Anda di halaman 1dari 11

Dirgahayu Bahasaku

(Ahmad Sarju)
(1)

Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.
Maksud Rangkap 1
Sebagai warga yang berbudi, setia dan amanah, bahasa diletakkan di tempat yang tinggi di hati
bangsa.

(2)

Bahasa itu maruah bangsa


yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.
Maksud Rangkap 2
Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan
menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik-baik mungkin
terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

(3)

Cekal dan waja semangat pejuangku


hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.
Maksud Rangkap 3
Kecekalan dan semangat waja pejuang bangsa untuk memiliki dan mendaulatkan bahasa di seantero
dunia.

(4)

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan


ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.
Maksud Rangkap 4
Bahasa digunakan oleh perantau untuk menceritakan sejarah bangsa yang gemilang lantas
mewujudkan hubungan dengan masyarakat di seluruh dunia. Penguasaan bahasa yang baik
membolehkan sejarah bangsa yang gemilang diceritakan.

(5)

Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu kagu bahasamu
bahsamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menerima kejayaan di alaf baru.
Maksud Rangkap 5
Penyajak mengharapkan agar bahasanya kekal digunakan dan seterusnya berkembang pada
peringkat antarabangsa. Keindahan bahasa yang mudah difahami itu juga merupakan alat yang
digunakan untuk menyampaikan buah fikiran dengan cara yang sopan. Bahasa dituturkan oleh

bangsa Melayu yang menempa kejayaan pada alaf baharu.


(September 2000)
Manuskrip Luka Bangsa, 2006
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
Tema
Usaha memartabatkan bahasa
Huraian: Penyajak mengajak pembaca menghayati dan mencintai bahasa kebangsaan seterusnya samasama berusaha untuk memartabatkannya di mata dunia.
Persoalan
1. Persoalan kepentingan bahasa
Huraian: Penyajak menyatakan bahawa bahasa merupakan wahana perpaduan, penyampaian ilmu
dan menonjolkan kegemilangan bangsa.
2. Persoalan keindahan bahasa Melayu
Huraian: Keindahan bahasa Melayu menggambarkan kesantunan penuturnya.
3. Persoalan semangat patriotik dalam diri
Huraian: Usaha memartabatkan bahasa dilakukan kerana semangat cinta akan negara.
4. Persoalan perjuangan mendaulatkan bahasa
Huraian: Para pejuang bahasa berusaha mendaulatkan bahasa bukan hanya di negara sendiri
malah ke peringkat antarabangsa
5. Persoalan bahasa melambangkan maruah dan jati diri bangsa
Huraian: Jati diri seseorang dapat dilihat melalui bahasa yang digunakan.
Nilai
1. Nilai cinta akan bahasa
Huraian: Usaha memartabatkan bahasa menggambarkan nilai cinta akan bahasa.
2. Nilai cinta akan negara
Huraian: Masyarakat yang cinta akan negara berusaha memartabatkan bahasanya untuk kedaulatan
negara.
3. Nilai bangga akan bahasa
Huraian: Pejuang bahasa bangga akan keindahan bahasa yang boleh memainkan pelbagai peranan
penting.
4. Nilai semangat juang
Huraian: Para pejuang bahasa berusaha memartabatkan bahasa dengan semangat juang yang tinggi.
5. Nilai perpaduan
Huraian: Bahasa wahana perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab mendaulatkan bahasa kebangsaan dan menjaganya agar terus
berkembang.
3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan
sebagai lambang maruah bangsa.
4. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian
masyarakat dunia.
5. Kita tidak sepatutnya mengabaikan kepentingan bahasa kebangsaan dalam mengejar kejayaan.
6. Kita hendaklah menguasai bahasa kebangsaan untuk mengukuhkan perpaduan kaum.

Kecek
(Abdullah Awang)
(1)

seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.
Maksud Rangkap 1
Seorang pengarah mengumpul kekayaan melalui hasil simpanan akaun semasanya di sebuah bank.
Kekayaannya itu hasil daripada kesusahan/kemiskinan hidup orang lain. Dia pecah amanah dalam
menjalankan tugas dan perbuatan jenayah itu telah lama dilakukan.

(2)

di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.
Maksud Rangkap 2
Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam
membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak pernah mengambil hak orang lain
dalam usaha untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

(3)

di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut ternganga
dan mengurung sederet anak-anaknya
di bawah pusaran nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut
di papan hidupnya.
Maksud Rangkap 3
Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut
dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik
peluh orang lain sepanjang meniti kehidupannya yang susah.

(4)

Tuhan tidak pernah mungkir


mencatatkan setiap angka

dan nilai hitungan paling kecil


ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.
Maksud Rangkap 4
Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan
mendapat pembalasan daripada Tuhan seperti yang telah dijanjikan di akhirat kelak.
(Dewan Sastera, Mac 1989)
Doa terakhir, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka
Tema
Sikap amanah dalam mencari rezeki
Huraian: Kita perlu bersikap amanah dalam mencari rezeki kerana wang yang diperoleh digunakan untuk
menyara keluarga. Golongan yang berjawatan tinggi didapati sering kali pecah amanah untuk hidup
mewah berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah.
Persoalan
1. Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi.
Huraian: Seorang pengarah mendapat kekayaan melalui sikapnya yang pecah amanah.
2. Persoalan golongan miskin terus dibelenggu kemiskinan dan hidup susah.
Huraian: Golongan petani dan nelayan hidup dalam kemiskinan.
3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh Allah.
Huraian: Setiap tindakan manusia di muka Bumi ini akan mendapat balasan daripada Allah.
Nilai
1. Nilai amanah
Huraian: Sikap amanah dalam menjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakanlah dengan
penuh amanah.
2. Nilai bertanggungjawab
Huraian: Setiap orang bertanggungjawab untuk mencari rezeki yang halal.
3. Nilai kegigihan
Huraian: Kegigihan seseorang mencari rezeki walaupun dalam kesusahan.
4. Nilai rasional
Huraian: Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan amat diperlukan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas.
Huraian: Sikap amanah diperlukan dalam menjalankan tugas.
2. Seorang ketua keluarga hendaklah bertanggungjawab mencari rezeki yang halal.
Huraian: Seorang bapa bertanggungjawab untuk memastikan rezeki yang diperoleh adalah halal untuk
keluarganya.
3. Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.
Huraian: Untuk mendapat kekayaan dan kesenangan hidup, kita tidak sepatutnya menindas orang lain.
4. Kita sepatutnya bertindak secara rasional dalam kehidupan.
Huraian: Sikap rasional yang diamalkan dapat mengelakkan seseorang daripada melakukan tindakan
yang melanggar undang-undang.

Bangkitlah
(Rejab F.I)
(1)

Anak-anak yang sedang lena

bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.
Maksud Rangkap 1
Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama
merdeka dan semakin maju.
(2)

Lihat jernihnya pagi ini


burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?
Maksud Rangkap 2
Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa lain sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak
tertanya-tanya sebab anak bangsanya masih leka.

(3)

Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.
Maksud Rangkap 3
Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan
hasil bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan.

(4)

Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau mahu terus nangis
tanpa air mata?
Maksud Rangkap 4
Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkin terus ketinggalan dan hidup
dalam kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata.

(5)

Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!
Maksud Rangkap 5
Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku, mereka perlu bangkit dan berusaha. Masih ada
waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus pembangunan.
Rejab F.I
Langit di Tangan, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka

Tema
Patriotisme/Semangat cinta akan negara
Huraian: Anak-anak bangsa yang patriotik/cinta akan negara perlu bangkit daripada leka dalam mengejar
arus pembangunan selepas negara mencapai kemerdekaan.
Persoalan

1.
2.
3.

4.

Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan.


Huraian: Anak-anak bangsa perlu menyedari dan mengikuti arus pembangunan dalam negara.
Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka.
Huraian: Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa pun.
Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan.
Huraian: Aktiviti pembangunan yang rancak dijalankan menyebabkan sumber bumi dan khazanah
negara semakin berkurangan.
Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka.
Huraian: Kelekaan anak bangsa merunsingkan penyajak tentang masa depan mereka.

Nilai
1. Nilai kegigihan
Huraian: Kegigihan dalam usaha meningkatkan kehidupan selari dengan arus pembangunan.
2. Nilai kerjasama
Huraian: Kerjasama dalam kalangan anak bangsa untuk memastikan pembangunan dilaksanakan.
3. Nilai kerajinan
Huraian: Sikap kerajinan anak-anak bangsa boleh memajukan diri dalam menghadapi cabaran
pembangunan.
Pengajaran (SPM Nov. 2012)
1. Kita janganlah lalai mencari rezeki agar orang lain tidak mengambil kesempatan atas kekayaan dan
kemakmuran tanah air kita.
2. Kita hendaklah berusaha merebut peluang yang ada supaya hasil bumi tidak dieksploitasi oleh bangsa
lain.
3. Kita hendaklah sedar akan kepentingan membina masa depan yang cemerlang agar kita tidak
ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
4. Kita hendaklah segera melakukan sesuatu sebelum terlambat agar kita tidak terus dibelenggu
kemiskinan.

Pasar Perasaan
(T. Alias Taib)
(1)

ini pasar perasaan


pada gerainya duduk penjual sentimental
yang sering dikunjungi pembeli emosional.
Maksud Rangkap 1
Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan
pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi.

(2)

ini pasar perasaan


mereka memperdagangkan kata-kata
yang terbit daripada kalbu
bukan terbit daripada akal.
Maksud Rangkap 2
Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada
pertimbangan akal fikiran.

(3)

mereka memperdagangkan hujah


yang rapuh dan lapuk
bagai kayu buruk;
yang mudah dipatahkan

bagai ranting kering.


Maksud Rangkap 3
Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh.Hujahhujah yang sebegitu rapuh dan mudah disangkal.
(4)

ini pasar perasaan


di dalamnya mengalir sungai manusia
yang menghilirkan suara kosong.
Maksud Rangkap 4
Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka
kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan.

(5)

ini pasar perasaan


yang memperdagangkan akal cetek
dan tawar-menawar yang dangkal.
Maksud Rangkap 5
Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu
pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.

(6)

kumasuki pasar ini


kususuri sungai sibuk ini
di tengah-tengah penjual dan pembeli
yang kaya dengan perasaan
tetapi miskin dengan kebijaksanaan.
Maksud Rangkap 6
Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati pendebatpendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu.
ini pasar tidak berakal
yang diriuhkan kekosongan.
Maksud Rangkap 7
Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa
berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna.

(7)

(Mingguan Malaysia, 20 Mei 2001)


Nasi Ayam Laut Sepinggan, 2002
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Tema
Kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang bersuara di warung-warung/perbincangan
kosong di kedai kopi.
Huraian: Penyair secara sinis telah menegur sikap masyarakat yang menyuarakan pendapat mengikut
perasaan tanpa menggunakan akal fikiran./Sering kali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan
pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Sering
kali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi.
Persoalan
1. Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-kata dan
meluahkan perasaan.
2. Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan.
3. Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis.

4.

Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.

Nilai
1. Nilai rasional
Huraian: Kerasionalan seseorang dalam menyampaikan maklumat.
2. Nilai kerajinan
Huraian: Kerajinan mencari ilmu untuk menguasai kemahiran.
3. Nilai kebijaksanaan
Huraian: Kebijaksanaan dalam mengemukakan maklumat.
4. Nilai kesabaran
Huraian: Kesabaran menghadapi cabaran hidup.
5. Nilai keprihatinan
Huraian: Keprihatinan terhadap persekitaran amat penting.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat.
2. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta
3. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.

Di Bawah Langit Yang Sama


(Lim Swee Tin)
Maksud
Rangkap 1
Penyajak menggambarkan bahawa walau di mana-manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama
kerana sama-sama berada di bumi ciptaan Tuhan. Oleh itu, taraf manusia pun sama.
Rangkap 2
Penyajak suka akan gerimis di kota London dan terpesona dengan angin dingin-tajam di Washington.
Pohon-pohon hijau beraneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa namun di tempat-tempat yang
berlainan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Penyajak menekankan manusia adalah sama
walaupun tinggal di Australia atau Afrika (walaupun di mana-mana).
Rangkap 3
Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan dan berkongsi impian
yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat warga dunia bersamasama memperjuangkan keamanan.
Rangkap 4
Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara
tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar samasama berjuang untuk mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam kerana manusia
tinggal di bawah langit yang sama/di dunia yang sama.
Tema
Kesamarataan (sama taraf) manusia walau di mana-mana mereka berada.
Huraian: Walaupun manusia itu berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan
kehidupan yang aman dan harmoni.
Persoalan
1. Persoalan keindahan dan keistimewaan sesuatu tempat.
Huraian: Setiap tempat mempunyai keindahan alam semula jadi yang tersendiri/keistimewaan yang

2.
3.

4.

tersendiri.
Persoalan garis sempadan sering kali memisah dan membezakan manusia.
Huraian: Manusia dipisahkan oleh faktor geografi.
Persoalan tanggungjawab manusia di seluruh dunia untuk mengekalkan keamanan sejagat.
Huraian: Menjadi tanggungjawab seluruh manusia untuk melupakan sengketa, sebaliknya hendaklah
bersama-sama mewujudkan keamanan dunia.
Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.
Huraian: Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni.

Nilai
1. Nilai menghargai keindahan alam.
Huraian: Keindahan alam perlu dihargai.
2. Nilai hormat-menghormati sesama manusia.
Huraian: Nilai ini penting dalam kehidupan seharian.
3. Nilai bertoleransi antara masyarakat.
Huraian: Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat.
4. Nilai bekerjasama dalam mewujudkan keamanan/menjayakan sesuatu.
Huraian: Kerjasama penting untuk menjayakan sesuatu.
Pengajaran
1. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di mana-manapun mereka
berada/berlainan negara.
2. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya.
3. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni.
4. Kita perlulah mewujudkan dan mengekalkan keamanan sejagat.
5. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
6. Kita hendaklah sedar bahawa manusia sering kali dipisahkan dan dibezakan oleh sempadan waktu
dan tempat.
Arkitek Kota
(SN Muhammad Hj Salleh)
1

hanya seniman peka


yang faham akan jiwa laut,
kenal lambung gelombangnya,
alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota.
Maksud Rangkap 1
Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka
merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta
keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan.

kerana arkitek matang itu anak di taman,


perenung di perpustakaan,
orang muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksana,
dan datuk bandar yang bangga.
Maksud Rangkap 2

Hal ini kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan
mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut.
3

dia harus sayangkan lagu burung,


pemancing di teduh pohon,
pemerhati tasik,
pengawas bintang,
dan bunga menjalar di beranda.
Maksud Rangkap 3
Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna
perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan
landskap yang mempesona.

pencipta kota ialah


pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai,
kelakar tua yang mengampungkan cerita
orang bercinta yang perlukan bulan.
dia pengukir ruang hidup,
penghias suasana sempurna,
membenarkan penemuan,
memungkinkan kemungkinan.
Dari Seberang Diri.
Maksud Rangkap 4
Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya
malah sarat dengan idea-idea yang bernas.

Tema
Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota.
Persoalan
1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.
Huraian: Keprihatinan penting supaya sesuatu keadaan dapat difahami.
2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat dari pelbagai aspek.
Huraian: Pembangunan kota dilihat menerusi pelbagai sudut untuk memenuhi keperluan segenap
lapisan masyarakat.
3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.
Huraian: Alam sekitar dijaga untuk kepentingan bersama.
4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.
Huraian: Generasi muda mempunyai idea-idea baharu yang bernas untuk pembangunan.
Nilai
1. Nilai cinta akan alam sekitar.
Huraian: Alam sekitar dipelihara untuk kepentingan bersama.
2. Nilai bertoleransi.
Huraian: Nilai bertoleransi diamalkan dalam menjalani kehidupan seharian terutama di kota.
3. Nilai bertanggungjawab.
Huraian: Nilai bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar untuk kesejahteraan hidup.
4. Nilai kebijaksanaan.
Huraian: Nilai kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan.

5.

Nilai rasional.
Huraian: Kerasionalan penting dalam semua aspek.

Pengajaran
1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang
pembangunan.
2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara..
3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.
4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota.
5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.