Anda di halaman 1dari 9

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN

JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM


KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU
BEG BERKUNCI NO. 4
89009 KENINGAU
SABAH

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM /
PROGRAMS CODE &
NAME

WTP (TEKNOLOGI PEMBINAAN)

TAHAP / LEVEL

TAHAP 2

NO. DAN TAJUK MODUL /


MODULES NO. AND TITLE

M01 KERJA MELEPA II

NO. DAN PERNYATAAN


TUGASAN / TASK(S) NO.
AND STATEMENT

M1K1 MENYEDIAKAN PERMUKAAN ATAS (OVERHEAD)


UNTUK KERJA MELEPA.
M1K2 MELAKUKAN KERJA MELEPA UNTUK
PERMUKAAN ATAS (OVERHEAD) DENGAN
KEMASAN.

OBJEKTIF MODUL /
MODULES OBJECTIVE

Pelajar dapat menyediakan permukaan atas (overhead)


untuk melepa dan melaksanakan kerja melepa permukaan
atas(overhead) serta dapat mengenal pasti lokasi dan
prosedur penggunaan alat , peralatan dan bahan yang
sesuai,supaya kerja melepa permukaan atas (overhead)
boleh dijalankan dengan lancar.

NO. KOD / CODE NO.

WTP 401/M01/P(1/2)

Muka Surat : 1 Drp 9

TAJUK : KERJA-KERJA LEPAAN


TUJUAN :
Kertas Penerangan ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih
supaya boleh melakukan kerja-kerja melepa, mempelajari tentang lukisan kerja arkitek,
penggunaan peralatan kerja melepa serta bahan, kelengkapan dalam kerja melepa dan
boleh
membuat
kemasan
pada
bahagian
lepaan.
Selain itu, para pelajar dapat mengetahui nisbah bancuhan mortar dan bagaimana
menyediakan permukaan untuk kerja melepa. Melepa ialah satu cara untuk menyaluti
suatu permukaan dengan menggunakan mortar. Ianya dilakukan untuk menutup
kecacatan pada muka tembok bata atau permukaan atas. Teknik kerja melepa
memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk
menghasilkan kerja yang bermutu.

NO KOD / CODES NO

WTP401/M01/P(1/2)

Muka Surat : 2 Drp: 9

Penerangan
Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding atau
tembok yang menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata yang
sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi
kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang dibina itu sendiri.
Tujuan Lepaan
i. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.
ii. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya.
iii. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.
iv. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan lasak.
v. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.
vi. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.
Jenis-jenis Lepaan
a. Lepa Kapur
b. Lepa Gypsum
c. Lepa Simen
a.Lepa Kapur
Lepa ini mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut nisbah yang tertentu.
Nisbah campuran/bancuhan yang lazimnya dibuat adalah 1:2 ( 1 bahagian kapur : 2 bahagian
pasir) dan lepa ini dikemaskan lagi dengan dampul kapur.
b.Lepa Gypsum
Bahan-bahan untuk lepa jenis ini adalah terdiri daripada serbuk gypsum yang dibancuh dengan
air. Bancuhan tersebut hendaklah pekat dan liat supaya mudah kerja-kerja lepaan dilakukan.
Lepaan jenis ini tidak perlu tebal memadai 5 mm sahaja. Kerja-kerja lepaaan jenis ini hanya
dilakukan pada permukaan siling sahaja. Lepa gypsum tidak tahan pada tindakan cuaca
lembab, oleh itu lepaan hanyalah dibuat pada ruangan yang tertutup/berbumbung sahaja.
c.Lepa simen.
Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir halus. Nisbah bancuhan lepa
simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian simen : 1 bahagian kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun
1:3 jika kita menggunkan simen yang telah dimasukan kapur / simen penampal (Wallcrete /
Masonry Portland Cement). Lepaan jenis ini boleh dibuat pada semua bahagian dinding
samada bahagian dalam atau luar, siling dan lantai kerana ianya tahan pada tindakan cuaca.

NO KOD / CODES NO

WTP401/M01/P(1/2)

Muka Surat : 3 Drp: 9

Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :


a. Lepaan bahagian dinding
b. Lepaan bahagian lantai
c. Lepaan bahagian atas / siling
Mortar untuk Lepaan
Mortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan. Terdapat beberapa nisbah
bancuhan mortar untuk digunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada
campuran simen dengan pasir yang dibancuhkan dengan air bersih.
a.Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir) dibuat pada tempat yang
menanggung beban seperti kilang, bengkel berjentera dan lain-lain dengan ketebalan 25 mm.
b.Nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir) dibuat pada bahagian dindingdinding bangunan samada bahagian luar atau dalam dengan ketebalan 18.75mm ( 20mm)
Peralatan kerja Lepa
a. Sudip lepa (Plastering Trowel)
b. Kayu perata (Wooden Float)
c. Pemaras kayu panjang (Darby float)
d. Pemegang Mortar (Hawk)
e. Sudip Penjuru (Angle Iron)
f. Baldi (Bucket)
g. Alat aras Spirit (Spirit Level)
h. Berus cat
i. Sponge Trowel
j. Rough Cast Machine
k. Penyembur air (Iron Spray)
l. Kotak Penyukat (Gauge Box)
Penyediaan Pada Permukaan Yang Hendak Dilepa
Tempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran seperti habuk, tanah, minyak,
cat dan apa-apa yang menghalang mortar daripada melekat pada permukaan yang hendak
dilepa.
a. Permukaan bata
Permukaan ini kebiasaanya terdiri dari bata-bata yang ikatannya dari jenis bata tanah, bata
pasir ataupun blok
b. Permukaan konkrit.
Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan terutamanya pada bahagian lantai, dinding, rasuk,
alang dan pada mana-mana permukaann yang terdedah pada cuaca. Selain untuk menutup

NO KOD / CODES NO

WTP401/M01/P(1/2)

Muka Surat : 4 Drp: 9

permukaannya yang kasar, ianya juga dapat mencantikan bahagian luar agar kelihatan lebih
kemas dan menarik kecuali permukaan yang tidak memerlukan lepaan iaitu hiasan asal konkrit
yang diadakan dengan sengaja.
Persediaan dasar Lepaan.
Dasar lepaan terdiri dari tiga bentuk iaitu :
# Dasar yang kukuh seperti dinding bata, konkrit, terra cotta, batu atau blok gypsum.
# Bidai kayu atau logam
# Gypsum atau papan fibre bangunan
Persediaan asas :
Permukaan hendaklah dibersihkan dan dibasahkan dengan air supaya lembap
Dinding yang disapu cat atau kapur hendaklah diketuk atau dicakar untuk menyediakan
permukaan kasar bagi memegang ikatan sebelum kerja melepa lapisan mortar baru
dilakukan
Mortar keras yang terlebih pada sambungan bata hendaklah dibuang bagi memudahkan
kerja melepa.

Kaedah Lepaan
Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri. Selain penggunaan
mesin lepaan, ianya juga dilakukan secara manual iaitu lapisan demi lapisan. Lapisan untuk
dilepa boleh dibahagikan kepada tiga lapisan.
Bagi lapisan pertama, ia dikenali sebagai lapisan asas yang dilepa kasar setebal 10-12mm.
Untuk lapisan kedua ianya lebih dikenali sebagai lapisan tengah atau pertengahan. Permukaan
ini dilepa dan diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan diratakan dengan
menggunakan kayu perata. Ketebalannya dibuat setebal 8-10 mm.
Sementara lapisan ketiga iaitu lapisan penyudah atau lapisan kemasan. Lapisan ini boleh
dibuat dengan kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai
dan kemasan kerutu.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENGGUNA ALAT KERJA


MELEPA

NO KOD / CODES NO

WTP401/M01/P(1/2)

Muka Surat : 5 Drp: 9

Sebelum kerja melepa dijalankan, adalah perlu seseorang pekerja itu mahir dengan kaedah dan
cara mengguna alat melepa dengan betul. Alat Hawk dan pemaras keluli (Steel float) perlu
dimahirkan dengan lenggok pergerakan dan tekanannya. Perkara-perkara lain yang perlu dititik
beratkan ialah :

Pastikan tangan anda dan pemegang alat sentiasa bersih dan kering. Sekiranya kotor
dan basah, maka cuci dan keringkan segera.

Jangan pegang alat kerja terlalu kemas semasa menggunakannya.

Semasa mengambil mortar, jangan berdiri terlalu jauh dari mortar board dan semasa
mengambilnya, ambillah dari bahagian tepi, bukan dari tengah.

Semasa mengambil mortar dari hawk gerakkan kedua-dua belah tangan.

Biarkan pemaras keluli bergerak supaya tangan boleh menukar posisi pada pemegang,
kemudian barulah digenggam erat semasa kerja dijalankan.

Tekan mortar pada dinding menggunakan tekanan seimbang dan seterusnya


merapatkan steel float apabila mortar semakin kurang.

Biarkan steel float sedikit menegak (bersudut tepat) sekiranya banyak mortar berada
dihujung pemaras berkenaan.

Sebelum menggunakan alat jenis kayu, pastikan lepaan berada dalam keadaan sedikit
kering. Jika terlalu cair / basah, mortar akan luruh dan jika terlalu kering mortar tidak
dapat di ratakan dengan sempurna.

BAHAN KERJA MELEPA


Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :Simen:
Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk
penerapan bata, membuat lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat
untuk mortar lepaan iaitu Wallcretedimana ianya telah siap campuran simen portland biasa
dengan kapur.
Kapur :
Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000o c untuk menghasilkan
kapur tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba
(slaking) dan menghasilkan hydrated lime yang sesuai untuk membuat mortar ikatan dan
lepaan.

NO KOD / CODES NO

WTP401/M01/P(1/2)

Muka Surat : 6 Drp: 9

Tujuan penggunaan kapur adalah untuk menambah keupayaan air memegang mortar serta
mengurangkan kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya menambah pegangan antara
butir-butir pasir dalam bancuhan mortar.
Air :
Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh merosakkan
bancuhan mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana
kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi
tetulang.
Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :a) Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti
dengan simen.
b) Memudahkan kerja bancuhan
c) Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.
Bahan Tambahan
Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk
menambah sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30%
digunakan.
Bahan jenis Waterproofing compounds ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk
serbuk dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk
halus dibancuh bersama simen dan digaul dalam keadaan kering.
Bahan Plasticisers dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia
memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air
dalam mortar dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan
kekuatan ikatan.
Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format,
triethanolamine, sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat.
Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan sesuatu
dinding dan permukaan atas. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :Kemasan Biasa ( sand face)
Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : pasir). Lepaan jenis ini boleh
dibuat dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mm dan bagi tampang
bawah, rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin, lepaan
dibuat setebal 12mm.
Lapisan pertama:
Bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat
setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm.
Nisbah bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah adun.
Permukaan ini hendaklah dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.
Lapisan Kedua :
Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli
untuk permukaan dinding dalam dan dengan pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini

NO KOD / CODES NO

WTP401/M01/P(1/2)

Muka Surat : 7 Drp: 9

hendaklah menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span
basah boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan yang seragam.
Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan
simen Portland, kapur dan pasir ialah :-

1: : 4
1 : 1 : 5-6
1 : 2 : 8-9

atau
atau

MELAKSANAKAN KERJA-KERJA LEPAAN PERMUKAAN


Langkah-langkah Kerja Melepa :STEP

KEY POINTS

Persediaan Tempat Kerja

1. Pastikan kawasan kerja dalam


keadaan selamat
2. Letakkan bahan dan peralatan
dengan peralatan dengan teratur

Menampal Permukaan Rata Dan Menegak


Berpandukan Screed

1. Basahkan permukaan dinding


sekiranya ia terlalu kering.
2. Dengan menggunakan sudip lepa
dan hawk tampalkan mortar
diruang antara screed tegak yang
telah disediakan sebelum tugasan
ini.
3. Jika tebal lepaan yang
dikenhendaki melebihi 10 mm
maka kaedah melepa dua lapisan
atau tiga lapisan dilaksanakan .
4. Penuhkan lepaan pada ruang
diantara screed hingga samarata
dengan permuakan screed.

Kaedah memotong / Memaras mortar


lepaan

1. Gunakan kayu pelurus tepi untuk


memotong motar maotaryang telah
dilepa jika berpandukan screed
melintang pemotongan dibuat
samada bemula dari kiri atau kanan
permukaan yang dilepa atau
sebaliknya.
2. Apabila pemotongan dibuat
didapati bahagian yang tidak penuh

NO KOD / CODES NO

WTP401/M01/P(1/2)

Muka Surat : 8 Drp: 9

atau sama rata dengan screed


hendaklah ditampal mortar
sehingga mendapati samarata
mortar tampalan tersebut.

Kaedah Mensamaratakan Permukaan


Pemotongan

Kaedah Mendapatkan Kemasan


Permukaan Lepaan

Dengan menggunakan kayu perata darbai


(darby float ) gosokkan permukaan lepaan
yang telah dibuat pemotongan hingga
keseluruhan permukaan tidak kelihatan
bahagian yang melengkung atau cembung.
Akhir sekali kerja menggosok permukaan
yang telah samarata dilakukan dengan
menggunakan papan penggosok .
Perlaksanaan meratakan permukaan ini
dilakukan secara pergerakan putaran kekiri
atau kekanan dengan mengekalkan
tekanan sederhana pada permukaan
lepaan .

PERINGATAN SEMASA MELEPA MORTAR PADA DINDING DAN SILING / PERMUKAAN


ATAS (OVERHEAD)

Pastikan permukaan yang hendak dilepa telah dibuat persediaan yang lengkap dan
teratur.

NO KOD / CODES NO

WTP401/M01/P(1/2)

Muka Surat : 9 Drp: 9

Pergerakkan tangan ke belakang dibuat untuk mengambil mortar dari hawk dan
menampal pada dinding, kecuali posisi tersebut tidak membolehkan pergerakkan
berkenaan.
Luas atau lebar steel float hendaklah digunakan sepenuhnya
Jangan menutup permukaan dot atau screed
Tampalan mortar hendaklah dibuat dengan ketebalan yang sekata.
Pastikan keseimbangan berat badan dan kekuatan otot lengan dengan sebaik mungkin.