Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA

____________________________________________________

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH TERTUTUP


PERINGKAT DUN SIMUNJAN
______________________________________________________________

TARIKH :
26 April 2014 3 Mei 2014
TEMPAT :
PADANG BOLA SEPAK SK SAGENG
ANJURAN :
BIRO BELIA DAN SUKAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN SAGENG SABAL

PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Belia
dan Sukan Jawatankuasa Kebajikan Sageng Sabal.
Biro Belia dan Sukan Jawatankuasa Sageng Sabal akan menganjurkan
Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup Peringkat Dun Simunjan .
Program ini di harap dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara penduduk penduduk kampong dalam DUN Simunjan. Harapan kami juga agar kejohanan
ini dapat memberi peluang kepada penduduk penduduk

DUN Simunjan

agar lebih mengenali antara satu dengan yang lain,secara tidak langsung
ianya dapat memberikan keharmonian dan kesejahteraan penduduk di
kawasan DUN Simunjan .
2.0

MATLAMAT
Matlamat utama program adalah untuk menarik golongan muda agar lebih
cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan
kerja- kerja kebajikan demi bangsa dan negara. Di samping itu ianya dapat
mencungkil bakat bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh
di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti remaja
remaja di kawasan

DUN Simunjan akan mewakili negara jika latihan yang

sistemik dan konsisten dapat di sempurnakan.


Sehubungan dengan itu, Biro Belia dan Sukan Jawatankuasa Sageng
Sabal tidak mahu membuang masa dan terus mengambil langkah langkah
perlu bagi membimbing dan membena muda mudi kita agar sentiasa cergas
dan berfikiran positif dengan menjauhi gejala sosial yang memang hangat di
kala ini.

3.0

OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai
sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan
diri dalam sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
dalam sesebuah pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para belia yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan
sosial.

4.0

TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


4.1

Tarikh yang dirancang ialah 26 April 2014 3 Mei 2014 iaitu pada hari
Sabtu sehingga hari Ahad.

5.0

4.2

Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.

4.3

Tentatif program

adalah seperti dalam Lampiran 1

TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)


Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang bola Kg Sageng ;
5.1

Peminjaman padang ini lebih murah dan mudah dikendalikan .

5.2

Bebas

dari

sebarang

gangguan

luar

dan

sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.


5.3

Membantu menambah Dana PIBG sk. Sageng.

6.0 PERASMIAN

memberikan

tumpuan

Program Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Yang Amat
Berhormat Datuk Hj. Naroden Bin Hj. Majais ADUN N.21 Simunjan . Ia akan
berlangsung di Padang Bola Sk

Sageng. Upacara ini akan dilangsungkan

selama sekitar 30 minit kerana YAB akan memberi ucapan ringkas sekaligus
merasmikan program ini.
7.0

8.0

KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


7.1

Jumlah pasukan

: 35 pasukan

7.2

Jumlah AJK pertandingan : 15 orang

JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penaung

: Abang Monir Bin Hj Wen

Penasihat

: Dothadis Bin Chik

JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi Program

: Mazidel Bin Tambi

Naib Pengerusi

: Bakhtiarrudin Bin Melawi

Setiausaha

: Ismail Bin Tahir

Timbalan S/U

: Shahrizan Bin Padil

Bendahari

: Yusof Bin Suot

AHLI JAWATANKUASA
AJK Hadiah

: Annuar Hj. Bujang

AJK Pertandingan

: Ismail Bin Tahir

AJK Keselamatan & Disiplin : Jamali Bin Boili


AJK Kebajikan

: Razali Bin Dan

AJK Pengurusan Padang

: Zamri Bin Bujang

AJK Promosi

: Mahathir Bin Sat@Hassan

9.0

ANGGARAN BELANJAWAN
Lampiran A

10.0

FORMAT PERTANDINGAN
Lampiran B

11.0

RINGKASAN EKSEKUTIF
Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah

Tertutup
Peringkat DUN Simunjan .
JAWATANKUASA

Biro Belia dan Sukan Jawatankuasa Kebajikan Sageng Sabal

TAJUK PROGRAM

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup Peringkat Dun


Simunjan

JENIS PROJEK

KESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU

PENCAPAIAN
PROGRAM

Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam


menyertai sesebuah pertandingan.

Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu


menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.

Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,


bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.

Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai


aktiviti ini.

Melahirkan para belia yang berupaya untuk mengeluarkan strategistrategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.

Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis


sikap mementingkan diri sendiri.

Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi


dan sosial.

ANJURAN
TARIKH

Biro Belia dan Sukan Jawatankuasa Kebajikan Sageng Sabal


26 April 2014 3 Mei 2014

TEMPAT

Padang bola sepak Kg Selayang Indah

BIL. PASUKAN
ANGGARAN KOS

35 pasukan
RM 7,175.00

12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN

ULASAN PENASIHAT :

TANDATANGAN & COP : _________________________


TARIKH : ______________________

13.0 SURAT SOKONGAN DARI AGENSI KORPORAT (JIKA ADA)


14.0 PENUTUP
Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini
tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai.
Sekian, Terima kasih.

LAMPIRAN A
ANGGARAN BELANJAWAN
ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan
Jumlah Permohonan

RM

7,175.00

RM

7,175.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA

BILANGAN

Harga per unit

JUMLAH

800 helai

RM 70.00

RM 70.00

4 unit

RM 50.00

RM 200.00

25 helai

RM 25.00

RM 625.00

6 hari

RM 50.00

RM 300.00

RM 200.00

RM 200.00

Promosi
-

Flyers

Banner

Baju AJK
( Tshirt round neck)
Pengurusan padang
-

sewa padang

Utiliti

Peralatan
-

Utiliti

Bola

6 biji

RM 100.00

RM 600.00

jaring gol

2 unit

RM 100.00

RM 200.00

BILANGAN

Harga per unit

JUMLAH

4 orang

RM 200.00 /

RM 800.00

PERKARA
Pengadil

RM 100.00

sehari
Makanan
-

Urusetia

RM 250.00

VIP

RM 200.00

Minuman ( air mineral )

60 kotak

RM 8.00

RM 480.00

P.A. Sistem

RM 300.00

Hadiah

Tempat pertama

Wang tunai

RM 500.00

Piala dan 1 set jersey

RM 500.00

Tempat kedua

Wang tunai

RM 300.00

Piala dan 1 Set jersey

RM 400.00

Tempat ketiga

Wang tunai

RM 200.00
RM 300.00

Piala dan 1 set jersey

Tempat keempat

1 set jersey

First Aids

RM 250.00
1 kotak

RM 100.00

RM 100.00

Kos Luar Jangka

RM 300.00
JUMLAH KESELURUHAN

RM

7,175.00

Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Program
(ISMAIL BIN TAHIR )

Disokong oleh :
.........................................................
Pengerusi Program
(MAZIDEL BIN TAMBI)

Disemak oleh :
.........................................................
Penasihat
( Dothadis Bin Chik )

Permohonan diluluskan oleh :


.........................................................
...........................................................

BIRO BELIA DAN SUKAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN


SAGENG SABAL,94800 SIMUNJAN

BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH TERTUTUP
PERINGKAT DUN SIMUNJAN
NAMA PASUKAN

SENARAI NAMA PEMAIN


BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

NAMA PEMAIN

NO KP

NAMA PENGURUS PASUKAN

NO. TELEFON BIMBIT


-

Tandatangan Pengurus Pasukan


Nama :
Tarikh :
*Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 25 April
2014 di Sk Sageng,94800 Simunjan beserta dengan bayaran sebanyak.
*Tarikh pengundian akan diadakan pada 25 April 2014 di Sk Sageng,94800 Simunjan
.

Keratan
disini.................................................................
........................
Tandatangan/Cop Urusetia
Tarikh :

KEGUNAAN PEJABAT
.
Tandatangan
Nama pasukan :

Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :


Ismail Tahir (014-7054450) Razali Dan (011-15822302) Zamri Bujang (014-8760466)
Mahathir (016-9697401 )

LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH

1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup Peringkat Dun
Simunjan.

2. PENGANJUR / PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Biro Belia dan Sukan Jawatankuasa Kebajikan Sageng
Sabal.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada lelaki berumur 16 tahun ke atas.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (10) orang pemain.
Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya
berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan
dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh
pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan.
3.4

Setiap

pemain

dilarang

sama

sekali

bermain

untuk

pasukan

dalam

pertandingan ini.
3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah RM 120.00 sahaja
3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 25 April
2014 di Sk Sageng,94800 Simunjan .
3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 25 April 2014 di Sk.Sageng,94800
Simunjan.

4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN


4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang Bola Sepak Sk.Sageng .

4.2 Perlawanan akan bermula pada 26 April 2014 dan akan berakhir pada 3 Mei
2014.
Setiap

perlawanan

hendaklah

mengikut

jadual

yang

telah

disediakan

oleh

Jawatankuasa Penganjur.
4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 15 + 5 + 15 = 35 minit keseluruhan
4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit
sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada manamana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari
masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5. FORMAT PERTANDINGAN
1. Perlawanan akan dijalankan secara tujuh (7) sebelah.
2. Perlawanan akan dijalankan secara kalah mati.
3. Jika terdapat keputusan seri , tendangan penalty akan diberikan untuk
menentukan pemenang bagi perlawanan tersebut.
4. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain
masih dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan
secara 'Sudden Death' akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5
minit setiap separuh masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud
mana-mana pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan
sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan serta merta.

6. PERTUKARAN PEMAIN.
Sebanyak dua (3) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap
perlawanan.
Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa
bola tidak di dalam permainan.

7. KEMENANGAN PERCUMA
7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan
lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan
seperti dinyatakan dalam perkara 3.2

7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan
sepatutnya
dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.
7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (5) orang pemain dalam
sesuatu perlawanan.
7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai
tujuh
(5) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang
mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0.
7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat kiraan jaringan 2-0.
7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma
kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut
secara

automatik

terkeluar

dari

kejohanan

ini

dan

perlawanan

sebelumnya

dibatalkan.

8. PERATURAN AM
8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan
sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1)
perlawanan berikutnya.
8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan
satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka
pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.
8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang
dalam suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam
perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini.
8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai
warna yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan.
Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama
warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah
menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.
8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak
diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini
dijalankan.

8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden


pergaduhan dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia
Pertandingan,

pasukannya

akan

didenda

dengan

dikeluarkan

terus

daripada

pertandingan.
8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada
jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan
pertandingan.
8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.
8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.

9. PENGADILAN
Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.

10. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan
Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini 30 minit selepas
perlawanan tamat berserta dengan wang Bantahan sebanyak RM 150.00 ( Tidak
akan dikembalikan)

11. HADIAH
11.1
11.2
11.3
11.4

Tempat
Tempat
Tempat
Tempat

1
2
3
4

:
:
:
:

Wang Tunai ( RM 500.00 ) + 1 Set Jersey + Piala


Wang Tunai ( RM 300.00 ) + 1 Set Jersey + Piala
Wang Tunai ( RM 200.00 ) + 1 Set Jersey + Piala
1 Set Jersey

12. TARIKH TUTUP PENYERTAAN


Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 25 April
2014 di Sk Sageng 94800 Simunjan beserta dengan bayaran sebanyak RM
120.00
Tarikh pengundian akan diadakan pada 25 April 2014 di Sk Sageng 94800
Simunjan .

13. KUASA PENGANJUR / PENGELOLA


*Penganjur / Pengelola Program BERHAK untuk mengubah syarat-syarat
pertandingan mengikut keperluan semasa.