Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI DI ATAS SESI PENGAJARAN MENGGUNAKAN ANALISIS SWOT

Strength (kekuatan yang ada pada diri guru dan amalan pengajaran)
Antara kekuatan yang ada pada diri guru adalah hubungan yang rapat dengan
pelajar-pelajar dimana guru lebih mengenali dan memahami kehendak dan cara
pelajar. Selain itu, suara guru yang kuat dan tegas juga mampu menarik perhatian
pelajar untuk member perhatian kepada apa yang disampaikan. Selain itu juga,
amalan pengajaran guru yang melibatkan pelajar dalam aktiviti Seni Dalam
Pendidikan (intergrasi seni visual dengan muzik dan pergerakan) telah dapat
menarik perhatian dan penglibatan pelajar didalam proses pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran seni.

Weaknesses (kelemahan pada diri guru dan amalan pengajaran)


Kelemahan yang terdapat pada guru itu sendiri adalah kurangnya pendedahan
tentang pengkaedahan terbaik serta pengalaman pengajaran yang berkesan
berbanding dengan guru seni option dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Selain itu, amalan pengajaran guru yang dianggap masih lemah
termasuklah bercakap terlalu cepat, kurang sensitif dan peka terhadap perubahan
tingkahlaku pelajar seperti berbual-bual, mengantok, tidakaktif dan sebagainya.

Opportunity (peluang yang terdapat bagi penambahbaikan)


Peluang sedia ada yang terdapat bagi penambahbaikan amalan pengajaran didalam
kelas adalah sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu perkara. Pelajar juga
gemarkan aktivitisosial seperti aktiviti berkumpulan, belajar sambil bermain serta
pelbagai aktiviti yang melibatkan interaksi sosial dan intergrasi ketiga-tiga subjek
seni di dalam pengajaran dan pembelajaran di mana ianya memenuhi tuntutan jiwa
dan psikologi pelajar. Selain itu juga, pemahaman dan minat pelajar juga banyak
dipengaruhi oleh amalan mengajar guru. Guru juga perlu merebut peluang sedia
ada iaitu konsep pembelajaran berpusatkan pelajar dengan aktiviti berkumpulan

sambil menerapkan unsur permainan, dengan memberitahu pelajar tujuan sebenar


aktiviti seumpamanya dijalankan. Ini bertujuan agar pelajar memahami unsur murni
yang terselit pada konsep pembelajaran melalui pengintergrasian subjek seni
muzik, seni visual dan seni pergerakan dalam aktiviti berkumpulan disamping
menerapkan semangat berkerjasama, mendengar arahan, berani bersuara dan lainlain lagi.

Threats (cabaran/masalah pada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas)


Ancaman yang terdapat pada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah adalah perubahan sikap, emosi dan tingkahlaku pelajar itu sendiri yang
kadangkala memberi impak positif mahupun negatif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Selain itu juga, segelintir pelajar cuba mengambil
kesempatan untuk lebih bermain dari belajar dan menerima input daripada yang
didengari dan disampaikan oleh rakan pelajar yang lain. Selain itu juga, guru juga
mempunyai dilema kerana terikat dengan beban sukatan pelajaran yang ketat
dimana menyebabkan guru terpaksa berkejar untuk menghabiskan sukatan tanpa
mengambil kira prestasi pelajar.