Anda di halaman 1dari 6

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3093

TUGASAN 1: ULASAN KRITIS


Dasawarsa ini, dunia pendidikan semakin rancak bergerak seiring dengan kepesatan dunia
metropolitan. Masyarakat kini peka akan kepentingan pendidikan dalam membangunkan
bangsa mahupun negara. Berbeza dengan situasi masyarakat lampau yang bersikap acuh
tak acuh mengenai dunia pendidikan sehinggakan mereka bertanggapan bahawa hanya
dengan pekerjaan buruh kasar mahupun petani juga dapat menyara kehidupan sekeluarga.
Kini, seantero dunia bertarung untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam negara masingmasing kerana masyarakat sudah memberikan kepercayaan mereka terhadap dunia
pendidikan yang sudah jelas membuktikan dapat memberi banyak kemaslahatan kepada
diri, masyarakat dan negara. Hal ini dapat dilihat melalui lambakan graduan yang lahir
seperti cendawan tumbuh selepas hujan dari universiti mahupun institut pendidikan.
Menelusuri kualiti pendidikan sesebuah negara itu, domain utama yang dilihat
sebagai pencetus pendidikan bertaraf kelas pertama itu, akarnya adalah daripada individu
yang bergelar guru. Izharnya, guru merupakan profesion yang sangat penting dalam
menjana pendidikan yang berkualiti. Kualiti pendidikan sesebuah negara itu bergantung
kepada keberkesanan pengajaran guru semasa menyampaikan ilmu kepada anak didiknya.
Justeru itu, semua pihak seharusnya berganding bahu dan memberikan sinergi kepada
setiap pendidik dalam negara kita jika mahu melihat anak bangsa kita mengoncang dunia.
Di samping itu, para pendidik juga seharusnya berani untuk menyahut cabaran untuk
melahirkan graduan berminda kelas pertama.
Tugas seorang guru itu bukanlah semudah yang disangkakan. Guru perlu
memainkan peranan penting dalam memikul tugas sebagai seorang pendidik bangsa. Maka,
bersandarkan kepada matlamat profesion keguruan itu, guru perlu sentiasa memperbaiki
kaedah dan strategi pengajarannya untuk ke peringkat yang lebih baik. Arakian ini, terdapat
banyak perubahan dalam pengajaran yang berlaku dalam alma mater. Jika dahulu,
pembelajaran tradisional iaitu chalk and talk merupakan kaedah tradisi yang digunakan.
Namun peredaran masa menyaksikan anjakan paradigma berlaku dalam kaedah
pengajaran guru kontemporari ini lantas pembelajaran tradisional tersebut sudah tidak
relevan digunakan lagi. Kepesatan teknologi turut mempengaruhi kaedah dan strategi
pengajaran guru kerana pendidikan perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi
dunia. Hal ini boleh dibuktikan dengan kewujudan makmal komputer, kelab ICT, kursus
teknologi maklumat, institut yang menawarkan bidang perkomputeran dan seumpamanya.

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3093
Maka, antara kaedah dan strategi pengajaran guru yang dapat dilihat pada masa kini
ialah strategi pengajaran inovatif. Guru yang kreatif dan inovatif akan menjadikan mereka
guru yang berjaya. Justeru itu, guru seharusnya menggunakan strategi yang inovatif dalam
sesuatu pengajaran yang dijalankan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi
membawa maksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lainlain yang baru. Berikut merupakan rajah mengenai empat asas penting yang terkandung
dalam strategi pengajaran inovatif:

Berasa
skan
projek
Berasa
skan
masala
h

Asas
Penting
Strategi
Pengaja
ran
Inovatif

Elektro
nik (elearnin
g)

Berasa
skan
Laman
sesaw
ang
(web)

Rajah 1: Asas Penting Strategi Pengajaran Inovatif


Berdasarkan kepada rajah 1 di atas, dapat dilihat bahawa terdapat empat asas
penting yang terkandung dalam strategi pengajaran inovatif. Persoalan yang timbul
berkenaan dengan strategi ini ialah sejauh manakah pengajaran guru di sekolah rendah
mengaplikasikan

strategi

pengajaran

inovatif

ini?

Berdasarkan

pengalaman

dan

pemerhatian saya semasa menjalani praktikum di sekolah, guru-guru di sekolah gemar


mengaplikasikan strategi pengajaran inovatif ini. Strategi pengajaran ini dapat menarik
perhatian murid untuk mengikuti sesi pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Kendatipun,
terdapat beberapa strategi yang agak sukar dilaksanakan kerana mengambil masa yang
panjang, namun tidak dinafikan bahawa guru-guru di sekolah mengaplikasikan strategi
pengajaran ini dengan sebaik-baiknya.

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3093

Berikut merupakan rajah mengenai langkah strategi pengajaran inovatif:

Pemilihan
dan
aplikasi
media
pengajar
an

Daya
imaginasi
yang
tinggi

Mengenal
i dan
menjiwai
ciri murid

Langkah
Strategi
Pengajar
an
Inovatif

Strategi
pengajar
an

Kreatif
dan
inovatif

Kecindan

Rajah 2: Langkah strategi pengajaran inovatif


Semasa menjalani praktikum, saya mendapati guru-guru di sekolah mengaplikasikan
strategi

pengajaran

inovatif

berasaskan

projek.

Guru

menyediakan

projek

untuk

dilaksanakan oleh murid-murid kemudian guru memberikan arahan dan penjelasan tentang
langkah-langkah pelaksanaan projek tersebut. Contohnya projek seperti mengumpul
maklumat atau biografi mengenai tokoh ilmuwan dalam subjek Bahasa Malaysia.
Murid dikehendaki

melaksanakan

projek

secara hands-on dan minds-on serta

dengan

melakukan sedikit kajian. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan
masalah melalui proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat
melalui Internet atau menghasilkan projek menggunakan perisian komputer. Lazimnya
kaedah projek melibatkan masa yang lebih panjang daripada satu atau dua waktu
pembelajaran mengikut jadual waktu. Murid perlu belajar merancang dan menguruskan
masa serta kerja-kerja mereka. Lazimnya pelaksanaan kaedah projek dibuat dalam bentuk
kumpulan kecil walaupun ada kalanya dilaksanakan secara individu. Sama ada secara
individu atau kumpulan kecil, murid masih perlu berbincang dengan orang lain untuk
menghasilkan projek berkenaan.
3

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3093
Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam konteks
dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Dalam melaksanakan projek, murid
mungkin akan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber mata pelajaran seperti
Kajian Tempatan, Matematik, Sains dan sebagainya selain daripada mata pelajaran Bahasa
Malaysia itu sendiri. Kaedah projek membolehkan murid berfikir secara kreatif bagaimana
menyelesaikan masalah atau bagaimana menghasilkan projek yang terbaik. Semasa
melaksanakan projek, murid dikehendaki melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan
secara mendalam tentang projek berkenaan kerana terdapat cabaran yang membuatkan
murid fokus dengan kerja atau tugas pembelajaran seperti menyoal, mengakses maklumat,
merefleksi dan sebagainya.
Berdasarkan pembelajaran berasaskan projek, guru berperanan sebagai fasilitator
yang akan membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif serta
tanggungjawab bersama. Pada peringkat awal, guru perlu menstrukturkan tugasan serta
soalan-soalan yang terlibat agar murid tidak terpesong jauh daripada objektif pembelajaran
yang dirancang. Justeru itu, peranan guru sebagai fasilitator perlulah dilaksanakan dengan
sebaiknya agar murid faham akan tujuan dan matlamat mereka dalam pembelajaran
tersebut. Guru-guru di sekolah mengaplikasikan strategi pengajaran berasaskan projek ini
kerana dapat memenuhi waktu pembelajaran yang diperuntukkan dalam kelas dengan ilmu
yang padat dan tidak membosankan murid-murid. Justeru itu, melalui strategi ini, murid akan
lebih banyak menggunakan daya fikiran mereka untuk menyelesaikan persoalan yang
diberikan. Maka, akan banyaklah input yang diperolehi oleh murid itu sendiri apabila mereka
sendiri yang meneroka untuk mencari jawapan kepada persoalan yang diberikan.
Selain itu, saya dapati guru-guru di sekolah juga menggunakan strategi pengajaran
inovatif berasaskan masalah dalam sesi pdp yang dijalankan. Dalam strategi ini, saya dapati
guru akan memberikan satu bentuk masalah setelah selesai satu sesi pengajaran itu.
Contohnya, guru mengajar tentang deklamasi sajak. Kemudian guru akan berbincang
dengan murid-murid tentang maksud sajak tersebut secara keseluruhan. Setelah itu, guru
akan meminta murid-murid untuk membentuk kumpulan dan guru akan memberikan satu
masalah yang perlu diselesaikan oleh murid-murid dalam kumpulan mereka. Contohnya,
guru memberikan masalah yang berkaitan dalam sajak tersebut seperti nilai dan pengajaran
yang terdapat dalam setiap rangkap sajak. Guru meminta murid-murid berbincang dalam
kumpulan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3093
Dalam pembelajaran berasaskan masalah ini, terdapat beberapa proses yang akan
dilalui oleh murid-murid. Antaranya ialah mengenalpasti masalah, menganalisis masalah
dan mengumpul data, membuat keputusan, mengenalpasti penyelesaian terbaik dan
melaksanakan keputusan. Melalui proses-proses ini, murid-murid akan mempelajari ilmu
secara bertukar pendapat antara rakan-rakan dalam kumpulan. Maka, percambahan idea
yang pelbagai akan dapat dicetuskan dengan menggunakan pembelajaran ini. Walaupun
kelihatan terdapat gangguan pembelajaran seperti murid yang pasif, kelas terlalu bising
ataupun ahli kumpulan yang kurang cerdas, namun tidak dinafikan bahawa pembelajaran
berasaskan masalah ini dapat membantu murid untuk aktif dalam sesi pdp yang dijalankan.
Secara amnya, jelas membuktikan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah ini
mampu untuk melahirkan dan mendidik murid-murid menjadi seorang pemimpin yang
mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, murid-murid dapat meningkatkan
minat dan motivasi untuk terus belajar, membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif,
menganalisis dan menyelesaikan masalah. Di samping itu, murid-murid dapat meningkatkan
pemahaman dan pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran dengan mudah dan
mendalam. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar
tersebut.
Strategi pengajaran inovatif iaitu pembelajaran berasaskan elektronik juga
diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah. Dalam pembelajaran ini, guru dan murid-murid
menggunakan kemudahan komputer dan juga internet untuk melaksanakan sesi pdp. Sesi
pdp berasaskan elektronik ini selalunya dilaksanakan oleh guru di makmal komputer. Proses
pelaksanaan sesi pdp ini dimulakan dengan guru membuka satu laman pembelajaran sama
ada yang diciptanya sendiri ataupun yang telah sedia ada dalam internet. Kemudian, guru
akan membuka laman interaksi atau chatting. Guru akan melaksanakan pembelajaran
dengan cara berkomunikasi dengan menggunakan komputer sahaja. Bentuk komunikasi ini
dikenali sebagai komunikasi serentak. Contohnya, guru mengajar subjek Sains. Guru akan
membuka satu laman yang mengandungi topik yang ingin diajar sama ada melalui internet
ataupun cd-rom. Justeru itu, guru akan mengajar murid-murid melalui komputer yang
berhubung dengan semua komputer yang digunakan oleh murid-murid dalam sesi
pengajarannya. Laman chatting berfungsi sebagai tempat untuk murid mengajukan
sebarang soalan ataupun jawapan. Maka, melalui sesi pdp ini, semua murid akan lebih
mudah mengakses pembelajaran. Tambahan pula, pengajaran menggunakan elektronik ini
amatlah sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid untuk mengikuti sesi pdp yang
dijalankan.

GURU DAN CABARAN SEMASA

EDU 3093
Selain itu, terdapat juga kaedah lain yang digunakan oleh guru yang dapat saya lihat
semasa berada di sekolah. Guru menggunakan kemudahan komputer riba untuk mengajar
murid-murid di dalam kelas. Guru tidak perlu membawa murid-muridnya ke makmal
komputer. Pembelajaran ini dijalankan di dalam kelas sahaja dengan melibatkan
kemudahan elektronik yang dikawal sepenuhnya oleh guru sahaja. Contohnya, guru
menggunakan slaid powerpoint untuk menunjukkan gambar ataupun situasi kepada muridmurid. Kemudian, guru akan berinteraksi dengan memberikan penerangan ataupun
persoalan kepada murid-murid. Adakalanya, guru akan memaparkan video nyanyian
ataupun cerita kanak-kanak menggunakan media elektronik seperti komputer dalam
pengajarannya. Saya dapati strategi pengajaran ini sangat mudah untuk dilaksanakan
namun mampu menarik perhatian murid untuk terlibat secara menyeluruh sepanjang sesi
pdp berjalan.
Justeru itu, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya berada di sekolah,
sememangnya guru-guru di sekolah rendah mengaplikasikan strategi pengajaran inovatif.
Malahan, saya sendiri juga telah menggunakan strategi pengajaran inovatif ini dalam sesi
pengajaran saya di dalam kelas semasa berhadapan dengan murid-murid. Tuntasnya,
strategi pengajaran inovatif ini mempunyai banyak faedah dalam pengajaran dan
pembelajaran antara guru dan murid-murid. Inovasi pembelajaran merupakan sesuatu yang
penting dan mesti dilakukan oleh guru. Dengan adanya inovasi pembelajaran maka sebagai
seorang guru sebaiknya dapat belajar menciptakan suasana belajar yang menyenangkan,
dinamik, penuh semangat dan seronok.
Suasana

pembelajaran

seperti

itu

dapat

memudahkan

murid-murid

untuk

memperolehi ilmu dan guru juga dapat menanamkan nilai-nilai luhur yang hakiki dalam diri
murid-murid untuk mencapai tujuan pembelajaran. Inovasi pembelajaran merupakan
sesuatu yang penting dan harus dimiliki atau dilakukan oleh guru. Hal ini kerana
pembelajaran akan lebih hidup dan bermakna. Keinginan guru untuk mencari ilmu, kaedah,
strategi dan pendekatan yang baharu dalam pengajaran merupakan salah satu tunjang ke
arah pendidikan bertaraf dunia seperti pepatah Melayu mengatakan dimana ada kemahuan,
disitu ada jalan.