Anda di halaman 1dari 4

LUKA DAN PENDARAHAN

Luka:
Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau
tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Pendarahan:
Kecederaan yang berlaku kepada saluran-saluran darah arteri,vena atau kapilari yang
menyebabkan keluarnya darah.
Jenis-jenis luka.
a) Luka terhiris (incised wound)
-luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan
lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh
hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.
b) Luka terkoyak (lacerated wound)
luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alatalat yang tidak tajam.Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang
atau sebagainya.
c) Luka lebam (contusion)
luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul
dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak
bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada
benda-benda yang berat.
d) Luka tembus (punctured wound)
luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam.
Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan

darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.
e) Luka tembakan (gun shot wound)
luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih
kecil berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena tembakan senapang
atau pistol

JENIS-JENIS PENDARAHAN
a) Pendarahan dari saluran arteri
- Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan
jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya
mengandungi oksigen yang tinggi.

b) Pendarahan dari saluran vena


- Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula
berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon
dioksida yang tinggi.

c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti.
Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen.
TANDA DAN GEJALA LUKA DAN PENDARAHAN

Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera.


Pucat.
Pening kepala.
Meloya dan kemungkinan muntah.
Gelisah dan berpeluh dengan banyak.
Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya.

Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek.


Kulit badan berpeluh dan sejuk.
Hilang kekuatan atau keupayaan.
Berlaku renjatan dan pengsan.
RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN
Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang
sempurna.
Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan
saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika
diperlukan.
Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang.
Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang
banyak.
Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
a) Hentikan pendarahan secara langsung
mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.
b) Secara tidak langsung
-menekan urat-urat darah.
-menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20
minit selama seminit.
Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai.
Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri
atau baru sedar dari renjatan.
Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

TEMPAT-TEMPAT TEKANAN PENDARAHAN SEMASA PENDARAHAN / LUKA


a) Temporal arteri di hadapan telinga.
b) Facial arteri 1 inci ke hadapan liku rahang bawah.
c) Karotik arteri 1 inci ke kanan atau kiri biji halkum.
d) Subclavian arteri ke dalam ruang sebelah atas pertengahan. tulang rusuk pertama
di belakang tulang selangka.
e) Axillary arteri arah atas menuju kepala tulang humeous.
f) Brachial arteri pergelangan siku.
g) Radial arteri bahagian atas pergelangan tangan.
h) Ulna arteri bahagian bawah pergelangan tangan.
i) Femoral pertengahan lipatan paha.
j) Popliteal arteri di belakang lutut.
k) Anterior tibial pergelangan kaki.