Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM :

NAMA PELAJAR :

PROGRAM PENDIDIKAN GURU


TAJUK KURSUS : SAINS, TEKNOLOGI
DAN MASYARAKAT

SEMESTER : 8
AMBILAN: Januari 2012

KOD KURSUS: SCE3143

TARIKH MULA

6 Julai 2015

TARIKH HANTAR

14 Ogos 2015

Hasil Pembelajaran:
1. Membincangkan secara kritis isu-isu dan pembelajaran berasaskan projek yang berkaitan dengan Sains, Teknologi
dan Masyarakat (STM).
2. Menguasai kemahiran berkomunikasi untuk membentangkan isu-isu STM
3. Melaksanakan tanggungjawab, etika dan moral profesional untuk kelestarian
4. Mempamerkan kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan dalam pembelajaran berterusan dan
pengurusan maklumat yang berkaitan dengan projek-projek STM
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Tugasan:
Pelajar akan melaksanakan pembelajaran berasaskan projek untuk memahami, menjelaskan dan menghayati enam isu
berikut:
I.

Reka bentuk, inovasi dan reka cipta struktur bangunan


1

II.

Pemuliharaan alam sekitar

III.

Tenaga dalam biosfera

IV.

Kemampanan sumber tenaga

V.

Bahan tambah dalam makanan

VI.

Pencemaran dan kesannya terhadap bumi

Tugasan (100%)
Tugasan ini menekankan konsep Sains yang diaplikasikan dalam teknologi untuk pembangunan masyarakat. Adalah
diharapkan pelajar dapat memahami konsep teknologi dengan menjelaskan aplikasi Sains dalam teknologi untuk
kesesuaian dan keselesaan kehidupan manusia.
Ia juga akan meningkatkan kompetensi pelajar dalam amalan penyiasatan dan penyelesaian masalah dalam
kehidupan harian.
Tugasan ini melibatkan empat komponen, iaitu:
1.

Penghasilan produk (30%)


Merujuk kepada senarai isu di objektif projek, dalam kumpulan tiga orang, pelajar dikehendaki memilih satu
persoalan isu sebagai projek kajian. Persoalan isu seperti berikut:
(i)

Apakah kekuatan dan kestabilan sebuah bangunan? Buat satu ujian dengan membina satu struktur
bangunan menggunakan straw minuman.

(ii)

Pembungkus makanan polisterin merupakan satu bahan yang tidak mudah terurai oleh bakteria. Kaji
tentang pembungkus makanan polisterin. Bagaimanakah alam sekitar boleh dipelihara dengan adanya
pembungkus ini yang digunakan secara berleluasa?

(iii)

Kaji satu habitat di satu kawasan. Bagaimanakah ekosistem ini boleh dikekalkan atau dipertingkatkan?

(iv)

Buat satu model kincir angin atau pengumpul tenaga solar. Kaji bagaimana alat ini berfungsi untuk menjana
tenaga elektrik. Bincangkan samada sumber tenaga berkaitan boleh menjadi tenaga yang mampan.

(v)

Kaji tentang penjerukan makanan. Hasilkan satu eksperimen untuk membandingkan makanan yang dijeruk
dengan makanan yang tidak dijeruk.

(vi)

Hasilkan satu eksperimen ringkas untuk menunjukkan pencemaran terhadap tumbuhan. Bincangkan
bagaimanakah pencemaran sebegini boleh di atasi.

Bagi tajuk persoalan yang dipilih itu, hasilkan kajian berasaskan projek. Kajian ini boleh berdasarkan pembinaan
satu model atau eksperimen untuk menyelesaikan persoalan itu secara inovatif dan kreatif dan mestilah
berasaskan konsep Sains. Laporan projek adalah individu.
Laporan kajian seharusnya mengikut format berikut:
(a) Pengenalan kajian
- Penyataan isu persoalan
(b) Pelaksanaan kajian
- Nyatakan prosedur atau langkah-langkah kajian
- Jika perlu tunjukkan rajah atau gambar foto
(c) Pemerhatian dan perbincangan
- Paparkan sebarang data atau maklumat yang dikumpul
- Perbincangan analisis ke atas maklumat/data yang dikumpul
- Perbincangan yang mengaitkan Sains, Teknologi dan Masyarakat
(d) Cadangan penyelesaian isu
2.

Bincangkan sebarang cadangan yang inovatif, kreatif dan logik.


Refleksi kendiri

Pembentangan 1 (20%):
Dalam kumpulan 3 orang, satu isu daripada enam isu Sains, Teknologi dan Masyarakat dibentangkan. Pelajar
dikehendaki membuat bacaan, rujukan dan perbincangan. Pembentangan hendaklah menggunakan paparan slaid.

3.

Pembentangan 2 (20%):

Hasil projek kajian dalam tugasan 1 dibentangkan (kumpulan 3 orang) mengikut format kajian seperti di atas.
Pembentangan menggunakan paparan slaid.

4.

Ulasan jurnal (20%):


Pelajar dikehendaki memilih satu penulisan jurnal daripada buku jurnal atau laman web. Ulasan anda lebih kurang
dalam 2000 perkataan. Jurnal yang telah dipilih perlulah dinyatakan sumber rujukan.

5.

Ujian bertulis (10%):


Satu kuiz akan dikemukakan yang meliputi mana-mana enam isu Sains, Teknologi dan Masyarakat.

Panduan Pelaksanaan Projek


1.

Tugasan ini adalah tugasan secara individu dan kumpulan..

2.

Muka surat hadapan ditaip dengan butiran berikut:


(a) Logo IPGKRM
(b) Nama program
(c) Tajuk tugasan
(d) Nama pelajar
(e) Kumpulan/Unit
(f) Angka giliran
(g) Nombor kad pengenalan
(h) Nama kursus dan kod
(i) Nama pensyarah kursus
(j) Tarikh serahan

3. Laporan bertaip menggunakan format berikut:


(a) Font Arial
(b) Saiz huruf - 11
(c) Langkau baris 1.5
4

4. Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association)


5. Amalan plagiat tidak dibenarkan
6. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%
7. Tarikh muktamad mesti dipatuhi. Penalti pengurangan markah akan dikenakan jika laporan lambat dihantar.
Format Laporan Projek
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:
1. Dalam pembentangan, setiap pelajar dalam kumpulan harus menunjukkan kefahaman yang betul dan tepat
tentang konsep Sains dan aplikasi konsep Sains dalam Teknologi.
2. Dalam penulisan laporan harus menunjukkan kajian yang bertepatan dan sesuai yang berkaitan dengan isu. Setiap
pelajar dalam kumpulan dapat menjelaskan konsep Sains dan teknologi serta dapat menghuraikan kegunaan dan
kesan kepada masyarakat.
3. Penulisan laporan yang menunjukkan perbincangan dan cadangan ke atas isu yang dipilih yang melibatkan
kefahaman konsep Sains, aplikasi Sains dalam teknologi dan kesan kepada masyarakat.
Kriteria Pentaksiran
Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.
Tugasan disediakan oleh

Disemak oleh:

Disahkan oleh

__________________
(Che Azmi Bin Harun)
Penyelaras Kursus SCE3114
Jabatan Sains
IPGK Raja Melewar

______________________
(Fathaiyah Binti Abdullah)
Pakar bidang (SME)
Jabatan Sains
IPGK Raja Melewar

________________________
(Dr. Zainol Badli Bin Budiman)
Ketua Jabatan Sains
Jabatan Sains
IPGK Raja Melewar

Anda mungkin juga menyukai