Anda di halaman 1dari 7

NAMA

: NURUL SYAZWANI BINTI NOR AZMAL

NO. KAD PENGENALAN : 910502-08-5220


NO. ANGKA GILIRAN

: 2011141340055

REFLEKSI PROGRAM CERAMAH BINA INSAN GURU (PRO BIG) FASA 6


PISMP AMBILAN JANUARI 2011
GURU INOVATIF

Program Bina Insan Guru merupakan satu program bermanfaat terutamanya


kepada guru pelatih yang bakal bergelar guru kelak. Pengisian aktiviti-aktiviti
yang terdapat dalam program ini terkandung seribu pengertian yang perlu
dihalusi dengan teliti. Ini bersesuaian dengan matlamat Program Bina Insan
Guru ini diadakan iaitu untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai
kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri
yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Selaras
dengan matlamat program ini, jelaslah bahawa program ini mampu memacu
guru pelatih ke arah matlamat tersebut dengan jayanya.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnia-Nya dan inayah-Nya serta rahmat dan taufik-Nya, dapatlah saya
menjalani Program Ceramah Bina Insan Guru (PRO BIG) Fasa 6

PISMP

Ambilan Januari 2011 yang bertajuk Guru Inovatif dan menyempurnakan


tugasan ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan

kepada Allah yang Maha Menyempurnakan setiap sesuatu kerana saya


hanyalah perancang tetapi Dialah yang Maha Menentukan segala apa yang
tersurat di muka bumi. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada penyelaras
program, Unit Kokurikulum IPG Kampus Perempuan Melayu dan mentor unit kami,
Puan Sapiyah binti Md. Rangga. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar kalian semua tidak
mungkin kami dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih
juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang sanggup menghulurkan bantuan dalam apa
jua keadaan tidak mengira masa dan tempat. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya
yang memberikan sokongan moral dan dorongan. Jutaan terima kasih saya ucapkan.

Pada 4 Oktober 2013, PISMP Ambilan Januari 2011 telah mengikuti


Program Ceramah Bina Insan Guru (PRO BIG) di Dewan Tun Fatimah, Institut
Pendidikan

Guru,

Kampus

Perempuan

Melayu,

Melaka.

Program

ini

melibatkan kerjasama di antara 6 unit PISMP Ambilan Januari 2011 (Semester


6) iaitu Unit Pengajian Islam & Al-Quran, Sains, Pendidikan Khas, Prasekolah,
Matematik dan Pengajian Melayu. Seramai 112 orang guru pelatih yang telah
menyertai program ini. Program Ceramah Bina Insan Guru (PRO BiG) ini telah
berlangsung selama 3 jam iaitu pada hari Jumaat dari pukul 2.00 petang
hingga pukul 5.30 petang. Tajuk ceramah bagi Program Bina Insan Guru pada
semester ini ialah Guru Inovatif. Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik
Abdul Khalid bin Othman.

Ceramah ini diadakan khusus untuk menilai keupayaan guru pelatih


dalam merancang, melaksana, memimpin program, serta bekerjasama dan
mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. Hal ini boleh dilihat
menerusi penubuhan Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil yang
telah dilantik atau dipilih bagi setiap unit yang mana Jawatankuasa Kerja
tersebut bertindak untuk merancang. melaksana, memimpin program serta
bekerjasama dengan semua unit bagi menjayakan program ini. Untuk

menjayakan program ceramah ini, guru pelatih telah dibahagikan tugas


mengikut unit masing-masing. Ia bertujuan agar kesemua unit mengambil
peranan secara aktif dalam kumpulan bagi menjayakan program ini dan
meningkatkan kerjasama di antara ahli kumpulan. Melalui pembahagian
kerja ini, saya dapat belajar tentang peri pentingnya kerjasama di antara ahli
kumpulan. Tanpa toleransi yang jitu daripada setiap ahli kumpulan, sudah
pasti program ceramah ini tidak dapat dilaksanakan secara berkesan.

Antara objektif bagi program ini ialah mendedahkan kepada bakal


guru pelatih tentang guru inovatif, memberi input

tentang guru inovatif,

membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan


situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan
masalah serta berupaya berfikir secara reklektif untuk melaksanakan
penambahbaikan

secara

berterusan,

menghayati

dan

memartabatkan

profesion perguruan dari semasa ke semasa, melahirkan insan guru yang


berinovatif demi menjayakan matlamat pendidikan negara selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan menjadi agen perubahan dan
kemajuan yang progresif dan dinamik ke arah membina generasi yang
berilmu dalam hala tuju negara menuju Wawasan 2020 serta pendidikan
bertaraf dunia.

Sepanjang mengikuti ceramah ini, pelbagai input dan ilmu baru yang
telah saya perolehi sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Saya
amat tertarik dengan video yang ditunjukkan oleh penceramah pada permulaan
ceramah tentang video seekor ketam yang akan disambar oleh helang. Walau
bagaimanapun, ketam tersebut telah memanggil kawan-kawannya yang lain untuk
membantunya daripada disambar oleh helang tersebut. Apa yang dapat saya
garapkan melalui video tersebut ialah guru hendaklah bijak dan kreatif dalam
menghadapi karenah murid yang pelbagai terutamanya apabila di sekolah nanti. Hal ini

kerana, kanak-kanak zaman kini jika dilihat mempunyai pemikiran yang kreatif dan
inovatif berbanding kanak-kanak zaman 90-an dahulu. Kepimpinan guru yang kreatif
dan inovatif dapat menghasilkan kerjasama yang baik dengan murid-murid dan dapat
menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, untuk mewujudkan kerjasama yang baik
dengan murid, seorang guru perlu menggunakan kemahiran yang kreatif dan inovatif
bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Secara
tidak langsung, murid-murid akan berasa seronok untuk belajar dan pemikiran muridmurid lebih terbuka dan bercapah.

Selain itu, penceramah juga ada menunjukkan kepada kami tentang video
seorang

kanak-kanak

dengan

seekor

ulang

senduk.

Kanak-kanak

tersebut

menghampiri ular senduk tersebut dan ingin memegang ular senduk tersebut. Setiap
kali kanak-kanak tersebut memegang ular senduk tersebut, ular senduk tersebut akan
mematuk kanak-kanak tersebut. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut tidak
mengalah dan tetap terus ingin memegang ular senduk tersebut. Apa yang dapat saya
interpretasikan melalui video tersebut ialah sifat dan naluri kanak-kanak yang ingin tahu
tentang sesuatu. Mereka akan terus merasa dan mencuba sesuatu meskipun perkara
tersebut tidak baik untuk mereka. Di situ, kita dapat lihat kanak-kanak mempunyai sifat
inkuiri yang tinggi. Sebagai seorang guru, kita harus memberi sokongan dan dokongan
kepada murid-murid dalam mengetahui sesuatu perkara agar pemikiran murid-murid
tersebut lebih terbuka dan mencapah. Guru perlu bijak dan kreatif dalam mencungkil
pemikiran murid-murid supaya pemikiran mereka lebih terbuka. Oleh itu, guru perlu
perbanyakkan kemahiran yang lebih kepada kaedah inkuiri di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran agar murid-murid sendiri dapat merasai pengalaman sebenar dan
menggalakkan mereka berfikir di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya
amat tertarik dengan kata-kata Berfikir sedetik akan ketahui seluruh isinya. Kata-kata
tersebut dengan jelas menggalakkan kita berfikir kerana dengan berfikir kita akan
menjadi orang yang kreatif dan inovatif.

Selain itu, ceramah ini juga turut menyedarkan saya tentang


pentingnya kita menghargai kerjaya kita iaitu profesion perguruan dan
menjaga amanah kerjaya ini dengan sebaiknya. Hal ini kerana, profesion
guru merupakan profesion yang mulia. Meskipun, profesion perguruan ini
tidaklah sehebat dan sekaya seperti profesion yang lain, namun profesion
perguruan ini dianggap mulia kerana kita menyampaikan ilmu kepada orang
lain dan memberikan manfaat kepada orang lain. Kita juga perlu menjaga
amanah kerjaya ini dengan ikhlas menyampaikan ilmu dan mendidik anak
bangsa tanpa mengharapkan balasan. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru,
kita perlu menghargai dan bersyukur kerana kita tergolong dalam golongan
ini dan dipilih untuk menjadi seorang guru. Hal ini kerana, jika kita lihat di
luar sana, masih ramai lagi orang lain yang berkeinginan untuk menjadi guru
dan tidak mendapat peluang tersebut. Kita yang berpeluang untuk mengikuti
profesion perguruan ini perlulah menjaga profesion ini dengan baik dan
sayang akan profesion ini.

Di samping itu, ceramah ini juga turut memberi gambaran kepada saya
tentang betapa besarnya cabaran dan rintangan yang akan saya hadapi
pada masa akan datang. Hal ini kerana, dengan kepesatan dan kemajuan
teknologi serta di dalam era globalisasi ini, pemikiran murid lebih terbuka
dan mencapah. Mereka didedahkan dengan internet, video, facebook, twitter
dan laman-laman sosial yang lain. Hal ini secara tidak langsung menjadikan
masalah sosial di tahap paras yang kritikal. Setiap hari kita dapat melihat di
dada-dada akhbar dan di kaca televisyen tentang kes-kes keruntuhan moral
yang membabitkan murid serta pelbagai masalah sosial yang lain. Selaku
bakal guru dalam masa 1 tahun dari sekarang, saya dapat merasakan
betapa besarnya cabaran yang bakal di hadapi oleh kami semua sebagai
bakal guru muda dalam menjadi agen perubahan dan kemajuan yang
progresif dan dinamik dalam membimbing, mendidik dan membentuk anak anak murid kita. Pada pandangan saya, tidak mustahil pada suatu hari nanti,

terdapat kes-kes keruntuhan moral yang melibatkan keruntuhan moral


seperti yang dinyatakan di atas berlaku di dalam komuniti sekolah kita sama
ada secara langsung ataupun tidak. Oleh itu, peranan kita sendiri sebagai
seorang guru di sini sangat penting dalam membentuk, mendidik, dan
membimbing diri mereka ke arah jalan yang diredhai Allah. Tambahan pula,
saya merupakan guru Pendidikan Islam. Sudah semestinya terlalu besar
tanggungjawab saya di samping perlu menjadi contoh dan role model
kepada anak-anak murid di sekolah. Justeru, sebagai bakal guru kelak, kita
perlu mempersiapkan diri kita dengan daya ketahanan dan kekuatan fizikal,
mental, dan emosi yang tinggi bagi menghadapi cabaran dan rintangan
tersebut serta menunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak murid kita.
Selain itu, kita juga perlu kreatif dan inovatif dalam menangani murid-murid
yang

hidup

di

dalam

kecanggihan

teknologi

ini.

Kita

perlu

bijak

menyesuaikan diri dan menggunakan teknik dan kaedah yang mengikut


peredaran zaman kini. Kita tidak bolehlah menggunakan kaedah seperti
pada tahun 80-an dahulu. Kita perlu bergaul dan memahami kehendak
mereka dan melayan mereka seperti kawan. Dengan ini, kita dapat
menangani masalah sosial tersebut.

Apa yang menarik bagi ceramah ini ialah kaedah yang digunakan oleh
penceramah serta aktiviti yang dijalankan oleh beliau sangat menarik dan
membuatkan saya teruja dan seronok untuk mengikuti ceramah tersebut.
Ceramah yang disampaikan oleh beliau pada petang itu sangat santai dan
tidak terlalu berat untuk difahami meskipun tajuk yang tertera adalah Guru
Inovatif. Semangat beliau yang tinggi dalam memikul amanah untuk
menyampaikan ceramah ini sangat saya kagumi meskipun beliau sedar
bahawa majoriti ahli dewan dalam keletihan. Dalam gelak tawa terselit
pengajaran dan nilai-nilai murni yang boleh digarap dalam diri kami masingmasing sebagai bakal guru di masa akan datang. Kaedah soal jawab yang
digunakan oleh penceramah juga turut membuatkan saya sentiasa bersedia

dan ingin menjawab soalan yang cuba diutarakan. Saya amat kagum dengan
penceramah yang menggunakan kata-kata pepatah arab, inggeris, melayu,
ayat al-quran, kata-kata motivasi di dalam ceramah yang disampaikan. Hal
ini menyebabkan saya tidak berasa bosan untuk mendengar ceramah yang
disampaikan.

Secara tuntasnya, keseluruhan aktiviti dalam program ini sangat


bermanfaat dan menyedarkan saya bahawa perlunya seorang bakal guru itu
lengkap dari semua sudut bukan sahaja dari sudut intelektual dan rohani,
malah aspek-aspek lain seperti jasmani, emosi dan sosial juga perlu
diterapkan dalam diri sebagai seorang bakal guru. Sesuai dengan tugas
sebagai seorang guru itu iaitu untuk melahirkan individu yang boleh
menyumbang kepada masyarakat dan negara, seorang guru itu perlulah
melengkapkan diri dahulu dengan ilmu dan kemahiran sebagai persediaan
untuk berkhidmat di sekolah kelak.

Anda mungkin juga menyukai