Anda di halaman 1dari 2

ULASAN BUKU

NAMA BUKU: KEEPING THE AIR CLEAN


PENGARANG: PANEL PENGARANG THE JUNIOR LIBRARY
PENERBIT: PARRAMON EDICIONES S.A
PENGULAS: PROF. DR. MOHD KHALIL BIN ZULKIFLEY

Buku yang saya akan ulas adalah bertajuk Keeping the Air Clean atau
dalam bahasa melayu menjaga kebersihan udara. Buku ini adalah terbitan
Parramon Ediciones S.A yang pertama kali diterbitkan pada tahun 2006. Walaupun
buku ini diterbitkan Sembilan tahun yang lepas, tetapi kandungan buku ini adalah
masih relevan hingga ke hari ini kerana fakta dan informasi yang diberikan adalah
tepat dan disusun dengan baik. Buku ini dicetak oleh Unipress Publishing untuk
diedarkan di Malaysia. Buku ini juga merupakan salah satu buku dalam siri The
Junior Library Of Ecology di mana dalam siri ini terdapat beberapa buah buku yang
menceritakan tentang ekologi udara, dan antara judul yang lain dalam siri ini ialah
Protecting Our Forest dan Conservation Of the Sea. Saya memilih untuk
membuat ulasan tentang buku ini adalah kerana kandungan buku ini adalah amat
bersesuaian dengan skop tugasan kerja kursus yang telah diberikan. Seperti yang
telah dinyatakan pada tajuk buku, buku ini membincangkan mengenai udara. Udara
merupakan komponen abiotik yang amat penting dalam sesebuah ekosistem. Tanpa
kehadiran udara, bumi tidak akan mampu untuk menampung sebarang kehidupan
sama ada flora ataupun fauna. Walaupun buku ini hanya mempunyai 32 halaman
bercetak, tetapi buku ini meliputi aspek-aspek penting dalam memahami topik
pemuliharaan udara. Penerangan yang diberikan dalam buku ini disusun supaya isi
kandungan dan informasi dapat disampaikan seringkas yang mungkin tetapi dalam
pada masa yang sama tidak membuat pembaca tertanya-tanya dan keliru kerana
penggunaan fakta yang kukuh dan mudah difahami.

Salah satu aspek yang ditambah baik dalam buku ini adalah dengan
menyatakan umur pembaca yang sesuai. Buku ini tidak menyataan dimana-mana
bahagian sama ada kulit buku atau dimana-mana halaman tentang umur pembaca
yang sesuai bagi buku ini. Di kulit buku ini cuma ada menyatakan buku ini
sebahagian dari siri buku The Junior Library of Ecology dimana Saya dapati hampir
pada setiap halaman buku ini menggunakan bantuan ilustrasi bagi menyampaikan
maklumat kepada pembaca. Dengan kehadiran ilustrasi ini, kanak-kanak akan
menjadi lebih fokus dan seronok untuk membaca buku ini. Ilustrasi ini juga akan
dapat membantu kanak-kanak untuk lebih mudah memahami dan mengingati
maklumat yang mereka perolehi daripada buku ini. Selain itu, peringkat bahasa yang
digunakan dalam buku ini juga tidak terlalu tinggi. Walaupun buku ini dalam bahasa
Inggeris, tetapi istilah-istilah yang digunakan di dalam buku ini tidak terlalu sukar
untuk difahami, dan bagi kanak-kanak yang sudah mempunyai asas bahasa Inggeris
yang kukuh akan dapat membaca buku ini tanpa menghadapi kesukaran. Hanya
terdapat beberapa sahaja istilah-istilah yang sukar untuk difahami seperti
equatorial dan impoverishment. Dalam bahagian berikut, saya membuat resensi
bab demi bab.
Dalam bab pertama, pengarang

Anda mungkin juga menyukai