Anda di halaman 1dari 10

SISTEM BISNES

INTERNET
PART #1 Bagaimana Bina Sistem Bisnes
Internet?

SECRET WEAPON Yang Perlu Anda Ada & Buat Untuk Buat
Duit Bila-Bila Anda Suka Setiap Hari Dari Internet Walaupun
Dengan Berkain Pelikat.

Ditulis oleh CikguHafis


Speaker, Coach Internet Marketer Malaysia
Pakar Hartanah Maya No.1 Malaysia
Ushawan Internet Tanpa Produk Sendiri

Assalamualaikum dan salam hormat.


Bertemu juga kita dalam ebook course yang saya cuba usahakan untuk SHARE ilmu yang
saya apply sendiri dalam bisnes internet saya.
Pertama sekali... sebelum kita START ebook course secara berperingkat ini, saya nak
pastikan anda berada dalam landasan yang betul supaya memudahkan saya lakukan
KNOWLEDGE TRANSFER.

Sebelum kita mulakan...


So anda kena tahu benda-benda ni dahulu... (ini pantang larangnya... cewah macam nak
berguru silat la plak )
Apa yang bakal anda pelajari ini adalah 100% teknik proven Internet Marketer / Pemasar
Internet. Ia digunakan secara meluas dalam pemasaran internet baik di Malaysia dan
International LEVEL.
Ianya...
BUKAN DIRECT SELLING! Saya bukan nak promote anda join direct selling under saya. Ada
yang kata ni nak promote elken la ni..., nak promote tone excel ker? BUKAN! BUKAN!
BUKAN!
BUKAN SKIM CEPAT KAYA! Saya bukan nak BASUH anda suruh labur dan lebur . Tiada
satu sen pun yang akan saya minta untuk anda baca ebook course ini. Anda hanya perlu
labur masa sahaja untuk baca kandungan ebook ini untuk tahu ilmu pemasaran internet.
BUKAN UNTUK SI PEMALAS! Ini adalah 100% REAL BISNES dan disebalik kejayaan sesuatu
bisnes tersebut adalah usaha yang dilakukan tanpa putus asa dan doa. Kalau anda nak
GOYANG KAKI dan taknak usaha, Syuhh...syuh... pergi main jauh-jauh
Sesungguhnya, segala KNOWLEDGE yang saya share dalam ebook course ini anda boleh
terus apply dalam bisnes anda. Tetapi ingat! Bukan ilmu dalam ebook ini yang memberikan
kejayaan, sebaliknya usaha yang bersungguh tanpa kenal putus asa dan doa andalah yang
menentukan kejayaan anda.
SETUJU?
Kalau anda kata TAK, hentikan pembacaan anda sekarang! Ilmu dalam ebook course ini
bukan untuk anda. SERIUS!
Kalau anda jawab YA dalam hati tu... maksudnya anda dah ready!

So apa tunggu lagi kan? Jom kita mula... make sure anda baca slow-slow dan cuba fahamkan.
Kalau tak faham, jangan give up dan cuba bacanya berulang kali. Kalau nak print pun
silakan... takde masalah.

OK! Saya Explain Dulu Apa yang Bakal Anda Pelajari


Dalam Ebook Course Berperingkat Ini...
Seperti yang saya mention sebelum ni, ini adalah ebook course berperingkat. Maksudnya,
saya akan share tentang Sistem Bisnes Internet ini sedikit demi sedikit.
Bukannya apa... saya cuma taknak anda INFO OVERLOADED dalam satu ebook dan last-last
apa pun tak buat.
Kedua, saya nak MAKE SURE anda boleh ikut peringkat demi peringkat. Ini yang PENTING!
So... ini adalah PART #1 di mana saya akan tunjukkan tentang Bagaimana Untuk Anda Bina
Sistem Bisnes Internet ini.
Part-part yang seterusnya akan lebih exciting, dimana saya akan mula tunjukkan teknik
promosi, cara-cara hasilkan income dari sistem ini (bukan satu cara sahaja... banyak!).
Macam-macam lagilah saya nak SHARE sehingga habis ebook course ini.

WARNING! Benda FREE... mesti ada syaratnya kan?


Ni syaratnya... BACA BETUL-BETUL dan ianya akan bermula sebaik sahaja anda mula baca
ebook PART #1 ini.
So...
Make sure! Setiap kali saya berikan link ebook course ini secara part by part, anda buka
email saya SEGERA dan bacanya SEGERA.
Saya nak KNOWLEDGE yang saya transfer ini diambil serius dan dihargai. Oleh itu... saya
hanya akan buka akses setiap PART dalam tempoh 48 jam sahaja. Selepas tempoh tersebut,
saya akan REMOVE dan anda dah tak boleh baca lagi dah ebook course ini.
Anda mugkin kata begini alaaa... kedekutnya!.
Ikut suka hati anda lah... nak kata apa. Bisnes ini adalah bisnes anda.
Bagi saya, usahawan yang berjaya adalah mereka yang serius dan cepat ambil tindakan.
Kalau nak baca ebook FREE ni pun secara sambil lewa dan bertangguh-tangguh... nampak
sangat lembab macam siput babi untuk ambil tindakan dan tak serius.

Saya bukannya nak susahkan anda tetapi... PERCAYALAH ianya untuk kebaikkan bisnes anda
juga. With that said... jom kita terus ke PART #1. Baca sampai habis!

Bagaimana Bina Sistem Bisnes Internet Yang Boleh


Hasilkan Income Setiap Hari atau Pada Bila-bila Masa
Yang Anda Suka?
Dalam sebuah bisnes internet itu mengandungi 4 komponen PENTING ini untuk anda betulbetul berjaya!
KOMPONEN #1 NICHE & PRODUK
Anda mesti lakukan benda ni dahulu! Iaitu tetapkan niche dan produk anda.
Jenis-jenis Produk?
Dalam bisnes internet, ada 2 produk utama.
Pertama, produk fizikal... ianya produk yang anda boleh tengok, rasa, sentuh... contohnya
baju, kasut, tudung, vitamin kurus dan macam-macam lagi. Alaaa yang ni kan biasa orang
bisnes kat luar pun.
Kedua, ialah produk digital! Yang ni memang takde orang jual kat luar kat supermarket,
hypermarket, uptown dan sebagainya. Produk jenis ini hanya dijual dalam internet sahaja
kerana ianya dalam bentuk digital. Contoh ebook, video tutorial, software, webinar (seminar
online) dan sebagainya.
Dari segi pilihan produk tu terlalu banyak untuk anda pilih dan hasilkan income. Saya akan
cerita tentang benda ni dalam bahagian Monetization (cara hasilkan income). Tunggu ebook
course seterusnya.
Apa itu niche?
Mudahnya macam ni lah... bidang produk / topik besar produk tersebut.
Contoh...
Produk Kopi Tongkat Ali Niche Kesihatan Seksual
Produk Herbalife Niche Kuruskan Badan / Niche Kesihatan
Produk Tudung Niche Pakaian Muslimah
Saya pasti anda dah faham kan tentang niche ni berdasarkan contoh yang diberi. So
tetapkan niche & produk anda terlebih dahulu.

Saranan saya, pilih niche atau produk yang anda mempunyai pengetahuan ATAU
pengalaman ATAU minat. Dengan cara ini, anda boleh lakukan bisnes internet dengan lebih
mudah dan ianya akan bertahan lama.
Nak idea cari produk?
Saya bagi anda idea PALING SIMPLE dari pengalaman saya sendiri...
Anda boleh START bisnes internet selepas baca ebook course ni. SERIUS!
Buat step-step ni...
Try research produk di Lelong.com.my berdasarkan BEST SELLER, klunya... lagi banyak
sesuatu produk tu terjual, lagi banyak demand.
First sekali masuk ke website Lelong.com.my ya.

PILIH CATEGORY. Terpulang


pada anda, pilih mana-mana
satu produk berdasarkan
kategori yang diberikan oleh
Lelong.com.my. Pilihan
kategori ni ada di sebelah kiri
website lelong.

Lepas pilih kategori, perhatikan sebelah atas page tersebut dan KLIK pada BESTSELLER...

#2 - Mudah.my

KLIK SINI, sistem


lelong akan
sortkan untuk
anda mengikut
data BEST SELLER

TENGOK NI! Lelong


dah bagitahu saya
produk apa yang dapat
banyak SALES,
TINGGG!!! Mentol
kepala saya menyala!
Maksudnya, kalau
produk tu banyak sales,
maka ianya BANYAK
DEMAND.

Ok... dalam case ini, saya dapat idea produk kelambu baby, pelindung tilam waterproof
untuk baby dan baby carrier. Kesemua produk ini dalam niche PRODUK BABY .
Ada faham?
Sekarang, dah dapat produk dan dah dapat niche untuk START bisnes.
***Anda boleh pilih kesemua produk tersebut atau mula dengan satu sahaja dahulu,
kemudian barulah tambah pilihan produk.
Selain dari Lelong.com.my, anda juga boleh research produk di Mudah.my, Majalah.com,
Ebay Malaysia, Lazada, Zalora. Cuma setiap marketplace mempunyai interface berlainan dan
kemungkinan juga, ianya tiada data-data BESTSELLER.
Kalau ada data BEST SELLER tu, senang sikit kerja .

Supplier macam mana?


Base on experience saya, kalau gunakan platform Lelong.com.my sebagai tempat saya
reserach produk, saya juga akan gunakan store-store di Lelong sebagai supplier saya.
Caranya...
Saya akan mark up price di kedai online saya dan sebaik sahaja ada order dari customer,
saya tolong belikan untuk mereka dan masukkan segala details customer tersebut dalam
borang tempahan yang disediakan lelong. Seolah-olah saya seorang pembeli tetapi
sebenarnya saya belikan untuk customer saya.
Dengan teknik ini, saya TAK KELUAR MODAL STOK dan segala penghantaran produk
dikendalikan sendiri oleh seller/pemilik store di Lelong.
Sama juga dengan platform lain, anda boleh guynakan teknik dan strategi ini sekiranya
RELEVAN.
Teknik ini saya namakan ARBITRAGE.
Lain-lain sumber supplier yang boleh saya cadangkan adalah...
#1 Wholesale / Pemborong.
Saya PERCAYA anda tahu tentang konsep ini di mana anda perlu beli dalam kuantiti yang
banyak kemudian jualnya secara runcit (satu demi satu). Beli dengan kuantiti borong, dapat
harga murah dan jual semula dengan kuantiti runcit pada harga pasaran. Keuntungan yang
anda hasilkan adalah dari beza harga borong dan jualan runcit anda.
#2 Dropship
Dalam bisnes online terutama dalam produk fizikal, supplier dropship ni banyak digunakan.
Gambarannya macam ni...

Anda hanya perlu dapatkan gambar produk dan description produk tersebut dari
drosphipper. Kemudian letakkan gambar dan description produk tersebut di kedai online
anda.
Bila ada yang berminat nak beli produk tersebut, anda berikan maklumat bank anda dan
minta mereka bayar kepada anda.
Bila bayaran dah diterima, minta detials mereka seperti nama, alamat, phone dan email
untuk tujuan penghantaran.
Kemudian, pergi ke website drosphipper tadi dan bayar harga asal atau harga ejen
barang/produk tersebut dan masukkan details pembeli anda.
Dropshipper anda akan takeover dari situ dengan proses dan hantar produk tersebut pada
pembeli. Mudah sahaja!
So apa beza Arbitrage ni dengan Dropship?
Kalau gunakan arbitrage ni biasanya saya gunakan jika supplier saya dari marketplace
seperti lelong.com.my kerana base on experience saya, mereka pun tak faham apa itu
dropship. Bila kita minta jadi ejen pula, mereka kata kalau nak jadi ejen dan dapat harga
ejen kenalah proof dulu yang you boleh buat sales capai minimum target.
Kisah benar, masa saya buat bisnes t shirt dulu... supplier di lelong ni nak saya CONSISTENT
hasilkan sales 200 HELAI t shirt sebulan selama 3 bulan berturut-turut barulah saya dapat
jadi ejen. Eleehhh jadi ejen ni dapat harga murah sikit jer... so kalau saya nak cecah target
saya 200 helai t shirt sebulan tu, saya pun tak tahu masa tu boleh ke tak. Tapi peluang dah
depan mata, saya gunakan jer teknik ARBITRAGE ni... dan still lagi boleh buat sales.
Beza dengan dropship adalah, anda kena register sebagai ejen mereka. Ada yang
pendaftaran secara PERCUMA dan ada juga yang berbayar. Anda boleh serach sendiri di
Google tentang dropship ini berdasarkan produk yang ingin anda pasarkan.
#3 Affiliate
Affiliate pula banyak digunakan dalam pemsaran produk digital. Dimana anda akan dapat
link affiliate anda seperti contoh berikut...
Ini adalah affiliate ID saya:
CikguHafis
Ini adalah link website asal

Setiap kali, orang klik pada link affiliate anda mereka akan terus ke website asal. Website
yang telah di setup sendiri oleh pemilik produk tersebut.
ID ejen affiliate di hujung link tersebut adalah ID affiliate anda dan sekiranya ada orang
membeli melalui klik pada link affiliate anda, anda akan dapat komisyen yang ditetapkan
oleh pemilik produk.
Yang BEST tentang affiliate ini, owner produk bagi anda macam-macam tools dan ianya
memudahkan anda untuk promosi. Cuma komisyen sahaja yang akan dibayar oleh pemilik
produk pada waktu yang mereka tetapkan (biasanya sebulan sekali) ada juga yang bayar
secara INSTANT.
So anda boleh pilih... nak dapatkan sumber produk anda dari mana? Wholesale? Dropship?
Arbitrage atau Affiliate?

Masih Belum Decide Nak Jual Produk Apa? No


Worries! Buat Yang Ni Dulu!
So KOMPONEN #1 tadi adalah anda perlu tetapkan produk dan niche anda. Tetapi kalau
anda mempunyai kesukaran atau belum decide produk apa yang hendak anda pasarkan
melalui internet JANGAN RISAU!
Anda masih lagi boleh bina Sistem Bisnes Internet ini hanya dengan tetapkan sahaja NICHE
yang mana yang anda nak buat. Tak perlu produk lagi, niche pun dah cukup.
Seterusnya adalah KOMPONEN #2 iaitu KEDAI ONLINE.
Of course anda nak bisnes online kena ada kedai!
Saya akan sambung dalam PART #2 kedai yang macam mana yang saya buat sehingga saya
boleh CONTROL customer saya dan buat jualan bila-bila saya suka. Yang ni PENTING!
So MAKE SURE, stay tuned dan tunggu ebook course seterusnya dalam sehari dua lagi.
Jumpa anda dalam PART #2
Ikhlas,

CikguHafis
Pakar Hartanah Maya No.1 Malaysia
Usahawan Internet Tanpa Produk Sendiri

Anda mungkin juga menyukai