Anda di halaman 1dari 9

Terapi bermain

Terapi Bermain ialah teknik di


mana cara ekspresi kanakkanak yang semula jadi
digunakan sebagai cara
terapeutik bagi membantu
kanak-kanak itu menangani
trauma dan stres.

Terapi Bermain merujuk kepada sejenis


psikoterapi dengan kanak-kanak dalam
mana seseorang ahli terapi
menggunakan fantasi kanak-kanak dan
makna simbolik permainannya sebagai
medium untuk memahami dan
berkomunikasi dengan kanak-kanak itu.

Tujuan Terapi
Bermain:
Mengurangkan masalah tingkah laku
dan emosi yang mengganggu cara
kanak-kanak berfungsi secara
normal.
Mengendalikan masalah yang
mengganggu dengan perkembangan
normal kanak-kanak.

Pada masa tertentu, kanak-kanak


dalam Terapi Bermain juga akan
menerima rawatan lain.
Misalnya, kanak-kanak yang tidak
dapat mengekalkan tumpuan, impuls
dan kebiasaan untuk bertindak balas
dengan kejam, atau mereka yang
mengalami keresahan yang teruk perlu
makan ubat untuk tanda-tanda tertentu
semasa menjalani Terapi Bermain.

Cara menggunakan Terapi Bermain :

1.Kenal pasti seorang kanak-kanak yang


mungkin boleh mendapat manfaat daripada
Terapi Bermain.
2.Putuskan sama ada anda perlu mengadakan
sesi berasingan dengan kanak-kanak ini atau
anda akan duduk bersama dengannya semasa
waktu pembelajaran atau waktu rehat.

3.Dapatkan bahan-bahan untuk sesi di atas.


Bahan-bahan yang disyorkan adalah:
Bahan-bahan yang boleh dimanipulasikan
Bekas untuk aktiviti air dan pasir
Alatan mainan dapur, perkakasan untuk masak,
periuk dan lain-lain
Alatan bayi
Anak patung
Pistol mainan, pisau getah
Kereta , bot, askar dan binatang mainan
Set blok seperti lego dan lasi

4.Letakkan bahan-bahan di tempat-tempat yang


senang diambil untuk sesi terapi.
5.Berjumpa dengan murid dan perkenalkan
kanak-kanak itu kepada kawasan permainan itu.
6.Beritahu kanak-kanak itu tentang had-had
serta tempoh sesi (biasanya 30-60 minit).
7.Benarkan kanak-kanak tersebut memilih
bahan-bahan yang mereka ingin bermain.

8.Gunakan teknik refleksi untuk


respons kepada komen-komen murid.
9.Sebelum sesi itu berakhir, beritahu
murid berkenaan dengan menyatakan
berapa minit lagi yang tinggal.