepentingan
Pendidikan Islam peringkat awal kanak-kanak.
3. Menghurai dan mengenalpasti kandungan dan hasil pembelajaran
Pendidikan Islam Prasekolah.
10

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

4. Memahami konsep-konsep akidah,ibadah, sirah rasulullah, akhlak dan


Bahasa Arab al Quran dan tulisan jawi yang diguna pakai dalam
pendidikan Islam Prasekolah.

2.3 KERANGKA KONSEP TAJUK INI

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM


PRASEKOLAH

Subtajuk 1

Subtajuk 2
Kepentingan Pendidikan Islam
peringkat awal kanak-kanak
berdasarkan:
-Nas-nas al Quran
-Nas-nas al Hadis
-Pandangan Saidina Umar
-Pandangan Imam Ghazali

-Pengenalan
-Falsafah
-Matlamat
-Objektif

Subtajuk 3
Kandungan dan Hasil
Pembelajaran Pendidikan
Islam Prasekolah
Akidah: Rukun iman
-Konsep
-Merancang aktiviti
-Menyediakan bahan
-Pelaksanaan aktiviti

Ibadah: Rukun Islam


-Konsep
-Merancang aktiviti
-menyediakan bahan
-Pelaksanaan aktiviti

Sirah: Sirah Rasulullah


-Merancang aktiviti
-Menyediakan bahan
-Pelaksanaan aktiviti

Akhlak:
-Konsep
-Merancang aktiviti
-Menyediakan bahan
-Pelaksanaan aktiviti

Bahasa Arab al Quran dan


tulisan jawi:
-Konsep
11
-Merancang aktiviti
-Menyediakan bahan
-Pelaksanaan aktiviti

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.3.1 Pengenalan

Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah mengandungi lima


komponen utama iaitu akidah, ibadah, sirah rasulullah, akhlak dan bahasa
Arab, al Quran dan tulisan jawi. Ia disusun sebagai suatu transformasi dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam. Skop kandungannya telah dikurangkan
setelah mendapat berbagai komen dari pelbagai pihak kerana standard yang
hendak dicapai banyak dan peratus pencapaian murid masih ditahap
minimum. Ia juga digubal agar wujud kesinambungan dan keselarasan dari
prasekolah ke tahun satu sekolah kebangsaan.
2.3.2 Falsafah
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2008 digubal berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adakah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan


12

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan


terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
2.3.3 Matlamat Pendidikan Islam Prasekolah
Pendidikan Islam Prasekolah melalui tunjang kerohanian, sikap dan nilai
bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang rukun Iman,
rukun Islam, Sirah Rasulullah dan kalimah syahadah.
prasekolah

belajar

bersuci,

berwuduk,

melakukan

Kanak-kanak

pergerakan

solat,

mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian


mengikut adab adab Islam.

Pendidikan Islam Prasekolah juga bertujuan

memperkenalkan kanak-kanak dengan asas bahasa al Quran, huruf hijaiyyah


dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan.
2.3.4 Objektif Pendidikan Islam Prasekolah
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada
kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) tahun untuk mencapai
objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani. Bagi
bidang Pendidikan Islam penekanan diberi terhadap aspek kerohanian iaitu
mengamalkan nilai murni dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
untuk murid beragama Islam.
Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan tunjang Kerohanian, Sikap
dan Nilai khususnya komponen Pendidikan Islam, murid dapat mengetahui
asas rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah, dan melafazkan Dua
Kalimah Syahadah.

2.3.5 Kepentingan Pendidikan Islam peringkat awal kanak kanak

13

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Pendidikan Islam pada peringkat awal merupakan sesuatu yang amat


penting. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu
proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan
individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di
persekitaran dan dengan ilmu atau kemahiran yang diperolehi ia akan
mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan
sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di
masa yang akan datang (Department of Education and Science,1990).
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang
kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan
baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka
tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam
mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk
dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan
pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan
fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan
penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya (Mastura Badzis 2009).
Prof. Madya Dr. Mastura Badzis
Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Naib Presiden HELWA)

Di dalam al Quran terdapat banyak dalil-dalil yang menunjukkan kepentingan


pendidikan Islam pada peringkat awal kanak-kanak. Antaranya ialah ayat 6
surah at Tahrim Allah berfirman Wahai orang orang yang beriman jagalah
dirimu dan seluruh ahli keluargamu dari api neraka. Sural al Alaq ayat 1
bermaksud bacalah dengan namu tuhanmu yang telah menciptakan. Di
dalam surah Luqman ayat 13 pula Allah telah merakamkan bagaimana
Luqmanul Hakim mendidik dan membentuk keperibadian anaknya dengan
katanya dan apabila Luqman berkata kepada anaknya dalam keadaan dia
menasihat

dan

mendidik

anaknya,

wahai

anakku

janganlah

kamu

14

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

mensyirikkan Allah, sesungguhnya syirik itu merupakan suatu kezaliman


yang amat besar.
Ayat dari surah Luqman itu jelas menceritakan bagaimana didikan yang
berkaitan dengan Pendidikan Islam atau akidah anak-anak telah ditekankan
dari tahap kanak-kanak kecil lagi. Ini terbukti dengan penggunaan lafaz arab
Bunayya kata nama yang membawa maksud kecil bermaksud wahai anak
kecilku.
Di dalam hadis nabi juga terdapat banyak arahan-arahan berkaitan
pendidikan Islam kepada kanak-kanak.

Antaranya ialah sabda nabi saw

bermaksud
Saidina Umar r.a juga pernah berpesan "ajarilah anak-anakmu dengan ilmu
semasa, sesungguhnya anak-anakmu dicipta untuk suatu zaman yang bukan
lagi zaman kamu. Sementara imam al Ghazali pula (450- 505 H) pula
mensyaratkan agar anak-anak dididik sejak lahir oleh wanita-wanita yang
kuat beragama dan mulia tingkah laku. Kanak-kanak juga perlu dididik
dengan ilmu agama, adab bersopan, adab berdepan dengan makan dan
minum, mencuci badan dan cara-cara berwudhuk dan solat (Hamid 1990)
Kesimpulannya, Islam amat menitik beratkan pendidikan dalam
kehidupan manusia bermula pada peringkat kanak-kanak lagi. Kanak-kanak
perlu diasuh dan dididik dengan nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan agar
dapat membentuk mereka menjadi modal insan yang berguna serta
mendapat kesejahteraan dan keredhaan hidup di dunia dan akhirat. Oleh itu,
menjadi kewajipan bagi para guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar
kepada mereka untuk mencapai ke arah itu.
Soalan Tutorial:
1. Perbincangan tentang pendidikan anak-anak menurut Islam.
15

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2. Isu-isu semasa berkaitan dengan pendidikan awal kanakkanak

2.4 Pengenalan Kandungan dan hasil pembelajaran Pendidikan Islam


Prasekolah
Dalam kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah terdapat lima tajuk utama
yang diberi tumpuan, iaitu: akidah, ibadah, sirah Rasulullah, akhlak dan
bahasa Arab al quran dan tulisan jawi.
2.4.1 Akidah: Rukun Iman
Rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam
yang kita anuti. Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada kita,
maka barulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, di
dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata
kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah perkara-perkara
samiyyat (yang hanya didengar). Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran
pada awal surah al-Baqarah, ayat 3 bermaksud orang orang yang beriman
dengan perkara ghaib, dan mendirikan solat dan mereka menafkahkan apa
yang kami rezkikan.
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan
melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah
orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang
itu belum dikatakan beriman dengan iman yang sempurna. Ketiadaan satu
sahaja dari tiga perkara tersebut, seseorang itu boleh digelar sebagai fasik,
munafik atau kafir. Rukun iman terdiri dari enam perkara iaitu percaya
kepada Allah, percaya kepada malaikat, percaya kepada rasul, percaya
16

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

kepada kitab, percaya kepada hari kiamat dan percaya kepada qadha dan
qadar.
Bincangkan kaedah-kaedah yang sesuai dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran akidah .

2.4.2 Ibadah: Rukun Islam


Perkataan 'rukun' jika diteliti dari sudut pengertiannya menerusi kamuskamus Arab, maka ianya bererti:
a. sesuatu yang menguatkan
b. yang mempertahankannya atau memuliakannya
c. bahagian yang penting dan terkuat.
Dari pengertian di atas dapat dikaitkan dengan rukun Islam itu sendiri
iaitu ianya bererti; Islam itu ada berbagai-bagai cabang dan bahagiannya.
Dalam ibadat

pula ada bermacam-macam seperti mengucap

mengerjakan

solat,

membayar

zakat,

berpuasa,

syahadah,

menunaikan

haji,

melaksanakan amar makruf dan nahi munkar, berjihad pada jalan Allah dan
sebagainya.

Bahagian

yang

boleh

menguatkan,

mempertahankan,

memuliakan Islam itu adalah yang terkandung dalam rukun Islam. Bahagian
inilah yang penting dan terkuat. Rukun Islam dalam kontek ini merupakan
suatu konsep tersendiri yang amat luas pengertiannya. la adalah nilai Islam
itu sendiri pada diri seseorang. Rasulullah s.a.w. pernah menyebutkannya
sebagai tiang agama. Dalam kontek solat sebagai contoh, Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud: Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang
mendirikannya, maka sesungguhnnya dia mendirikan agama. Sesiapa yang
meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama yang
terdapat di dalam dirinya. Rukun Islam terdiri dari 5 perkara iaitu mengucap
dua kalimah syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji.
17

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.4.3 Sirah: Sirah Rasulullah


Sirah rasulullah saw ialah perjalanan kehidupan rasulullah saw. Kanak-kanak
akan didedahkan dengan cara menyebut nama Rasulullah saw dan ahli
keluarga baginda yang terdekat seperti ibu rasulullah bernama Aminah,
bapanya bernama Abdullah, datuknya bernama Abdul Muttalib, bapa
saudaranya bernama Abu Talib dan lain lain lagi.
peristiwa kelahiran rasulullah saw.

Juga cerita

tentang

Perkara perkara yang berlaku ketika

rasulullah dilahirkan.

2.4.4 Akhlak
Bahagian akhlak pula, kanak-kanak akan diberikan contoh bagaimana akhlak
rasulullah saw semasa baginda menjalani kehidupan seharian.

Akhlak-

akhlak tersebut ialah amanah siddiq (bercakap benar), fatonah (bijaksana),


penyabar dan lain-lain lagi.
Akhlak juga termasuk amalan-amalan seharian dan termasuk

cara

bagaimana melafazkan doa, contonhnya doa penerang hati dan doa menaiki
kenderaan. Adab sebelum makan dan minum, semasa makan dan minum
dan adab selepas makan dan minum. Cara melafazkan doa sebelum dan
selepas makan, membezakan makanan yang halal dan makanan yang
haram, makanan yang baik dan berkhasiat, adab adab memasuki tandas dan
keluar tandas, doa masuk dan keluar tanda, adab menghormati ibu bapa,
ahli keluarga,guru dan rakan sebaya.
Bincangkan kaedah-kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran akhlak. Sediakan rancangan
pengajaran dan pembelajaran bertajuk adab ketika makan.

18

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.4.5 Bahasa Arab, Al-Quran dan Tulisan Jawi


Mengenalpasti bunyi huruf mengikut tanda bacaan yang betul. Tanda-tanda
bacaan tersebut ialah baris atas, baris bawah dan baris hadapan.
Mengetahui huruf jawi dan menghafal beberapa surah dari juzu Amma
seperti surah al Fatihah, surah al Ikhlas, surah an Nas dan surah al Falaq.
2.5 Rumusan

Selepas mengikuti isi kandungan dan aktiviti-aktiviti dalam tajuk

ini

diharapkan anda telah dapat mengetahui dan memahami kurikulum


Pendidikan Islam Prasekolah, serta falsafah, matlamat dan objektif
kurukulum tersebut. Selain itu, dengan mengetahui kepentingan Pendidikan
Islam pada peringkat awal kanak-kanak berdasarkan nas-nas dari al Quran
dan al Hadis serta pandangan daripada Khalifah Islam Saidina Umar dan
pandangan Hujjatul Islam Imam al Ghazali, akan dapat membuka ruang
untuk anda mendalaminya lagi. Seterusnya semoga perbincangan tentang
kandungan-kandungan dan hasil pembelajaran Pendidikan Islam Prasekolah
iaitu akidah, ibadah, sirah dan akhlak, serta Bahasa Arab, al Quran dan
tulisan jawi akan memberi gambaran yang jelas kepada anda terhadap
komponen Pendidikan Islam Prasekolah.

Bagimana

keadaan

anda

sekarang?

Masih

mampu

untuk

berbincang tentang tajuk yang seterusnya? Kalau badan terasa


letih dan otak pun terasa kurang motivasi, jangan memaksa diri.
Cuba rehat seketika dan teguklah sedikit minuman mudahmudahan anda akan berasa segar kembali. Kemudian boleh
sambung lagi...

19

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK 3 Pengenalan Kepada Perkembangan Moral

3.1 SINOPSIS
Tajuk

ini

akan

perkembangan

membincangkan

moral,

tentang

komponen-komponen

konsep-konsep
moral

dan

dalam

teori-teori

berkaitan dengan perkembangan moral seperti teori psikoanalisis, teori


kognitif, teori Piaget, teori Kohlberg, teori pemelajaran sosial dan lain-lain
teori.
3.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengkaji dan mengenalpasti konsep-konsep dalam perkembangan
moral dan komponen-komponen moral.
2. Merancang pengurusan pelaksanaan nilai-nilai Perkembangan
Kerohanian dan Moral dalam kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

3.3 KERANGKA TAJUK

Pengenalan kepada
perkembangan Moral

Konsep
Perkembangan
Moral

Teori-Teori
Perkembangan Moral:
-Teori psikoanalisis
-Teori kognitif
-Teori Piaget
-Teori Kohlberg

20

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

3.3.1 Konsep Perkembangan Moral


Moral ialah satu kesedaran tentang apa yang buruk dan apa yang baik, apa
yang betul dan apa yang salah. Perkembangan moral pula merujuk kepada
perolehan tentang apa yang betul dan apa yang salah berdasarkan kod-kod
etika masyarakat setempat.
Terdapat tiga komponen moral iaitu: afektif, kognitif dan tingkah laku.
Komponen moral afektif atau emosi mengandungi unsur-unsur perasaan.
Komponen moral kognitif mengandungi pemikiran atau konsep betul dan
salah. Manakala komponen moral tingkah laku menggambarkan bagaimana
kita bertingkah laku, contohnya apabila kita dihadapkan dengan cabarancabaran untuk berbohong, menipu atau mencuri.
Kajian-kajian psikologi tentang perkembangan moral terbahagi kepada
dua kategori iaitu sesetengah kajian tertumpu pada isu-isu seperti kenapa
setengah kanak-kanak atau remaja mencuri, lari dari rumah, lepak dan
sebagainya, apakah faktor-faktor yang menerbitkan tingkah-laku tingkah-laku
tersebut serta apakah elemen-elemen yang mengikat kanak-kanak dan
remaja untuk bekerjasama, akur sesama sendiri dan sebagainya. Semua
persoalan ini tertumpu pada menjelaskan tingkah laku seseorang dalam
situasi-situasi moral serta tingkah laku moral.
3.3.2 Teori-Teori dalam perkembangan moral
3.3.2.1 Teori Psikoanalisis

21

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Freud menekankan soal afektif moral yang sering diperolehi apabila kanakkanak berumur 5 atau 6 tahun iaitu semasa tahap falik.

Superego akan

menentukan cara-cara yang telah digunakan oleh ego untuk memuaskan


impuls id betul caranya.

Superego akan menentukan cara-cara tersebut

diterima oleh masyarakat. Menurut Freud, kanak-kanak dipenuhi dengan id,


oleh sebab itu mereka sering bertingkah laku mengikut motif kendiri dan
lantaran itu ibu bapa amat penting untuk mengawal mereka.
Superego bertindak seperti ibu bapa di dalam kepala dan akan memberitahu
apa yang betul dan apa yang salah.

Superego juga akan menerbitkan

emosi-emosi seperti rasa malu dan bersalah jika seseorang individu


melakukan tingkah laku yang salah.
3.3.2.2 Teori Kognitif
Teori ini menekankan soal penaakulan moral yang berlaku dalam tahaptahap invarian yang bermaksud tiap satu tahap bergantung pada perolehan
pada tahap sebelumnya. Dengan kata lain, proses- proses pemikiran akan
menentukan samada sesuatu itu betul atau salah. Salah seorang pelopor
teori ini adalah Jean Piaget (1869-1980).
3.3.2.3 Teori Kognitif Piaget
Piaget memperkenalkan teorinya berdasarkan pemerhatian semula jadi ke
atas kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral
kepada dua tahap iaitu:
1- Moraliti Heteronomus (6-10 tahun)
Kanak-kanak percaya yang undang-undang atau peraturan datang daripada
ibu bapa atau orang orang yang berautoriti yang lain. Peraturan juga dilihat
sebagai suci dan tidak boleh diubah.

Oleh kerana kanak-kanak bersifat


22

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

egosentrik semasa ini, mereka hanya dapat melihat satu perspektif peraturan
sahaja.

Pelanggaran peraturan adalah salah jika ia membawa kepada

konsekuen yang merosakkan walaupun orang yang melanggar undangundang itu mempunyai niat yang baik.
2- Moraliti Autonomus atau Kerjasama (10-11 tahun ke atas)
Tahap ini dicirikan oleh kelenturan atau fleksibiliti moral. Kanak-kanak sudah
kurang egosentriknya dan mereka melihat peraturan sebagai persetujuan
antara individu-individu. Peraturan tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang
tidak boleh berubah atau yang mutlak tetapi ia boleh berubah mengikut
individu. Misalnya Henry lebih tidak bermoral daripada John. Autoriti orang
dewasa sebagai punca ketaatan utama tidak lagi dihormati.

Saling

menghormati dan kerjasama dengan rakan sebaya mula menjadi dasar


penaakulan moral.
3.3.2.4 Teori Kognitif Kohlberg
Lawrenc Kohlberg (1984) berpendapat moraliti juga berkembang mengikut
satu siri tahap. Ia berkembang secara universal dan dalam tiga tahap iaitu
tahap satu bagi awal kanak-kanak, tahap dua bagi masa kanak-kanak dan
tahap tiga bagi masa remaja. Dalam satu tahap pula terbahagi kepada dua
peringkat. Kohlberg membina teorinya berasaskan gerak balas kanak-kanak
terhadap satu set dilema. Kohlberg berpendapat bahawa kanak-kanak pada
tahap awal peringkat pertama berumur 7 tahun patuh kepada arahan kerana
tidak mahu didenda. Manakala pada peringkat kedua pula mereka mematuhi
peraturan untuk mendapat ganjaran, atau perkongsian untuk mendapat
balasan.

23

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Sila rujuk buku-buku, jurnal, sumber-sumber utama dan sekunder lain


bagi mendapat penjelasan yang lebih mendalam berkenaan teori
perkembangan moral kanak-kanak.

TAJUK 4 Pembentukan Perkembangan kerohanian dan


Moral peringkat Awal Kanak-kanak
4.1 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang teknik pengajaran yang terdiri
daripada bercerita, belajar melalui bermain, main peranan (masalah atau
dilema sosial), pemerhatian, latihan amali, hafazan, tunjuk cara, perbualan,
penjelajahan,

soal

jawab,

lawatan,

lakonan,

puisi,

nasyid,

ICT,

sumbangsaran, projek, simulasi dan perbincangan.

4.2

HASIL PEMBELAJARAN

1.

Menerangkan teknik-teknik pengajaran perkembangan kerohanian dan


moral peringkat awal kanak-kanak.

2.

Membuat pemilihan yang baik tentang media, bahan yang hendak


digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

24

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

4.3 Kerangka Konsep Tajuk Ini

25

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Te
knik
Pengajaran

Bercerita

belajar
melalui
bermain

Main

peranan

Pemerhatian

Latihan

amali

Hafazan

Tunjuk

cara

Perbualan

Penjelajahan

Soal

jawab

Lawatan

Lakonan

Puisi

Nasyid

ICT

Sumbangsaran

Projek

4.4

Pengenalan

26

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Teknik pengajaran merupakan strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
untuk mengelola dan melaksana kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.. Ia digunakan untuk menarik minat murid,
mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu murid.

4.4.1 Bercerita

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk


membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu
yang dapat menarik minat dan perhatian murid.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa


dapat disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,


membaca dan menulis dalam kalangan murid.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat


permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi
kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
27

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal


supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat muridmurid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak
disampaikan.

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid


sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain


BBM.

Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang


berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

4.4.2 Belajar Melalui Bermain

Satu kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada murid-murid


melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura (bermain) di dalam
keadaan terkawal.

Penggunaan kaedah ini berlandaskan prinsip Bermain Sambil


Belajar.

Kaedah ini selaras dengan naluri semula jadi kanak-kanak iaitu Suka
bermain
28

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Menurut Froebel, kaedah ini boleh

mengembangkan kemahiran

psikomotor, bahasa dan muzik dan ekspresi kendiri kanak-kanak.

Membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak(JERIS)

Biasanya dijalankan selepas penguasaan kemahiran tertentu.

Permainan sesuai dengan objektif, pengalaman, kemahiran,kebolehan


dan kecenderongan murid.

Guru merancang dan menyediakan alat permainan.

Memberitahu murid tujuan,peraturan dan cara bermain.

Semasa

permainan

berjalan,guru

hendaklah

mengawal

dan

memerhatikan murid .

Pastikan setiap murid terlibat secara aktif dan bermain mengikut


peraturan

Berbincang dengan murid tentang kesan permainan.


Faedah Bermain

Mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran

Membantu perkembangan potensi murid secara menyeluruh.

Murid bermotivasi untuk belajar dengan gembira dan berkesan.

Memberi

peluang

murid

berinteraksi

satu

sama

lain

dan

menggalakkan

semangat kerjasama.

Membantu murid dari segi kemahiran berkomunikasi.

Membantu

pembentukan

imaginative

thinking

dan

semangat

adventure

Membantu perkembangan kreativiti murid.

Memberi peluang murid berinteraksi satu sama lain dan


menggalakkan

semangat kerjasama

4.4.3 Main Peranan

29

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah


atau peristiwa yang dianggap penting.

Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang


ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan


skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan
situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan
kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara
spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang


sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen,
mendengar rakaman dan sebagainya.

4.4.4 Pemerhatian

Bermaksud pengamatan kepada perlakuan murid

Boleh dilakukan secara bersahaja tanpa pengetahuan murid

Pemerhatian adalah kaedah yang terbaik untuk menilai perkembangan


sebab kanak-kanak boleh meluahkan perasaan, idea, pengetahuan
dan emosi mereka melalui tingkah laku

Membantu membuat keputusan dengan betul

Memahami perbezaan perasaan, sikap dan interpretasi orang lain

Menjadi lebih prihatin

Memberi ulasan dan penjelasan dengan tepat

30

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Membolehkan

perancangan

dibuat berpandukan kekuatan

dan

keperluan kanak-kanak.

Dapat mengenal pasti sejauh mana program yang dijalankan


menyokong perkembangan kanak-kanak.

Menyediakan data untuk membuat keputusan-keputusan berkenaan


kanak-kanak dan kurikulum dan pelaporan (kepada ibubapa

dan

pihak yang berkenaan

4.4.5 Latihan Amali


Dalam pelaksanaan Latihan Amali, bimbingan dan latihan lebih diutamakan
daripada

penilaian.

Proses

ini

memerlukan

jalinan

kerjasama

dan

perkongsian pengalaman serta kepakaran antara guru dengan murid.


Tujuannya supaya murid memperolehi pengalaman secara praktikal.
Pengalaman langsung akan memberi keyakinan kepada murid untuk
melaksanakan ibadah seharian seperti wudhuk dan solat.
4.4.6 Hafazan

Kemahiran menghafaz merupakan satu kemahiran tinggi

Memerlukan daya ingatan yang kuat

untuk mengekalkan hafazan dalam jangka masa yang lama, murid


perlu mengulang-ulangnya setiap masa

4.4.7 Tunjuk Cara

31

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Satu

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

melibatkan

kemahiran guru menunjukkan cara melakukan sesuatu di hadapan


murid

Kaedah ini melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi,aktiviti


penglihatan dan pendengaran murid serta aktiviti percubaan oleh
murid
Sebelum Tunjukcara

Guru menentukan topik,objektif dan isi kandungan pelajaran.

Alat-alat

tunjukcara

disediakan

dan

disusun

menurut langkah

tunjukcara.

Tempat tunjukcara perlu sesuai agar dapat dilihat oleh semua murid
dengan jelas.

Aspek keselamatan perlu diambil perhatian .

Sebelum tunjukcara guru perlu jelaskan kepada murid tujuan


tunjukcara dan apa yang perlu diperhatikan oleh murid
Semasa Tunjukcara

Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan


tentang tunjukcara yang dijalankan.

Sekiranya

murid memperlihatkan keraguan, guru menerangkan

langkah itu sekali lagi.

Guru gunakan teknik menyoal untuk mendapat perhatian murid.

Pastikan semua murid dapat melihat tunjukcara serta mendengar


penerangan guru dengan jelas.
32

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Guru kemudiannya meminta seorang murid melakukan tunjukcara


Selepas Tunjukcara

Guru berbincang dengan murid tentang-bahagian-bahagian tunjukcara


yang penting.

Berbincang dengan murid tentang tujuan tunjukcara agar murid dapat


membuat rumusan dengan tepat.

Aktiviti pengukuhan selepas tunjukcara: murid membuat tunjukcara


dan mencatatkan langkah-langkah tunjukcara tersebut.

4.4.8 Perbualan

Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti


ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya khabar

Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk


dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan

Setiap

murid

menyesuaikan

perlu
dengan

memahami
konteks

maksud
perbualan

setiap
dan

frasa

bagi

kesesuaian

penggunaannya.

4.4.9 Penjelajahan

Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.

Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan


atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
33

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.

Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk


menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana
pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat
melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.

Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan
yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis.

Pengendalian teknik inkuiri ialah :


1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusan

4.4.10 Soal Jawab

Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan


dalam bidang pendidikan

Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia


adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan
murid secara berkesan.

34

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalansoalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki
memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan murid berfikir disamping


dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid


2. Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan
kritis.
3. Untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang
diajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan


pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih dinamik dan berkesan.

4.4.11 Lawatan

Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan murid


memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar

Murid dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh


mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik
darjah

Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti


dirancang rapi dengan para murid perlu menjalankan aktiviti atau
melaksanakan tugasan semasa lawatan.

35

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang


sering dijalankan seperti dalam tajuk sirah.

Ciri-ciri Penting

Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep


kerana pengalaman secara langsung

Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan


ini membawa kesan kepada pembelajaran

Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada murid untuk


memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang
berlaku

Kaedah ini juga menggalakkan murid untuk mengaitkan pengalaman


diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah

Ia

juga

menggalakkan

pembelajaran

eksperential

dan

lebih

menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku


dalam proses mengumpul maklumat.

Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang murid mengalami situasi


sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkaraperkara yang diajar

4.4.12 Lakonan

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang


berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan
audiolingual.

Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur


bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan
linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

36

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk


menghubungkan

perasaannya

dengan

matapelajaran

yang

dipelajarinya.

Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan


berkongsi sesuatu.

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah


satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran


disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

4.4.13 Puisi

Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan


maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian
manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam
dalam seni lain seperti drama puisi, him atau lirik.

Puisi merupakan bahan bacaan yang bertujuan sebagai alat hiburan


dan pendidikan yang penting, khususnya kepada murid.

Puisi memainkan satu peranan yang penting dalam mendidik muridmurid.

Ia menjadi satu bahan penting dalam meningkatkan perkembangan


dan pemerolehan bahasa murid.

Puisi juga dapat membantu murid untuk menambah ilmu pengetahuan


dan mengayakan pengalaman murid itu sendiri.

4.4.14 Nasyid

37

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Guru

menyampaikan

pengetahuan

atau

pelajaran

dengan

menggunakan kata, huruf, nombor atau ungkapan yang dimelodikan


dalam bentuk nyanyian atau nasyid

Tujuan memudahkan murid meningat atau menghafaz sesuatu


perkara

Murid dapat melaksanakan tugasan atau menguasai kemahiran


secara relaks dan santai

Guru boleh mencipta melodi sendiri atau menggunakan melodi sedia


ada untuk melafazkan

BILA? Waktu pertukaran sesi, menamatkan aktiviti, bersihkan kelas


dll

Cth: menghafaz ABC, mengenal huruf hijaiyah, sifir, nasyid nama


rasul, nama bulan Islam dll

Lirik mudah & ringkas

Banyak ulangan perkataan & rangkap

melodi berirama dan mudah dipelajari

Kaitan dengan pergerakan anggota badan/pancaindera

Berbentuk cerita, drama atau mainan

Ada unsur didaktik & amalan kehidupan seharian

Menyediakan lirik kepada kanak-kanak

Guru perlu nyanyi & gayakan dulu

Tunjukcara berulangkali
38

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Nyanyi menghadap kanak-kanak

Jangan paksa kanak-kanak tempoh singkat

Wujudkan kegembiraan sebelum & semasa menyanyi

Lakukan pergerakan kanak-kanak

Contoh nasyid

Mengandungi frasa ucapan

Selamat pagi, selamat datang @ selamat tinggal

Juga mengandungi peringatan & panduan hidup

Nilai-nilai murni, moral & nasihat

Berkaitan dengan aktiviti seharian.

4.4.15 ICT

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud


menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian, dan berfikrah
untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran

Ia digunakan

untuk memperkenal, mengukuh dan menambah

kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran

ICT meliputi komputer, rakaman audio, video dan cakra padat (CD)
bagi menyimpan, menyusun, menukar dan mencipta maklumat

Manfaat penggunaan ICT


39

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran

Memberi peluang pembelajaran yang sama

Meningkatkan motivasi

Membolehkan pembelajaran kendiri

Mengakses maklumat yang sukar diperolehi

Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabar

Melaksanakan eksperimen yang mahal, mustahil dan bahaya

Meningkatkan kreativiti dan imaginasi

Pembelajaran berkesan dengan bimbingan minimum

Meningkatkan kemahiran ICT

4.4.16 Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming)


yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap
ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat


sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang
lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif


dan bukan pembelajaran secara analitis.

40

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Tujuan Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid

Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas

Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk


dibincangkan dalam sesi umum.

Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak

Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan

Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea

Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.

Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan


mencukupi

Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where?


How? )

Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik

Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai


kebolehan

4.4.17 Projek

Kaedah Projek adalah penyiasatan secara mendalam, berkaitan


dengan topik dunia sebenar agar dapat menarik perhatian pelajar
terhadap topik.

41

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk


mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang
serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.

Menyediakan murid agar dapat mengaitkan pengalaman luar sekolah


dengan aktiviti.

Membantu pelajar bersedia menjalankan kajian dalam bidang sains


dan sains sosial.

Contohnya mengaplikasikan Asas Akhlak Islamiah dalam kehidupan


seharian

Kriteria pemilihan Topik bagi Projek:

Sejauhmanakah menariknya sesuatu topik bagi murid.

Adakah topik tersebut berkaitrapat dengan dunia sebenar.

Adakah pelajar mempunyai pengalaman sedia ada berkaitan dengan


topik yang diajar

Memudahkan murid agar mendapat pengalaman hands-on atau


hands experience/field work

Sejauhmanakah murid bergantung pada orang dewasa atau buku


untuk mendapatkan maklumat.

Adakah timbul pelbagai jenis soalan dalam kalangan murid berkaitan


dengan topik.

Adakah wujud peluang bagi murid untuk menjalankan kajian untuk


persoalan mereka secara aktif.

4.4.18 Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir


menyerupai keadaan sebenar yang memerlukanmurid berinteraksi
sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

42

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar


seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan
individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini murid digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,


membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan
peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada
murid mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan


dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan
menulis.

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber


motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran.

4.4.19 Perbincangan

Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan


mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih
murid

mengeluarkan

fikiran

dan

pendapat

dengan

bernas

(Kementerian Pendidikan 1990:85).

Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran


berbentuk perbualan dan ia dilakukan dalam kalangan murid dibawah
penyeliaan dan kawalan seorang guru.

Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama


dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu
43

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum,


seminar, bengkel, bahas dan debat.

Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi


mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan
sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat
melatih kepetahan murid untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh


murid sendiri.

Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah


berikut :

Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan


dijalankan.

Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian


memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk
memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.

Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat


dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.

Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu


kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu
dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah
perkara yang betul.

Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada


setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis
mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah
menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

44

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK 5 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai :


Pendidikan Moral
5.1
Tajuk

SINOPSIS
ini

akan

membincangkan

tentang

pengurusan

Kurikulum

Perkembangan Kerohanian dan Moral yang berfokuskan kepada pusat


pembelajaran dan pengelolaan pengajaran kerohanian dan moral
5.2

Hasil Pembelajaran

1.

Mengenal pasti peralatan-peralatan yang sesuai di dalam sudut


perkembangan kerohanian dan moral

2.

Menyusun atur bilik darjah bersesuaian dengan pengajaran dan


pembelajaran kerohanian dan moral

45

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

3.

menyediakan

persekitaran

yang

sesuai

untuk

menggalakkan

perkembangan kerohanian dan moral


4.

Mengenal pasti pengelolaan pengajaran dan pembelajaran yang


sesuai dengan kerohanian dan moral

5.3

Kerangka Konsep Tajuk Ini


Pengurusan
Kurikulum
Perkembangan
Kerohanian dan
moral
Pusat Pembelajaran
Perkembangan
Kerohanian dan
Moral

Peralatan

Susun atur

Persekitaran
Pembelajaran

Pengelolaan
Pengajaran
kerohanian dan moral

Aktiviti Kelas

Aktiviti Kumpulan

Aktiviti Individu

Aktiviti Berpasangan

5.3

Pengurusan Kurikulum Perkembangan Kerohanian dan moral

46

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Pendidikan Islam prasekolah bertujuan untuk memberi kemahiran asas


Islam kepada murid serta membimbing mereka melakukan ibadah dan
berakhlak mulia, gembira melakukan amal soleh dan mengelak diri daripada
melakukan perbuatan mungkar. Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam
terdiri daripada aqidah, ibadah, akhlak, sirah, bahasa Al-Quran dan huruf
hijaiyah dan jawi

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam Bab 10,


akta pendidikan 1996: Pengajaran Agama Di Institusi Pendidikan
Seksyen 50 (1) Pengajaran Agama Islam, jika di dalam sesuatu institusi
pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama
Islam, maka murid-murid

itu

hendaklah diberikan

pengajaran agama

Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(2) Pengajaran

yang

pendidikan di -bawah

dikehendaki

di sesuatu

subseksyen (1) hendaklah

sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam

institusi
selama tempoh

waktu pengajaran biasa

institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang


ditetapkan oleh

Menteri

dalam

hal

mana-mana institusi pendidikan

yang tertentu.

Topik

umum

pendidikan

Islam,

Hasil

pembelajaran

(HP)

boleh

disepadukan dengan komponen-komponen lain melalui tema . Manakala,topik


khusus, Hasil Pembelajaran (HP) tidak boleh disepadukan melalui tema

Pengelolaan pengajaran pendidikan moral pula dilaksanakan melalui


aktiviti yang berkaitan seperti bercerita, main peranan, permainan ,
pemerhatian, nyanyian, lakonan dan latihan amali. Pemupukan nilai adalah

47

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

berkaitan dengan perkembangan diri, diri dengan keluarga, diri dengan


masyarakat, diri dengan alam sekitar dan diri dengan negara.

5.4

Pusat Pembelajaran Perkembangan Kerohanian dan Moral

5.4.1 Susun atur


Tentukan ruang, alat dan bahan yang ada dalam & luar prasekolah.
Keseimbangan antara ruang terbuka dan tertutup serta bahan.Pemisah
ruang perlu ada supaya ruang menjadi lebih kemas dan teratur. Cara
bagaimana untuk mengelaskan bahan. Cara bagaimana kedudukan bahan
dan peralatan diatur boleh menggalakkan pergerakan dan interaksi antara
kanak-kanak. Kanak-kanak boleh membuat refleksi kendiri (Ruang senyap).
Ruang-ruang tertentu yang disediakan akan membolehkan kanak-kanak
membuat eksplorasi bahan dan kedudukan guru, kanak-kanak dan bahan
boleh mempengaruhi pendekatan yang akan digunakan bagi memastikan
keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran guru. Susun atur yang baik

akan menggalak dan mengekalkan minat kanak-kanak semasa proses


pengajaran dan pembelajaran berlangsung, meningkatkan penumpuan
terhadap pengalaman tertentu dan memastikan keselamatan kanak-kanak
semasa proses pembelajaran. Selain itu, boleh menggalakkan penglibatan
kanak-kanak umpamanya, menggunakan mainan/gambar yang digemari
kanak-kanak dan menggalakkan interaksi sosial antara kanak-kanak

5.4.2 Peralatan
Alat-alat dan bahan-bahan amat penting dalam melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat pembelajaran boleh membantu
memperkembangkan perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek
kerohanian ataupun moral. Peralatan boleh meliputi perabot-perabot seperti
48

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

kerusi, meja, almari dan rak buku serta bahan-bahan yang digunakan dalam
pembelajaran seperti alatulis, carta wudhuk, sejadah, telekung dan juga dan
lain-lain bantu mengajar. Bahan-bahan yang dianggap berkualiti dipandang
menarik, sedap disentuh atau dipegang serta teguh. Bahan-bahan perlu juga
memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak. Keselamatan alat-alat tersebut
perlu

difikirkan

kerana

kanak-kanak

berinteraksi

dengan

alat-alat

sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan guru-guru dan rakan sebaya.


Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran perlu juga selamat digunakan, iaitu ia
tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan
bau yang menarik.
Kelengkapan-kelengkapan di prasekolah perlu menyokong aktiviti-aktiviti
yang dijalankan. Berbanding dengan plastik dan besi (metal), adalah lebih
baik menggunakan perabot dan kelengkapan daripada kayu atau fiber glass.
Bangku-bangku dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak. Meja yang
terlalu besar dan memuatkan ramai kanak-kanak tidak menggalakkan
pembelajaran.
Kebanyakannya prasekolah mempunyai almari dan rak-rak buku yang boleh
menyimpan buku-buku dan barang-barang kanak-kanak seperti alatulis,
Quran, sejadah, buku dan lain-lain.

5.4.3 Persekitaran

Wujud dua dimensi ke arah mencipta ruang yang selamat di mana


kanak-kanak boleh belajar dan berkembang. Dimensi atau rangka rujukan
pertama adalah bersifat psikologi dan yang kedua bersifat fizikal.
Keselamatan psikologi merujuk kepada tanggapan atau persepsi kanakkanak tentang persekitaran mereka.

Kanak-kanak dianugerahkan oleh

Tuhan peka kepada alam sekitar mereka. Mereka mengetahui sama ada
mereka berada di tempat yang menyenangkan, selesa dan tidak berbahaya.
49

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Mereka dapat menangkap sama ada persekitaran yang membendungi


mereka, mengandungi individu-individu yang mereka yakini, iaitu individu
yang menghormat status dan keindividuan mereka. Kanak-kanak dapat
merasakan sama ada mereka diterima atau sebaliknya oleh individu dewasa.
Dalam persekitaran yang dianggap selamat dari segi psikologinya, kanakkanak tidak perlu berasa gementar, takut, bimbang, ragu dan risau tentang
perdampingan mereka sama ada dengan individu dewasa atau kanak-kanak
lain.
Dalam persekitaran yang dianggap selamat dari segi psikologinya,
kanak-kanak tidak perlu berasa gementar, takut, bimbang, ragu dan risau
tentang perdampingan mereka sama ada dengan individu dewasa atau
kanak-kanak lain.
Masa belajar di tadika berjalan dengan selesa, merangsang serta
menyeronokkan dan mereka bukannya bermenung menunggu ibu bapa akan
datang menjemputnya balik. Untuk kanak-kanak tadika, persekitaran yang
selamat menawarkan individu atau pendidik yang mempunyai ciri-ciri sahsiah
yang merangsangkan, individu yang mesra, bertimbang rasa, bersifat
pendidik dan cekal. Guru-guru tadika membantu mewujudkan iklim tadika
yang positif dengan memberikan galakan dan mempercayai kebolehan tiaptiap kanak-kanak untuk berkembang. Salah satu caranya ialah mempastikan
setiap kanak-kanak berasa yakin untuk mengusahakan sesuatu atau
membuat penerokaan ke alam sekeliling tanpa berasa bimbang kalau-kalau
dimarahi oleh guru atau tersilap melaksanakan sesuatu.
Menurut pakar kanak-kanak tadika, sesebuah tadika yang baik
sewajarnya direkabentuk dengan selesa, selamat dan memberikan galakan
atau stimulasi untuk kanak-kanak. Ia juga perlu bertindak sebagai katalis,
memperkayakan

konteks

atau

perhubungan

dengan

guru-guru

dan

kakitangan tadika. Ia juga perlu mencipta persekitaran di mana lantai,


dinding,

pintu

dan

alat-alat

perabut

menawarkan

peluang

untuk
50

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

pembelajaran. Rekabentuk yang kompleks diperlukan tetapi tidak wajib dan


biasanya tidak praktikal. Kos rekabentuk sedemikian rupa mestilah dinilaikan
dengan manfaatnya. Apa yang paling penting ialah persekitaran mesti
selamat, ekonomikal, ruangnya senang dijaga dan mempunyai kakitangan
yang mahir dan program pendidikan yang bernas dan bermakna.

Berdasarkan pengalaman anda, adakah persekitaran yang


dialami sewaktu kecil memberi kesan kepada keadaan kamu
pada masa sekarang?

5.5

Pengelolaan Pengajaran kerohanian dan moral

5.5.1 Aktiviti Kelas


Semua murid menjalankan aktiviti yang sama serentak. Pemupukan
kemahiran bersosial, pemupukan nilai murni seperti kerjasama, hormat
menghormati, keadilan dan semangat bermasyarakat, pemupukan
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dapat diterapkan dalam
kalangan murid
Perkara Yang Perlu Difikir

Penyediaan :bahan, pusat pembelajaran

Suara guru jelas dan mudah difahami

Kedudukan guru dan murid

5.5.2 Aktiviti Kumpulan


Pelajaran

secara

kumpulan

berlandaskan

prinsip-prinsip

psikologi

kemasyarakatan dan dinamik kumpulan


51

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Ciri-ciri penting

Kumpulan kecil, bilangan ahli yang kecil

Murid menjlnkan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil

Pembelajaran secara kolaboratif atau usaha sama

Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah


memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu
pelajar mencapai objektif spesifik

Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk
kerja kumpulan

Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan

Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi


tanggungjawab

Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk

Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar,


mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara
koperatif

5.5.3 Aktiviti Individu


Aktiviti dilaksanakan

mengambil kira keupayaan dan perbezaan individu

setiap murid. Murid akan menjalankan tugasan yang diberi secara


bersendirian. Murid berpeluang menjalankan aktiviti

yang diminati

bersendirian mengikut keupayaan masing-masing. Murid akan banyak


berinteraksi dengan bahan dan berpeluang mendapat perhatian secara
personal daripada guru. Antara aktiviti yang boleh dilaksnakan ialah seperti
melukis gambar, menyusun gambar bersiri, menggunting/menampal dan
membaca buku.
Ciri-ciri Aktiviti Individu
52

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Pengajaran berdasarkan kebolehan dan kemampuan seorang murid

Penilaian berkala memberi maklumbalas kepada murid mengenai


penguasaan kemahiran dan pengetahuannya

Pelajar mempunyai peluang untuk memilih matlamat pembelajaran,


hasilan dan aktiviti-aktiviti

Kurang sesuai untuk murid yang memerlukan motivasi dan dorongan


daripada pengajaran aktif guru

Kebaikan Aktiviti Individu

Menumpukan

kebolehan

Istimewa

yang

ada

padanya

bagi

meningkatkan Kefahaman tentang sesuatu konsep

Murid bebas mencuba dan meneroka dengan gaya tersendiri

Mengaplikasikan kemahiran berfikir seperti membuat

Perbandingan, menganalisis dan menyelesaikan masalah

Peluang untuk mengukuhkan nilai murni seperti berdikarai, kerajinan


dan sayangkan hak sendiri serta menghormati hak orang lain

Murid mendapat perhatian secara personal daripada guru dan boleh


membuat keputusan.

5.5.4 Aktiviti Berpasangan

Aktiviti yang melibatkan dua orang murid saling bekerjasama


melaksanakan aktiviti seperti hafazan iaitu seorang murid menghafaz
manakala seorang lagi akan mendengar. Selepas itu, murid yang mendengar
tadi akan memberi maklumbalas terhadap bacaan rakannya.
Kepentingan Aktivti Berpasangan
53

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar secara formal


berasaskan ungkapan two heads are better than one.

Berfikir dan berbincang mengenai aktiviti yang dijalankan

Berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran bersama rakan

Mengkaji kelemahan dan kekuatan diri murid

TAJUK 6
6.1

Nilai yang perlu dipupuk (Berdasarkan KSPK)

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang nilai yang perlu dipupuk kepada
kanak-kanak prasekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Terdapat enam belas nilai-nilai murni yang perlu dipupuk
kepada kanak-kanak prasekolah iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Baik
hati, Bertanggungjawab, Berterima Kasih, Berhemah Tinggi, Hormat
Menghormati, Kasih Sayang, Keadilan, Keberanian, Kejujuran, Kerajinan,
Kerjasama, Kesederhanaan, Toleransi, Berdikari dan Berdisiplin.
6.2

HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengkaji dan mengenal pasti Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
54

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2. Memahami konsep nilai-nilai murni yang perlu dipupuk kepada kanakkanak prasekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK).

3. Mengamalkan

nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat

dijadikan sebagai contoh yang baik.

6.3

KERANGKA TAJUK

Kepercay
aan
Kepada
Tuhan

Keadilan
Keberania
n

Baik hati

Kejujuran

Bertangg
ungjawab

Kerajinan

NILAI
YANG
PERLU
DIPUPUK

Berdisipli
n

Kasih
sayang

Hormat
Menghor
mati

Berdikari

Hemah
tinggi

Toleransi

Kesederh
anaan

Berterima
kasih
Kerjasam
a

55

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

buku, jurnal, sumber-sumber utama dan sekunder lain bagi mendapat penjelasan yang lebih mendalam berkenaan nilai-nilai murni yang perlu dipupuk ke

6.4.

PENGENALAN

Nilai-nilai murni merupakan perkara-perkara yang positif yang diamalkan oleh


seseorang itu. Nilai-nilai ini turut beriringan dengan norma-norma budaya
negara yang memberi penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang.
Nilai-nilai murni yang ada pada seseorang bukan boleh dikuasai dalam
sekelip mata sahaja. Guru-guru prasekolah merupakan orang yang pertama
sebelum kanak-kanak ini melangkah ke sekolah rendah, oleh yang demikian
penerapan nilai ini boleh dipupuk dari awal lagi semasa pengajaran &
pembelajaran dan sebagainya. Ini perlu dilakukan untuk penghayatan
sepanjang hayat kanak-kanak ini.
6.4.1 NILAI YANG PERLU DIPUPUK
1.

Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala


suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara. Antara ciri-ciri orang yang percaya kepada Tuhan ;

Mempercayai Tuhan yang menciptakan alam ini.

Mentaati segala perintah suruhan dan perintah larangan.

Mempercayai adanya hari pembalasan.

2.

Baik Hati

56

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain
secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk
orang lain. Antara ciri-ciri orang yang baik hati adalah ;

Belas kasihan

Bertimbang rasa

Murah hati

Saling memahami

Sedia memaafkan orang lain.

3.

Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta


kewajipan dengan sempurna. Ada beberapa ciri-ciri yang menunjukkan
apakah kita termasuk orang yang bertanggung jawab ataukah tidak. Antara
ciri-ciri orang yang bertanggung jawab adalah :

Memandang bahawa tidak ada orang yang terbebas dari kesalahan.

Displin terhadap aturan.

Berusaha menepati janji.

Senantiasa bersedia meminta maaf.

Bersedia menerima kritikan atas kesalahan yang dibuat.

Berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

4.

Berterima kasih

Mengucapkan terima kasih secara lisan atau bukan lisan atas bantuan,
penghargaan dan sumbangan yang diterima. Didalam Hadis riwayat Imam
Tirmizi ada menyatakan:
Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia,
maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.

57

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Islam mengajar manusia jalan untuk menjaga hubungan dengan Allah, begitu
juga hubungan sesama manusia. Perkataan dan perbuatan yang diajar oleh
Nabi S.A.W. , pasti membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

5.

Hemah tinggi

Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut
diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli
masyarakat yang lain. Antara ciri-ciri berhemah tinggi adalah ;

Bersopan santun dan berbudi pekerti tinggi

Bersikap bersedia mengakui kesalahan dan kelemahan diri sendiri

Suka bergaul mesra dan tidak mementingkan diri sendiri.

6.

Hormat menghormati

Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi


layanan yang bersopan. Antara ciri-ciri hormat menghormati adalah ;

Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan


pangkat.

Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada


orang lain serta menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang
lain.

7.

Kasih sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas. Antara ciri-ciri kasih sayang ialah ;

Wujud penerimaaan dan penghormatan

Wujud pengiktirafan dan sentiasa prihatin

Wujud persefahaman dan permuafakatan

Sentiasa memelihara perpaduan dan persaudaraan

58

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

8.

Keadilan

Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah. Merujuk Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka, pengertiaan adil ialah berpihak kepada yang benar dan
yang hak, berpegang pada kebenaran. Secara ringkasnya, adil bermaksud
menempatkan sesuatu pada tempatnya. Apabila sesuatu itu tidak diletakkan
pada tempatnya yang hak maka ia dikatakan sebagai zalim. Antara ciri-ciri
keadilan adalah ;

Mempertimbangkan sesuatu secara objektif, menyeluruh dan wajar.

Mengkaji, menyiasat dan meneliti sebelum keputusan diambil.

Tidak memihak kepada keluarga dan kawan.

Tidak buat keputusan terburu-buru.

Mementingkan kebenaran.

Tidak menyalahkan orang sebelum menyiasat.

Tidak membuat diskriminasi kaum/jantina.

Tidak berat sebelah dan berpatutan dalam tindakan dan keputusan sama
ada dalam memberi ganjaran dan hukuman.

Tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana menguntungkan.

Menjatuhkan hukuman walaupun melibatkan keluarga.

Berhati-hati ketika menjalankan hukuman.

Bersikap berperikemanusiaan, adil dan tegas.

9.

Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.


Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan
keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana.
Antara ciri-ciri keberanian adalah ;

59

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Nilai ini merangkumi berani dengan tidak membuta tuli.

Berani kerana benar.

Berani mempertahankan pendirian.

Berani bertanggungjawab.

10.

Kejujuran

Kejujuran adalah berkaitan dengan bercakap benar, bersikap amanah dan


ikhlas dalam setiap perlakuan. Antara ciri-ciri kejujuran ialah :

11.

Mempunyai sikap bertanggungjawab ketika menjalankan tugas.

Menunaikan janji positif dan tegas.

Menyimpan rahsia yang diamanahkan.

Bercakap benar, jujur mengenai sesuatu perkara.

Menjaga harta benda yang diamanahkan dengan baik.

Menyampaikan berita yang diamanah dengan tepat.

Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,


kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
Sifat rajin berusaha itu perlu disemai pada setiap insan dari kecil lagi agar
sifat tersebut berkekelan sehingga dewasa.
12.

Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

Dengan

menerapkan konsep kerjasama maka kita akan mendapatkan kemudahan

60

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

dalam menyelesaikan pekerjaan atau tugasan yang berat atau memerlukan


kekuatan kumpulan.
13.

Kesederhanaan

Besikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa


mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Agama Islam menganjurkan
agar umatnya sentiasa hidup sederhana dalam semua tindakan, sikap dan
amal. Islam adalah agama yang berteraskan nilai kesederhanaan yang tinggi.
Kesederhanaan adalah satu ciri yang umum bagi Islam dan salah satu
perwatakan utama yang membezakan dari umat yang lain.
14.

Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan


hidup.
15.

Berdikari

Kebolehan untuk mengurus diri dan menjalankan tugas yang diberikan.


Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada
orang

lain.

Berdikari

dalam

konteks

ini

membawa

pengertian

bertanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri
sendiri.
16.

Berdisiplin

Mengikut arahan guru dan peraturan yang ditetapkan serta boleh


melengkapkan tugas yang diberi. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979,
menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang untuk melakukan
sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah
61

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Antara ciri-ciri
orang yang berdisiplin adalah ;

Bersikap realistik.

Sentiasa berfokus atau terarah.

Melakukan secara berterusan.

Kreatif dan berinisiatif;

http://sarjana.tripod.com/nilai3.html
http://www.scribd.com/doc/47526270/NILAI-MURNI-PENDIDIKAN-MORAL
http://tanlt.tripod.com/moral.htm

Secara berkumpulan, bincangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dilaksanakan untuk menerapkan nilai-nilai murni tersebut kepada kanak-kanak prasekolah

Apakah kepentingan untuk menerapkan nilai-nilai moral terhadap perkembangan moral kanak-kanak ?
Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam membimbing kanak-kanak dalam memupuk nilai-nilai moral dalam diri kanak-kanak?

TAJUK 7

Penaksiran Perkembangan Kerohanian dan


Moral

7.1 SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang penaksiran perkembangan
kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah. Terdapat beberapa cara
dalam membuat taksiran iaitu melalui pelaksanaan pemerhatian, hasil
kerja, amali, hafazan surah dan doa, senarai semak dan pelaporan.
62

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Melalui modul ini perbincangan mengenai penaksiran hanya tertumpu


kepada pelaksanaannya dari sudut pemerhatian sahaja. Pemerhatian
merupakan suatu cara pengesanan dan peningkatan potensi kanak-kanak.
Melalui modul ini, pelajar dapat memahami konsep penaksiran / pemerhatian
dalam perkembagan kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah.

7.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti cara-cara mengesan perkembangan kanak-kanak


prasekolah.
2. Menerangkan pelbagai jenis pemerhatian dalam proses penilaian
kanak-kanak.
3. Meningkatkan potensi kanak-kanak prasekolah melalui pelbagai
kaedah pengajaran.

7.3 Kerangka Konsep Tajuk Ini

2. Pelaporan

PENAKSIRAN
PERKEMBANGAN
KEROHANIAN DAN
MORAL

63

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1. Pelaksanaan

Senarai semak
Hafazan
Surah /doa

7.3.1 Pengenalan
Kanak-kanak adalah unik, dinamik, mempunyai keperluan dan ciri-ciri yang
berbeza. Bagaimana kita dapat mengenal pasti keperluan mereka yang
berbeza? Bagaimana kita menilai perkembangannya yang berterusan bagi
memenuhi keperluannya dan merancang pengajaran dengan berkesan?
Penilaian kanak-kanak merupakan proses yang berterusan dan memerlukan
strategi yang bersepadu serta dilaksanakan berdasarkan input daripada
pelbagai sumber. Salah satu cara membuat penaksiran perkembangan
kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah ialah melalui pemerhatian.
64

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

7.3.2 Konsep Pemerhatian


Salah satu cara membuat penaksiran perkembangan kerohanian dan moral
kanak-kanak prasekolah ialah melalui pemerhatian.
memerhati

secara

sistematik

tingkah

laku,

Pemerhatian ialah

aspek

perkembangan,

pertumbuhan dan pencapaian kanak-kanak. Perkembangan yang perlu


diperhatikan adalah daripada segi fizikal, emosi, bahasa, kreativiti, kognitif
dan sebagainya.

Pemerhatian ke atas kanak-kanak itu perlu direkodkan

tanpa disedari oleh kanak-kanak.


merupakan

asas

kepada

Mengikut NAEYC (1987), pemerhatian

merekodkan

perkembangan

kanak-kanak.

Maklumatnya boleh digunakan di dalam realistic curriculum di mana


matlamat dan tujuan dirancang untuk keperluan individu bagi melihat
kekuatan dan minat mereka. Kurikulum mesti bersesuaian dengan umur dan
kebolehan individu.
7.3.3 Objektif Pemerhatian
1. Mengesan kebolehan, keperluan dan minat kanak-kanak prasekolah.
2. Menentukan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak prasekolah dari
segi perkembangan yang menyeluruh.
3. Membuat perancangan berasaskan keperluan individu.
4. Memantau kemajuan secara berterusan.
5. Memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai pertumbuhan
kanak-kanak.
6. Membuat rujukan kepada ibubapa dan pakar mengenai kesihatan,
pertuturan dan mental.
7. Menyimpan rekod kemajuan kanak-kanak bagi tujuan bimbingan dan
penempatan yang akan datang.
8. Merancang persekitaran belajar yang sesuai dan berkesan.
65

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Murid yang bermasalah pembelajaran mempunyai ciri ciri berikut :

Masalah kelewatan penguasaan bahasa,komunikasi dan literasi


seperti sukar memahami apa yang diperkatakan,pelat dan gagap.

Masalah berkaitan dengan visual atau penglihatan seperti :


-Sukar melihat perbezaan dan persamaan saiz,bentuk,warna dan
kedudukan objek.
-Tidak boleh membentuk huruf atau menulis huruf secara terbalik
-Sukar mengingat sesuatu yang dilihatnya
-Mudah terganggu dan menukar tumpuan kerja
-Hiperaktif iaitu sentiasa bergerak, tidak boleh duduk diam dan
selalu resah.

Masalah berkaitan dengan pendengaran.

7.3.4 Cara Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran


Setelah mengenal pasti murid yang bermasalah pembelajaran,guru dan
pelaksanaan prasekolah harus merancang strategi untuk memenuhi
keperluan pembelajaran mereka. Berikut adalah cadangan untuk membantu
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi
keperluan yang berbeza beza.
1. Bagi murid yang memerlukan bantuan dari segi komunikasi, bahasa
dan literasi guru perlu menggunakan:

Komunikasi bukan lisan seperti lambang dan syarat

Bahan visual dan bertulis/ bercetak dalam pelbagai saiz dan format

Bahan komunikasi teknologi maklumat dan bahan teknologi yang lain


66

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2. Bagi membina kefahamn melalui pengalaman semula sebenar ( handon experience) dan deria,guru perlu menggunakan :

Bahan dan sumber yang murid gunakan melalui penglihatan


,pendengaran, sentuhan dan bau.

Bahan komunikasi dan teknologi maklumat dan bahan teknologi yang


lain.

3. Bagi melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti fizikal dan


praktikal, guru perlu :

Mempunyai sokongan dan bantuan daripada orang dewasa yang lain

Menyesuaikan aktiviti dan persekitaran

Mempunyai bahan dan peralatan yang khas

Menghargai dan memuji usaha murid

Membantu murid menghargai dan menghormati sumbagan sendiri


dan
Orang lain

Memberi peluang kepada mereka meningkatkan kemahiran dan


pengetahuan

Murid pintar cerdas mempunyai ciriciri berikut:

Belajar dengan mudah,cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang


tinggi

Mempunyai kosa kata yang banyak, tepat dan mengekal/mengingat


apa yang dibaca dan didengar dengan mudah.

Peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan


berupaya menyelesaikan masalah.

Penyesuaian sosial dan kawalan emosiyang baik.


67

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Berminat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yang tinggi.

Melebihi purata dari aspek ketinggian,berat badan,kekuatan dan


kesihatan..

7.3.5 Cara Pemerhatian

SOSIOMETRI

RUNING REKOD

DURATION REKOD
68

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

SENARAI SEMAK

SKALA
PEMERINGKATAN

CARA MEMBUAT
PEMERHATIAN

REKOD ANEKDOT
REKOD PERISTIWA
INTERVEL REKOD
TIME SAMPLING

7.3.6 Bidang Pemerhatian


-

Sosial-Cara berinteraksi.

Emosi-Tingkah laku bukan lisan

Fizikal

Intelek-keupayaan, keputusan dan masalah

Rohani-mengamalkan perilaku yang berasaskan nilai

Bahasa-perbualan, mendengar, menulis


69

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Kreativiti-cara menghasilkan sesuatu pergerakan


Pengalaman masa mengajar berasaskan sekolah
Pelajar membuat refleksi ke atas pengalaman mengajar
melalui taksiran yang dibuat berdasarkan pemerhatian
semasa mengajar kanak-kanak yang bermasalah.

Pelajar berbincang dengan rakan sebaya mengenai perkara di


atas dan membuat laporan bertulis kepada pensyarah.

7.3.7 Kepentingan menilai dan mengesan tahap perkembangan


Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang normal dapat dikesan
secara menyeluruh.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai kesulitan

pembelajaran dalam aspek tertentu, guru boleh merujuk dan bekerjasama


dengan pakar kesihatan semoga bantuan dapat diberikan pada peringkat
awal lagi. Tidak semua kanak-kanak dapat menerima maklumat baru ketika
guru mengajar. Oleh itu guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian
bagi melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran
yang dicapai oleh setiap kanak-kanak.
Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru
dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam bentuk aktiviti bimbingan
atau pengayaan.

Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti beberapa

kumpulan kecil. Respons kanak-kanak semasa rutin harian dan aktiviti


memberi gambaran berkenaan status penerimaan.

Guru perlu membuat

70

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

pengubahsuaian daripada segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang


dikehendaki.
Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak
dalam pembelajaran daripada semasa ke semasa untuk

meningkatkan

potensi kanak-kanak. Guru juga dapat memerhati tingkah laku kanak-kanak


dengan lebih jelas semasa dia berada di tadika.

Kanak-kanak dapat

mengatasi masalah tiada kawan contohnya, apabila guru memberi peluang,


masa dan bimbingan kepada mereka. Setiap catatan yang dibuat berkenaan
perubahan tingkah laku dan hasilan kerja kanak-kanak merupakan bukti yang
kukuh.
Rekod prestasi perkembangan ini dapat dibincangkan bersama ibu
bapa sekurang-kurang dua kali setahun.
masalah

daripada

segi

kesihatan

Kanak-kanak yang mempunyai

seperti

lambat

daripada

segi

perkembangan bahasa boleh dirujuk kepada pakar yang berkaitan. Perkara


ini dapat diatasi jika diberi bantuan di peringkat awal. Kanak-kanak diberi
peluang membuat refleksi atau menceritakan semula apa yang telah dia
hasilkan.
Dengan cara begini mereka merasakan hasil kerjanya dihargai.
Secara tidak langsung ini dapat meningkat keyakinan diri mereka kerana
pencapaiannya diukur dan dibandingkan dengan pencapaian yang lampau.
Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh memberi
ganjaran serta merta dalam bentuk pujian, senyuman, pelukan dan tepukan
atau sentuhan.

Teguran yang positif serta membina dapat menyedarkan

murid berkenaan perlakuannya.

7.3.8 Teknik Penaksiran

71

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Penaksiran Kemajuan Kanak-kanak ialah:

Membuat

kajian

untuk

mengenalpasti

perkembangan

dan

kemajuan yang telah dicapai oleh kanak-kanak dari segi JERIS untuk
menjalankan tindakan susulan yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Disamping itu ia dapat mengkaji faktor-faktor penghalang proses


perkembangan sedia ada seperti pembentukan sikap, pengetahuan dan
lain-lain.

Langkah

mengenalpasti

pembentukan

sikap,

penguasaan

kemahiran, konsep dan pengetahuan yang telah dicapai oleh kanakkanak

di

dalam

persekitaran

yang

tertentu

selaras

dengan

perkembangan dan pertumbuhan di samping mengkaji faktor-faktor


yang membantu / menghalang proses perkembangan sedia ada.

1. Membuat pemerhatian
TEKNIK TEKNIK
PENAKSIRAN

2. Mengumpul maklumat
3. Menilai hasil kerja.
4. Ujian (contoh lisan,
72

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

mendengar, melihat)
5. Penilaian kendiri kanak-kanak

AKTIVITI LATIHAN
Anda dikehendaki membuat rujukan perpustakaan berdasarkan teknik-teknik
penaksiran berikut:
-

Membuat pemerhatian

Mengumpul maklumat

Menilai hasil kerja.

Ujian (contoh hafazan surah dan doa)

Penilaian kendiri kanak-kanak

Setelah anda melakukan rujukan perpustakaan,


2. Bincangkan dalam kumpulan kecil berkaitan tajuk-tajuk tersebut. Anda
digalakkan mengadakan perbincangan maya bersama rakan anda.
3. Buat catatan perkara-perkara utama yang telah dibincangkan itu dalam
bentuk pengurusan grafik/ peta minda.

Contoh peta minda:

73

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Teknik-teknik
Penaksiran

Kesimpulannya, Guru prasekolah perlu menguasai sepenuhnya aspek


teknik-teknik panaksiran dalam membuat taksiran ke atas kanak-kanak /
pelajar prasekolah. Penguasaan guru terhadap aspek tersebut adalah sangat
penting dalam usaha membuat penilaiaan yang tepat dan berkesan.
Sekarang bagaimana dengan anda? sudahkah anda dapat menguasai
teknik-teknik tersebut?

74

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

4.4 Rumusan
Setelah membincangkan tentang penaksiran perkembangan kerohanian
dan moral kanak-kanak prasekolah serta dapat mengetahui beberapa
cara dalam membuat taksiran, diharapkan anda boleh melaksanakannya
dengan baik dan berkesan apabila anda berada dalam lapangan yang
sebenar nanti. Semoga perbincangan / isi kandungan dalam tajuk ini
dapat membantu anda memahami konsep penaksiran / pemerhatian dalam
perkembagan kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah.

75