Anda di halaman 1dari 10

MINIT MESYUARAT SEKTOR DASAR BIL.

1/2014
TARIKH
MASA
TEMPAT
PENGERUSI

:
:
:
:

KEHADIRAN

28 Januari 2014 (Selasa)


9:00 Pagi
Bilik Gerakan, Aras 7
YBhg. Dato Dr. Mohd Azhar bin Hj. Yahaya
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
Seperti di Lampiran 1

___________________________________________________________________
1.

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Ucapan Alu-aluan
1.1.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua
pegawai ke mesyuarat Bil. 1/2014.
Makluman
1.2. Pengurusan Kewangan Sektor Dasar Awam
1.2.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi memaklumkan bahawa pelaporan
status terkini pengurusan kewangan bagi semua Sektor Dasar
Awam MOSTI dijadikan sebagai salah satu agenda tetap di
dalam mesyuarat.
1.2.2.

Mesyuarat dimaklumkan bahawa, prestasi perbelanjaan


pembangunan MOSTI sehingga 19 Januari 2013 adalah
sebanyak RM 652.005 juta (90.31%) daripada jumlah
peruntukan sebanyak RM722.0 juta dan berada di kedudukan
tangga 18 di bawah purata nasional.

1.2.3.

YBhg. Dato Dr. Pengerusi memaklumkan agar bahagian yang


terlibat perlu melaksanakan projek/program 2014 mengikut
jadual pelan tindakan dan semua perolehan perlu dibuat
dengan segera bagi memastikan pencapaian ini dapat
ditingkatkan dan peruntukan tahun 2014 dapat digunakan
sepenuhnya.
Makluman

1.3. Pelaporan Pencapaian KPI MOSTI


1

1.3.1.

YBhg. Dato Dr. Pengerusi memaklumkan bahawa laporan


pencapaian KPI yang melibatkan semua sektor dasar awam
perlu dilaporkan pada setiap Mesyuarat.
Makluman

1.4. Penambahbaikan Kualiti Data


1.4.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi turut meminta Bahagian MASTIC
untuk menyelaras dan menambah baik kualiti data yang
dikumpulkan terutamanya maklumat geran R,D&C MOSTI agar
sentiasa relevan dan seiring dengan keperluan semasa.
Tindakan: MASTIC
1.5. Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2014
1.5.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi memohon ahli mesyuarat untuk
mematuhi 11 langkah perbelanjaan berhemat yang telah
digariskan dalam pekeliling tersebut.
Makluman
1.6. Amanat KSN 2014
1.6.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi juga memohon ahli mesyuarat untuk
menerapkan 6 prinsip utama yang digariskan oleh YBhg. Tan
Sri. Dr. KSN dalam mewujudkan penyampaian terbaik dalam
Perkhidmatan Awam Malaysia.
Makluman
1.7. Perancangan Rapi Dalam Menjalankan Program/Acara MOSTI
1.7.1. YBhg. Dato Dr. Pengerusi mengingatkan ahli mesyuarat agar
membuat persiapan yang rapi dan terperinci sebelum
melaksanakan sesuatu program.
1.7.2. Ketua Bahagian/Seksyen/Unit yang terlibat dalam program
perlu bekerjasama dengan pihak UKK untuk menyediakan
segala input untuk penyediaan media kit bagi maksud sidang
media.
1.7.3. Ketua Bahagian/Seksyen/Unit yang terlibat dalam program
perlu menyediakan atur cara pentadbiran dengan rapi agar
program dapat dilaksanakan dalam tempoh masa atur cara
majlis yang ditetapkan dengan lancar dan sempurna.
1.7.4. Segala gambar program MOSTI dan kenyataan berkaitan
dengan
program
perlu
disediakan
oleh
Ketua
Bahagian/Seksyen/Unit yang terlibat untuk diedarkan kepada
2

pihak UKK untuk dimuat naik dalam laman web Portal MOSTI
untuk tujuan publisiti.
Makluman
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Sektor Dasar Bil. 5/2013
2.1. Minit mesyuarat Sektor Dasar Bil. 5/2013 disahkan tanpa pindaan.
3. Perbincangan Dan Keputusan
3.1. Pemantauan & Pengemaskinian Laman Sosial Media
3.1.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa pencalonan pegawai yang
akan dilantik sebagai extended arm Facebook / laman sosial
rasmi MOSTI oleh SUB-SUB telah pun diterima. Draf Surat
Pelantikan rasmi berdasarkan pencalonan tersebut telah
dikemukakan kepada KSU pada minggu ke-2 Januari namun
masih menunggu tandatangan beliau.
Tindakan: UKK
3.2. Kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pembangunan Islam
3.2.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa satu slot perkongsian ilmu
berkaitan dengan kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi
dalam pembangunan islam perlu diadakan pada setiap hari
jumaat.
Tindakan : Akademi Sains Malaysia
3.3. Completed Research
3.3.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa maklumat dan data
completed research sedang dikumpul dan akan dibentangkan
kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengkomersilan. Urus
setia sedang mendapatkan tarikh untuk menetapkan mesyuarat
bilangan pertama Jawatankuasa Induk Pengkomersilan yang
akan dipengerusikan oleh YB Menteri.
3.3.2. YBhg. Dato Dr. Pengerusi memaklumkan bahawa Bahagian
I&P bersama-sama dengan Pejabat Pengkomersilan perlu
selaras dan kenal pasti definisi dan pengiraan bagi kadar
pengkomersilan (rate of commercialisation)
Tindakan: Bahagian I&P
3.4. Protokol dan Istiadat
3.4.1. UKK juga bercadang untuk mengadakan Kursus Asas Protokol
bagi memastikan pegawai-pegawai di jabatan/agensi MOSTI
dilengkapkan
dengan
pengetahuan
protokol
serta
mengurangkan kebergantungan kepada UKK.
Makluman
3

3.5. Audit Pengurusan Dana Pra-Pengkomersialan MOSTI Oleh Jabatan


Audit Negara.
3.5.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa pasukan audit negara sedang
menjalankan proses audit bagi Dana Pra-Pengkomersilan
MOSTI. Antara perkara yang diutarakan adalah mengenai
kekurangan produk R&D yang dikomersilkan dan kurangnya
post monitoring bagi projek-projek yang telah tamat.
3.5.2.

YBhg. Dato Dr. Pengerusi memaklumkan bahawa suatu


mesyuarat
perlu
diadakan
bagi
membincangkan
penambahbaikan yang boleh dibuat ke atas pengurusan dana
R,D&C MOSTI.
Tindakan: Seksyen Dana

3.6. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1997: Garis Panduan


Mengenai Penyelarasan Penggunaan dan Perolehan Kemudahan dan
Peralatan Teknologi Baru di Agensi Kerajaan.
3.6.1. Mesyuarat
dimaklumkan
bahawa
pengumpulan
data
kemudahan dan peralatan telah dilaksanakan oleh MASTIC
pada tahun 2013 dan laporan berbentuk direktori telah
diterbitkan. Laporan ini turut dipaparkan di laman web MASTIC.
3.6.2.

Satu perbincangan mengenai masalah dan kekangan berkaitan


proses pengumpulan data-data STI telah diadakan di antara
YBhg. Dr. Ketua Perangkawan dengan YBhg. Dato Dr.
TKSU(D) bersama KPSU(M)1 pada 6 Januari 2014.

3.6.3.

YBhg. Dato Dr. Pengerusi memaklumkan bahawa proses


pengumpulan data STI akan dilaksanakan oleh MASTIC
sehingga Jabatan Perangkaan Malaysia memperluaskan skop
perangkaan kepada STI. Perluasan skop tersebut akan dibuat
selaras dengan sektor yang menjadi asas kepada
pembangunan negara.
Makluman

3.7. National Blue Ocean Strategy (NBOS)


3.7.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa makluman akan dibuat
kepada semua jabatan/agensi untuk mengemukakan cadangan
projek NBOS 2014 masing-masing kepada pihak urusetia
sebelum 28 Februari 2014.
Makluman
3.8. Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN)
3.8.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa :
4

(i)

pembentangan
awal
mengenai
program-program
flagship pelan tindakan DSTIN ini akan diadakan pada 4
Disember 2013 di Bilik Mesyuarat Transformasi,
MOSTIBerikut adalah senarai Pelan Tindakan (Plan of
Action - POA) DSTIN yang telah disediakan;
i. POA Teras Strategik
ii. POA Program Flagship
iii. POA Tahun Pengkomersialan MOSTI 2014

3.8.2.

Mesyuarat dimaklumkan bahawa semua cadangan POA DSTIN


telah diangkat untuk perhatian dan persetujuan pihak
Pengurusan Tertinggi MOSTI.

3.8.3.

Mesyuarat dimaklumkan bahawa fokus konteks DSTIN adalah


Plan of Action berdasarkan kepada teras strategik utama.
Bahagian perancangan telah meneliti dan mengenalpasti 20
projek, 9 program dan 42 rangka dasar di bawah teras strategik
utama.
Tindakan : Bahagian Perancangan (Unit Strategik)

3.9. Key Performance Indicator (KPI) TIER 2


3.9.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa 19 KPI telah diluluskan oleh
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU),
Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta dipersetujui oleh MOSTI
untuk dijadikan KPI YB Menteri bagi tahun 2014. KPI tersebut
merangkumi:
i. 4 KPI Overall Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA);
ii. 4 KPI Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA);
iii. 2 KPI Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI); dan
iv. 9 KPI Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA)
3.9.2.

Mesyuarat dimaklumkan bahawa Unit KPI juga memantau 13


KPI Dalaman MOSTI yang melibatkan semua Klaster/
Bahagian/ Unit/ Agensi.
Tindakan: Bahagian Perancangan (Unit Strategik)

3.10.Rang Undang-Undang Academy Science Social and Humanity


Malaysia (ASAH)
3.10.1. Mesyuarat mengambil maklum bahawa KKR masih belum
memperolehi persetujuan daripada ketiga-tiga Lembaga di KKR
berkenaan dengan draf RUU MBOT sebelum dikemukakan
kepada MOSTI. MOSTI memerlukan surat jawapan persetujuan
daripada KKR ini sebelum dapat memaklumkan kepada
Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan semakan ke atas
draf RUU MBOT. Sehingga kini, surat jawapan daripada KKR ini
masih belum diperolehi.
Tindakan: Bahagian Perancangan (Unit Strategik)
5

3.11.Program Inovasi Inklusif


3.11.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat satu (1) projek yang
lewat mengikut jadual iaitu Projek Merekabentuk Hentian Bas
Berinovasi oleh Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM). Projek ini
lewat daripada perancangan asal kerana pihak MRM masih
dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak United
Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
(UNESCO). Permohonan MRM untuk melaksanakan projek ini
dalam tahun 2014 masih dalam pertimbangan Bahagian
Perancangan.
Tindakan : Bahagian Perancangan (Unit Strategik)
3.12.Pelancaran MOSTI Commercialisation Year 2014 (MCY 2014)
3.12.1. Mesyuarat mengambil maklum bahawa program MCY 2014
telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Menteri pada 23
Januari 2014 dan majlis tersebut dihadiri oleh 404 orang.
3.12.2. Mesyuarat dimaklumkan bahawa suatu mesyuarat perlu
diadakan bagi membincangkan mengenai tindakan susulandan
langkah penambaikan daripada majlis pelancaran yang telah
diadakan pada 23 Januari 2014.
3.12.3. YBhg. Dato Dr. Pengerusi turut meminta Bahagian I&P untuk
mengadakan mesyuarat tersebut dengan kadar yang segera
bagi membincangkan mengenai persiapan segala program di
bawah Tahun Pengkomersilan MOSTI (MCY) sebelum diangkat
ke
Mesyuarat
Jawatankuasa
Pemandu
yang
akan
dipengerusikan oleh YB Dato Dr. Menteri.
Tindakan : Bahagian I&P
3.13.Buku Katalog Produk R&D
3.13.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa katalog produk R&D yang
berjaya telahpun disediakan oleh Bahagian Industri dan
Pengkomersilan (I&P) dan diedarkan sepanjang
Majlis
Pelancaran MCY2014 pada 23 Januari 2014.
Makluman
3.14.Pegawai Lantikan Baru
3.14.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat pegawai-pegawai
baru di sektor dasar seperti berikut:
(I)
Puan Humairath Binti KM Abu Bakar, KPSU MASTIC; dan
(II)
Mohd Norhisham Bin Musa, KPSU Perancangan (RSE)
Makluman
3.15.Persaraan Pegawai MOSTI
3.15.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa YBhg. Datin Nur Wahidah
Wong binti Abdullah telah bersara daripada perkhidmatan awam
pada 29 November 2013.
6

3.15.2. YBhg. Dato Dr. meminta Bahagian MASTIC untuk menyediakan


memo kepada PSM untuk mengadakan satu sesi penghargaan
dan terima kasih ke atas sumbangan pegawai sepanjang
perkhidmatan di MOSTI dan perkhidmatan awam.
Tindakan: MASTIC
4. Hal-Hal Lain
4.1. Agenda pemerkasaan Bumiputera (PEB)
4.1.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa hasil daripada mesyuarat
yang telah diadakan pada 27 Januari 2014 dengan
agensi/bahagian di bawah MOSTI, beberapa projek utama telah
disenaraipendek dan dikenalpasti sebagai inisiatif utama di
bawah PEB.
4.1.2.

Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa inisiatif ini akan


disenaraikan sebagai salah satu KPI utama KPI YB Menteri dan
KPI MOSTI.
Makluman

4.2. Projek di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Awam (PSDT)


4.2.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa bengkel Change Acceleration
Process (CAP) telah diadakan di Port Dickson pada 19-21
Januari 2014 bagi memberi pemahaman mengenai kaedah
yang terlibat di dalam melaksanakan perubahan bagi projek
yang melibatkan pelbagai stakeholders.
4.2.2.

Mesyuarat dimaklumkan bahawa agensi/jabatan yang terlibat


dalam program di bawah PSDT perlu menyediakan slaid
pembentangan bagi mesyuarat awalan dengan KSU MOSTI
sebagai persediaan kepada Jawatankuasa Pemandu yang akan
dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri. KSN.
Makluman

4.3. Persiapan retreat MOSTI 2014


4.3.1.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa retreat dijangka diadakan
pada 28 Februari 2014 hingga 2 Mac 2014 di Port Dickson.
Segala persiapan retreat sedang dilaksanakan dan Bahagian
Perancangan akan menetapkan satu mesyuarat bagi
membincangkan persiapan retreat.
Makluman
5. Penutup
5.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 Tengahari dengan ucapan terima
kasih daripada YBhg. Dato Dr. Pengerusi.

Disediakan oleh:
MASTIC
30 Januari 2014

Disemak Oleh:

.......................................................
Encik Kamaruhzaman Mat Zin
KPSU(M)1
Bahagian MASTIC

Diluluskan Oleh:

..............................................................
YBhg. Dato Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)

LAMPIRAN 1
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT SEKTOR DASAR BIL. 1/2014
Bil.

Nama

Jawatan

Bahagian

1.

YBhg. Dato Dr. Mohd Azhar


bin Hj. Yahaya

Timbalan Ketua Setiausaha


Dasar

Pejabat TKSU
Dasar

2.

Encik Kamel bin Mohamed

Setiausaha Bahagian Kanan

Perancangan

3.

YBrs. Dr. Ibrahim bin Abu


Ahmad

Timbalan Setiausaha
Bahagian Kanan

Perancangan
Strategik

4.

Encik Ho Koon Seng

Setiausaha Bahagian

Antarabangsa
8

Bil.

Nama

Jawatan

Bahagian

5.

Encik Azhar bin Ahmad

Timbalan Setiausaha
Bahagian

Unit Strategik

6.

Encik Jafri bin Embok Taha

Timbalan Setiausaha
Bahagian

Unit HRD

7.

Encik Mooi Wah Kian

Timbalan Setiausaha
Bahagian

Unit Penilaian

8.

Encik Suhaimi bin Hamzah

Timbalan Setiausaha
Bahagian

Seksyen Dana

9.

Encik Ahmad Norhad bin


Zahari

Timbalan Setiausaha
Bahagian

Unit RSE

10.

Encik Zalaludin bin Abdullah

Timbalan Setiausaha
Bahagian

I&P

11.

Encik Kamaruhzaman bin Mat


Zin

Ketua Penolong Setiausaha

MASTIC

12.

YBrs. Dr. Nor Azlina binti Ariffin

Ketua Penolong Setiausaha

Unit Strategik

13.

Encik Wan Ashbi@Wan


Maheran bin Leman

Ketua Penolong Setiausaha

Unit Strategik

14.

Encik Hasan Bin Muda

Ketua Penolong Setiausaha

Unit Strategik

15.

Encik Shahrizal Bin Shahrudin

Ketua Penolong Setiausaha

Unit Strategik

16.

Encik Paarteeben A/L


Subramaniam

Ketua Penolong Setiausaha

I&P

17.

Puan Joanna A/P Jayaprakash

Ketua Penolong Setiausaha

Unit Penilaian

18.

Encik Mohd Haslan Bin


Hussain

Ketua Penolong Setiausaha

Unit Penilaian

19.

Encik Paul Devaraj Michael

Ketua Penolong Setiausaha

I&P

20.

Encik Mohd Fadzil bin Mohd


Jaafar

Ketua Penolong Setiausaha

I&P

21.

Encik Ahmad Rashezry bin


Abdul Rahim

Ketua Penolong Setiausaha

I&P

22.

Puan Humairath Binti KM Abu


Bakar

Ketua Penolong Setiausaha

MASTIC

23.

Encik Ramlee bin Ab. Ghani

Ketua Penolong Setiausaha

MASTIC

24.

YBrs. Dr. G Periasamy

Ketua Penolong Setiausaha

Antarabangsa

25.

Puan Sumitra Jayaseelan

Ketua Penolong Setiausaha

Antarabangsa
9

Bil.

Nama

Jawatan

Bahagian

26.

Encik Danil Taridi Bin Ghazali

Ketua Penolong Setiausaha

Antarabangsa

27.

Encik Ho Yun Shiang

Ketua Penolong Setiausaha

Antarabangsa

28.

Puan Farah Wahida binti


Ahmad Zainudin

Ketua Penolong Setiausaha

Antarabangsa

29.

Encik Mohd Norhisham bin


Musa

Ketua Penolong Setiausaha

Unit RSE

10