Anda di halaman 1dari 23

FORMAT PENULISAN PROPOSAL

KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)


1.

Tajuk kajian

2.

Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap.

3.

Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4.

Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

5.

Objektif Kajian/ Tujuan Kajian

6.

Kumpulan Sasaran

7.

Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan

8.

Bahan-Bahan Yang Di Perlukan

9.

Jadual Pelaksanaan Kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN FORMULA


PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH
PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS

Oleh:
Suhaili Binti Rahmat
SK Taman Perling,
Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,
81200 Johor Bahru, Johor

1.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan
Matematik. Bagi pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan
penguasan sifir tetapi bagi kelas yang lemah mereka lambat untuk menghafal sifir.
Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu menggunakan sifir itu. Yang
menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab 2 digit
bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai ,
sederhana dan lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang
cara atau langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.
Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya
memberi soalan berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan
cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk mencari hasil darab 2 digit pasti mudah.
Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri mereka soalan darab 2 digit
mereka tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara murid yang tahu tetapi
majoritinya tidak pasti.
Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada
antaranya masih keliru. Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh
antaranya tidak faham. Saya terangkan semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya

dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4 Cerdik masih lemah dalam
pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu. Mereka
hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan
langkah-langkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana
telah berulang kali saya terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada
diri sendiri mungkin cara penerangan saya tidak difahami oleh mereka.
Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain.
Apakah cara yang mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak
dapat menjawab soalan pendaraban 2 digit. Antaranya menyatakan mereka malas
berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak mahu hafal sifir.
Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih
lambat dan lemah dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari
cara yang betul atau formula yang senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti
masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan kemerosotan markah mereka.

2.

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab
2 digit adalah kerana :
(a) murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.
(b) Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.
(c)
Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan
malas menghafal sifir, keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan
pengumpulan semula dan kadang-kala mereka lupa langkah-langkahnya disebabkan
tidak membuat latihan yang diberikan guru.
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru
dan lupa langkah-langkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang
untuk mendapatkan markah kerana soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap
mudah sahaja.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk
mainan dalam pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah Pistol

dan Hammer on the stairs. Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer
yang dibina untuk mengaplikasikan formula hasil darab 2 digit.

3.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:
(i)

Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula
pendaraban 2 digit bagi murid tahap 2.

(ii)

Objektif khusus
a Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan betul
menggunakan bentuk Pistol dan Hammer.
b Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil darab 2 digit.
c Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk
permainan.

4.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang
terdiri daripada :
3 orang pelajar India
1 orang pelajar Cina
6 orang pelajar Melayu

5.
5.1

PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan
seperti berikut:
(i)
Pemeriksaan buku sifir.
(ii)
Ujian Pra

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


(i) Pemeriksaan buku sifir
Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab 2 digit.
Antara soalan yang diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah 30 dan 3 soalan
sukar iaitu sifir lebih daripada 30.
Contoh soalan yang diberikan ialah:
a.
b.
c.

2321 X 12
1245 X 24
1437 X 38

d.
e.

5241 X 65
3282 X 97

Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti berikut :


Peratus markah murid dalam soalan sifir
Markah
Bil murid Peratus
Lulus (3-5 markah )
20
67%
Gagal (0-2 markah )
10
33%

(ii) Ujian Pra


Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang sentiasa
mendapat 0-2 markah di dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh
mana kefahaman dan ingatan mereka dalam mengira hasil darab 2 digit.

Bil
betul
5
4
3
2
1
0

Analisis daripada ujian Pra.


soalan Bil muird
6 ( 60%)
4 (40%)
Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:

(a)
(b)
(c)

penguasaan sifir yang kurang cekap.


Mendarab angka puluh dahulu contohnya 305 x 24 (mereka mendarab 2
dahulu)
Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan kedua
Contohnya :
365
Kesilapan ditemui
X 24
1460

(d)

730
2190
Pengumpulan semula nombor yang salah.

5.3 Tindakan yang dicadangkan


Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan murid kumpulan
sasaran saya untuk memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik pistol
dan hammer on the stairs untuk mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang
saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:
(i)
(ii)

Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer.


Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombor
dan menyesesaikannya)
5.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

(i)

Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer


Bahan : gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas
transparent yang berlainan warna.
Langkah 1
Setiap murid akan menggunakan 4 kertas transparent yang berlainan warna.
Murid akan membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.
Murid melakar pistol dan hammer menggunakan 2 kertas transparent yang
berlainan warna.
Kemudian gunting.

Langkah 2
Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

Langkah 3
q Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan stairs dan answer box.
q Lubangkan bahagian tengah kotak.

(ii)

Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan


menyelesaikannya).
Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan
menembak dan memahat pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan
menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ). Langkah-langkahnya ialah :
Langkah 1
Guru akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics
sentences) untuk diselesaikan oleh murid.
contoh:
342 x 12 = ?
Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.
Cara dan pengisian nombor :
Letakkan pistol di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam
kotak pistol .
Kemudian selesaikan jawapan.

Langkah 2
Seterusnya, letakkan bentuk hammer pada kertas yang sama, bertindan
dengan pistol .
Mula mengisi nombor.
Selesaikan jawapan.

Nota:
Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan
nombor pertama telah diisi oleh bentuk pistol.

Langkah 3
Setelah jawapan pistol dan hammer dapat diselesaikan, murid
menggunakan bentuk stairs untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.
contoh :
jawapan pistol
= 684
jawapan hammer = 342

Langkah 4
Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).
Cari hasil tambah bagi jawapan pistol dan hammer.
Isikan di dalam kotak jawapan.

akan

6.

Bahan yang digunakan


Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

Gunting,
pisau lipat ,
pembaris ,
magik pen / pensil
kertas A 4
transparent yang berlainan warna

7.

Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti

Tempoh
Pelaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
1 minggu
2 Menulis proposal kajian
2 minggu
3 Merancang tindakan individu/kumpulan
1 minggu
4 Melaksanakan tindakan aktiviti 1
1 minggu
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
2 minggu
6 Melaksanakan tindakan aktiviti 2
1 minggu
7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
2 minggu
8 Ujian untuk mengesan perubahan murid
1 minggu
9 Refleksi kajian
1 minggu
10 Menulis laporan kajian
2 minggu
11 Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah. 1 minggu

Disediakan oleh,
Jurulatih Utama
Kajian Tindakan Negeri Johor

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN


TAJUK PROPOSAL:
MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TENTANG PROSES PENUKARAN DAN KESAN HABA KE
ATAS SESUATU JIRIM DI KALANGAN MURID TINGKATAN SATU IBNU KHALDUN

Tempat:
Sekolah Izzuddin Shah,
Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak
Nama Penyelidik:
Khairul Bariah bt Alimuddin L 20101006084
Norisyah bt Abdullah L 20101006076
Nor Rashidah bt Ab Khalil L 20101006077
Disediakan untuk:
Prof. Madya Dr.Hj Abd Latif b.Hj Gapor

PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan proposal
kajian tindakan ini dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan kami tujukan kepada Prof. Madya
Dr.Hj Abd Latif b. Hj Gapor, pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar dalam menyempurnakan proposal
ini. Tidak lupa juga kepada Tuan Hj. Esmone b. Mat Zaini, pengetua Sekolah Izzuddin Shah kerana
memberi kebenaran kepada kami untuk mendapatkan maklumat dan refleksi pembelajaran yang lalu di
sekolah tersebut. Kepada guru mata pelajaran Sains Sekolah Izzuddin Shah, Pn. Marini bt. Baharom
terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat dan pandangan dengan kami. Tidak ketinggalan, kepada
ahli keluarga kami yang sentiasa menyokong kami dari belakang dan terima kasih tidak terhingga kepada
semua ahli kumpulan yang telah bersama-sama bersusah payah dalam menyiapkan proposal ini.
1. Pengenalan
Tajuk kajian:
Meningkatkan Pemahaman Murid tentang Proses Penukaran dan Kesan Haba ke atas Sesuatu Jirim di
Kalangan Murid Tingkatan Satu Ibnu Khaldun
Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji:
1. Khairul Bariah bt Alimuddin
2. Norisyah bt Abdullah
3. Nor Rashidah bt Ab Khalil
Alamat sekolah:
Sekolah Izzuddin Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak.
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu
Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Pn. Marini bt. Baharom, didapati segelintir murid tidak dapat
menjawab soalan yang telah ditanya dengan betul selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran.
Mereka kelihatan keliru dan masih berasa ragu-ragu untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Oleh yang demikian, objektif pembelajaran tidak dapat dicapai 100%.
Selain itu, melalui ujian pra yang telah diberikan, masih terdapat murid yang memberi jawapan yang

salah yang berkaitan dengan kesan haba kepada jirim. Dengan ini, satu kajian tindakan akan dibuat bagi
mengatasi masalah ini.
1.2 Latar Belakang Kajian
Melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), mata pelajaran Sains merupakan mata
pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid sekolah menengah. Ia termasuk di dalam mata
pelajaran wajib jawab dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tujuan pendidikan sains adalah untuk memberi dan mengkaji kajian sistematik alam semulajadi dan
kesannya kepada manusia dan alam sekitar.
Melihat kepada kepentingan mata pelajaran ini, setiap murid perlulah mahir dalam memahami setiap
topik bermula daripada topik Tingkatan Satu lagi. Oleh itu, melalui Teknik Nyanyian diharap dapat
membantu murid memahami seterusnya mengingati salah satu proses penting dalam topik mata
pelajaran Sains Tingkatan Satu ini.
1.3 Penyataan Masalah
Mata pelajaran Sains Tingkatan Satu meliputi topik-topik asas kepada mata pelajaran sains yang ada
dalam mana-mana sukatan mata pelajaran sains di sekolah menengah seperti Sains, Kimia, Biologi dan
Fizik. Dengan asas yang baik, murid dapat memahami topik mata pelajaran sains yang lain dengan baik.
Daripada maklumat yang diberikan oleh guru mata pelajaran Sains Tingkatan Satu yang kami hubungi,
didapati sebilangan murid Tingkatan Satu Ibnu Khaldun lemah dalam memahami dan mengingati proses
penukaran dan kesan haba ke atas pepejal, cecair dan gas. Mereka tidak dapat membezakan proses
yang berlaku semasa penukaran bentuk jirim samada dalam bentuk pepejal, cecair mahupun gas. Proses
tersebut termasuklah penyerapan haba atau sebaliknya iaitu pembebasan haba. Terdapat murid yang
memahami proses-proses tersebut tetapi tidak dapat mengingatinya apabila diajukan kembali soalan
secara lisan tanpa membenarkan murid tersebut merujuk kepada buku.
Melihat kepada masalah ini, kami ingin mencadangkan agar dijalankan satu kajian tindakan dengan
menggunakan Teknik Nyanyian untuk melihat sejauh mana teknik ini dapat membantu murid memahami
dan mengingati proses tersebut.
2. Objektif kajian
2.1 Meningkatkan pemahaman murid tentang proses pertukaran pepejal, cecair dan gas serta perubahan
tenaga haba dan kesannya ke atas setiap bentuk jirim dengan menggunakan Teknik Nyanyian.
2.2 Membantu murid menganalisis kesan haba terhadap jirim dengan lebih mudah.
2.3 Mempelbagaikan amalan pengajaran guru yang berkesan.
3. Metodologi kajian
3.1 Reka bentuk kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut:
Langkah 1 - Pengenalpastian Isu dan Masalah
Langkah 2 - Pengumpulan Data
Langkah 3 - Penganalisisan Data
Langkah 4 - Perancangan Tindakan
Langkah 5 - Pelaksanaan Tindakan
Langkah 6 - Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Langkah 7 - Refleksi dan Penilaian
3.2 Sasaran kajian Kajian ini terdiri daripada 3 orang guru, manakala murid terdiri daripada 30 orang
murid Tingkatan Satu Ibnu Khaldun, tahun 2010, Sekolah Izzuddin Shah Ipoh.
3.3 Instrumen kajian
Dalam kajian yang akan dijalankan 2 kaedah pengumpulan data yang akan digunakan:
Soalan Ujian - Dua set ujian diberikan kepada murid iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos berkaitan dengan topik
ini. Tujuannya adalah untuk melihat tahap pemahaman murid berkaitan dengan topik ini.

Pemerhatian - Melalui pemerhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid
didapati kurang mahir dalam mengkelaskan dan menganalisis penukaran tenaga haba yang berlaku di
dalam setiap jirim.
3.4 Metod analisis
Ujian Pra dan Ujian Pos: Analisis markah pencapaian pelajar
Pemerhatian: Analisis secara perbincangan tentang tindakbalas pelajar semasa pengajaran
4. Kesignifikanan kajian
Daripada kajian yang akan dijalankan, diharap dapat dikongsi bersama guru-guru mata pelajaran Sains
khasnya, guru-guru mata pelajaran lain serta ahli jawatankuasa Sekolah Izzuddin Shah.
5. Anggaran Perbelanjaan
1. Bil telefon RM10
2. Kos percetakan dan penjilidan laporan RM15
Jumlah RM25
6. Jadual Kerja
1. Mesyuarat perancangan 20 September 2010
2. Draf proposal 21 September 2010
3. Pelaksanaan ujian pra (oleh Pn. Marini), diambil daripada Ujian Selaras II 18 Ogos 2010
4. Memproses data ujian pra 24 September 2010
5. Analisis data ujian pra dan pemerhatian 24 September 2010
6. Pelaksanaan ujian pos 15 Oktober 2010
7. Refleksi dan penilaian 16 Oktober 2010
8. Penulisan laporan kajian 22 Oktober 2010

7. Rujukan
Yeoh Seng Lee, Sim Be Lan, Tan Yu Hok, Suraiya bt Jamaludin, Science Form 1 Volume 2 (2002).
Prof. Dr Othman b. Lebar, Modul Kursus Kajian Tindakan dalam Pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Buku
Manual Kajian Tindakan.
LIRIK LAGU
Dalam laut ada sabut, ada sabut, ada sabut,
Dalam Laut ada Sabut, sabut yang Fana,
(Liquid to Solid = Freezing)
Dalam sabut ada lipan, ada lipan, ada lipan,

Dalam Sabut ada Lipan, lipan yang Malang,


(Solid to Liquid = Melting)
Dalam laut ada gelas, ada gelas, ada gelas,
Dalam Laut ada Gelas, gelas yang Banyak,
(Liquid to Gas = Boiling)
Dalam gelas ada lalat, ada lalat, ada lalat,
Dalam Gelas ada Lalat, lalat yang Comot,
(Gas to Liquid = Condensation)
Dalam gelas ada sudu, ada sudu, ada sudu,
Gelas ada Sudu, Sudu dalam Gelas,
Gelas yang Sama.
(Gas to Solid = Sublimation)
(Solid to Gas = Sublimation)

1. Strategi Pengajaran Sains kanak kanak secara inkuiri.1.0 Pengenalan Inkuiri didefinisikan
sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara danmencari jawapan kepada
penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatiandan pengukuran yang teliti, membuat
hipotesis, menterjemah dan membina teori.Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen,
refleksi dan mengambil kirakekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. (Herank,
2000). Inkuiri adalahakriviti yang melibatkan proses membuat pemerhatian, mengemukakan
soalan,meneliti buku buku dan sumber maklumat lain bagi memastikan apa yang
sudahdiketahui, merancang dan menjalankan eksperimen, menyemak semula apa
yangsudah diketahui berdasarkan bukti eksperimen, menggunakan alat mencari
danmenganalisis serta mengintrerptasikan data, mencadangkan jawapan penjelasanserta
ramalan dan berkomunikasi menyebarkan keputusan ataupun maklumat yangdiperoleh.
Pengajaran berorientasikan inkuiri melibatkan kanak kanak dalampenyiasatan sains.
Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginanmemahami sesuatu ataupun
menyelesaikan masalah. Proses inkuiri bermuladaripada sesuatu pemerhatian yang menarik
minat dan seterusnya menimbulkanpersoalan. Sifat ingin tahu seterusya meransang
tindakan supaya terus membuatpemerhatian, pertanyaan, ramalan, hipotesis dan konsep
awal. Proses mental ituadalah seperti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran,
meramal,menerangkan, membuat inferens dan sebagainya. Proses yang digunakan
bagimendapatkan penyelesaian, fakta konsep atau prinsip adalah inkuiri. Hasil
yangdiperoleh daripada proses ini disebut penemuan atau dapatan. Pembelajaran inkuiri
penemuan dapat dilaksanakan melalui strategipenyoalan, perbincangan, tunjuk cara,
eksperimen dan pembelajaran kolaboratif.Kemahiran inkuri asas yang perlu kanak kanak
pelajari adalah bertanya soalan.Strategi penyoalan amat penting dalam kaedah inkuiri. Ia
dapat membantu prosespembelajaran dan pemikiran murid. Soalan-soalan terbuka seperti
berbentukmengapa dan bagaimana memerlukan murid membuat huraian. Ini
menghasilkantindak balas reflektif dan mengembangkan pemikiran intelektual murid. Inkuiri
adalah 1
2. 2. satu proses berterusan. Oleh itu, kaedah inkuiri bertujuan menghasilkan murid yangdapat
menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang yang lebih luasbagi tujuan
yang lebih bermakna. Contohnya seperti tajuk Haiwan. Guru perlu bertanya soalan
soalanpengetahuan berkaitan tajuk berkenaan. Kanak kanak perlu menjelaskan
ataumenghuraikan konsep, membuat perbandingan dan mencari persamaan,mencadangkan
alternatif atau meramalkan kemungkinan hasilan atau kesan. Perbincangan dalam kumpulan
kecil melibatkan semua kanak kanak secaraaktif dalam memberikan pelbagai idea, bertukar
tukar maklumat dan pendapat danperdebatan. Tunjuk cara boleh dilakukan dengan
menggunakan bahan bahan yang adadi persekitaran mereka dan membuat ramalan atau
hasilan yang mungkin terjadi . Eksperimen mudah serta kajian lapangan atau lawatan luar
menggalakkanpembelajaran inkuri dalam konteks sebenar.Pembelajaran kolaboratif ialah
pendekatan di mana murid murid dapatmeningkatkan nilai sosial dan kerjasama dapat
dipupuk dengan baik serta masalahdisiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima.
Pembelajaran koperatif dankolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana keduadua kaedah inimenekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.2.0 PENDEKATAN
INDUKTIF Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-

maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada


permulaanpengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus
tetapimengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yangdiberikan,
murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsirmaklumat yang terkandung
dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuatgeneralisasi atau kesimpulan yang
berkenaan. Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah
satukaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai
matapelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa. Pendekatan induktif bermula 2
3. 3. daripada spesifik kepada umum, iaitu dengan sesuatu sebab atau contoh danmenuju ke
arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan W. Gibson, 1960). Hal inibermaksud seseorang
guru boleh membantu pelajar menguasai sesuatu konsepatau generalisasi berdasarkan
pemerhatian atau contoh-contoh yang diperolehi. Contoh mesti relevan dan sesuai untuk
menerangkan sesuatu. Untukmendapatkan sesuatu generalisasi, murid - murid digalak
memberi contoh yangsesuai. Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara induktif,guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh
digunakanoleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah
disediakanuntuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan. Guru tidak
harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yangberkaitan dengan
kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soaljawab untuk mendapat
kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang diberikanharuslah dipelbagaikan, tetapi
mengandungi ciri yang sama serta mudah untukmembolehkan murid mengenalpasti. Setelah
contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid jugadigalakkan memberi
contoh-contoh yang serupa. Alat bantu mengajar harusdisediakan untuk membantu murid
mendapatkan kesimpulan yang berkenaan. 3
4. 4. CONTOH PENGAJARAN INDUKTIF SAINS INKUIRI: 1. Guru beri masalah/perkara untuk
buat penyiasatan. 2. Contohnya: Pemakanan dan gigi haiwan. 3. Murid bekerja berpasangan
dalam kumpulan dengan guru memberikan gambar gambar haiwan. 4. Murid diminta
membina kategori haiwan tersebut berasaskan makanan haiwan. 5. Murid buat
kategori/klasifikasi dan melabel, sesekali berkongsi kategori mereka dengan pasangan lain.
6. Guru membantu membina konsep dengan beri nama saintifik kepada setiap kategori. 7.
Guru tunjuk spesimen dan meminta pelajar ramal struktur gigi haiwan. 8. Guru minta pelajar
kumpul spesimen tambahan dan masukkan ke dalam kategori yang mereka telah bina. 3.0
PENDEKATAN DEDUKTIF (umum kepada spesifik) Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan
mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau
peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang dikhususkan. Pendekatan
ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada
rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui. Kaedah deduktif berlandaskan
pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan muridmurid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta
berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan
tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus. Terdapat 3 jenis pendekatan
deduktif iaitu penyelesaian masalah, membuat generalisasi baru dan membukti hipotesis.

Konsep pendekatan deduktif perlulah berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Shipley, 1968):


Guru mencadangkan masalah 4
5. 5. yang mencabar dan membantu murid-murid menganalisis masalah. Guru akanmembantu
murid-murid memilih tindakan atau pemikiran yang bolehdipertimbangkan. Guru menjadi
sumber maklumat kepada murid dan mengarahkanmurid bergerak daripada prinsip atau
prosedur am yang betul sebelum mereka mahirmenggunakannya. Elakkan daripada
memberi jawapan kepada murid dan galakkanmereka menggunakan langkah-langkah yang
sudah diketahui bagi menyelesaikanmasalah tersebut sendiri. Pastikan murid mencari
penyelesaian masalah tersebutdan cadangkan bagaimana mereka memastikan jawapan
mereka sama ada betulatau salah. Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, kaedah inkuiri
melalui pendekatandeduktif, murid dikehendaki mencari fakta-fakta atau maklumat-maklumat
tertentuyang berkaitan dengan masalah yang berkaitan dengan masalah yang
dikemukakanproses mencari maklumat itu akan dipandu oleh generalisasi dan
kesimpulansesuatu diterima umum. Murid tidak perlu membuat sebarang generalisasi
keranageneralisasi telah diberikan pada peringkat awal. Sebaliknya murid hanya
perlumencari fakta dan maklumat dengan berpandukan kepada generalisasi
yangdiberikan.CONTOH PENGAJARAN DEDUKTIF SAINS INKUIRISTANDARD
KANDUNGAN: PENYERAPAN 1. Guru menerangkan tentang keupayaan bahan menyerap
air. 2. Guru menerangkan objek yang boleh menyerap air dan kalis air. 3. Murid menjalankan
aktiviti bagi mengenal pasti objek dan bahan yang boleh menyerap air dan kalis air. 4. Guru
menunjukkan jadual pengelasan. 5. Murid mengelas bahan yang boleh menyerap air dan
kalis air dengan menjalankan aktiviti. 6. Murid membuat urutan jenis bahan mengikut
keupayaan menyerap air dengan menjalankan penyiasatan. 7. Murid menjelaskan
pemerhatian melalui jadual dan penulisan. 5
6. 6. 4.0 5 E Model pengajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme, yangmengatakan
bahawa murid murid membina idea-idea baru di atas idea-idea lamamereka. 5 E boleh
digunakan dengan murid semua peringkat umur, termasuk orangdewasa. 5 E membolehkan
murid - murid dan guru-guru untuk mengalami aktivitibiasa, menggunakan dan membina
pengetahuan dan pengalaman yang terdahulu,membina makna, dan untuk terus menilai
pemahaman mereka konsep.Setiap 5 E menerangkan fasa pembelajaran, dan setiap fasa
bermula dengan huruf"E". Engage, Explore, Explain, Elaborate, and Evaluate.Engage (Fasa
Orientasi):Guru membuat hubungan antara pengalaman pembelajaran dahulu dan
sekarang.Guru menjangka aktiviti dan menumpukan pemikiran murid - murid kepada
hasilpembelajaran aktiviti semasa. Murid - murid perlu menyediakan diri supaya terlibatdalam
konsep, proses, atau kemahiran yang perlu dipelajari.Explore (Meneroka): Fasa ini
menyediakan murid murid dengan asas biasapengalaman. Mereka mengenal pasti dan
membangunkan konsep, proses, dankemahiran. Semasa fasa ini, murid - murid secara aktif
meneroka persekitaranmereka atau memanipulasi bahan.Explain (Menerangkan) : Fasa ini
membantu pelajar menjelaskan konsep yangmereka telah terokai. Mereka mempunyai
peluang untuk menyuarakan kefahamankonseptual mereka atau untuk menunjukkan
kemahiran atau tingkah laku baru. Fasaini juga menyediakan peluang untuk guru-guru untuk
memperkenalkan definisi danpenjelasan bagi konsep, proses, kemahiran, atau tingkah
laku.Elaborate (Huraikan): Fasa ini menambahkan pemahaman konsep murid - muriddan

7.

8.

9.

10.

membolehkan mereka untuk mengamalkan kemahiran dan tingkah laku. Melaluipengalaman


baru, murid membangunkan pemahaman yang lebih mendalam danmeluaskan konsep
utama, mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bidangkepentingan, dan menghalusi
kemahiran mereka. 6
7. Evaluate (Menilai): Fasa ini menggalakkan pelajar untuk menilai kefahaman dankebolehan
mereka.Guru menilai kefahaman konsep utama dan pembangunankemahiran murid murid.5.0 Model konstruktivisme 5 - fasa Needham.Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah
Orientasi Menarik minat Amali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru,I
tayangan filem, video dan keratan akhbar Pencetusan Idea Kenal pasti pengetahuan Amali,
perbincangan dalamII sedia ada kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan
Penstrukturan Menghubungkan Perbincangan dalam kumpulan semula idea pengetahuan
sedia ada kecil dan buat laporan, dengan isi kandungan pembacaan, input guru.Amali, i.
Prnjelasan dan baru. kerja projek, eksperimen, pertukaran tunjukcara guru ii.PendedahanIII
kepada situasi konflik iii. Pembinaan idea baru. iv. Penilaian Penggunaan idea Aplikasikan
dalam situasi Penulisan sendiri kerja projekIV baru Renungan kembali Menyedari sejauh
mana Penulisan kendiri,V idea terdahulu telah perbincangan kumpulan, berubah. catatan
peribadi dan lain-lain. 7
8. CONTOH PENGAJARAN MODEL KONSTRUKTIVISME 5 - FASA NEEDHAM.STANDARD
KANDUNGAN: MAGNETORIENTASI- Guru menunjukkan iklan susu Anmum dimana budak
tersebut1.1111.111ncnx1cnbb1n menggunakan kereta untuk mengambil sudu yang jatuh di
bawah kerusi.PENCETUSAN IDEA Guru bertanya kepada murid murid kepada
sudumelekat pada kereta?PENSTRUKTURAN IDEA- Guru membuat eksperimen
pergerakan magnet.Murid membuat hipotesis awal. Perbincangan kumpulan fungsi magnet
dalamkehidupan seharian.PENGGUNAAN IDEA- Murid murid menyatakan fungsi
magnet.PENUTUP- Murid murid membuat refleksi dan kesimpulan. 8
9. Analisis Maklumbalas Kemahiran Mikro Komponen Kemahiran Menerang 7 6 5 4 3 2
Bilangan 1 0 Jadual 1: Kemahiran Menerang Semua pemerhati berpendapat guru pelatih
mempunyai perubahan dalamnada pertuturan dari segi ton, kelantangan suara.Guru pelatih
tidak boleh 9
10. menggunakan nada dan kelangsingan suara yang sama sahaja dalam
sesuatupengajaran. Bila memberi penekanan terhadap isi penting pelajaran nada suaraperlu
lebih kuat. Semua pemerhati berpendapat guru pelatih menggunakan berhenti sejenakbagi
memberi penekanan terhadap soalan atau isi penting pelajaran.Guru pelatihmemberi
peluang kepada murid murid untuk mendengar soalan dan berhentisejenak sebelum
memberi peluang kepada pelajar untuk menjawab. Guru pelatihtelah dapat mengulang isi
penting ketika sesi penerangan berlangsung Pergerakan anggota guru pelatih perlu
dipertingkatkan kerana pemerhati 1berpendapat guru pelatih tidak mempunyai pergerakan
anggota badan. Seorangguru pelatih yang ekspresif akan menggunakan mata serta tangan
untukmenekankan isi isi pelajaran yang penting. Murid murid akan menumpukan
lebihbanyak perhatian kepada proses pengajaran kerana tertarik kepada gaya dan aksiguru
pelatih tersebut. Pergerakan guru pelatih perlu diperbanyakan kerana dua
pemerhatiberpendapat guru pelatih kurang pergerakan. Dari semasa ke semasa
dalampengajaran, seorang guru pelatih perlu membuat pergerakan kiri ke kanan dalambilik

darjah yang dapat mengurangkan kebosanan murid murid. Penggunaan papan putih
adalah menyeluruh di mana guru melukis gambartumbuhan untuk memberikan penerangan
yang lebih jelas. Guru pelatih perlumeningkatkan penggunaan papn putih dengan
mempelbagaikan warna pen danmenulis isi penting di papan putih, Penglibatan murid
adalah menyeluruh di mana guru memberi peluang kepadamurid untuk menjawab soalan
dan memberikan idea kepada isi penerangan. Selainitu aktiviti melukis di akhir fasa imiginasi
memberi peluang untuk murid muridberfikir dan mengingat kembali isi pelajaran. Namun
guru perlu menambahkanpemusatan kepada murid. Semua pemerhati berpendapat guru
pelatih menggunakan alat bantu lihatdan dengar yang jelas dan relevan, menarik, bahasa
dan penggunaan ayat mudahdifahami. Namun penggunaan slaid animasi ketika di slaid
power point perludiberikan penekanan supaya sesuai dengan soalan soalan yang
ditujukan. Ketika 10
11. 11. slaid ditayangkan, nama pokok tumbuhan ditunjukkan dahulu sebelum gambartumbuhan
tersebut. Pemerhati berpendapat penggunaan contoh perlulah mudah, menarik danrelevan.
Contoh pokok pokokyang diberi perlulah dekat dengan persekitaran dirimurid- murid. Guru
tidak perlu menunjukkan gambar pokok pokok yang susah atauyang tidak terdapat di
Malaysia.. Penyusunan idea guru pelatih agak terabur dan boleh dimantapkan lagidengan
menyusun idea dan acara mengikut fasa dan masa yang ditetapkan. Gurupelatih perlu
menyatakan isi penting secara lisan dan bertulis untuk meningkatkankefahaman murid
murid. Teknik guru pelatih untuk penutup boleh dipertingkatkanlagi. Secara keseluruhannya
pemerhati berpendapat bahan bantu mengajar iaituslaid menarik tetapi boleh
dipertingkatkan penggunaannya supaya sesuai dengan isipelajaran. Suara guru pelatih jelas
dan mempunyai pelbagai nada namunpergerakan anggota badan guru perlu dipertingkatkan.
Guru perlu lebihbersemangat untuk mengajar dengan menggerakkan anggota tangan dn
mata.Selain itu , guru perlulah berjaya mengawal kelas dengan prihatin terhadapkeperluan
murid murid untuk pergi ke bilik air atau sakit. Guru perlu meningkatkankontak mata
dengan murid murid. 11
12. 12. Komponen Bahan Sumber 7 6 5 4 3 2 1 Bilangan 0 Jadual 2 : Penggunaan bahan
sumber Bahan sumber yang digunakan ialah slaid power point dan contoh pokok.Pemerhati
berpendapat bahan sumber yang digunakan memberi penjelasan padatopik dan bahan
sumber memberi gambaran sebenar terhadap idea yangdibentangkan. Namun bahan
sumber yang digunakan perlulah menekankan ciri cirikemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif. Sebahagian pemerhati berpendapatbahan sumber tiada unsur unsur yang
menjanan minda murid murid secara kritisdan kreatif. 12
13. 13. Bahan sumber yang disediakan sesuai dengan usia, tahap kecerdasan dankebolehan
murid murid. Seorang pemerhati berpendapat guru perlu melihatkesesuaian persekitaran
dengan bahan sumber yang disediakan. Guru pelatih bolehmenggunakan pelabagai bahan
sumber yang terdapat di luar darjah untukmenimbulkan keseronokkan kepada murid murid.
Guru boleh membawa murid ketaman Sains atau luar bilik darjah untuk melihat persekitaran
yang berkaitan dengantumbuhan. Guru tidak menjalinkan dengan baik aktiviti seterusnya
selepas mengunakanbahan sumber yang disediakan.Guru perlu mengaitkan bahan sumber
dengan isipelajaran yang seterusnya supaya murid murid dapat mengingati isi pelajaran.
13

1. INKUIRI SAINS
2. 16. IBSE DI DALAM KURIKULUMIBSE DI DALAM KURIKULUM SAINS MALAYSIASAINS
MALAYSIA Diperkenalkan sejak 1960an Ditakrifkan sebagai proses mendapat tahu yang
melibatkan pertanyaan soalan mengkaji atau menyiasat sesuatu fenomena dengan
menggunakan deria dan kognitif kita
3. 17. IBSE DI DALAM KURIKULUMIBSE DI DALAM KURIKULUM SAINS MALAYSIASAINS
MALAYSIA Melibatkan penggunaan kemahiran proses sains, pengetahuan dan sikap
saintifik untuk melakukan penemuan, mempelajari sesuatu konsep, menaakul dan
menyelesaikan masalah.
4. 18. Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE) IBSE menekankan murid memahami
perkara yang dipelajari dan bukan setakat menghafal content dan maklumat sahaja.
(Worth, Duque & Saltiel, 2009)
5. 19. Why Inquiry (1)? (Ferko & Ferko, 2005) Inkuiri merupakan asas kepada pendidikan
sains.
6. 20. Why Inquiry (1)? (Ferko & Ferko, 2005) Kefahaman dan kemampuan pelajar
memperolehi pengetahuan dan kemahiran berpunca dari inkuiri.
7. 21. Why Inquiry (1)? (Ferko & Ferko, 2005) Inkuiri membantu pelajar Memahami konsep
saintifik dan tabii sains Menghargai proses memperolehi pengetahuan
Mengembangkankemahiran menjadi independent inquierers
8. 22. Semua pelajar mampu belajar Sains dipersembahkan dan dikendalikan dengan
pendekatan yang mengikut tahap perkembangan & kemampuan pelajar Why Inquiry (1)?
(Ferko & Ferko, 2005)
9. 23. Memenuhi keperluan domain afektif pelajar memupuk motivasi dan sikap positif
terhadap pembelajaran sains (Blumenfeld, Kempler, Krajcik, 2006; Chin & Kayalvizhi, 2005).
Why Inquiry (1)? (Ferko & Ferko, 2005)
10. 24. Creativity & Innovation Successful Innovations Community Scientific Inputs Methods from
Design, Ideas from Arts, Tools from Social Science, & Insights from the Business World +
11. 25. 2. Microwavable Plastic Pouch 3. Double-Tiers Glove Dipping System 1. USB Flash
Memory Thumbdrive Malaysian Successful Innovations Creativity & Innovation
12. 26. Creativity Idea Generation Enquiring Mind Enquiring Mind 1. Inquisitive about everyday
life 2. Able to recognize, question, and explore problems & issues 3. Aware of multiple
perspectives for understanding and analyzing things 4. Able to challenge, propose solutions
or suggest ways for solutions to problems Empathy Experimentalism OptimismIntegrative
Thinking
13. 27. Ia berfokuskan persoalan kuantiti maklumat (cth., soalan berpandu, prosedur dan
jangkaan hasil) dan bimbingan yang harus diberikan kepada pelajar oleh guru (Bell,
Smetana, and Binns 2005; Herron 1971; Schwab 1962) Kesinambungan Inkuiri The Inquiry
Continuum 28

14. 28. ARAS INKUIRI Inkuiri Pengesahan (Confirmation Inquiry) Guru memberikan pelajar
soalan dan prosedur untuk penyiasatan, dan hasil yang perlu dicapai sudah diketahui.
Sesuai digunakan untuk mengukuhkan ide atau konsep yang telah dipelajari untuk
memberi pengalaman menjalankan eksperimen sebagai latihan untuk memperolehi
kemahiran inkuiri tertentu, seperti merekod dan menganalisi data Pelajar perlu mengikut
arahan dan prosedur eksperimen. Merupakan penyiasatan inkuiri bertahap rendah tetapi
dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran secara beransur ke tahap inkuiri terbuka.
15. 29. ARAS INKUIRI Inkuiri Berstruktur (Strutured Inquiry) Guru perlu memberikan pelajar
soalan dan prosedur untuk penyiasatan. Akan tetapi, pelajar perlu melaporkan serta
menjelaskan hasil dapatan mereka.
16. 30. ARAS INKUIRI Inkuiri Berpandu (Guided Inquiry) Guru cuma memberikan pelajar soalan
untuk penyiasatan. Pelajar perlu merancang penyiasatan, melaksanakan dan melaporkan
serta menjelaskan hasil dapatan mereka. Inkuiri berpandu ini akan amat berkesan
apabila/jika pelajar2 diberi pelbagai peluang untuk belajar dan mencuba kaedah2 yang
berbeza untuk menjalankan dan merekodkan data. Pelajar2 masih memerlukan bimbingan
guru untuk memastikan bahawa penyiasatan mereka bermakna. (Banchi & Bell, 2008)
17. 31. ARAS INKUIRI Inkuiri Terbuka (Open Inquiry) Peluang terbaik untuk bertindak seperti
ahli sains mengemukakan soalan, merancang dan menjalankan penyiasatan dan
membentang hasilnya. Paling memerlukan penaakulan saintifik dan tuntutan kognitif yang
tinggi Harus dilaksanakan apabila pelajar2 telah menunjukkan kebolehan merancang dan
melaksanakan penyiasatan apabila ditujukan persoalan. Pelajar2 juga harus mampu
mencatat dan menganalisa data lalu membuat kesimpulan berasaskan data/evidens yang
diperolehi.
18. 32. TUGASAN 1 TENTUKAN ARAS INKUIRI MENGIKUT AKTIVITI
19. 33. 35
20. 34. (Banchi and Bell, 2008) Tahap Inkuiri Soalan Prosedur Penyelesaian 1 Inkuiri
pengesahan pelajar mengesahkan suatu prinsip atau hukum sains , di mana hasil akhirnya
sudah diketahui. 2 Inkuiri berstruktur Pelajar menyiasat persoalan yang telah dikemukakan
oleh guru berdasarkan prosedur-prosedur yang ditetapkan. 3 Inkuiri terbimbing Pelajar
menjalankan penyiasatan berdasarkan persoalan yang diberi oleh guru tetapi perancangan
dan prosedur ditentukan oleh pelajar. 4 Inkuiri terbuka Pelajar mengemukakan persoalan
dan menentukan cara penyiasatan harus dijalankan. Tahap-tahap inkuiri dan maklumat yang
diberikan kepada pelajar.
21. 35. (Worth, Duque and Saltiel, 2009) Rangka kerja Inkuiri Berpandu dan Terbuka Framework
of Guided & Open Inquiries
22. 36. Ia berfokuskan persoalan kuantiti maklumat (cth., soalan berpandu, prosedur dan
jangkaan hasil) dan bimbingan yang harus diberikan kepada pelajar oleh guru (Bell,
Smetana, and Binns 2005; Herron 1971; Schwab 1962) Kesinambungan Inkuiri The Inquiry
Continuum 38
23. 37. TUGASAN 2 Dalam kumpulan anda, pilih 2 aktiviti yang menjurus kepada 4 aras inkuiri
seperti berikut : KUMPULAN ARAS INKUIRI 1 Terbuka Terbimbing 2 Pengesahan
Berstruktur 3 Terbuka Berstruktur 4 Pengesahan Terbimbing 5 Terbimbing Berstruktur 6
Pengesahan Terbuka 7 Terbuka Pengesahan 8 Pengesahan Berstruktur

24. 38. TUGASAN 2 KUMPULAN ARAS INKUIRI 9 Terbuka Terbimbing 10 Pengesahan


Berstruktur 11 Terbuka Berstruktur 12 Pengesahan Terbimbing 13 Terbimbing Berstruktur 14
Pengesahan Terbuka 15 Terbuka Pen