Anda di halaman 1dari 36

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

PETUA PENGURUSAN KEWANGAN

Petua Pengurusan Kewangan Yang


Berkesan
Buku ini adalah untuk rujukan sahaja, tidak mengandungi atau tidak boleh
dianggap mengandungi nasihat kewangan,sekuriti atau syor sekuriti.
Strategi yang digariskan di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap
individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua
pihak.
Tiada jaminan diberikan berhubung dengan ketepatan atau
lengkapnya maklumat yang terkandung didalam buku ini. Pengarang tidak
bertanggungjawab terhadap mana-mana liabiliti, kehilangan,risiko, baik
peribadi ataupun sebaliknya yang berlaku akibat menggunakan atau
menerapkan mana-mana kandungan buku ini samada secara langsung atau
tidak.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-1-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Oleh :
Amin Fafizullah Omar a.k.a Amin Beb

Anda boleh menggunakan ebook ini untuk web atau rujukan


manual anda atau apa sahaja sama ada elektronik atau bercetak
dengan syarat TIDAK MENGUBAH isi kandungan serta mengekalkan
maklumat penulis

Nota:
semua imej yang tertera adalah sebagai hiasan

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-2-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Tajuk kandungan

Halaman

Pengenalan

Cara mudah menjimatkan wang

Bagaimana menyimpan bil & Resit

10

menjimatkan masa

mengurangkan tekanan

Membazir memilih selera

12

Cara Terbaik Memilih Kad Kredit

21

Melangsaikan hutang kad kredit

25

Kesederhanaan berbelanja

30

Epilog

34

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-3-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Pengenalan
MENABUNG dan mengawal perbelanjaan memang 2 perkara
baik tapi kadangkala ia sangat sukar dilaksanakan.
Tetapi tabiat menabung boleh dimulakan sekarang.
Malah untuk tujuan itu, anda boleh memulakan beberapa
langkah bijak misalnya mengawal segala perbelanjaan yang
anda

lakukan.

Sungguhpun

sesuatu

perbelanjaan

itu

jumlahnya sangat kecil, anda digalakkan untuk menyimpan


buku

kira-kira

serta

segala

resit

pembayaran

bagi

membolehkan anda meneliti segala perbelanjaan yang sudah


anda lakukan.
Dengan cara itu, anda tahu ke mana perginya wang
anda selama ini, sama ada ia digunakan untuk membeli
barang keperluan atau barang yang sebenarnya tidak begitu
dikehendaki. Jika anda dapat membezakan dua kategori
barangan terbabit, anda pasti akan lebih berhati-hati untuk
membeli barangan yang tidak diperlukan di masa depan.
Anda perlu ketahui bahawa walau sedikit manapun
perbelanjaan yang dilakukan, ia tetap memberikan jumlah
yang

banyak

apabila

jumlah

semua

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

perbelanjaan

itu

-4-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

dicampurkan. Oleh itu, berhati-hatilah ketika berbelanja serta


kurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.
Sewaktu menggunakan kad juruwang automatik (ATM)
pula, anda juga harus berhati-hati ketika menekan jumlah
wang yang dikeluarkan. Sebaliknya, keluarkan sejumlah wang
yang anda benar-benar perlukan.
Jika anda mengeluarkan wang berlebihan, anda akan
terdorong untuk membeli barangan yang anda tidak perlukan
sekali gus menggalakkan anda untuk membazir.
Penggunaan kad kredit juga boleh membebankan
apatah lagi jika anda seorang yang boros. Bagi mereka yang
pandai menguruskan wang penggunaan kad kredit memang
memudahkan urusan seharian.
Namun, jika anda seorang yang gemar berbelanja
terutama jika mudah tertarik pada jualan murah, memilih kad
kredit bukan langkah yang bijak.
Jangan lupa, sifat menabung perlu diuatamakan di
mana anda boleh mengasingkan jumlah wang setiap bulan
yang

dikhususkan

untuk

simpanan.

Sebelum

membuat

sebarang pemotongan untuk perbelanjaan, ambil sejumlah


wang untuk simpanan terlebih dahulu, percayalah sedikitsedikit lama-lama pasti menjadi bukit.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-5-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Cara Mudah Menjimatkan Wang


IDEA

menyimpan

wang

mungkin

disenangi

oleh

sesetengah pihak biarpun faedahnya besar dan nyata. Ini


berikutan daripada tuntutan menggunakan wang untuk aktiviti
lain yang tidak kurang pentingnya seperti membayar bil dan
sebagainya. Namun begitu, ia tidak patut dijadikan alasan
kerana menyimpan wang adalah aktivti mudah yang boleh
dilakukan jika anda mempunyai keazaman yang tinggi dan
secara sukarela mengikuti cadangan berikut:
1.

Tetapkan objektif penyimpanan

Seperti merangka bajet, kita juga mesti mesti menetapkan


objektif mengapa perlu menyimpan wang. Ini penting untuk
memastikan kesinambungan aktiviti penyimpanan sehingga
apa yang diidamkan tercapai. Antara objektif penyimpanan
yang munasabah ialah:
o

Membeli hadiah harijadi/ perkahwinan untuk


keluarga/sahabat.

Pergi bercuti selepas penat berkerja.

Mengubahsuai rumah supaya lebih selesa.

Menambah nilai premium insurans.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-6-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

2.
Antara

Gunakan wang tunai bagi setiap pembelian


manfaat

menggunakan

wang

tunai

ialah

anda

mempunyai kuasa kawalan penuh terhadap setiap perbelan


jaan. Sebagai contoh, anda akan berfikir dua tiga kali sebelum
membelanjakan wang bagi sesuatu yang tidak penting untuk
dimiliki. Bagi memupuk kebiasaan, tinggalkkan kad kredit
anda dirumah ketika pergi membeli belah.
3.

Kawal pengeluaran wang tunai daripada ATM

Anda dinasihatkan agar menetapkan jumlah pengeluaran


wang daripada ATM. Ini dapat mengawal anda daripada
berbelanja sesuka hati. Sekurang-kurangnya dengan wang
terhad yang ada di dalam tangan, anda lebih berhati-hati
berbelanja. Seperti contoh, tetapkan pengeluaran RM 300
sebulan (bergantung kepada jumlah pendapatan dan
cara berbelanja) daripada ATM. Jika wang yang dikeluarkan
hanya cukup untuk keperluan asas, maka sudah tiba masanya
anda

mengurangkan

perbelanjaan

kapucino

dan

beralih

kepada kopi tempatan yang tidak kalah rasanya.


4.
untuk

Langsaikan hutang tertunggak kad kredit


memudahkan

proses,

anda

boleh

menjadikan

ini

sebagai salah satu matlamat menyimpan wang. Tetapkan


tempoh masa untuk anda melangsaikan hutang dan berhenti

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-7-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

menggunakan kad kredit untuk pembelian berjumlah kecil.


Pastikan juga anda hanya
berbelanja setakat mana anda mampu membayarnya. Secara
tidak langsung, ia dapat melindungi anda daripada membayar
faedah andai kata hutang tertunggak ke bulan hadapan.
5. Tebus mata ganjaran kad kredit
Banyak syarikat kad kredit menawarkan mata ganjaran
dengan setiap pembelian. Mata yang dikutip boleh ditukar
dengan barangan tertentu yang ditawarkan.
Untuk penyimpanan wang lebih, anda boleh merujuk
kepada

katalog

yang

dikhaskan

untuk

pelanggan

bagi

memperoleh barang yang dihajati. Tetapi ingat! Gunakan


mata ganjaran setakat yang terkumpul saja dan jangan
gunakan kad kredit untuk menambahkan nilai mata kerana ia
menyimpang daripada objektif kewangan.

6.

Membeli-belah pada jualan murah

Antara cara mudah menjimatkan wang ialah menangguhkan


pembelian

sehingga

jualan

murah

dilangsungkan.

Ini

bermakna anda perlu bersabar untuk mendapatkan barangan


yang dihajati tetapi kesabaran itu ada balasannya kerana
anda dapat memperolehnya dengan harga lebih murah.
Biarpun potongannya cuma lima peratus, sekurang-kurangnya

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

-8-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

ia

mengurangkan

perbelanjaan

anda.

Gunakan

kempen

Karnival Membeli-belah dengan sebaik-baiknya. Di samping


itu, anda juga boleh mengunjungi flea market atau car boot
selling di sekitar bandar raya kini.
7. Membeli-belah di pasar gudang
Banyak faedahnya jika anda berkunjung ke pasar gudang. Di
samping

mempunyai

kelebihan

menawarkan harga

lebih

rendah, anda juga dapat:


a. Membeli

semua

keperluan

di

bawah

satu

bumbung
b. Menjimatkan masa pergi dari satu tempat ke
satu tempat yang lain untuk mencari barang.
c. Menjimatkan penggunaan minyak kenderaan
d. Menjimatkan pembayaran letak kereta

8. Dapatkan barangan atau perkhidmatan yang lebih


murah.
Tahukah anda bahawa anda membantu peniaga membayar
sewa

kedai?

Sebenarnya,

harga

barangan

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

ditetapkan

-9-

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

bedasarkan kos lain yang perlu ditampung oleh mereka


termasuk sewa bulanan kedai. Sebab itu, barangan yang
sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah di kedai
biasa berbanding harga di gedung terkemuka. Jika bijak
mencari, anda pasti berjumpa kedai yang menawarkan harga
yang

lebih

murah

dengan

nilai

mutu

barangan

atau

perkhidmatan yang sama.


9.

Gunakan kupon diskaun / percuma

Untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang kompetitif,


banyak peniaga menawarkan kupon diskaun / percuma untuk
menarik pelanggan. Kupon seperti ini boleh didapati pada
kebanyakkan kedai, di

dalam majalah kegemaran anda

mahupun di dalam kotak surat di rumah. Jika sebelumnya


anda tidak peduli dengan apa yang ditawarkan, sudah sampai
masa anda menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Jika
anda telitikan, anda dapat menjimatkan sejumlah besar
perbelanjaan dengan hanya menggunakan kupon berkenaan.
Tidak hairanlah mengapa ia menjadi kegemaran di Amerika
Syarikat.
10. Jimatkan perbelanjaan makan tengah hari
Anda dapat lakukan ini dengan membawa bekal. Jika anda
takut terasing daripada rakan-rakan, bawa saja bekalan anda
ke kantin. Untuk memudahkan anda menyediakan bekal,
pastikan anda membeli barangan yang mudah dan tahan

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 10 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

disimpan seperti sup di dalam tin, makanan sejukbeku dan


snek

tenaga

(energy

bar).

Disamping

menjimatkan

perbelanjaan, pastinya anda tampil lebih kurus dengan berat


badan ideal. Jika anda mengamalkan petua di atas, anda
dapat berjimat paling kurang RM 3 sehari. Jika didarab,
jumlahnya hampir melangkau RM100 sebulan. Dalam setahun
anda dapat menjimat lebih dari RM 1,000. Satu langkah
positif ke arah mencapai matlamat

kewangan.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 11 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Membazir Memilih Selera


SELALUNYA
memasak.

mereka

yang

Sepanjang

masa

berkerja
berkerja

tiada

masa

sudah

pasti

untuk
anda

terpaksa makan di kedai. Tetapi bagaimanakah selepas waktu


pejabat dan hari cuti?
Namun adakah anda terfikir berapa ringgit wang yang
mengalir

keluar

setiap

hari

dengan

kaedah

atau

cara

pemakanan anda itu. Memang tidak dapat dinafikan terlalu


ramai yang menyatakan kita tidak patut terlalu kedekut untuk
membeli makanan. Wang yang dicari bukan boleh dibawa
mati.

Betul!

Tapi

kita

memerlukan

wang

bukan

untuk

memenuhi selera tekak kita sahaja.


Setiap hari berapa ringgit wang anda yang mengalir
untuk makanan? Berapa harga sarapan anda? Makan tengah
hari, minum petang dan makan malam? Berapa ringgit pula
yang anda keluarkan untuk membeli makanan ringan? Jangan
berbohong kalau kenyataan anda mengeluarkan RM 3 untuk
sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari. Ini belum lagi
dicampurkan dengan buah-buahan, makanan pencuci mulut
dan macam-macam lagi.
Mengapa

mesti

membazir

begitu

banyak?

Jika

setengah hari anda mengeluarkan wang RM10 untuk makan,


berapa pula untuk sebulan? Jika keadaan ini berterusan, anda

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 12 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

sebenarnya dalam kerugian. Adakah berbaloi kalau anda


mengeluarkan perbelanjaan RM500 sebulan untuk makanan
anda

seorang

perbelanjaan

sedangkan
sebuah

jumlah

keluarga?

ini

boleh

Anda

menampung

mungkin

dapat

mengawalnya dengan baik tetapi pada suatu ketika yang lain,


anda tiba-tiba berbelanja melebihi had.
Berusahalah untuk mengawal pengeluaran wang anda
untuk

membeli

makanan.

Jika

anda

sudah

berkahwin,

perbelanjaan seperti itu sudah pasti merugikan. Katakan anda


dan pasangan anda berkerja. Masing-masing makan di kedai
setiap hari. Biarpun anda menggunakan wang anda sendiri
dan pasangan anda juga begitu, keluarga anda memang telah
kerugian.
Katakan anda berbelanja untuk makanan RM15 dan
pasangan anda RM 12 sehari. Jumlahnya RM27 sehari. Ini
baru perbelanjaan sewaktu berkerja, belum lagi dicampurkan
dengan perbelanjaan di rumah.
Selalunya perkara seperti ini berlaku kerana sikap anda
yang suka memandang remeh soal perbelanjaan. Jika anda
masih belum mempunyai jadual perbelanjaan harian, bulanan
dan tahunan, lakukan sekarang. Apa yang penting ialah anda
mesti berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Tidak perlu
mengikut gelagat orang kerana segala segala kesukaran yang
bakal berlaku adalah tanggungjawab anda sendiri. Jika anda

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 13 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

mengatakan

telah

terlewat

untuk

mengubah

corak

perbelanjaan hari ini, anda salah. Jangan biarkan hidup anda


dalam kerugian kerana setiap sen amat bernilai.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 14 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Bagaimana Menyimpan Bil & Resit


Sebaik

menerima

bil

setiap

bulan,

kita

akan

meletakkannya di mana-mana yang sempat, baik di atas


meja, di atas TV mahupun di dalam kereta. Suatu kebiasaan
yang memudaratkan di belakang hari kerana kemungkinan
untuk bil berkenaan Akan hilang adalah amat tinggi. Untuk
mengelakkan kehilangan, penting untuk kita mempunyai
sistem fail yang sistematik kerana ia juga membantu:
Menjimatkan masa
Pemfailan berkesan dapat menjimatkan masa mencari sesuatu
bil yang diperlukan. Misalnya, daripada membuang masa
mencari secebis kertas segala ceruk, kita boleh terus merujuk
kepada fail yang disimpan.
Mengurangkan tekanan
Seringkali perasaan marah dan kecewa akan timbul apabila
barang yang dicari tidak dijumpai. Untuk mengelakkan rasa
marah yang tidak perlu, maka kita pelu mempunyai sistem
pemfailan sendiri.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 15 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Petua pemfailan berkesan


1.

Failkan bil dan resit sebaik saja anda menerimanya


setiap bulan. Bertangguh
menyimpan akan hanya menambah risiko hilang.

2.

Dapatkan fail terpakai ataupun sampul surat besar


sebagi tempat mnyimpan bil dan resit. Bahagikan
fail berkenaan kepada 3 bahagian, iaitu jangka
masa pendek, sederhana dan panjang. Jika anda
menggunakan

sampul

surat,

pastikan

anda

mempunyai 3 sampul dan tuliskan setiap kategori


di atasnya.
Bagaimana menggunakan fail?
Fail jangka masa pendek
Gunakan fail ini untuk menyimpan.
1. Bil-bil yang belum dibayar seperti bil air, internet atau
kad kredit.
2. Resit pembelian hangus seperti ubat gigi, buah-buahan
dan sebagainya
3. Penyata pengeluaran wang dari ATM

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 16 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Bertepatan dengan namanya fail jangka masa pendek,


anda mempunyai 2 pilihan sama ada membuang bil dan
resit berkenaan atau memindahkan ke fail jangka masa
sederhana.
Antara yang boleh dibuang ialah:

Resit pembelian hangus

Sebelum membuang resit berkenaan, pastikan anda


sudah merekod segala perbelanjaan di dalam kategori
yang sewajarnya. Sebagai contoh, ubat gigi direkodkan
di dalam kategori alat mandian dan buah-buahan di
dalam kategori makanan.

Penyata pengeluaran wang daripada ATM

Buangkan penyata ini hanya selepas anda menerima


dan menyemak penyata akaun bulanan daripada bank.
Adalah penting untuk anda pastikan jumlah yang
dikeluarkan sama dengan jumlah yang tercatat di
dalam penyata akaun daripada bank. Jika terdapat
sebarang kekeliruan,
segeralah

berhubung

dengan

pihak

bank

untuk

mendapat penjelasan lanjut.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 17 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Fail jangka masa sederhana


Seperti yang diterangkan tadi, fail ini boleh digunakan
untuk menyimpan bil. Tetapi ingat! Pastikan anda hanya
menyimpan bil yang sudah dibayar saja. Bil yang belum
dibayar haruslah terus disimpan di dalam fail jangka masa
pendek. Contoh bil yang boleh disimpan di dalam fail ini ialah
bil air, telefon, elektrik dan kad kredit.
Anda dinasihatkan menyimpan bil berkenaan mengikut
aturan bulanan untuk memudahkan rujukan jika

wujud

sebarang isu atau masalah kemudian hari. Menjelang akhir


tahun, anda bolehlah membuang semua bil yang disimpan
kecuali bil yang boleh membantu mengurangkan pembayaran
cukai seperti pembelian buku. Di samping itu, anda juga
digalakkan menyimpan bil untuk tiga bulan terkahir pada
tahun berkenaan sekurang-kurangnya hingga Mac tahun
hadapan sebagai rujukan jika berlaku kesangsian.
Fail jangka masa panjang
Fail ini digunakan untuk menyimpan resit pembelian yang
membabitkan jumlah wang yang besar. Sebagai contoh,
pastikan anda menyimpan resit jka anda membeli peti sejuk,
set teater rumah mahupun tilam berjenama. Anda juga
dinasihatkan menyimpan kad jaminan yang diperoleh dengan

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 18 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

pembelian barangan. Untuk memudahkan pemfailan dan


rujukan, anda boleh menyusun kad jaminan mengikut tarikh
luput. Sekurang-kurangnya anda tahu bilakah tiba masanya
untuk anda membuang kad jaminan berkenaan.
Antara dokumen lain yang boleh disimpan di dalam
jangka masa panjang ialah resit ubah suai rumah. Ini penting
untuk anda menentukan nilai rumah jika anda bercadang
untuk menjualnya.

Rekod penama KWSP


Seringkali masalah wujud apabila pencarum

KWSP meninggal dunia. Untuk mengelakkan masalah


dan

mempercepatkan proses pencaruman, anda

digalakkan

menyimpanrekod

berkenaan

kerana

tiada siapa

mengetahui apa yang terjadi di masa

depan.

Geran rumah dan / atau tanah

Passport
Sekali imbas, penyimpanan bil dan resit secara

sistematik adalah leceh dan rumit. Tetapi anda akan


menghargai

kepentingannya

apabila

anda

selalu

tercari-cari bil yang hilang. Di samping itu, sistem


pemfailan

juga

dapat

membantu

anda

sebagai

pengguna andai kata barang yang dibeli mengalami

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 19 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

kerosakan dan yang terpenting, ia memudahkan waris


membuat tuntutan jika sesuatu yang tidak diingini
berlaku.

Oleh

itu,

amalkan

sistem

pemfailan

sistematik.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 20 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Cara Terbaik Memilih Kad Kredit


KAD Kredit: yang mana satu pilihan anda?
Iklan kad kredit tertera dimana-mana, baik di dalam
akhbar, tv, radio mahupun di papan iklan. Dengan persaingan
sengit di kalangan syarikat pengeluar, anda sememangnya
mempunyai

banyak

pilihan.

Memilikinya

menjadi

begitu

mudah kerana syarikat pengeluar lebih mementingkan bisnes


daripada rekod kewangan anda. Persoalannya, yang mana
satu bersesuaian dan terbaik? Tidak dinafikan ramai di antara
kita yang tidak tahu bagaimana membuat pilihan ataupun
sememangnya malas membuat kajian. Maka di sini akan
diterangkan beberapa metod bagi membantu anda mengatasi
masalah.

Petua 1
Perkara

pertama

yang

perlu

anda

perlu

lakukan

ialah

tinggalkan semangat setia jenama (brand loyalty). Ini


penting kerana anda akan dapat menilai kad-kad yang lain
secara

objektif

tanpa

prejudis.

Lagi

pun,

setia

jenama

mungkin menyebabkan anda terlepas peluang yang lebih baik,


malah membuatkan anda membayar faedah yang tinggi.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 21 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Petua 2
Setelah itu, anda perlu bertanya kepada diri sendiri
yang mana satu kad terbaik untuk saya? Di sini anda
mempunyai dua pilihan. Jika anda pernah gagal membayar
jumlah minimun setiap bulan, maka sewajarnya anda mencari
kad yang menawarkan faedah rendah. Tetapi jika anda lebih
selasa

membayar

keseluruhan

jumlah

setiap

kali

menggunakan kad kredit, maka anda perlu beralih kepada kad


yang tidak mengenakan bayaran yuran tahunan.

Petua 3
Sekiranya anda ditawarkan kad kredit tanpa bayaran
yuran tahunan dengan faedah serendah 5.9 peratus, apakah
yang anda lakukan? Langkah yang boleh diambil adalah
memastikan

kesahihan

iklan

tersebut.

Ini

perlu

untuk

mengelakkan diri daripada ditipu. Sebagai contoh, memang


ada syarikat kad kredit yang menawarkan faedah rendah,
tetapi harus diingat, jumlah faedah yang dikenakan tertakluk
kepada

perubahan

dan

selalunya,

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

ia

dilakukan

tanpa

- 22 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

makluman awal dengan tidak mengambil kira pandangan


anda. Sesetengahnya pula hanya memberi faedah rendah
untuk pemindahan kredit (credit transfer) dari satu kad ke
satu yang lain. Oleh itu, anda harus memastikan jumlah
faedah yang dikenakan jika anda menggunakan kad kredit
untuk membeli-belah.
Berikut ialah jadual yang anda boleh gunakan untuk
membandingkan kad-kad yang ada di pasaran sebelum anda
membuat

pilihan

ataupun

hanya

untuk

mengetahui

kedudukan kad yang anda miliki sekarang.


Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

Jadual 5: Penilaian kad kredit


Kad A Kad B Kad C

Niali pengenalan (introductory rate)


Belian
Pengeluaran tunai
Tempoh masa selamat (Grace Period)
Belian
Pengeluaran tunai
Yuran tahunan
Lain-lain yuran
Pengeluaran tunai

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 23 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Secara manual di bank


ATM
Lewat bayar
Lebih had kredit
Lain-lain
Selepas mengisi ruang kosong di dalam jadual di atas, anda
dapat lihat dengan jelas kad mana mempunyai tawaran yang bagus
dan sebaliknya. Jika anda berpuas hati dengan apa yang ditawarkan,
maka anda boleh mula memohon.

Jika anda mendapati kad yang anda punyai sekarang tidaklah


sebaik kad-kad yang lain, maka bersegeralah menukar. Ini semua
membantu anda menjadi pengguna yang bijak.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 24 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Melangsai Hutang Kad Kredit


Teladan Pengurusan Kewangan Yang Berkesan
Pasti ramai yang mencebik muka sebaik membaca
tajuk ini: melangsai hutang kad kredit (kk). Mungkin kerana
beranggapan bahawa ia sesuatu yang agak mustahil dicapai.
Seperti

mana

hukum

alam,

setiap

yang

bermula

pasti

berakhir, begitu juga dengan hutang kad kredit. Jika kita mula
berhutang, sudah tentu kita boleh menamatkannya. Terpulang
kepada pillihan anda!
Jika anda bersungguh hendak melangsaikan hutang
kad kredit, anda perlu menyediakan pelan. Pelan yang mudah
untuk dibuat dan bertepatan dengan ciri berikut:
I. Terperinci
II. Mudah disediakan
III. Boleh dilekat ditempat yang mudah dilihat seperti peti
sejuk dan sebagainya.
IV. Keberkesanannnya boleh diukur
V. Tempoh masa melangsaikan hutang

Jadual berikut adalah contoh pelan yang anda boleh gunakan


kerana ia menepati ciri-ciri yang di sebut di atas.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 25 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Jadual 4: Pelan Babas Hutang


KK baki semasa (RM), jumlah peratusan bulanan (%), jumlah
bayaran minimun (RM).
Kad A 3, 897, 0.05, 194.85
Kad B 1, 775, 0.05, 88.75
Kad C 1, 500, 0.05, 75.00
Kad D 900, 0.05, 45.00
Nota: jumlah peratusan bulanan ditetapkan oleh syarikat
kewangan, jadi jumlah ini mungkin berbeza di antara satu
sama lain.
Untuk

merealisasikan

impian

bebas

hutang,

ada

beberapa peraturan yang mesti kita patuhi. Peraturan itu


adalah:
Peraturan 1

Jangan tambah hutang baru


Antara lain, jangan gunakan kad kredit untuk membeli

barang yang memaksa anda membayarnya secara ansuran.


Beli hanya jika anda pasti dapat membayar secara tunai
ataupun membayar keseluruhan jumlah sebaik mendapat
penyata bulanan.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 26 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Bayar jumlah yang sama pada setiap bulan


Pastikan anda membayar jumlah yang sama setiap bulan
walaupun jumlah minimun kurang daripada jumlah tersebut.
Jika anda mengikuti peraturan ini, anda akan dapat melihat
jumlah hutang semakin berkurangan. Sesuatu yang harus
anda faham ialah, syarikat kad kredit kurang berminat untuk
anda

melangsaikan

hutang,

sebaliknya

mereka

hanya

berminat menerima bayaran daripada peratusan faedah yang


dikenakan. Ini menjelaskan mengapa bayaran minimun anda
berasaskan jumlah

peratusan

pada baki

jumlah

hutang

terakhir.

Peraturan 2
Bayar tidak kurang daripada jumlah minimun.
Pastikan anda membayar tidak kurang daripada jumlah
bayaran minimun yang ditetapkan setiap bulan. Sebagai
contoh, jika pada bulan ini anda membayar RM 194.85, maka
bulan berikutnya, jumlah akan berkurangan kepada RM
185.00. Bagaimanapun, patuhi perturan pertama, teruskan
membayar

RM

194.85

setiap

bulan

sehingga

anda

melangsaikan hutang kad A.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 27 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Peraturan 3
Susunkan keutamaan mengikut saiz hutang
Pastikan anda menyusun keutamaan hutang yang hendak
dilangsaikan mengikut saiz. Antara lain, mulakan dengan saiz
hutang yang terkecil hingga harus mengaturnya kembali
mengikut saiz yang bersesuaian.
Anda mungkin beranggapan bahawa adalah lebih bijak
untuk menyusun keutamaan mengikut peratusan faedah.
Penulis sudah mencuba beberapa cara dan mendapati
keberkesanan

yang

lebih

menyerlah

dengan

menyusun

keutamaan mengikut saiz hutang. Walaubagaimanapun, anda


bebas untuk menyusun keutamaan mengikut cara anda
sendiri.
Peraturan 4
Teruskan

membayar

sehingga

selesai

semua

hutang
Jika anda berjaya membayar hutang kad A, pastikan anda
memindah pembayarannya kepada kad B. Sebagai contoh,
jika selama ini anda membayar RM 194.85 untuk kad A setiap
bulan

sehingga

selesai

hutang,

maka

alihkan

jumlah

berkenaan untuk kad B. mengikut contoh yang diberikan,


jumlah pembayaran kad B akan meningkat kepada RM
283.60.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 28 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Pelan Bebas Hutang adalah sesuatu yang mudah di


fahami dan praktikal. Jika anda bersungguh melangsaikan
hutang, pastikan anda mengikut keempat-empat peraturan
yang diterangkan diatas dan pastinya anda akan lebih
gembira kerana berjaya membebaskan diri daripada kad
kredit. Selamat mencuba!

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 29 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Kesederhanaan Berbelanja
BANYAK orang pandai mencari dan mengumpul harta
tetapi sangat sedikit orang yang pandai berbelanja. Harta
yang dibelanjakan biasanya tidak menepati tuntutan dan
batas-batas yang digariskan oleh syarak. Manusia mempunyai
keinginan yang tidak terbatas dan selalu bercita-cita ingin
memiliki

sesuatu

yang

di

luar

kemampuan.

Kehidupan

manusia sekarang adalah diibaratkan seperti pepatah Melayu


'lebih besar kerak dari periuk' hasilnya pula 'biar papa asal
bergaya'.
Sesetengah antara kita, suka habis-habisan dalam berbelanja
apatah

lagi

sempena

menyambut

majlis-majlis

tertentu

seperti majlis-majlis perkahwinan, menyambut hari raya dan


seumpamanya.

Begitu

juga

ketika

memperolehi

'durian

runtuh' seperti bonus, kenaikan gaji, untung dalam berniaga


dan sebagainya.
Membelanjakan
kesalahan

dalam

harta

yang

mana-mana

dimiliki

bukanlah

undang-undang

satu

tetapi

ia

mestilah pada perkara-perkara yang berfaedah dan bukan siasia, barulah harta itu membawa manfaat pada jalan kebaikan
dan kebajikan yang diredai oleh Nya. Allah Subhanahu

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 30 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Wataala berfirman di dalam Al-Quran Surah Al-Hadiid ayat 7


yang tafsirnya:
"Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan
belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta
benda

(pemberian

Allah)

yang

dijadikan-Nya

kamu

menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman


di antara kamu serta membelanjakan (sebahagian dari harta
itu pada jalan Allah) mereka tetap beroleh pahala yang
besar.''
Kemudian

di

dalam

Surah

Al-Furqaan

ayat

67,

Allah

Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:


"Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila
membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada
bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah
betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil)
itu.''
Sifat

sederhana

dalam

pengurusan

kewangan

dan

perbelanjaan harian adalah amat penting. Lebih-lebih lagi


ketika mengadakan sesuatu upacara atau majlis atau ketika
mendapat 'durian runtuh' sebagaimana yang telah disebutkan
di atas itu. Ketika berbelanja dalam situasi sedemikian,
kebanyakan dari kita mudah lupa diri, mudah lupa pada hari
esok, mudah lupa pada keperluan-keperluan yang akan
datang.

Kita

seharusnya

pandai

dan

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

bijaksana

dalam

- 31 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

mengatur perbelanjaan iaitu tidak boros, tidak membazir serta


tidak

juga

kedekut

merancang

dan

bakhil.

perbelanjaan

Kebijaksanaan

supaya

tidak

dalam
berlaku

ketidakseimbangan dengan pendapatan, juga perlu supaya


sikap perbelanjaan itu akan lebih terarah dan mewujudkan
sikap berjimat cermat.
Sesungguhnya

banyak

faedah

untuk

individu,

keluarga,

masyarakat dan negara dari sifat kesederhana itu antaranya:


1. Dengan mengamalkan sifat kesederhanaan dan berjimat
cermat dalam perbelanjaan itu, kita akan mendapat jaminan
hidup di masa hadapan terutama ketika kita menghadapi
kesusahan dan kecemasan. Biasanya orang yang boros atau
tidak

cermat

dengan

pendapatannya

akan

menghadapi

masalah kewangan di kemudian hari.


2.

Dengan

mengamalkan

sifat

kesederhanaan

dalam

perbelanjaan kita akan dapat ganjaran pahala dari Allah


kerana kesederhanaan itu sebahagian dari tuntutan Islam.
Pembaziran akan meninggalkan kesan yang buruk dalam
kehidupan kita kerana pembaziran itu diasaskan dan didorong
oleh syaitan sebagaimana firman Allah di dalam Surah AlIsraa' ayat 27 yang tafsirnya:

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 32 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudarasaudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang
sangat kufur kepada Tuhannya.''

3. Dengan cara hidup yang sederhana kita berpeluang


menambahkan pahala melalui ibadah zakat dan sedekah
pada jalan Allah.
Perbelanjaan yang sederhana amat dituntut dalam
Islam dan hendaklah ianya dilakukan menepati keperluan
yang secukupnya sahaja tanpa terpengaruh dengan hawa
nafsu.
Biarlah setiap sen wang yang dibelanjakan bukan
setakat memenuhi selera tetapi matlamat yang ingin dicapai
ialah mendapat berkat dan keredaan dari yang maha Esa.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 33 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Epilog

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita mempunyai

pelbagai keinginan dan kehendak, namun apa yang perlu


diutamakan

dahulu,

cukupkan

segala

keperluan

hidup,

barulah memikirkan kehendak lain. Oleh yang demikian


belilah barangan yang betul-betul perlu pada waktu itu, akan
tetapi

anda

boleh berbelanja

lebih

untuk jangka masa

sederhana.
Bagi mencapai matlamat jangka panjang, tidakkah
anda ingin memiliki kenderaan dan rumah sendiri. Jadi anda
seharusnya

membuat

perbelanjaan

mengikut

keperluan

sahaja. Anda tidak perlu risau jika kawan anda melabel anda
sebagai kedekut. Sebenarnya, membuat penyimpanan untuk
jangka masa panjang adalah antara langkah yang terbaik bagi
kita yang inginkan kejayaan hidup.
Adalah disarankan, jadikan masa lapang anda sebagai
masa yang berkesan. Bermaksud segala apa yang terlintas
difikiran atau idea-idea yang bernas catat terus di atas kertas
atau nota kecil.
Kemudian kumpulkan segala ilham-ilham yang anda
perolehi dalam sebuah buku atau dairi peribadi. Anda akan
dapat lihat hasil dengan apa yang anda usahakan. Untuk itu,
bertindaklah sekarang dengan serius buah fikiran anda itu.

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 34 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Perhatikan ia secara positif dan membina. Jadilah sekurangkurangnya

pencipta

satu

produk

atau

idea

yang

mendatangkan input yang berharga.

Editor,

Amin Fafizullah Omar a.k.a


Amin Beb
web master:
www.TambahDuitPoket.com

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 35 -

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat

Lainlain perkara:
"Bagaimana Untuk Meningkatkan
Jualan Kepada 500% Dengan Hanya
Menggunakan Satu Strategi
Mudah?"

Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang

- 36 -

Anda mungkin juga menyukai