Anda di halaman 1dari 8

PENDAHULUAN

Dewasa ini masyarakat Islam Malaysia semakin peka dengan isu yang melibatkan permasalahan
hukum dalam kehidupan harian. Peningkatan ini boleh dilihat dengan ketara melalui
penglibatan persatuan-persatuan pengguna Islam yang membangkitkan isu-isu berkaitan.
Selain itu keprihatinan masyarakat Islam dalam memilih produk berlogo halal juga boleh
dijadikan kayu pengukur yang tersendiri. Dalam hal ini, kita boleh lihat pendirian Persatuan
Pengguna Islam dalam berhadapan dengan isu kilang membuat mi di Pulau Pinang sedikit masa
lalu. Hal ini telah memberi gambaran bahawa tahap kesedaran masyarakat Islam di Malaysia
semakin meningkat hari demi hari.

Pada masa yang sama, produk kewangan Islam sudah mendapat tempat di hati pengguna sistem
perbankan. Motto Bank Islam iaitu “Perbankan untuk semua” bukan hanya impian dan
omongan kosong sahaja. Sudah acapkali kita terserempak dengan orang bukan Islam berurusan
di kaunter-kaunter atau auto-teller machine (ATM). Malah peningkatan deposit dalam sektor
kewangan Islam menjadi indikator penting membuktikan perbankan Islam semakin diterima
umum.

Hakikatnya pembangunan ekonomi Islam bukan saja dibincangkan di Malaysia. Negara-negara


Tmur Tengah seperti Arab Saudi, Mesir, Jordan dan sebagainya sudah lama mengamalkan
sistem perbankan tanpa riba selain konsep-konsep muamalah yang lain seperti mudharabah,
musyarakah ataupun bai-bitamin ajil dalam pembelian rumah. Bank dari negara Kuwait
misalnya begitu besar hingga mampu membeli salah sebuah bank tempatan. Hal ini jelas sekali
membuktikan kepada kita bahawa dunia Islam tidak ketinggalan dalam menangani masalah
ekonomi dan pengurusan kewangan.

Ekonomi Islam dikatakan sebagai penawar kepada masalah dunia sejagat yang berpunca dari
kegagalan sistem ekonomi kapitalis dan sosialis. Kedua-dua sistem ciptaan manusia itu gagal
berlaku adil kepada hak awam (kapitalis) dan hak individu (sosialis). Bertunjangkan semangat
keadilan yang berpandukan al-Quran dan Hadis jua dapat membawa manusia keluar dari
kegelapan.

Ironinya ekonomi Islam yang dicanang oleh sesetengah sarjana Islam hari ini masih
mengeluarkan bunyi senada dengan gendang fahaman yang dimainkan oleh Barat.
Perbincangan ilmu hanyalah bersandarkan kepada kemampuan akal manusia yang terbatas.
Selain itu apa yang mereka lakukan hanyalah menokok tambah di bahagian tertentu agar ia
kelihatan lebih Islamik. Sudah tentu hal ini tidak memandai dalam usaha mencapai keredhaan
Allah melalui ekonomi.

Ekonomi kontemporari

Barangkali ada baiknya kita bincangkan terlebih dahulu perihal ekonomi semasa yang telah
diamalkan sejak beberapa dekad yang lampau. Jika merenung kembali dari sudut bahasanya,
diksi “ekonomi” berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud “rumah” dan “agih”. Dari
konsep pengurusan isi rumah, ia diperluaskan ke pengurusan dan pentadbiran negeri. Satu
kajian ilmiah juga telah ditulis pada 1440 yang melibatkan pengurusan hal ehwal ekonomi
sebuah kuil.

Hari ini dunia ekonomi telah bersetuju untuk mentakrifkan ekonomi sebagai sains sosial yang
mengkaji bagaimana menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak
terhad. Atas sebab-sebab tertentu, sumber yang diperlukan untuk memenuhi kehendak
manusia dikatakan terbatas jumlahnya. Malah manusia dikatakan haiwan ekonomi yang tidak
pernah puas dengan apa yang diinginkan. Justeru itu, manusia cuba mencari jalan untuk
memenuhi kehendak yang tidak terbatas itu melalui pelbagai cara yang dicadangkan oleh
pelbagai sistem ekonomi..

Di sinilah punca masalah yang melanda dunia hari ini. Kehendak yang tidak terbatas itu
sebenarnya telah menyebabkan manusia dikuasai nafsu dalam memenuhi kehendak mereka.
Nafsu sudah dikenali sebagai satu makhluk yang ego dan sangat mementingkan diri sendiri.

Atas sebab itulah ekonomi Islam sepatutnya keluar dari landasan yang telah ditunjukkan oleh
sarjana Barat. Sebagai umat Nabi Muhammad salallahualaiwasallam, kita telah ditinggalkan
dua sumber ilmu dan hukum yang paling utama iaitu al-Quran dan Hadis peninggalannya. Dua
sumber tersebut memadai buat kita kerana itulah sebaik-baik jalan yang dipilih oleh kita.

KAEDAH

Pandangan awal

Berbanding bidang lain seperti fikah, akidah dan sejarah Islam, bidang ekonomi masih belum
diterokai secara meluas. Barangkali ini ada kaitan dengan kejayaan pemikiran sekular yang
memisahkan antara agama dan dunia. Hasilnya tidak ramai ilmuan Islam yang memiliki ilmu
dalam bidang ekonomi atau bidang sains sosial lain sebaliknya menumpukan perhatian kepada
permasalahan dalam bidangnya sendiri sahaja.

Justeru itu, beberapa pandangan awal tentang ekonomi Islam dilihat masih lemah dan dangkal.
Generasi hari ini seharusnya mengkaji semula dan membahaskan definisi ekonomi Islam
supaya ia turut disinari cahaya hidayat-Nya. Ini penting kerana perkembangan ilmu semasa
begitu kompleks dan mencabar. Sarjana Islam perlu menggembleng pemikiran untuk sama-
sama membawa umat Islam kembali ke jalan yang benar.

Satu pendapat dinyatakan oleh Professor Muhammad Syukri Salleh dan Dr Abdul Fatah Che
Hamat dalam Kertas Kerja mereka yang bertajuk ‘A Fundamental Flaw In the Construction Of
Islamic Economics: Providing Islamic Justifications Within Conventional Framework.’ Mereka
mengkritik pandangan Mohd Riduwan Wahab yang menerima masalah sumber yang terhad
untuk memenuhi keinginan yang tidak terhad. Jelas sekali pandangan itu tidak berbeza dengan
ekonomi semasa yang akhirnya tidak akan membawa kita kembali kepada kehendak Islam yang
sebenar.’

Jelas mereka, Islam mengajar konsep rezeki dan berkat yang melampaui hukum kualitati
manusia. Melalui surah al-Israk ayat 30, Allah subhanahuwataala berfirman yang maksudnya
lebih kurang berbunyi: “Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki buat orang yang
dikehendaki-Nya dan Dia juga membataskannya. Sesungguhnya dia Maha Mengetahui dan
Maha Melihat hambanya.”

Islam juga mengajar untuk mengawal hawa nafsu agar tidak keterlaluan dalam memenuhi
kehendak. “Kehendak yang tidak terbatas” itu sebenarnya jelas sekali elemen yang ditimbulkan
oleh nafsu. Mereka mengatakan bahawa Kedua-dua aspek ini bercanggahan dengan kehendak
Islam.

Ada juga beberapa pandangan lain mengatakan bahawa ekonomi Islam ialah ekonomi
berasaskan kepada perundangan Islam. Golongan ini hanya melihat kepada sistem perbankan
tanpa riba, pembayaran zakat serta hal-hal seperti perkongsian (mudharabah), syarikat
(musyarakah) dan sebagainya. Hakikatnya masalah ekonomi bukan sekadar itu. Apa yang
dinyatakan diatas hanyalah soal-soal pentadbiran kekayaan dan sistem pengurusan pemilikan
harta.

Pandangan Barat

Usaha mempopularkan ekonomi Islam nampaknya dipandang serong oleh Barat. Apa pihak
mengatakan tujuan ekonomi Islam tidak lain untuk menarik dana keluar dari perbankan
konvensional dan masuk ke dana negara-negara Islam. Hal ini ternyata tidak benar kerana
tujuan kita hanyalah untuk menyediakan kemudahan perbankan dan kewangan yang selaras
dengan kehendak agama kita.

Timur Kuran, seorang professor ekonomi dari Universiti Duke mengatakan bahawa ekonomi
Islam bukanlah bermula dari zaman Nabi salallahualaiwasallam. Sebaliknya ia diasaskan oleh
“brainchild” seorang intelektual islam, Abul-Ala Mawdudui (1903-79). Matlamatnya pula ialah
sebagai mekanisma meminimumkan hubungan ekonomi dengan Barat, menguatkan kerjasama
kolektif antara sesama Muslim dan memodenkan dunia Islam tanpa menjadi seperti Barat.

Malah lebih menyedihkan apabila beliau mengatakan bahawa ekonomi Islam yang berasaskan
kepada perkongsian untung sebenarnya tidak jauh berbeza dengan sistem riba seperti yang
diamalkan oleh Barat. Sistem yang kompleks itu hanyalah bertujuan untuk berselindung
disebalik pembayaran riba.

Beliau juga mendakwa sistem zakat sebenarnya tidak membantu mengurangkan kemiskinan.
Kononnya apa yang berlaku ialah wang kutipan zakat hanya akan masuk ke poket pegawai
agama. Yang lebih menyedihkan ialah beliau menggunakan Malaysia sebagai contoh.
Hujah beliau yang ketiga pula ialah isu moral yang ditekankan dalam islam tidak menghargai
kesan kelakuan ekonomi (no appreciable effect on economic behavior). Beliau mengatakan
bahawa fahaman ekonomi Islam sama seperti sosialism. “Certain elements of the Islamic
economic agenda conflict with human nature.”

Selain itu beliau juga menekankan kegagalan kerajaan Sudan, Pakistan dan Iran dalam usaha
mewujudkan sistem ekonomi Islam. Malah beliau mengambil contoh ada beberapa negara di
Asia Tenggara menggunakan agenda memperkenalkan ekonomi Islam sebagai cara untuk terus
popular dikalangan pengundi mereka.

Pandangan Klasik

Hakikatnya ilmuan Islam sudah lama memberi tumpuan kepada masalah ekonomi dalam
masyarakat. Ibnu Khaldun misalnya telah menulis sebuah magnum opus tentang ekonomi dan
sejarah serta capaian dalam bidang sains sosial yang lain melalui bukunya bertajuk al-
Muqaddimah. Abu Yusuf, seorang ketua juri pada zaman Khalifah Harun al-Rashid pula
menulis Kitab al-Kharaj (Book of Taxation). Selain itu, terdapat perbincangan tentang manfaat
pembahagian sumber tenaga (division of labor) dalam penulisan-penulisan Qabus, al-Ghazali,
al-Farabi, Ibnu Sina, Ibnu Miskawayah, Nasir al-Din al-Tusi, Asaad Davani dan Ibnu Khaldun
sendiri. Ibnu Taymiyyah menggambarkan “jika keinginan terhadap sesuatu barang meningkat
sedangkan ia sukar diperolehi, harganya akan meningkat. Sebaliknya jika sesuatu barang itu
mudah diperolehi sedangkan ia kurang diinginkan, harganya akan menurun.

Ibnu Khaldun

Oleh yang demikian, beberapa penulisan tentang Ibnu Khaldun mutakhir ini bersetuju memberi
gelaran ‘Bapa Ekonomi’ kepada ilmuan Islam tersebut. Dalam artikel ditulis oleh Dr. Ibrahim
M. Oweiss yang bertajuk ‘Ibn Khaldun, Father of Economics’ mengatakan “His significant
contributions to economics thought as a major forerunner, if not the “father,” of economics, a
tittle which has been given to Adam Smith, whose great works were published some three
hundred and seventy years after Ibn Khaldun’s death.”

Shiddiqy Boulokia pula dalam tulisannya ‘Ibn Khaldun: A Fourteenth Century Economist’
mengatakan “Ibnu Khaldun discovered a great number of fundamental economics notions a few
centuries before their official births. He discovered the virtue and the necessity of a division of
labour before Smith and the principle of labour before Ricardo. He elaborated a theory of
population before Malthus and insisted on the role of the state before Keyneys.

Pendekatan baru

Berdasarkan kepada pandangan diatas, seharusnya ekonomi Islam diberi pandangan baru yang
segar dan lebih kukuh pendiriannya. Pandangan ini perlu agar tidak berlaku kesilapan yang
sama sebelum ini selain memastikan ekonomi Islam benar-benar suci selaras dengan kehendak
al-Quran dan Hadis.

Fitrah manusia

Dalam mencari defini ekonomi Islam, terlebih dahulu ada baiknya kita bincangkan fitrah
kejadian manusia dan tujuan diturunkan ke muka bumi ini. Hal ini penting agar defini yang
diberikan kelak mampu menerangkan sebab ilmu ekonomi dan keperluan memberi definisi
sedemikian rupa.

Allah subhanahuwataala telah berfirman di dalam al-Quran surah al-Bakarah ayat 30 yang kira-
kira bermaksud: “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi…” Hal ini menjelaskan
kepada kita bahawa manusia mempunyai tugas tersendiri di alam ini. Khalifah, atau pemimpin,
sudah tentu bukan sekadar sesama manusia tetapi merangkumi dari sudut pentadbiran alam
dan segala isinya.

Namun begitu, manusia secara fitrahnya diturunkan bersama dua elemen iaitu akal dan nafsu.
Diceritakan bahawa sebelum Allah memasukkan kedua-duanya, Allah telah bertanya kepada
akal: “Siapa aku, siapa kamu?” Akal menjawab: “Kamu Raja, aku Hamba”. Soalan yang sama
ditanya kepada nafsu yang kemudiannya menjawab: “Kamu ialah kamu. Aku ialah aku.” Allah
memerintahkan supaya nafsu dikurung sehinggalah ke neraka lapar barulah ia mengaku
bahawa Allah adalah Tuhan dan dirinya ialah hamba.

Satu lagi perkara yang perlu diambil kira dalam fitrah kejadian manusia ialah manusia
diciptakan untuk beribadah kepada Allah semata-mata. Surah az-Zariyat ayat 56 menjelaskan
hal ini yang berbunyi: “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka
beribadah kepadaku.” Ini sepatutnya menjadi peringatan kepada semua manusia supaya kita
sedar tentang sebab kewujudan (reason for existence) di muka bumi ini.

Pendekatan Islam terhadap ilmu

Selain itu, kita harus juga mengambil pendekatan Islam terhadap ilmu pengetahuan. Disiplin
ilmu Islam amat mementingkan sumber ilmu, bukan sekadar mengutip pendapat mana-mana
orang yang sembarangan. Setiap sumbernya dicatat dan dipastikan kesahihannya. Hal inilah
yang dilakukan dalam proses meriwayat sesuatu hadis yang amat mementingkan kesahihan
hadis tersebut.

Ilmu adalah cahaya yang datang dari Allah kepada umat manusia. Ia digunakan untuk urusan
memenuhi perintah Allah dalam mentadbir bumi sebagai khalifah di muka bumi ini. Justeru itu
sumbernya juga mestilah kukuh dan suci.

Pandangan akal manusia yang cetek tidak seharusnya diambil begitu sahaja. Seharusnya ia
ditapis dan dikaji terlebih dahulu dengan al-Quran dan Hadis supaya tidak menyimpang
daripada ajaran Islam. Hari ini kita juga perlu mengambil kira pandangan alim ulama kerana
seperti ditegaskan oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya yang terkenal, Ihya’ Ulumuddin,
Rasulullahualaiwasallam bersabda: “Para ulama adalah pewaris para nabi”.

Matlamat ekonomi

Di dalam surah al-Bakarah ayat 29 yang kira-kira bermaksud: “Dialah yang menciptakan
untukmu apa-apa yang ada di muka bumi…’ Allah telah berfirman menunjukkan kepada
manusia bahawa segala apa yang ada di muka bumi ini adalah untuk kegunaan manusia
seadanya. Segala tumbuhan, haiwan, air serta berbagai kejadian alam semuanya untuk
memenuhi keperluan manusia.

Untuk yang demikian, satu bidang ilmu dan kajian perlu dibangunkan untuk membolehkan
manusia menggunakan semua sumber untuk dimanfaatkan bersama-sama. Syariah Islam telah
menjadikan kemaslahatan umat manusia sebagai prioriti utama. Dalam hal ini, Imam al-
Ghazali telah merincikan lima aspek kehidupan yang menjadi asas kepada maslahah umat iaitu:
(i) terpeliharanya agama, (ii) terpeliharanya jiwa, (iii) terpeliharanya akal, (iv) terpeliharanya
keturunan dan (v) terpelihara harta.

Ilmu ekonomi atau iqtishasdy perlu menggunakan kelima-lima tujuan tersebut. Dengan yang
demikian barulah kita akan memenuhi fitrah manusia yang disebutkan diatas.

Perkara ketiga yang perlu dititik beratkan ialah soal halatuju pembangunan ekonomi. Islam
mementingkan aspek keadilan dalam segala urusan. Apa yang penting ialah semua manusia
(tanpa mengira agama) dapat memenuhi keperluan asas mereka supaya kemaslahatan terjaga.
Kita selama ini dianjurkan untuk bersedekah kerana sesungguhnya menjaga jiwa itu lebih
utama daripada menjaga harta contohnya bersedekah kepada orang miskin supaya mereka
dapat membeli makanan.

Selain itu, Islam menekankan supaya umatnya mampu berdikari dan tidak meminta-minta
dengan orang lain. Rasulullah salallahualaiwasallam pernah bersabda yang lebih kurang
berbunyi “lebih baik bagi seorang lelaki itu mengambil tali, memotong kayu,
menghimpunkannya lalu menjual di pasar untuk mendapatkan rezeki bagi dirinya dan
bersedekah daripada meminta-minta samada mereka memberinya ataupun tidak.”

Ringkasnya matlamat ekonomi seharusnya merangkumi aspek berikut:

1. Menggunakan segala sumber yang ada di muka bumi.


2. Memanfaatkan sumber untuk kemaslahatan umat manusia.
3. Membangunkan sumber tersebut supaya mencapai tahap sara diri serta mempu
mengeluarkan zakat dan sedekah.

DEFINSI EKONOMI

Ilmu fikah

Ilmu fikah berbeza dengan ilmu syariah atas beberapa sebab. Hukum-hukum yang diturunkan
oleh Allah kepada Nabi untuk mengatur kehidupan manusia dikenali sebagai syariah sedangkan
fikah pula merupakan ijtihad (tafsiran) manusia yang berteraskan wahyu Allah berdasarkan
ruang lingkup yang tersedia dalam syariah. Oleh yang demikian, bolehlah kita mengatakan
bidang ekonomi Islam ialah suatu cabang fikah.

Kesimpulan
Barangkali dengan perbincangan hingga ke tahap ini, kita sudah berupaya menemui satu daya
baru untuk memberi nafas segar dalam dunia ilmu Islam. Walaupun ilmu ini sudahpun
dibincangkan oleh ulama seperti Ibnu Khaldun, imam al-Ghazali dan sebagainya, tidak salah
sekiranya ia diperbaharui untuk menangkis serangan golongan tertentu yang tidak pernah
senang dengan apa yang dilakukan oleh umat Nabi Muhammad salallahualaiwasallam. Malah
dengan cara ini juga kita akan dapat membetulkan kiblat ekonomi negara-negara Islam agar
tidak terkepung oleh ajaran yang dibawa oleh Barat.

Definisi ekonomi Islam

Ekonomi Islam ialah satu bidang ilmu fikah yang mengkaji bagaimana membangunkan sumber
di muka bumi ini untuk memenuhi keperluan manusia yang selaras dengan kehendak syariah
sehingga mampu diagihkan kepada golongan yang tidak mampu menyara hidup sendiri.

Terdapat beberapa komponen penting yang dimuatkan dalam definisi ekonomi yang
dicadangkan diatas. Pertama ilmu ekonomi sebagai satu bidang fikah yang perlu sebagai fardu
kifayah untuk kepentingan umum. Kedua, sumber yang dibincangkan hanyalah setakat yang
ada di muka bumi selaras dengan apa yang disampaikan melalui al-Quran dan tidak melampaui
ruang atmosfera bumi. Komponen seterusnya ialah membataskan keperluan hidup manusia
yang hanya menepati kehendak syariah layak dipenuhi. Akhir sekali ialah memberi perhatian
kepada golongan yang tidak mampu menyara sendiri seperti orang cacat anggota, golongan
fakir miskin serta anak-anak yatim yang masih kecil dan tidak berdaya mencari nafkah sendiri.

Harapan

Sistem ekonomi Islam bukanlah sekadar sistem kewangan yang bebas riba, perniagaan yang
jauh dari unsur gharar atau kutipan dan agihan zakat yang berkesan. Ia melangkaui semua itu
kerana ilmuan terdahulu sudah lama membincangkan soal-soal pengkhususan buruh, hukum
penawaran dan permintaan serta hal-hal percukaian.

Apa yang penting ialah kesanggupan pemerintah untuk menilai semula pegangan dan orientasi
ekonomi yang diamalkan dalam pemerintahan mereka. Kita tidak mahu mereka menggunakan
sistem ekonomi Islam sekadar menukar labelnya sahaja tetapi mekanisma yang digunakan tidak
berbeza dengan ekonomi anjuran Barat.
Wallahualam.

KAMIS, 2009 JUNI 18

Ekonomi Islam dan Kepentingan

Ikhwatifillah, tidak ada motivasi yang lebih besar dan lebih utama dari motivasi idiologi
di dunia ini. Hanya motivasi idiologi yang mampu membuat manusia merelakan jiwanya.
Dan idiologi Islam merupakan motivasi dahsyat yang kekuatannya tidak terikat pada
dunia yang fana (sementara).

Motivasi Islam tidak terikat pada tempat dan zaman, dengan segala implikasi,
konsekwensi dan ukuran-ukuran tertentu dari dunia, waktu dan zaman. Motivasi Islam
akan membuat ruang lingkup kepentingan manusia menembut batas-batas dunia
(beyond). Disamping itu, kepentingan manusia juga tidak hanya sebatas pada materi
tetapi kenyamanan emosi dan hati.

Oleh sebab itu, kepentingan manusia akan jelas bentuk dan arahnya berdasarkan
motivasi Islam ini. Dengan Islam kepentingan manusia sifatnya akan holistik. Artinya
tidak parsial berdasarkan peristiwa atau objek, sehingga pamrih (kepentingan) tidak
akan berbeda-beda tergantung peristiwa dan objeknya. Dengan kata lain, kepentingan
manusia menjadi kekal pada semua kejadian dan objek.

Poin penting memang terletak pada motivasi. Bahkan motivasi dapat menentukan kadar
pengorbanan yang rela manusia berikan pada sebuah usaha. Dan tidak jarang
pengorbanan dalam kerangka Islam dapat menjadi bagian dari motivasi itu sendiri.
Dengan begitu, pengorbanan mampu menambah energi motivasi. Motivasi juga
menentukan kualitas kerja dan proses-prosesnya. Islam akan membuat kerja menjadi
sepenuh jiwa dan kemampuan.

Ekonomi Islam harus diakui muncul dari motivasi Islam dalam beraktfitas ekonomi. Itu
mengapa, implikasi motivasi pada kepentingan akan menjadi kepentingan dengan
karakteristik seperti yang telah dijelaskan di atas. Yaitu kepentingan ekonomi yang
konsisten pada apa yang menjadi kepentingan Islam. Kepentingan ekonomi yang yang
ruang lingkupnya melampaui tapal batas dunia. Kepentingan ekonomi tidak hanya fokus
pada pencapaian materi tetapi juga value (nilai-nilai keshalehan).

Sehingga kepentingan ekonomi dalam konsumsi, produksi, distribusi, kebijakan,


infrastruktur, ketetuan, dan elemen-elemen lain dalam ekonomi akan konsisten dengan
patern kepentingan Islam.

Dengan skala tertentu menggunakan ukuran kepentingan Islam ini, mengidentifikasi


derajat keselarasan/konsistensi aktifitas ekonomi yang sedang dikembangkan dan
dilakukan dengan kepentingan Islam akan mudah dilakukan. Artinya dengan parameter
kepentingan ini, dapat diketahui gap antara kondisi ideal dengan realita pada semua
aspek ekonomi. wallahu a'lam.

Anda mungkin juga menyukai