Anda di halaman 1dari 28

Bahagian A Penulisan esei - Soalan 1

Berkait rapat dengan itu, analisiskan bagaimana masalah pengamatan boleh dialami oleh
seseorang kanak-kanak. Sejauh manakah kemahiran pengamatn dapat mempengaruhi
pembelajaran murid dan pengajaran guru secara berkesan dalam bilik darjah.

Mengikut Kamus Dewan (1998), pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau


penelitian. Pengamatan adalah sama maksud dengan perkataan persepsi , iaitu gambaran atau
bayangan dalam hati atau fikiran , pandangan, atau tanggapan. Proses pengamatan bermula
daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ deria, iaitu mata, telinga, hidung,
lidah ataupun kulit. Rangsangan yang dikesan kemudian menghasilkan impuls yang dihantar ke
otak melalui sistem saraf yang menghubungkan organ deria tertentu dengan otaknya. Otak
berusaha mentafsir maklumat yang diterima dan berdasarkan pengalaman yang berkaitan,
mengenterpretasi dan membentukkan gambaran, bayangan, makan atau konsep rangsangan
tersebut.
Pengamatan merupakan satu elemen yang terpenting dalam proses kognitif.
Pengamatan bukanlah satu proses yang berlaku secara automatik. Hal ini kerana pengamatan
tidak terjadi dengan hanya kita membuka mata, merasa sesuatu atau mendengar bunyi-bunyibunyian yang berada di alam ini. Menurut Mohd Salleh ( 1995 ), pengamatan merupakan: Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi
makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap
rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola
yang bermakna.Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang
lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur
Pengamatan ialah kefahaman terhadapa sesuatu perkara atau situasi melalui panca
indera setelah berlakunya proses mental. Pengamatan juga berkait rapat dengan pemikiran
manusia. Ia juga merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca
indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.Tambahan pula, pengamatan ialah
satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan
darjah kebesaran seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah
supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

Menurut pendapat Ruth Strang dalam bukunya Reading Diagnosis and Remedation
beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan
kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang
dialami oleh kanak-kanak.Janet W Learner(1971) dalam bukunya Children With Learning
Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal
maklumatdaripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme yang mentafsirkan sesutau
pergerakkan panca indera dengan kuasa intelek.
Terdapat

tiga

jenis

pengamatan

yang

utama

iaitu,

pengamatan

penglihatan,

pendengaran dan sensori-motor. Menurut Janet W Learner beliau menyatakan bahawa


kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk
membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar.
Ianyamelibatkan diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan
visual kinestetik. Antara masalah visual yang dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, saiz,
mengecam bentuk huruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesuatu objek.
Menurut Ball & Blachman, (1991): Lyon, (1998): Sthal &Murry, (1994) mereka
berpendapat keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan
mereka yang mempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal.
Antara aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk
membezakan bunyi,bunyi phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apa yang di
dengar, mengingat urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan
abjad (intergrasi visual pendengaran). Pengamatan sensori-motor adalah suatu koordinasi
pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasi motor kasar dan motor halus, imej
badan sisian arah penyelarasan badan.
Keupayaan pengamatan sangat bergantung pada faktor-faktor psikologi, biologi yang
berkaitan dengan pancaindera dan keupayaan otak memproses maklumat dan sosiobudaya
seseorang kanak-kanak. Antara faktor yang penting

termasuklah faktor perbezaan dan

penumpuan. Faktor pembezaan melibatkan apa jua yang dapat dibezakan secara kontras oleh
deria manusia. Benda yang besar lebih mudah dilihat berbanding yang kecil; warna yang
garang lebih menarik perhatian berbanding warna yang lembut dan sebagainya. Ada ahli-ahli
psikologi yang menekankan bahawa selagi tidak ada penumpuan, tidak akan terbentuk
pengamatan. Semasa kanak-kanak membuat pengamatan, kanak-kanak tidak melayan semua
rangsangan yang diterimanya tetapi hanya memilih rangsangan yang tertentu sahaja. Dengan

cara ini barulah kita dapat membentuk pengamatan terhadap rangsangan tersebut. Apabila kita
memilih satu-satu rangsangan, bermakna bahawa kita menumpukan perhatian kepada
rangsangan tersebut. Ini menunjukkan bahawa selepas ada penumpuan barulah terbentuk
pengamatan. Penumpuan berlaku apabila pancaindera seseorang itu ditumpukan kepada
sesuatu rangsangan pada kadar masa yang membolehkan seseorang itu mengetahui apakah
objek atau benda yang dipersepsikan. Tumpuan amat penting bagi orang yang baru pertama
kali menerima sesuatu rangsangan. Katakan sebelum ini, ia tidak pernah melihat basikal
solarsudah tentu masa yang lama amat diperlukan untuk membina dan membentuk satu siri
maklumat baru tentang kereta solar.
Terdapat

banyak

punca

dalam

seseorang

kanak-kanak

mengalami

masalah

pengamatan. Terdapat dua punca utama kelemahan pengamatan iaitu disebabkan oleh faktor
internal dan faktor external. Bagi faktor yang pertama iaitu faktor internal ataupun faktor
dalaman, kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan ini berlaku disebabkan oleh
kerosakan deria pendengaran dan deria penglihatan. Selain itu ia turut disebabkan oleh
masalah baka yang tidak diketahui kerana ibu bapa pada masa tersebut kurang pendedahan
berkaitan masalah pengamatan ataupun masalah lain yang berkaitan. Berlakunya tekanan
emosi dalam badan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan masalah
pengamatan. Hal ini disebabkan oleh kurangnya minat para ibu bapa untuk mengetahui
masalah anak-anak mereka sehingga anak-anak mereka mengalami masalah tekanan emosi.
Faktor yang kedua iaitu faktor external ataupun faktor luaran. Ramai diantara ibu bapa
yang kurang pendedahan tentang kelemahan yang diakibatkan oleh faktor internal dan faktor
external ini. Hal ini telah menyebabkan anak-anak mereka yang lambat dikesan sejak dari awal
sukar untuk dipulihkan jika sudah sampai ke peringkat yang lebih teruk Faktor luaran ini ialah
salah satu faktor dominan yang menyebabkan berlakunya kekangan dalam diri kanak-kanak
tersebut. Segala rangsangan atau dorongan yang dilakukan terhadap kanak-kanak tersebut,
dalam melakukan sesuatu pekara seolah-olah, memaksa mereka walaupun mereka tidak mahir.
Hal ini menyebabkan mereka membuat pekara tersebut dalam keadaan terpaksa. Secara
rumusannya, kedua-dua faktor ini iaitu faktor internal dan external adalah punca kepada
kelemahan pengamatan tidak mengira pengamatan dari segi penglihatan, pendengaran dan
sensori motor.

Faktor psikologi juga mempengaruhi pengamatan kanak-kanak. Tidak semua manusia


mempunyai tahap kecerdasan yang sama. Ada yang mampu dan berkeupayaan mengingat
yang lebih tinggi dan ada yang sebaliknya mengalami kekurangan. Perbezaan bagi setiap
individu itu ada aras yang tinggi, sederhana dan rendah. Jika kita lihat dari aspek emosi, kuasa
penumpuan dan latihan adalah kemahiran utama yang perlu ada semasa pembelajaran
berlaku. Kegagalan memfokuskan pembelajaran menyebabkan pelajar ketinggalan. Masalah
emosi seperti sering marah, takut, bimbang adalah punca tercetusnya gangguan. Contohnya
kematian dan penceraian ibu bapa. Oleh itu aspek-aspek ini adalah punca sesorang kanakkanak mengalami masalah pengamatan.
Selain itu, faktor jangka masa dalam kandungan turut menjadi punca kepada masalah
pengamatan contohnya masalah penglihatan. Jangka masa mengandung yang pendek iaitu
kurang dari tujuh bulan akan mengakibatkan kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan
atau pramatang. Manakala jika terlalu lama pula, iaitu lebih dari 10 bulan, mungkin akan
mengakibatkan kelahiran yang bermasalah kerana bayi itu besar atau risiko ibu terdedah
dengan pelbagai agen seperti kecederaan, kekurangan pemakanan, tekanan emosi atau
kemungkinan tinggi bayi diserang oleh sesetengah penyakit yang boleh merosakkannya. Pada
amalan biasa, bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan memerlukan bantuan inkubator untuk
melicinkan

pernafasan

dan

menyenangkan

penyesuaian

suhu

badan

dengan

suhu

persekitaran. Semua ini akan menimbulkan risiko bilazim atau keabnormalan.


Punca berlakunya masalah pengamatan yang seterusnya pula ialah kesan sesetengah
penyakit. Risiko penyakit-penyakit yang boleh diwarisi daripada ibu bapa atau datuk seperti
penyakit darah tinggi, kemcing manis, barah dan siput babi juga boleh menyebabkan masalah
kesulitan belajar. Terdapat juga kecacatan pengamatan pendengaran atau pelbagai jenis
bilazim penglihatan yang diwarisi. Ada juga penyakit-penyakit yang dialami ibu semasa
mengandung yangboleh mencacatkan dan menyebabkan anak mereka menghadapi masalah
dalam pengamatan seperti rubela dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kesan sinar-X yang
berlebihan juga menjadi punca kepada masalah pengamatan. Hal ini kerana kesan sinar-X
yang dilakukan di bahagian kepala mempunyai risiko yang tinggi kepada bayi yang
berkemungkinan dilahirkan mengalami cacat fizikal atau mental. Jadi bayi ini tidak dapat
menguasai proses pengamatan penglihatan dengan baik.
Pemakanan ibu semasa mengandung turut akan mempengaruhi kebolehan pengamatan
seseorang kanak-kanak. Pemakanan yang cukup dan seimbang merupakan keperluan asas

untuk menjamin kesihatan anak dalam kandungan. Ibu-ibu dalam golongan miskin mungkin
tidak dapat memenuhi keperluan asas ini dan mereka ini menghadapi risiko yang tinggi untuk
melahirkan anak yang kurang sihat yang mempunyai risiko bilazim. Oleh yang demikian, maka
tidak hairanlah bahawa kebanyakkan murid-murid pemulihan menghadapi masalah kemiskinan.
Di samping pemakanan yang cukup dan seimbang, ibu-ibu yang mengandung juga memerlukan
kasih sayang, rasa selamat dan keadaan yang tenteram untuk proses pertumbuhan dan
perkembangan bayi yang normal dalam kandungan. Justeru itu, sesuatu keluarga yang pincang
mempunyai risiko untuk melahirkan anak yang bilazim dan bermasalah dalam pembelajaran.
Punca yang seterusnya pula ialah kesan dadah dalam ubat-ubatan. Dadah seperti
streptomycin, neomycin, quinine atau salicylates boleh mengakibatkan anak yang dilahirkan
cacat anggota dan sebagainya. Bahkan dadah cytotoxic dan juga thalidomide juga dipercayai
boleh merosakkan fetus jika diambil pada peringkat awal mengandung.Keracunan karbon
monoksida juga dipercayai boleh menyebabkan kerencatan akal. Apabila seseorang kanakkanak itu terencat akal, maka mereka tidak dapat mengamati apa yang dilihat mahupun
didengar oleh mereka. Di samping itu juga, kelahiran yang kompleks juga boleh mengakibatkan
masalah pengamatan. Hal ini kerana kelahiran yang kompleks boleh menimbulkan risiko pada
pertumbuhan otak dan saraf. Antara ciri-ciri kelahiran yang kompleks adalah seperti kelahiran
yang tidak cukup bulan, kelahiran dalam keadaan anaemik atau kurang sel darah merah untuk
membekalkan oksigen ke seluruh badan, kelahiran dengan pertolongan forceps atau sedutan
yang mungkin mencederakan sel-sel otak, kelahiran songsang dan yang memakan masa yang
panjang, dan kelahiran melalui pembedahan caesarian yang mempunyai risiko kecederaan otak
disebabkan oleh penggunaan dadah semasa pembedahan dilakukan. Faktor-faktor kelahiran
yang kompleks juga boleh menimbulkan risiko masalah pembelajaran dan pengamatan. Risikorisiko lain berlaku selepas dilahirkan seperti pengaruh ibu bapa.
Kemahiran pengamatan banyak mempengaruhi pembelajaran murid dan pengajaran
guru secara berkesan dalam bilik darjah. Kesediaan belajar merujuk kepada keadaaan
dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan
memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru
hendaklah menitikberatkan pembentukan persepsi yang betul pada kanak-kanak. Oleh sebab
sesuatu pengamatan itu berasaskan kederiaan, maka sangat perlu guru-guru itu menyediakan
pengalaman-pengalaman sebenar atau yang boleh menggantikannya merupakan bahan deria
yang betul. Ini pula mestilah ditafsirkan secara realistik supaya pembelajaran yang berkaitan
menjadi asas bagi satu kehidupan yang berjaya.
5

Terdapat beberapa faktor-faktor pengamatan iaitu peranan guru untuk memastikan


murid-murid terlibat dengan sepenuhnya dan mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi dalam
mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini boleh dilakukan dengan menggunakan
strategi-strategi dan pendekatan yang berbeza seperti kuiz, perbincangan, inkuiri penemuan,
eksperimen dan banyak lagi yang menumpukan kepada pengamatan supaya mereka dapat
meningkatkan kefahaman murid-murid dalam pelajaran.
Selain itu, kebolehan pengamatan juga adalah bergantung kepada minat, kebolehan
kognitif dan pengalaman murid-murid itu sendiri ke atas sesuatu objek atau subjek. Contohnya,
pengamatan seorang murid apabila melihat gambar seorang budak perempuan dengan lelaki
tua dan beruban. Murid itu mengamati dan mentafsirkan bahawa lelaki tua dan beruban itu
merupakan datuk kepada budak perempuan itu. Oleh yang demikian, pengamatan dan
pentafsiran itu adalah dipengaruhi oleh pengalaman yang lampau. Selain itu, keadaan sasaran
pada objek yang diamati yang contohnya pergerakan, bunyi, saiz, latar belakang dan kedekatan
atau kejauhan objek tersebut akan menentukan ketepatan mengamati seseorang murid.
Contohnya, hubungan latar hadapan dengan hubungan latar belakang yang wujud
secara bersama di dalam sebuah gambar ataru carta juga akan mempengaruhi pengamatan
murid-murid. Hal ini kerana, perhubungan latar belakang dan hadapan adalah asas kepada
semua bentuk persepsi. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan-perbezaan dalam
hubungan latar hadapan dengan hubungan latar belakang ialah pula adalah disebabkan oleh
warna, saiz dan kekuatan sesuatu rangsangan. Susunan objek dan benda-benda maujud dalam
persekitaran mereka juga akan mempengaruhi pengamatan murid-murid. Contohnya
pengamatan murid-murid terhadap gambarajah, tulisan atau lukisan.
Kanak-kanak yang mengalami kesukaran pengamatan menunjukkan sifat-sifat seperti
lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-satu himpunan
mengikut jenisnya.

Mereka mempunyai

kesukaran dalam

mengaitkan perkara yang

diketahuinya kepada situasi baru. Mereka juga cepat lupa oleh itu mereka memerlukan ulangan
yang kerap. Selain daripada itu, mereka lebih cenderung ke arah tindakan yang terburu-buru,
memberi keputusan tanpa berfikir. Mereka lemah koordinasi motor mata-tangan dan tidak boleh
membuat keputusan secara am. Dalam permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk
turut serta kerana mereka tidak dapat mengikut corak permainan ini. Mereka tidak mahir dalam
kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif. Selain daripada itu, mereka ketidakupayaan
membuat kerja dengan cepat. Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari

satu situasi kepada situasi yang lain. Mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami
apa yang dilakukannya. Mreka juga Lemah dalam diskriminasi pendengaran dan berfikir terlalu
lama sebelum membuat sesuatu kerja. Mereka juga kadangkala menunjukkan sifat kurang
bekerjasama. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan, sering kali
terlanggar alat-alat di dalam darjahnya. Mereka juga membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui
di mana harus berhenti.
Kanak-kanak memerlukan organ-organ deria yang sihat dan tajam untuk membuat
pengamatan yang tepat. Apabila seseorang kanak-kanak mengalami kerosakkan pada manamana bahagian organ deria, dia akan menghadapi untuk memahami dan menguasai pelajaran.
Misalnya jika murid itu menhadapi kerosakkan penglihatan, dia akan mengalami kesukaran
untuk melihat tulisan di papan hitam. Sekiranya dia mengalami masalah pendengaran, dia tidak
akan dapat mengikuti arahan guru dengan tepat. Jika kita perhatikan kebanyakan kanak-kanak
yang menghadapi masalah pengamatan biasanya keliru dengan huruf dan nombor seperti
menulis dengan terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil
dan lain-lain lagi. Seperti yang telah dinyatakan di atas, pengamatan adalah satu proses
kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk-bentuk dan simbol dalam
bacaan. Misalnya, jika kanak-kanak menulis huruf a secara terbalik maka tidaklah dapat kita
tafsirkan bahawa kanak-kanak ini mempunyai masalah dalam bacaan. Manakala dalam konsep
nombor, kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan pengamatan untuk membentuk nombor yang
betul dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Contohnya, pengamatan
penglihatan juga penting untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera atau
pun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.
Sebagai contohnya, seseorang individu yang mempunyai tahap pengamatan yang baik akan
dapat mengamati setiap objek yang mereka lihat di sekeliling mereka. Bukan itu sahaja, bahkan
dengan mempunyai pengamatan penglihatan yang baik, kita akan dapat menganalis bentukbentuk dan simbol-simbol bacaan yangterdapat di sekeliling kita. Jadi, kita tidak akan
mengalami masalah dalam membaca papan-papan tanda dan sebagainya
Pengamatan juga penting dalam mengorganisasikan pengalaman. Hal ini kerana objekobjek di sekeliling kita ditanggap melalui alat-alat deria misalnya mata dan diproses pada
bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati. Apabila utusan rangsangan
sampai ke otak, utusan ini akan diproses melalui penerimaan atau penghuraian kod
penyimpanan atau pentafsiran dan kemudian barulah menjadi pengamat yang bermakna. Jadi
dengan adanya pengamatan, ia dapat menjadikan seseorang kanakn-kanak itu berkemampuan
7

untuk mengumpul, membeza dan membuat penumpuan terhadap sesuatu. Dengan adanya
pengamatan juga, kanak-kanak yang lemah dalam pembelajaran akan dapat dibantu. Hal ini
kerana pengamatan bukan hanya berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanakkanak, bahkan pengamatan ini juga boleh diajarkan kepada mereka. Maka, kanak-kanak yang
bermasalah dalam pembelajaran dapat dibantu dan sekaligus dapat menjadikan kehidupan
mereka lebih bermakna.
Oleh itu, dalam membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan, guru
haruslah sentiasa memerhatikan keadaan mereka. Mereka yang mempunyai masalah
pancaindra hendaklah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Guru juga perlu
menjalankan ujian dari semasa ke semasa untuk menentukan sama ada murid menghadapi
masalah organ-organ deria, misalnya menjalankan ujian pendengaran dan penglihatan. Dalam
membantu murid yang mengalami masalah pengamatan, guru juga boleh menggunakan
pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya guru boleh menggunakan
benda maujud. Benda maujud bermaksud benda yang benar-benar ada, nyata, dapat dilihat
dan dipegang, iaitu lawan kepada khayalan dan fikiran. Keistimewaan menggunakan benda
maujud ialah murid-murid dapat memegang, merasa dan menyentuh objek berkenaan.
Contohnya bola, buku, pensel, topi, beg dan sebagainya. Mempelbagaikan kaedah pengajaran
guru di dalam bilik darjah dapat mengelakkan pembelajaran murid menjadi cepat bosan.
Justeru, kepelbagaian kaedah pengajaran boleh dijalankan oleh guru seperti melaksanakan
pengajaran secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Kaedah mengajar individu
melibatkan seorang guru dan seorang murid. Pengajaran jenis ini amat sesuai untuk mengatasi
kelemahan mengajar secara seluruh kelas. Lazimnya di dalam sebuah bilik darjah mempunyai
murid yang berbagai-bagai-bagai kebolehan dan keupayaan dan kaedah kelas menguntungkan
sebilangan kecil murid sahaja dan tidak semua individu, maka kaedah individu perlu untuk
mengembangkan kebolehan individu. Sebelum melaksanakannya, guru harus mengenal
potensi murid-murid, mengenal pasti masalah pembelajaran, merancang dan menyampaikan
bahan pengajaran berasaskan kebolehan individu.
Selain daripada itu, guru juga perlu memberikan sebanyak mungkin siri latihan
pengamatan kepada murid-murid yang mengalami kesukaran dalam komponen pengamatan.
Latihan ini boleh dijalankan secara individu seperti melaksanakan aktiviti diskriminasi bentuk,
pendengaran, penglihatan, turutan dan menyalin. Cara ini boleh membantu mereka untuk
mengingat secara kekal dan lama.

Bahagian A Penulisan esei - Soalan 2


Sekiranya dalam kelas anda, terdapat seorang murid yang mengalai salah satu
masalah pengamatan tersebut, jelaskan bagaimana cara anda untuk membantu dan
menilai alat bantu belajar yang sesuai bagi mengatasi masalah pengamatan dalam
pengajaran dan pembelajarannya.
Selalunya murid dalam sesebuah kelas yang mengalami masalah pengamatan
penglihatan ini amat mudah untuk dikenal pasti. Dalam kelas pemulihan sekolah saya, terdapat
seorang murid yang menghadapi masalah pengamatan penglihatan. Nama murid tersebut ialah
Haritharan A/L Parimalan dari Tahun 2. .
Penglihatan merupakan satu pandangan yang dilakukan oleh seseorang dengan
menggunakan deria penglihatan iaitu mata. Maka dapatlah disimpulkan bahawa pengamatan
penglihatan ialah kefahaman dan kebolehan seseorang terhadap sesuatu perkara atau situasi
melalui pancaindera iaitu mata. Adalah dipercayai bahawa proses pembelajaran bermula dari
rangsangan di persekitaran yang dikesan oleh pancaindera. Kemudian utusan-utusan dari
deria-deriadi hantarkan ke otak untuk diproses. Hasil pemerosesan ini boleh diukur sebagai
pembelajaran. Justeru itu, proses belajar bermula dengan rangsangan di luar,kepekaan deria,
pengamatan dalam otak dan seterusnya dengan gerak balas yang dilakukan. Bukan semua
rangsangan mempunyai tarikan yang sama pada deria-deria. Jenis rangsangan yang tidak
jelas, mengelirukan, membosankan, stereotaip dan sebagainya tidak begitu menarik pada deria.
Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran ini biasanya senang jemu. Oleh yang demikian,
rangsangan yang diberikan ini mestilah memenuhi ciri-ciri yang senang menarik perhatian deria
iaitupergerakan, perubahan, saiz, ulangan, kekuatan bunyi dan warna, kontra dan set.
Penerimaan rangsangan ini bergantung pada kepekaan deria. Jika keupayaan deriaitu normal,
penerimaan menjadi lebih mudah. Sekiranya terdapat sebarang jenis kecacatan deria, sudah
pasti penerimaannya akan turut cacat. Atas dasar inilah ujian diagnostik penglihatan perlu
diadakan untuk memastikan bahawa keadaan deria-deria yang berkenaan adalah normal.
Untuk mengetahi masalah penglihatan murid ini, saya juga berbincang dengan guru
kelas dan ibu bapa murid tersebut untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai masalah
pemgamatan penglihatan yang dialaminya. Melalui pemerhatian saya, mata pelajar ini sering
kelihatan merah dan mereka ini amat cepat jemu dengan kerja-kerja halus seperti pendidikan
seni. Pelajar tersebut yang mengalami masalah penglihatan lazimnya suka mengelipkan mata
dan amat sukar untuk membezakan bentuk-bentuk yang hampir sama. Dalam melaksanakan
9

sesuatu kerja dia amat suka untuk mendekatkan mata kepada bahan yang dilihat supaya bahan
yang hendak dilihat itu jelas pada pandangan mata mereka.Dia tidak boleh melengkapkan
sesuatu gambar mengikut turutan yang betul. Ini sudah pasti menyukarkan proses
pembelajarannya di kelas. Kadangkala keupayaan pengingatannya berada di tahap yang
terendah. Dia sukar mengingati setiap apa yang dipelajari dan diamati. Hukum-hukum Gestalt
tentang pengamatan menerangkan bagaimana sesuatu susunan rangsangan yang tertentu
dapat ditonjolkan dari latar belakangnya dan diamati sebagai suatu rajah yang menyeluruh.
Dalam hukum prinsip lengkapan Gestalt, pada kebiasaanya, individu cenderung untuk
melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap dalam pengamatan mereka. Hukum ini ada
berkaitan dengan masalah pengamatan penglihatan yang dihadapi oleh Haritharan. Dia tidak
boleh melengkapkan sesuatu turutan atau gambar bersiri dengan mengikut turutan atau nombor
yang betul.
Selalunya kita hanya menyangka hanya murid yang mengalami masalah penglihatan
sahaja yang akan mengalami masalah penglihatan ini. Tetapi sebenarnya murid yang
mengalami masalah pembelajaran juga lazimnya adalah bermasalah penglihatan. Ini adalah
berlaku disebabkan oleh kelemahan otak mereka untuk mentafsirkan apa yang dlihat oleh mata
mereka. Ini menyebabkan mereka tidak tahu dan tidak mengerti apa yang dilihat oleh mereka.
Dalam membantu mengatasi masalah murid dalam kelas pemulihan saya, saya
menggunakan alat bantu belajar yang sesuai dengan komponen masalah penglihatannya.
Komponen-komponen pengamatan penglihatan boleh dibahagikan kepada 13 jenis iaitu
diskriminasi, ingat kembali, orentasi kedudukan, turutan, menyudah, menyalin, rajah latar
belakang dan koordinasi motor, pertalian jarak, ketetapan bentuk atau kedudukan dalam rajah,
gambar bersiri, mazing atau mencari dan benda tersembunyi.
Saya menilai murid dalam kelas pemulihan saya dengan menjalankan ujian
pengamatan. Setelah ujian pengamatan dilaksanakan, ada 13 ciri kesukaran yang telah dikenal
pasti. Dalam aktiviti turutan, murid tersebut dilatih supaya dapat mengingati dan menyusun
semula aktiviti-aktiviti bersiri. Kesukaran terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan murid untuk
mengingat sesuatu mengikut susunan seperti susunan gambar atau beberapa huruf dalam
perkataan.
Dalam aktiviti Menyudahkan dan melengkapkan

murid dilatih supaya mampu

menyudahkan dan melengkapkan gambar, benda, objek, nombor, perkataan atau ayat.
Contohnya saya memberi aktiviti memadankan gambar kepala dan ekor haiwan yang
10

dipisahkan. Kesukaran komponen boleh dikesan apabila berlaku ketidakbolehan murid untuk
mengenal sesuatu gambar, benda, objek, nombor, perkataan atau ayat. Tujuan aktiviti menyalin
pula adalah untuk melatih murid supaya dapat menghasilkan apa jua yang telah dilihat. Walau
bagaimanapun, kesukaran dalam komponen pengamatan ini terjadi apabila berlakunya
ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.
Dalam aktiviti Rajah latar belakang

saya melatih murid tersebut supaya dapat

menyelesaikan sesuatu masalah secara abstrak. Contohnya aktiviti mengesan bentuk geometri
yang disusun secara berlapis. Dalam aktiviti ini, murid yang mempunyai pengamatan
penglihatan yang baik akan dapat mengesan bentuk geometri secara berasingan. Walau
bagaimanapun, kesukaran dalam komponen pengamatan boleh terjadi apabila berlakunya
ketidakbolehan seseorang murid menentukan bentuk, objek atau nombor dari latar belakang
sesuatu gambar atau rajah.
Tujuan saya menjalankan aktiviti Koordinasi tangan dan mata adalah melatih murid
supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor, mata, tangan dan fahaman arah kiri, kanan
dan sebagainya. Ketidakbolehan murid menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan
seperti pergerakan tangan yang lambat, cara memegang pensel yang tidak mantap dan
sebagainya akan menyebabkan berlakunya kesukaran dalam komponen ini. Dalam aktiviti
mengenali pertalian jarak kesukaran terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan murid mengagak
sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.
Saya juga menggunakan kad imbasan bertitik untuk melatih murid tersebut supaya dapat
mengagak sesuatu saiz, jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objekobjek yang lain.
Saya juga menggunakan filem pendek yang dapat membantu murid tersebut dapat
menyusun gambar mengikut urutan yang betul berdasarkan bahan rangsangan yang
ditayangkan sebelumnya. Walau bagaimanapun, kesukaran komponen pengamatan boleh
terjadi apabila murid tidak boleh mengikut cerita dari satu babak ke satu babak yang lain secara
berkesan. Dalam aktiviti Pembalikan pula saya boleh mengenalpasti kebolehan atau
Ketidakbolehan murid tersebut membezakan bentuk asal sesuatu gambar, bentuk, huruf,
nombor atau perkataan akan menyebabkan kesukaran komponen pengamatan berlaku.
Selain daripada itu, saya juga meberi aktiviti mencari jalan keluar juga dikenali sebagai
Mazing Games. Tujuan aktiviti adalah melatih murid dalam kelas saya supaya dapat
menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada
11

yang

susah.

Kesukaran

dalam

komponen

pengamatan

berlaku

apabila

berlakunya

ketidakbolehan murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tujuan aktiviti benda tersembunyi
adalah melatih murid untuk menyelesaikan masalah dan berfikir. Walau bagaimanapun
kesukaran terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan murid untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang abstrak.
Dalam mengatasi masalah pengamatan penglihatan murid dalam kelas pemulihan saya,
saya memberi latihan-latihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk,
penyelarasan bentuk motor-tangan, menyalin, ingatan penglihatan dan diskriminasi penglihatan
Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah
penting. Justeru itu, ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor
kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan. Ujian diagnostik pendidikan pemulihan
ialah satu jenis ujian formatif yang melaluinya data-data yang diperolehi akan menunjukkan
kelemahan tertentu yang menyulitkan proses pembelajaran seseorang murid. Ujian diagnostik
ini berlandaskan rasional bahawa kelemahan mempelajari sesuatu pecahan kemahiran asas
berpunca daripada kecelaruan tafsiran pancaindera terutama sekali oleh deria-deria
penglihatan mahupun pendengaran yang akan mengakibatkan kecacatan pengamatan bahasa
dan nombor.
Untuk mengenali masalah pengamatan yang dialami oleh murid dalam kelas saya , saya
menjalankan ujian diagnostik pengamatan ke atas murid tersebut. Saya menjalankan ujian
diagnostik pengamatan penglihatan dengan menggunakan 13 komponen dalam pengamatan
penglihatan. Dengan cara ini, saya dapat mengenali jenis masalah pengamatan yang dihadapi
oleh murid itu. Langkah pertama dalam penggubalan soalan ujian diagnostik ini ialah
menetapkan objektif menyediakan soalan ujian secara eksplisit atau untuk mengukur tahap
pencapaian objektif dengan mudah. Menerusi ujian diagnostik pengamatan ini, saya dapat
mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam mengecam kedudukan, persamaan atau
perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan, menentukan
sesuatu saiz, jarak serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain dan mengingat
kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf,nombor, suku kata,
perkataan dan ayat. Setelah menilai keputusan yang didapati oleh murid dalam kelas saya
tersebut, saya dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam kelas pemulihan saya
yang mengalami masalah teruk dalam memahami dan mengingat sesuatu mengikut turutan dan
memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

12

Untuk membantu murid dalam kelas saya yang mengalami masalah pengamatan
penglihatan dalam komponen turutan dan, saya menggunakan pelbagai kaedah dalam
pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan sedia ada penting kepada murid-murid untuk
menguasai perkara-perkara yang baru. Penguasaan pengalaman baru dapat ditingkatkan
melalui pengamatan yang tepat. Dalam membantu murid dalam kelas saya, saya mengajar
daripada mudah kepada yang kompleks dan daripada konkrit kepada yang abstrak.
Berbagai-bagai kedah boleh digunakan untuk meningkatkan pengamatan penglihatan
murid yang bermasalah dalam kelas saya ini. Walau bagaimanapun, kaedah adan tenik yang
digunakan itu hendaklah bersesuain dengan komponen masalah pengamatan penglihatan yang
dialami oleh Haritharan. Kaedah dan teknik ini akan menggalakkan murid tersebut berfikir,
menganalisis dan mebuat kesimpulan sendiri.
Dalam mengatasi masalah pengamatan penglihatan yang dialami oleh murid yang
bernama Haritaharan dalam kelas saya, saya juga akan meggunakan kaedah pendekatan
pembelajaran berpusatkan murid. Saya akan mengaplikasikan latihan pengamatan penglihatan
yang banyak kepada Haritharan dalam proses pengajarn dan pembelajaran supaya masalah
pengamatan penglihatannya dalam komponen turutan dapat diatasi.
Selain daripada itu, saya juga akan memastikan dalam proses pembelajaran Haritharan
sentiasa berfikiran aktif dan sedar sepanjang perkembangan pembelajaran. Saya akan
memastikan Haritaharan yang mengalami masalah pengamatan penglihatan selalu digalakkan
dilatih mengemukakan soalan apabila dia menghadapi masalah dalam pelajaran. Selain itu,
saya juga akan memberi bimbingan kepada murid tersebut untuk membolehkannya
mentafsirkan sesuatu perkara yang sedang dipelajari. Dalam usaha ini, saya akan
mengemukakan soalan yang dapat memberi panduan kepada murid tersebut yang mengalami
masalah pengamatan penglihatan untuk membuat kesimpulan yang betul. Kadangkala ada
konsep yang sukar untuk disampaikan melalui penerangan secara lisan. Dalam situasi ini, saya
akan menggunakan alat bantuan seperti carta, model, slaid, filem, dan bahan maujud untuk
membantu Haritharan yang mengalami masalah penglihatan dalam kelas saya. Bagaimanapun,
saya akan memastikan bahawa, alat bantuan mengajar yang digunakan mestilah sesuai supaya
murid tersebut boleh memahami sesuatu konsep dengan mudah.
Selain daripada itu, kaedah mengajar juga sangat penting bagi mengatasi masalah
pengamatan penglihatan murid yang bernama Haritaharan dalam kelas saya. Pembelajaran
yang aktif dapat memperbaiki pengamatan. Oleh itu, saya akan menyampaikan kaedah
13

pengajaran yang menarik, mencabar dan mendorongkan murid tersebut berfikir untuk
memahami sesuatu konsep. Misalnya kaedah induktif, deduktif, interaktif dan interpretif
merupakan beberapa cara yang memerlukan murid-murid menggunakan mental untuk
membuat kesimpulan daripada pengamatan.
Bhan bantu belajar amat penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajarn dalam
kelas. Dalam mengatasi masalah pengamatan penglihatan yang dialami oleh murid yang
bernama Haritharan dalam kelas pemulihan saya ini, saya akan menggunakan pelbagai bahan
bantu mengajar yang kreatif. Saya akan memastikan bahawa alat bantu belajar yang
dihasilakan oleh saya sesuai dengan masalah pengamatannya.
Untuk mengatasi masalah Haritharan dalam mengenali urutan, saya boleh membantu
dia dengan alat bantu belajar yang sesuai. Saya menghasilkan alat bantu belajar yang sesuai
mengikut 3 peringkat iaitu peringkat rendah, sederhana dan aras tinggi. Dalam alat bantu
belajar ini, saya akan Haritharan akan dilatih untuk menyusun gambar mengikut urutan yang
betul. Dia juga dapat melengkapkan sesuatu peristiwa atau cerita dalam alat bantu belajar ini.
Kesimpulannya, dengan kaedah-kaedah yang dikemukakan diatas, saya dapat
mengurangkan masalah pengamatan penglihatan Haritharan dengan mengaplikasikan alat
bantu belajar yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

14

Bahagian B
Laporan amali
Saya telah membuat ujian ke atas murid pemulihan kelas saya yang bernama
Haritharan A/L Parimalan dari Tahun 2 sebagai responden saya. Setelah menjalankan ujian
diagnostik pengamatan kepada murid pemulihan khas dalam kelas pemulihan saya, saya dapat
mengenal pasti komponen masalah penglihatan murid tersebut. Setelah dianalisi hasil ujian
diagnostik pengamatan penglihatan ini, saya mendapati Haritharan mempunyai masalah dalam
komponen pengamatan iaitu turutan. Selain itu dia juga menhadapi masalah dalam menyusun
sesuatu cerita dari babak satu ke babak seterusnya. Semasa ujian diagnostik pengamatan
dijalankan, Haritharan hanya dapat menjawab 1 soalan daripada 5 soalan yang diberikan
kepadanya yang berkaitan dengan urutan. Murid tersebut mempunyai masalah yang paling
teruk dalam kemahiran turutan dan juga menyusun gambar bersiri. Murid yang bernama
Haritharan tersebut tidak dapat mengingati sesuatu urutan contohnya gambar, cerita ataupun
susunan huruf-huruf. Dalam kemahiran ini, Haritharan hanya mendapat 1 markah sahaja. Hal
ini mungkin kerana dia mempunyai masalah tidak dapat menyusun mengikut turutan yang betul
seperti yang terdapat dalam ciri-ciri murid-murid pemulihan. Semasa ujian ini dilakukan, dia
kelihatan seperti tidak dapat melengkapkan dengan turutan yang terdapat dalam gambargambar yang diberikan dan teragak-agak dalam menulis jawapan.
Untuk membantu dan menilai masalah pengamatan penglihatan Haritharan dalam
komponen turutan, Saya menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan masalah
pengamatn penglihatannya. Saya menghasilakan alat bantu belajar ini mengikut tiga peringkat
iaitu peringkat aras tinggi, sederhana dan rendah untuk murid tersebut dalam kelas saya.
Kesukaran pengamatan merupakan kepayahan mengenal pasti maklumat daripada tindak balas
panca indera dengan bantuan kuasa intelek. Masalah utama murid tersebut adalah dalam
mengenali urutan. Oleh itu, saya menghasilkan 3 alat bantu belajar yang diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran peringkat demi peringkat kepada murid tersebut.
Saya menghasilkan 2 alat bantu belajar yang berkaitan dengan komponen turutan dan
satu alat bantu belajar iaitu gambar bersiri untuk peringkat aras tinggi bagi membantu murid
dalam kelas saya. Dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, saya akan membantu
murid ini dengan memberi susunan gambar yang tidak mengikut urutan yang betul. Haritharan
akan menyusun gambar dalam alat bantu belajar itu. Dengan menghasilkan alat bantu belajar
ini, ianya sedikit sebanyak akan menarik minat murid tersebut dalam pembelajaran. Hal ini
15

kerana murid-murid pemulihan lebih gemar bergerak dan suka akan bahan-bahan maujud yang
dapat mereka lihat dan pegang. Selain daripada itu, bahan bantu mengajar ini dapat membantu
murid tersebut yang mengalami masalah dalam pengamatan penglihatan, aktiviti ini juga dapat
membantu murid tersebut dalam mengenal turutan.
Tujuan alat bantu belajar ini adalah untuk melatih murid tersebut supaya dapat
mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri. Alat bantu belajar ini akan membantu
murid tersebut untuk mengingat sesuatu cerita atau peristiwa mengikut susunan seperti
susunan gambar atau beberapa huruf dalam perkataan. Alat bantu belajar yang dihasilkan oleh
saya adalah susunan gambar yang tidak teratur. Oleh itu, murid yang mengalami masalah
dalam komponen turutan itu akan meyusunkan gambar-gambar tersebut dalam susunan yang
betul. Mula-mula saya akan memberi aktiviti turutan yang senang. Oleh itu, saya akan
menggunakan alat bantu belajar peringkat aras rendah untuk membantu murid tersebut. Dalam
peringkat aras rendah, murid tersebut akan menyusun gambar kitar hidup rama-rama mengikut
nombor. Dalam alat bantu belajar ini, saya akan memberi hanya 4 gambar sahaja untuk murid
tersebut menyusun mengikut urutan. Oleh itu, murid itu akan lebih mudah untuk menyusun
gambar-gambar tersebut mengikut urutan yang betul.
Selepas murid tersebut dapat menjawap dengan menyusun urutan gambar dengan betul
dalam peringkat aras rendah, saya akan menggunakan alat bantu belajar untuk aras
sederhana. Dalam alat bantu belajar ini, saya akan memberi gambar kirat hidup seekor ayam.
Dalam alat bantu belajar ini, Haritharan akan menyusun gambar mengikut turutan yang betul.
Dalam peringkat sederhana ini pula, saya akan memberi lima gambar untuk membantu dan
menguji masalah pengamatan penglihatan Haritharan dalam komponen turutan. Sekiranya dia
dapat menjawap dengan betul, saya akan meneruskan ke peringkat seterusnya.
Dalam peringkat ketiga iaitu peringkat aras tinggi, saya akan mengahsilkan alat bantu
belajar yang mengandungi gambar bersiri. Saya akan memberi enam gambar yang merupakan
cerita kanak-kanak arnab dengan kura-kura. Gambar ini agak cabar sedikit untuk murid
tersebut. Dia dikhendaki menyusun gambar mengikut urutan cerita dalam susunan nombor
yang teratur. Jika Haritharan berjaya menyelesaikan turutan ini, maka saya dapat memastikan
bahawa masalah pengamtan penglihatannya dalam komponen turutan boleh diatasi.
Terdapat banyak keistimewaan dalam menggunakan alat bantu belajar ini dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid yang mengalami masalah pengamatan
penglihatan. Alat bantu belajar ini mengandungi gambar yang berwarna-warna supaya menarik
16

perhatian murid khususnya murid yang mengalami masalah pengamatan penglihatan. Gambargambar ini akan menarik perhatian murid untuk menjawap dengan seronok. Selain daripada itu,
saya dalam alat bantu belajar ini, saya juga memberi gambar yang besar. Gambar yang besar
ini akan memudahkan dalam membantu murid yang mengalami masalah penglihatan untuk
menjawap dengan mudah.
Selain daripada itu, alat bantu belajar yang dihasilkan oleh saya ini juga akan
mewujudkan kemahiran berfikir dalam diri murid tersebut. Ini kerana, semasa menyusun
gambar mengikut urutan yang betul, dia akan berfikir cara penyelesaian yang betul. Dengan ini,
saya dapat mencungkil kemahiran berfikir murid tersebut.
Kesimpulannya, alat bantu belajar yang dihasilkan oleh saya ini mesti akan membantu
murid yang bernama Haritharan dalam kelas saya yang mengalami masalah pengamatan
penglihatan. Dengan menggunakan alat bantu belajar juga, saya dapat meningkatkan
pengamatan penglihatan murid tersebut salam pengajaran dan pembelajaran dalam bili darjah.
Oleh yang demikian, alat bantu belajar sangat penting bagi murid seperti Haritharan untuk
mengatasi masalah pengamatan yang dialami.

17

Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan segelintir murid masih menghadapi masalah lemah dalam aspek
pengamatan. Senario ini dapat dikenal pasti sejak awal tahun lagi melalui latihan-latihan yang
diberikan kepada murid-murid kelas ini. Kebanyakan murid tidak menghantar buku latihan untuk
disemak oleh guru. Ini kerana mereka gagal menyiapkan latihan yang diberikan mengikut
tempoh masa yang diberikan. Berdasarkan buku latihan mereka, diapati mereka lambat menulis
dan tulisan mereka tidak kemas, latihan yang diberikan juga tidak dapat disiapkan dalam
tempoh masa yang agak panjang. Murid yang bermasalah penulisan juga sering memandang
papan hitam berulang kali. Keadaan ini menyebabkan mereka lambat untuk menyalin latihan
yang diberikan.
Dalam mengatasi masalah pengamatan, terdapat banyak seseorang guru boleh
memberi latihan-latihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk,
penyelarasan bentuk motor-tangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi penglihatan dan
pendengaran. Cara pengajaran pemulihan khas adalah berbeza dengan cara yang digunakan
di dalam kelas biasa. Biasanya murid pemulihan yang menghadapi masalah ini memerlukan
pengajaran secara individu. Dalam menyediakan bahan dan aktiviti, kita sebagai guru perlu
mengambil kira aspek kebolehan, kesediaan dan kemampuan murid itu. Dengan itu proses
pengajaran akan dapat dijalankan dengan lebih efektif dan bermakna kepada murid itu.
Kesimpulannya, jika seseorang guru dapat menggunakan pelbagai kaedah dan bahan
bantu mengajar yang sesuai dengan masalah pengamatan yang dialami oleh seseorang murid
maka masalah tersebut dapat diatasi dengan sempurna. Oleh itu, peranan guru amat penting
dalam mengatasi masalah pengamatan ini.

18

Refleksi tugasan
Salam sejahtera kepada pensyarah pembimbing semoga berada dalam keadaan sihat dan
sejahtera hendaknya. Saya terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang membantu saya menyiapkan tugasan ini. Semasa melaksanakan tugasan kerja
kursus PKU 3104 Kemahiran Pengamatan, saya telah menerima banyak faedah yang berguna
dan baik untuk diri kami sebagai bakal guru. Antaranya, saya dapat mengenal subjek ini dengan
lebih terperinci. Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui bahasa kanak-kanak
berkeperluan khas. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap konsep sebenar pengamatan dan
kepentingan kemahiran pengamatan untuk kanak-kanak.
Dari tugasan ini, saya mendapat banyak pengetahuan baru tentang perkembangan
pengamatan seseorang kanak-kanak. Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya
memantapkan

pengetahuan

mengenai

pengamatan

seseorang

kanak-kanak

untuk

memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Selain mendalami masalah


pengamatan kanak-kanak, kerja kursus ini membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan
mengenai cara-cara membantu kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pengamatan. Ini
adalah penting untuk memastikan bahawa bakal guru yang bakal lahir pada mada hadapan
adalah guru yang kritir dan dapat membawa perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk membantu kanak-kanak mempunyai kemahiran pengamatan yang tinggi. Secara tidak
langsung, saya mempalajari dengan lebih mendalam mengenai tiga jenis pengamatan yang
utama. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semesta
nanti.
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah mencari informasi daripada pelbagai sumber
seperti buku-buku yang saya pinjam dari perpustakaan dan juga menggunakan sumber internet.
Selepas itu saya mengumpul maklumat yang berkaitan. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan
oleh pensyarah saya dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini membolehkan saya
memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada
masa hadapan.
Secara keseluruhannya, tugasan ini sangat berguna kepada saya dalam mencurahkan
pengetahuan mendalam tentang pengamatan kanak-kanak. Sekali, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini dalam jangka masa yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.

19

Bibliograf
Buku
Kamarudin Hj. Husin.Psikologi Bilik Drarjah.1997. Utusan Publications& Distributars SND.
BHD.Kuala Lumpur.
Lee Shok Mee. Murid dan Proses Pembelajaran.1995. Kumpulan Budiman SND.BHD.Selangor
Darul Ehsan
Lee Shok Mee. Asas Pendidikan 2 Psikologi dalam Bilik Darjah.1994. Kumpulan Budiman
SND.BHD. Selangor Darul Ehsan

Modul
Modul Pendidikan pemulihan PKP 3104 Kemahiran Pengamatan
Internet

http://www.scribd.com/doc/101641724/Sem-2-Teori-Pengamatan (diakses pada 08 .3 .2014)


https://www.google.com.my/webhp?source=search_app#q=kepentingan+
+kemahiran+pengamatan+dalam+bilik+darjah (diakses pada 08 .3 .2014)
http://www.scribd.com/doc/64239452/AKTIVITI-PENGAMATAN-PENGLIHATAN
(diakses pada 12 .3 .2014)
http://pemulihanlinustegar.blogspot.com/2012/11/aktiviti-aktiviti-kem-linus-2011.html
(diakses pada 20 .3 .2014)

20

21

INSTRUMENT PENTAKSIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN MURID


SJK(T) LADANG VALLAMBROSA, KAPAR, SELANGOR
NAMA: Haritharan A/L Parimalan
KELAS: TAHUN 2

22

Bil

Kemahiran

Bilangan Soalan

Diskriminasi yang sama

10

Diskriminasi yang ganjil

10

Diskriminasi saiz

Ingat kembali

Orientasi kedudukan

Turutan

7.

Menyudah atau melengkapkan

Menyalin

Rajah latar belakang atau bertindih

10

Gambar bersiri

11.

Kekalan atau keabadian bentuk

12.

Mazing atau mencari jalan keluar

13

Benda tersembunyi

10

14

Pembalikan

SENARAI
SEMAK

PENGAMATAN PENGLIHATAN.
Bil

Aktiviti
/

1.

2.

Mendiskriminasikan objek mengikut saiz .


1. Besar/kecil
2. Panjang/pendek
3. Tinggi/rendah
Mendiskriminasikan objek mengikut bentuk
1. Bentuk yang sama
2. Bentuk yang tidak sama

23

3.

Mendiskriminasikan objek mengikut warna

4.

Mengecam objek/gambar yang sama

5.

Mengingatkan kembali urutan objek/gambar

6.
7.

Menlengkapkan lukisan/gambar/titik
Mencari gambar atau objek yang tersembunyi

8.
9.

Mencari jalan keluar


Mengumpulkan kumpulan objek yang sama banyak.

/
/

10. Menyambung titik titik pada gambar

11.

Menekap, meniru bentuk


1. Huruf,
2. Suku kata

3. Perkataan
12. Menulis dan menyalin huruf, sukukata, perkataan secara

terkawal
13. Menyalin dan menulis ayat mudah

Kemahiran
/ - menguasai
X Tidak menguasai

Skor

ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN


Nama murid : Haritharan A/L Parimalan

Kemahiran

Diskriminasi yang sama

Bilangan Soalan

9/10

24

Diskriminasi yang ganjil

9/10

Diskriminasi saiz

5/5

Ingat kembali

4/5

Orientasi kedudukan

5/5

Turutan

1/5

7.

Menyudah atau melengkapkan

4/5

Menyalin

4/5

Rajah latar belakang atau bertindih

5/5

10

Gambar bersiri

1/5

11.

Kekalan atau keabadian bentuk

4/5

12.

Mazing atau mencari jalan keluar

2/5

13

Benda tersembunyi

7/10

14.

Pembalikan

4/ 5

Penghargaan

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Di sini kami mengambil kesempatan untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah PKP 3104 Kemahiran Pengamatan iaitu
En. Fauzi Bin Hassan yang mengajar dan membimbing saya dengan memberi tunjuk ajar
bagaimana cara membuat tugasan ini.
Seterusnya, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang
memberi sokongan moral kepada saya. Mereka juga membantu saya dari segi kewangan untuk
25

menyiapkan kerja kursus pendek ini. Saya dapat membuat kerja kursus ini tanpa menghadapi
sebarang masalah dari segi mental dan fizikal. Segala maklumat dan pengalaman yang saya
dapat semasa membuat kerja kursus ini memberi faedah yang banyak kepada diri saya.Sya
dapat meningkatakan tahap penguasaan saya dalam subjek ini.
Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung ribuan terima kasih
kepada rakan rakan sekelas saya yang berkongsi pendapat dan memberi idea- idea yang
bernas sepanjang menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya. Saya menghargai segala
dorangan dan kerjasama yang diberikan oleh rakan seperjuangan saya.

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan

Bahagian A penulisan Esei


Soalan 1

1-8

Bahagian A penulisan Esei


Soalan 2

9 - 14

Laporan Amali

15 - 17

18
5

Penutup/Kesimpulan

Refleksi

19

Bibliografi

20

Lampiran bahan-bahan sokongan daripada keratan


akhbar, internet,

26

Isi kandungan

27

28

Anda mungkin juga menyukai