Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Secara hakikatnya, pembahagian China dalam lingkungan daerah-daerah pengaruh telah


menjadikannya sebagai sebuah negara jajahan dari cengkaman negara-negara imperialis. Justeru,
dalam keadaan tersebut muncul pelbagai gerakan-gerakan yang menginginkan suatu
pembaharuan. Pada dasarnya, gerakan-gerakan tersebut terbahagi kepada dua aliran iaitu yang
pertama muncul daripada golongan yang digelar sebagai “Reformis” iaitu golongan yang tetap
setia pada dinasti Manchu, tetapi golongan ini ingin memperbaharui dasar kerajaan. Manakala
golongan kedua pula merupakan golongan “Revolusioner” yang inginkan pembaharuan serta
menghancurkan Dinasti Manchu dan seterusnya mendirikan negara yang berbentuk republik.

Pada tahun 1898, muncul gerakan pembaharuan yang ditubuhkan kesan daripada Perang
China dan Jepun pada tahun 1894-1895.1 Selepas peperangan ini bermula, terdapat beberapa
corak pemikiran yang terbuka dalam memaju serta memodenkan China.2 Secara umumnya
sebelum Gerakan 100 hari ataupun yang dikenali dalam masyarakat China sebagai “Wuxu
Bianfa” bermula iaitu pada tahun 1800-an, umumnya Dinasti Ch'ing sering menindas dengan
tegas dan kejam segala kegiatan politik yang berlaku di China. Namun selepas tahun 1800-an,
tekanan tersebut semakin berkurang kerana bertambahnya ancaman dari luar dan dalam negeri.
Beberapa kelompok sarjana seperti Wei Yuan telah mula mempelajari masalah politik dan
ekonomi, Ching-Shih Chia. Di samping itu, muncul pula aliran ilmuan Han yang baru iaitu
“Aliran Teks Baru”, dari Chen-Wen Chia. Aliran ini mendasarkan diri pada aliran yang sama
pada zaman Dinasti Han I. Ciri khas bagi aliran ini adalah mereka berpendapat bahawa versi teks
baru dari kitab klasik membenarkan pelaksanaan pembaharuan. Gagasan ini dikembangkan
paling jauh oleh K'ang Yu-Wei, iaitu seorang sarjana dari Kanton yang sungguh yakin untuk
mengadakan pembaharuan.3 K'ang Yu-Wei menganggap bahawa kitab-kitab kuno zaman Han
banyak yang palsu disamping itu juga kitab sejarah dipandangnya sebagai tidak tulen.

1
Yusof Iskandar. 1979. Diskusi Sejarah. Pulau Pinang: Teks Publishig Sdn. Bhd. Hlm 412.
2
Ibid. Hlm 413.

3
Kang Yu-wei (1858-1927), berjuang untuk pembaharuan sosial dan politik sebagai saranan untuk melindungi
China dari imperialisme asing. Lahir di wilayah Guangdong, Kang menjadi seorang sarjana daripada ahli falsafah
China kuno Konfusius dan menganjurkan reformasi nasional yang didasari daripada ajaran Konfusius.

1
CETUSAN IDEA PEMBAHARUAN 100 HARI

Rajah 1: K'ang Yu-Wei

(Sumber diperoleh: http://www.newworldencylopedia.org/entry/Kang Yu Wei)

K'ang Yu-Wei sebenarnya mulai sedar bahawa China sudah jauh ketinggalan dan
kedudukan ini amat membahayakan China. Oleh yang demikian, pada tahun 1888 beliau mula
menulis memorial pertamanya kepada kerajaan China untuk mengajak ke arah kemajuan dan
memberi amaran terhadap ancaman kuasa asing. Walau bagaimanapun, tulisannya tidak dapat
disampaikan kepada maharaja kerana tulisan tersebut telah ditapis oleh pihak penapis yang
menganggap penulisannya sesuatu yang gila.4 Sementara itu, seorang pemeriksa iaitu Hsu Tung
yang tidak menyenangi tulisan ini telah mengambil tindakan dengan memadamkan nama K'ang
Yu-Wei sebagai calon yang berjaya dalam peperiksaan awam kerajaan.

Justeru, terdorong oleh keinginan untuk mengadakan perubahan politik dan sosial, maka
beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul “Confucius Sebagai Seorang Pengubah’. K'ang
Yu-Wei mempertahankan bahawa semua naskah asli ditulis oleh Confusius sendiri (jadi tidak
diwariskan dan diolah seperti yang dipertahankan oleh aliran teks lama) untuk membenarkan
pembaharuan politik pada zaman Chou. Kandungan buku ini secara terang-terangan membantah

4
Suffian Mansor. (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.36

2
keras anggapan-anggapan bahawa pemerintah-pemerintah Yao dan Shun pada zaman lepas
adalah pemerintah-pemerintah yang harus dijadikan teladan. Pada zaman sebelum Perang China-
Jepun, K'ang Yu-Wei berdasarkan interpretasinya mengenai Confusius, membentuk suatu
pembaharuan politik yang bermaksud untuk menjadikan China sebagai sebuah kerajaan monarki
yang konstitusional yang berlaku mengikut model Eropah dan Jepun. Sebenarnya, untuk
pembaharuan ini K'ang Yu-Wei khususnya telah mendapat ilham daripada beberapa tokoh
pembaharuan oleh Peter The Great di Rusia dan pemimpin Meiji di Jepun.5 Malah K’ang Yu-
Wei juga mendapat ilham pembaharuan ini selepas beliau membaca “History Of the Continental
Europe”, dan menggariskan tentang penyatuan yang berlaku di Jerman dan sejarah Perancis
sejak tahun 1879.6 Setelah Perang China-Jepun wujud peluang yang baik bagi K'ang Yu-Wei
melaksanakan cadangannya. Apabila China dikalahkan oleh pihak Jepun dalam Perang Sino-
Jepun pada tahun 1895 beliau berpendapat bahawa reformasi perlu dilakukan di China dan ini
telah menjadi isu utama pada ketika itu.

Beliau telah dibantu oleh T'an Ssu-T'ung dan Liang Ch'i Ch'ao, iaitu seorang ahli
penulisan surat khabar yang menjadi saluran utama dalam mengadakan perubahan-perubahan di
China.7 Pada waktu itu, tampuk pemerintahan berada dalam tangan Maharaja Kuang Hsu, namun
di bawah nasihat Maharani Hsu Hsi. K'ang Yu-Wei telah memperoleh kepercayaan dari
maharaja yang menjadi satu-satunya harapan bagi golongan pengubah untuk membantu
mengelakkan keruntuhan China. Malah, dalam istana sendiri terdapat 2 jenis aliran iaitu aliran
konservatif dan aliran progresif muda. Golongan konservatif tetap berpihak kepada Maharani
sedangkan pihak progresif menyokong Maharaja Kuang Hsu dan menganggapnya sebagai
pemimpin mereka. K’ang Yu Wei pernah menyatakan kepada maharaja “ if your Majesty wishes
to rely on them for refor, It will be like climbing a tree to seek for fish”.8 Situasi ini menunjukkan
bahawa, K’ang Yu wei menyarankan agar maharaja mengorak langkah dengan benar untuk
mencapai matlamat. Perselisihan 2 aliran ini membuatkan hubungan diantara Maharani dan

5
Yusof Iskandar Khalil Yusof. Diskusi Sejarah. Hlm 413.
6
Meribeth E. Cameron. 1963. The Reform Movement in China 1898-1912. New York: Octagon Books. Hlm. 25.
7
East Asia Tradisional Transformation: The Herday of Imperialism In China. United States : Houghton Miffrin
Company. Hlm 629.
8
Ibid. Hlm 627.

3
Maharaja Kuang Hsu menjadi semakin renggang. K'ang Yu-Wei selalu diterima di istana oleh
maharaja untuk berbincang, keadaan inilah yang membuat K'ang Yu-Wei mempunyai pengaruh
yang kuat di istana dan hal inilah juga yang akan membantunya melaksanakan rancangannya.

Rajah 2: Maharani Dowegar Hsu Hsi


(Sumber diperoleh: http://www.pandagator.info/images/SanFran/dowager-empress.jpg)

Namun disebabkan hal ini, telah membuatkan kaum konservatif terkejut dengan tindakan
K'ang Yu-Wei yang selalu memasuki istana. Pada tarikh 11 Jun 1898, Maharaja Kuang Hsu
mengisytiharkan perubahan yang pertama.9 Pengisytiharan pertama ini diikuti oleh pengistiharan
yang kedua, ketiga dengan begitu cepat sekali. Sebenarnya, dalam tempoh masa 100 hari, iaitu
dari 11 Jun hingga 22 September 1898, Maharaja Kang Hsu atas usul K'ang Yu-Wei telah
mengeluarkan tidak kurang dari 27 atau 40 hingga 50 notis pengisytiharan yang semuanya
merupakan saranan untuk mengadakan perubahan-perubahan yang besar.10 Antara isi kandungan
di dalam notis perubahan tersebut adalah seperti sistem ujian yang dijadikan dasar pemilihan
pegawai istana akan diubah dan di seluruh negeri perlu mendirikan sekolah-sekolah dengan
berteraskan pelajaran Barat dan Tionghoa. Selain itu, pembesar dan orang-orang Manchu
disarankan untuk belajar ke luar negeri, di samping jabatan-jabatan yang tidak penting di negeri
akan dihapuskan. Malah, menerusi notis pengisytiharan itu juga, golongan tentera perlu
menggunakan cara dan kelengkapan Barat yang moden dan perdagangan harus dimajukan,
9
Meribeth E Cameron. 1963. The Reform Movement in China 1898-1912. New York: Octagon Books. Hlm. 30.
10
Ibid. Hlm. 413.

4
tambang-tambang harus dibuka, peraturan pengadilan harus diubah, undang-undang hak asli dan
hak cipta harus segera dilaksanakan.11 Hal-hal di atas adalah beberapa perubahan yang dilakukan
Kuang Hsu melalui usul yang dikeluarkan oleh K'ang Yu-Wei. Pada 11 Jun hingga 22 September
1898, gerakan ini telah dikenali sebagai Gerakan Pembaharuan 100 Hari kerana gerakan ini telah
berlangsung selama 100 hari. Bagi golongan reformasi termasuklah K'ang Yu-Wei berpandangan
bahawa China memerlukan satu bentuk pembaharuan yang lebih berkesan dan menyeluruh
daripada Gerakan Menguatkan Diri. Gerakan yang dimaksudkan ini adalah Gerakan Menguatkan
Diri yang melibatkan gabungan institusi dan perubahan ideologi.

Menerusi pembaharuan ini, dikri telah dikeluarkan oleh istana Maharaja untuk memberi
penjelasan tentang perubahan yang berlaku di China. Hal ini bertujuan untuk menjadikan China
sebagai sebuah negara yang moden dan berpelembagaan. Lebih daripada 110 dikri dikeluarkan
sepanjang pembaharuan ini. Antara dikri yang dikeluarkan merangkumi perkara seperti erikut :

i) Pendidikan

Sebelum ini, sistem peperiksaan awam di China hanya menekankan aspek yang berkaitan
dengan fahaman Confucianisme sahaja. Oleh yang demikian, Kang Yu-wei berpendapat
bahawa sistem ujian yang hasilnya dijadikan dasar pemilihan pejabat-pejabat istana perlu
diubah dengan menggantikan “The Eight-Leeged Essay” dalam peperiksaan awam
kepada esei berkenaan tentang isu-isu semasa. Selain daripada itu, terdapat juga cadangan
untuk menubuhkan Universiti Kemaharajaan di Peking dan Sekolah Moden di Wilayah
yang akan mengajar pengajaran China dan Barat. Dari segi pendidikan perubatan pula,
sebuah sekolah perubatan di bawah Universiti Kemaharajaan telah dicadangkan untuk
dibina.

ii) Pentadbiran Kerajaan

K’ang Yu-Wei berpendapat bahawa sistem pemerintahan yang bercorak monarki


berpelembagaan perlu diwujudkan bagi menggantikan sistem monarki feudal iaitu dalam
erti kata lain, K’ang Yu-Wei menyarankan agar maharaja berkongsi kuasa dengan Dewan
Perwakilan dan mewujudkan monarki berpelembagaan di China. Usaha ini adalah
11
C.P Fitzgerald. Intisari Sejarah Asia Timor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 134.

5
bertujuan untuk menyesuaikan pentadbiran Barat dengan sistem pentadbiran China kuno.
Selain itu, terdapat juga tindakan agresif untuk menghapuskan badan kerajaan dan
jawatan-jawatan yang tidak mempunyai fungsi atau kurang berfungsi tetapi diberikan gaji
yang dikenali sebagai “Sinecure”. Antara jawatan yang tidak menjalankan tugas sebenar
dan tidak penting termasuklah, Gabenor di Hupeh, Kwantung dan Yunnan serta jawatan
Pengarah Urusan bagi Sungai Kuning, Penjaga (intendants) Circuit untuk pengangkutan
bijiran dan penjaga garam.

Selain itu, menyarankan pembentukan kerajaan progresif, memajukan pentadbiran


dengan lebih cekap, menghapuskan gaya kerja yang lembab dan menyusun prosedur kerja
baru untuk urusan pentadbiran kerajaan. Secara tidak langsung, hal ini telah
menggalakkan cadangan daripada rakyat untuk diserahkan kepada pegawai kerajaan.
Dalam dikri itu juga terkandung perkara yang membenarkan orang Manchu menyertai
perniagaan.

iii) Ekonomi

Dikri ini juga mengandungi usul yang bertujuan untuk menyerapkan prinsip kapitalisme
dalam ekonomi iaitu sistem yang berteraskan modal sebagai elemen utama. Pembaharuan
ekonomi ini juga dapat dilihat apabila usul untuk meningkatkan industri di China
menerusi kepelbagaian aktiviti ekonomi dalam bidang perkilangan, perbankan dan
kapitalisme. Pembaharuan ini juga telah mengeluarkan saranan untuk pembinaan jalan
kereta api dan pembangunan bidang pertanian.

Pada pandangan masyarakat China pula, mereka menganggap bahawa golongan reformis
sebagai penyelamat mereka. Manakala golongan elit konservatif dilabelkan sebagai golongan
yang menyekat satu bentuk pembaharuan di China kerana kepentingan peribadi mereka seperti
Maharani Dawager Cixi.

Pemulihan ini akhirnya telah


menghadapi tentangan daripada
pihak konservatif. Reformasi ini
secara keseluruhannya

6
telah mengancam order lama di China. Golongan konservatif ini juga mula merasa kesan
daripada tindakan gerakan pembaharuan apabila banyak jawatan telah dihapuskan dan
digantikan dengan sistem yang baru. Oleh itu, mereka menuduh K’ang Yu-Wei serta rakan-rakan
seperjuangan dengannya sebagai golongan yang melakukan cubaan untuk merampas kuasa.12
Setelah tiga bulan reformasi ini dijalankan yang berakhir pada 21 September 1898, berlakunya
proses rampasan kuasa dan implikasinya pentadbiran konservatif dipulihkan semula. K’ang Yu-
Wei telah melarikan diri ke Hong Kong hasil daripada bantuan pihak British dan seterusnya
memohon perlindungan pihak Jepun. Pihak istana telah menawarkan ganjaran sebanyak sepuluh
ribu tahil wang perak kepada mereka yang berjaya membunuh Kang Yu-wei. Walau
bagaimanapun, agenda untuk membunuh Kang Yu-Wei berjaya digagalkan oleh pihak Jepun.
Namun demikian, enam orang daripada pengikut beliau telah berjaya ditangkap dan seterusnya
dibicarakan oleh Grand Council. Ekoran daripada perbicaraan itu, Grand Council telah
menjatuhi hukuman bunuh terhadap kesemuanya atas tuduhan menderhaka kepada maharani.
Keenam-enam orang pengikut itu terdiri daripada Tang Sitong, Kang Guanggren, Lin Xu, Yang
Shenxu, Yang Roi dan Liu Guangdi. Yang dikenali sebagai “Six Gentleman”. Akhirnya kejayaan
telah memihak kepada golongan konservatif yang menguasai semula China selepas gerakan
pembaharuan tersebut berjaya ditamatkan.

Rajah 3: “Six Gentleman of The Hundred Days Reform”

(Sumber diperoleh: http://history.cultural-china.com/en/58History5691.html)

12
Lanxian Xiang. 2003. The Origins of the Boxer War. New York:: Routledge. Hlm. 21.

7
Di samping itu, situasi yang meruncing ini berlaku disebabkan beberapa hal seperti K’ang
Yu-Wei hanya berkuasa di bawah kuasa Maharaja sedangkan Maharani masih mempunyai hak
dalam pengurusan ke atas istana, pejabat-pejabat dan gabenor-gabenor Jeneral yang memegang
kekuasaan ketenteraan dan berada di luar kekuasaannya. Oleh sebab itu, pada saat Kang Hsu dan
K'ang Yu-Wei menyuruh Yuan Shih Kai untuk menangkap Maharani yang dianggap sebagai
menganggu rancangannya, dan mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Maharaja telah
mengalami kegagalan malah telah memberikan serangan balik ke arah mereka. 13 Kegagalan
untuk menangkap Maharani ini juga adalah disebabkan oleh Yuan Shih Kai merupakan pengintip
Maharani sendiri. Setelah gerakan pembaharuan berjalan tepat selama 100 hari, Maharani
bertindak didukung oleh Yuan Shih Kai bekas residen di Korea yang pada ketika itu dilantik
menjadi panglima pasukan moden di China Utara. Kekuasaan Maharaja ditarik, lantaran itu
Maharani sekali lagi menjadi pewaris takhta dan mengubah semula semua peraturan
pembaharuan. Maharaja telah ditahan di sebuah pulau yang kecil di Peking seterusnya dikurung
dan mangkat sepuluh tahun kemudian.14 Manakala K'ang Yu-Wei dan rakan-rakannya telah
melarikan diri ke Jepun, sedangkan beberapa pemimpin lainnya, antara lain T'an Ssu-T'ung telah
dihukum mati.15

PUNCA-PUNCA KEGAGALAN PEMBAHARUAN 100 HARI

1) Tentangan Daripada Golongan Konservatif

Antara punca kegagalan pembaharuan 100 hari adalah disebabkan oleh tentangan daripada
golongan konservatif. Pembaharuan yang dijalankan oleh golongan modernis tidak mendapat
persetujuan daripada golongan konservetif.16 Kenyataan ini jelas apabila ianya disokong oleh
Percy Cradock melalui karyanya Experience of China yang mengatakan “The Chinese
goverment remained too conservative, too arrogant and too corrupt to recognize reality and
make the wholesale adjustment that the situation demanded that their Japanese neighbours

13
Ibid. hlm 134.

Harold M. Vinacke. 1980. Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
14

Hlm. 219.
15
C.P Fitzgerald. Intisari Sejarah Asia Timor. Hlm.135.
16
Suffian Mansor. Tamadun China. Hlm. 178.

8
accomplished”.17 Dengan itu, melalui pembaharuan yang dicetuskan oleh K’ang Yu Wei ini jelas
sekali telah ditentang oleh golongan konservatif. Golongan ini telah dipelopori oleh Maharani
dan dianggotai oleh beberapa orang bangsawan yang mempunyai pangkat tertinggi dalam
kerajaan China pada tahun 1898.

Pada mulanya tentangan yang dimulakan oleh golongan konservatif ini tidak begitu hebat
dan kuat, namun lama-kelamaan penentangan menjadi semakin sengit dan kuat kerana campur
tangan daripada Maharani.18 Hakikatnya, pembaharuan ini bukan sahaja ditentang oleh golongan
konservatif, malah gerakan Islah 1898 juga mendapat tentangan daripada pegawai sarjana. 19
Mereka yang dipengaruhi oleh fahaman Confucius menentang kerana sebab-sebab ideologi.
Mereka menganggap rancangan pembaharuan seperti kerajaan berperlembagaan terlalu asing di
kaca mata prinsip politik dan kesusilan China. Mereka juga menentang kerana bimbang
kepentingan mereka akan terjejas lebih-lebih lagi kerana mereka tidak memahami rancangan
pembaharuan serta perlaksanaannya. Hal ini dapat dibuktikan selepas tiga bulan gerakan
pembaharuan dijalankan, Maharani Dowager Cixi telah menentang kerana bimbang
pembaharuan tersebut mampu menggugat kedudukannya dalam Dinasti Manchu.20 Penghapusan
jawatan di jabatan yang tidak penting membimbangkan pegawai terhadap kedudukan mereka.
Selain itu, cadangan-cadangan pembaharuan seperti penyusunan semula pentadbiran, anti
korupsi dan sebagainya dianggap boleh menjejaskan kepentingan pegawai-pegawai.

2) Tentangan Daripada Maharani Dowager

Golongan pembaharuan menyedari keadaan dan kemungkinan buruk yang akan berlaku
sekiranya maharani campur tangan dalam pembaharuan 100 hari. Hal ini disebabkan, Maharani
dan golongan konservatif lain memandang serong terhadap pemodenan, tambahan pula
pemodenan tersebut diadaptasikan melalui musuh negara China iaitu Jepun dan negara barat
yang lain. Golongan konservatif juga menganggap bahawa, apabila pembaharuan ini berjaya,
17
Percy Cradock. 1994. Experince Of China. London: Albermarle Street. Hlm. 99.
18
Ibid. Hlm 219.
19
Gerakan Pembaharuan 100 hari juga dikenali sebagai Gerakan Islah 1898.

Patricia Buckley Ebrey. 1996. The Cambridge Illustrated Hostory China. London: Cambridge University Press.
20

Hlm. 254.

9
maka keadaan ini akan menggugat kuasa kerajaan yang selama ini telah dipegang oleh kerajaan
Manchu. Hal ini disebabkan, kebanyakan kerajaan di barat pada masa tersebut telah
menggunakan sistem raja berperlembagaan sekaligus mengurangkan kuasa golongan pemerintah.

3) Tentangan Daripada Masyarakat Umum

Selain daripada itu, antara punca lain kegagalan pembaharuan 100 hari adalah disebabkan oleh
kurangnya sokongan daripada masyarakat umum. Mereka menentang pembaharuan 100 hari
kerana dipengaruhi oleh sentimen anti asing. Beberapa siri peperangan telah berlaku di antara
China dan British termasuklah Perang candu Pertama 1839, diikuti oleh peperangan Candu
kedua 1856.21 Bukan itu sahaja, kekalahan China ditambah lagi melalui peperangan antara China
dan Jepun yang telah dimenangi oleh negara Jepun. Kebencian China terhadap pihak Barat
tercetus apabila peperangan yang berlaku adalah disebabkan oleh candu yang dibekalkan kepada
rakyat serta tentera di China. Keadaan inilah yang menambahkan kemarahan masyarakat umum
terhadap bangsa asing di China. Malah, gerakan pembaharuan 100 hari pada tahun 1898
berteraskan idea Barat, sedangkan majoriti masyarakat China bersikap anti Barat. Mereka
menganggap bahawa idea Barat terlalu asing bagi mereka. Mereka juga mendakwa bahawa
tindakan meniru idea Barat merupakan satu langkah penghinaan yang boleh menjatuhkan
maruah China serta menghancurkan Tamadun China. Hal ini demikian kerana majoriti
masyarakat China masih mengagungkan peradaban China yang dikenali sebagai “Middle of
Kingdom”.

4) Tentangan Daripada Orang Manchu

Orang Manchu di bawah Maharani Dowager Tsu Hsi menentang Islah kerana menganggap ianya
hanya menguntungkan orang Cina dan bukannya orang Manchu. Malah terdapat dalam kalangan
orang Manchu yang menganggap Islah 1898 sebagai suatu percubaan untuk menggulingkan
Dinasti Manchu. Mereka merasa curiga kerana majoriti golongan reformis kecuali Maharaja
Kuang Hsu terdiri daripada orang Cina yang memang diketahui bersikap anti Manchu. Mereka
tidak bersetuju dengan tindakan melantik golongan reformis ke dalam perkhidmatan kerajaan.
Sebagai contoh, Liang Chih Chao dilantik sebagai Setiausaha Biro Penterjemahan manakala
Yang Jui, Kuang Ti, Lin Hsun dan Tao Ssu Tung dilantik sebagai Setiausaha di Grand Council.
21
Yusof Iskandar. Diskusi Sejarah. Hlm 172.

10
Orang Manchu juga menentang kerana bimbang kepentingan mereka akan terjejas lebih-lebih
lagi mereka tidak memahami rancangan pembaharuan serta perlaksanaannya. Selain itu,
rancangan pembaharuan bertentangan dengan amalan mereka terutamanya yang berkaitan
dengan rasuah dan penyelewengan.

5) Pengkhianatan Terhadap Maharaja

Di samping itu, antara faktor lain yang turut menyumbang kegagalan pembaharuan 100 hari ini
adalah pengkhianatan terhadap Maharaja. Semasa pembaharuan 100 hari, ramai pegawai
kerajaan tidak menyokong Maharaja, kerana mereka beranggapan Maharani lebih berkuasa,
malah, maharaja juga dianggap terlalu muda untuk memerintah kerajaan China. Antara pegawai
yang turut mengkhianati maharaja adalah, Yuan Shih Kai. Beliau adalah bekas residen China di
Seoul Korea dan kemudiannya telah dilantik menjadi presiden republik China. 22 Beliau
merupakan antara orang kepercayaan maharaja, diperintahkan untuk menangkap Maharani yang
telah menentang kuasa maharaja pada masa tersebut. Pada mulanya, Yuan Shih Kai, seorang
panglima tentera memihak kepada maharaja Kuang Hsu. Yuan Shih Kai diarahkan untuk
membunuh pembantu kanan Maharani Dowager yang bernama Jung. Namun demikian, plot ini
digagalkan oleh Yuan Shih Kai (1859-1916) yang membocorkan plot tersebut kepada Junglu. 23
Situasi ini berlaku kerana sebelum perintah penangkapan dikeluarkan, Maharani telah
menjalankan komplot bersama Yuan Shih Kai untuk menentang maharaja. Maharani dan
golongan konservatif lain bertindak untuk memujuk Yuan Shih Kai terlebih dahulu, kerana
beliau memerintah tentera-tentera moden china.24 Oleh itu, pengkhianatan ini menjadi penyebab
yang sangat besar terhadap kegagalan pembaharuan 100 hari apabila Maharaja Kuang Hsu
ditangkap pada 21 September 1898 oleh Yuan Shih Kai atas arahan Maharani Dowager.
Kesannya, Maharaja Kuang Hsu telah dipaksa menyerahkan kuasa kepada Maharani. Maharaja
Kuang Hsu juga dipaksa untuk mengisytiharkan penarikan balik sokongan baginda kepada
reformis.

22
Ibid. Hlm 219.

J. O. P. Bland & E. Backhouse. China Under The Empress Dowager: Being The History of the Life& Timesof Tzu
23

Hsi. Hlm. 198.


24
C.P Fitzgerald. Intisari Sejarah Asia Timor. Hlm. 135.

11
Rajah 4 : Yuan Shih Kai

(Sumber diperoleh: http://www.teamrenzan.com/archives/writer/alacarte/Yuan_Shi-Kai.jpg)

7) Tentangan Daripada Golongan Pendidik

Selain itu, antara lain punca kegagalan Pembaharuan 100 hari adalah disebabkan oleh tindakan
penghapusan pendidikan klasik atau tradisional. Pendidikan di China pada masa tersebut lebih
mengutamakan dan berfokus kepada ajaran Confusianisme sebagai syarat untuk menjawat
jawatan yang tinggi.25 Sistem pendidikan klasik ini menjadi simbol kepada pendidikan China
pada masa tersebut. Namun, pembaharuan 100 hari cuba untuk menggugat sistem pendidikan
klasik yang telah lama diwujudkan telah membangkitkan kemarahan dan bangkangan khususnya
daripada golongan istana yang konservatif. Hal ini jelas faktor ini dilihat dan mengakibatkan
tentangan daripada golongan pendidik akibat pembaharuan yang dilakukan ini yang bertindak
menghapuskan sistem peperiksaan tradisional.26 Penghapusan sistem pendidikan China
tradisional akan digantikan dengan sistem pendidikan barat dengan mengutamakan pembelajaran
menggunakan cara barat. Hal ini dapat dilihat sistem peperiksaan yang diperkenalkan itu
berasaskan kepada kefahaman teks dan corak pemikiran yang relevan. 27 Keadaan ini bersesuaian
dengan idea K’ang Yu Wei iaitu beliau percaya bahawa tamadun China perlu dipulihkan dengan
25
Ajaran Confusianisme telah dibawa oleh Confucius. Nama sebenar beliau ialah Kung Chiu iaitu Kung sebagai
nama keluarga dan Chiu nama beliau. Confucius juga dikenali sebagai Tuan Kung. Beliau dilahirkan pada sekitar
tahun 551 S.M. di Lu iaitu di wilayah Shantung pada hari ini. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 S.M.
26
Suffian Mansor. Tamadun China. Hlm. 179.
27
Ann Paludan. 1998. Chronicle of the Chinese Emperors. London: Thames & Hudson. Hlm. 212.

12
mengambil idea-idea dari barat. Idea ini bermula apabila beliau telah pergi ke Shanghai iaitu
kawasan penduduk asing telah memberi ilham pembaharuan kepada beliau. 28 Pada masa tersebut,
Nanking adalah terletak dibawah kuasa pihak Inggeris berikutan perjanjian Nanking yang
termetrai antara pihak Inggeris dan China pada tahun 1842.

Perubahan sistem pendidikan mengikut model Barat ini sebenarnya telah lama dijalankan
oleh K’ang Yu Wei iaitu sejak tahun 1891. Beliau telah membuka sekolah di Canton dengan
pembelajaran yang baru dengan menggunakan empat kurikulum yang utama iaitu, Confusius
Tradisional, Sastera Buddha, Sejarah China, dan pembelajaran Barat. 29 Malah, ramai sarjana-
sarjana China yang berdaftar di sekolah tersebut termasuklah Liang Chi-Chao, iaitu seorang yang
giat dalam penulisan akhbar dan politik. 30 Namun demikian, walaupun idea pembaharuan yang
dibawa oleh golongan pembaharuan ini cuba menyedarkan akan kepentingan ilmu moden kepada
negara China, namun, hakikatnya tentangan tetap akan dihadapi menerusi golongan konservatif
yang tidak inginkan sebarang perubahan khususnya dalam sistem pendidikan Confucianisme
yang diamalkan oleh mereka.

6) Kelemahan Pemimpin China

Wolfgang Franke dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” menegaskan


kelemahan pemimpin merupakan faktor yang penting membawa kepada kegagalan Islah 1898.
Reformis-reformis dikatakan tidak mempunyai ketajaman fikiran politik. Tindakan Kang Yu
Wei menghasut Maharaja Kuang Hsu untuk menentang Maharani Dowager Tsu Hsi dianggap
sebagai satu kesilapan. Beliau sepatutnya berusaha mencari jalan untuk mendapatkan sokongan
Maharani bagi menjayakan Islah 1898 kerana dewasa itu Maharani amat berpengaruh dan
mempunyai kekuatan tentera. K’ang Yu Wei bukanlah seorang pemimpin yang praktikal. Beliau
tidak mengkaji terlebih dahulu sama ada cadangan pembaharuan dapat dilaksanakan atau
sebaliknya. Beliau tidak menyedari perubahan yang radikal tidak dapat dilaksanakan dalam
tempoh yang singkat. Maharaja Kuang Hsu pula merupakan seorang pemerintah yang lemah.
Walaupun beliau menjadi Maharaja tetapi Maharani Dowager Tsu Hsi lebih berpengaruh.

28
Suffian Mansur. Tamadun China. Hlm. 178.
29
Meribeth E Cameron. 1963. The Reform Movement in China 1898-1912. New York: Octagon Books. Hlm. 24.
30
Ibid. Hlm. 24.

13
Maharaja Kuang Hsu tidak memahami masalah praktikal dalam perlaksanaan rancangan
pembaharuan. Keneth Scott Latourette dalam bukunya “A History of Modern China”
menegaskan Maharaja Kuang Hsu bukan sahaja tidak cekap tetapi juga tidak berpengalaman dan
tidak mempunyai kekuatan peribadi bagi melaksanakan rancangan pembaharuan. Sterling
Seagrave dalam bukunya “The Dragon Lady” menyatakan kesilapan Maharaja Kuang Hsu juga
dapat dilihat apabila baginda melangkaui Majlis Utama (Grand Council)31 dengan melantik
empat reformis untuk menasihati beliau di samping mendapatkan pandangan daripada Perdana
Menteri Jepun ketika itu iaitu Ito Hirobumi yang menggunakan pengalaman pembaharuan Meiji
sebagai panduan.

Di samping tu, China juga tidak mempunyai ramai pemimpin yang berkebolehan dalam
menjayakan Islah 1898. Majoriti pemimpin China yang berkebolehan dalam pembaharuan serta
perlaksanaannya. Mereka menganggap idea Barat terlalu asing bagi mereka. Terdapat juga
pemimpin China yang memahami tetapi tidak yakin ianya dapat dilaksanakan di negeri China.
Golongan reformis dianggap tidak berpengalaman. K’ang Yu Wei yang berumur 40 tahun dan
Liang Chih Chao yang berumur 25 tahun dianggap terlalu mentah dalam pentadbiran. Mereka
juga tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerana tidak pernah menjadi pegawai
sebelumnya. Pengetahuan mereka mengenai idea Barat juga tidak kukuh kerana mereka tidak
pernah mendapat pendidikan Barat secara formal atau melawat negeri Barat. Pengetahuan
mereka mengenai Barat hanya diperolehi melalui buku dan pergaulan mereka dengan orang
Barat di negeri China dari lawatan mereka ke Jepun. Keadaan ini dibuktikan apabila mereka
hanya pergi ke tempat-tempat yang telah diduduki oleh pihak British sahaja seperti Shanghai
untuk meniru pembaharuan.32 Malah golongan reformis juga hanya membaca sejarah reformasi
dan tidak mendalami secara keseluruhan bahan bacaan tersebut. Keadaan ini dapat dibuktikan
apabilakang Yu wei telah membaca buku penulis barat iaitu Timothy Richard’s History of
Ninteenth Century, malah telah menterjemahkannya kepada tulisan China serta menghadapkan
kepada Maharaja.

Seterusnya, kumpulan pembaharuan turut dikatakan tidak mempunyai ketajaman fikiran


dalam politik. Tindakan K’ang Yu Wei menghasut Maharaja Kuang Hsu untuk menentang
31
Majlis Utama Grand Council merupakan badan yang bertanggungjawab menyekat dan membawa keluar
pengaruh barat daripada China.
32
Suffian Mansur. 2003. Tamadun China. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hlm. 178.

14
Maharani Dowager Tsu Hsi dianggap sebagai satu kesilapan. Beliau sepatutnya berusaha
mencari jalan untuk mendapatkan sokongan Maharani bagi menjayakan pembaharuan 1898
kerana pada masa itu Maharani amat berpengaruh dan mempunyai kekuatan tentera. Kang Yu
Wei bukanlah seorang pemimpin yang praktikal. Beliau tidak mengkaji terlebih dahulu sama ada
cadangan pembaharuan dapat dilaksanakan atau tidak. Beliau tidak menyedari perubahan yang
radikal tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

Manakala, Maharaja Kuang Hsu pula merupakan seorang pemerintah yang lemah.
Walaupun beliau menjadi Maharaja tetapi Maharani Dowager Tsu Hsi lebih berpengaruh.
Maharaja Kuang Hsu tidak memahami masalah praktikal dalam perlaksanaan rancangan
pembaharuan. Keneth Scott Latourette dalam bukunya “A History of Modern China”
menegaskan Maharaja Kuang Hsu bukan sahaja tidak cekap tetapi juga tidak berpengalaman dan
tidak mempunyai kekuatan peribadi bagi melaksanakan rancangan pembaharuan. China juga
tidak mempunyai ramai pemimpin yang berkebolehan dalam menjayakan pembaharuan 1898.

7) Tentangan Daripada Golongan Agama

Pembaharuan 100 hari juga mendapat tentangan daripada golongan agama. Mereka menganggap
Kang Yu Wei terlalu radikal kerana beliau mendakwa Confucius sebagai reformis. Keadaan ini
dibuktikan lagi apabila K’ang Yu wei sendiri menganggap bahawa ajaran Confucius sendiri
inginkan perubahan kepada masyarakat China. Keadaan ini berdasarkan falsafah dan pemikiran
beliau yang berbeza dengan golongan agama.33 Beliau berpendapat bahawa rakyat China perlu
berubah dari status golongan barbarian kepada lebih bertamadun. Malah, beliau juga mempunyai
matlamat yang terhadap ajaran Confucius agar disesuaikan dengan ajaran barat. 34 Golongan
agama juga tidak setuju dengan tindakan menjadikan kuil-kuil sebagai sekolah. Bagi golongan
agama, kuil adalah tempat yang suci dan tidak harus dijadikan sekolah kerana dianggap boleh
menjatuhkan kesucian agama Confucius. Malah, keadaan ini ditambah lagi apabila melalui
seruan pembaharuan 100 hari, pendidikan agama tidak dititkberatkan lagi kerana akan ditukar

33
Meribeth. E Cameron. 1993. The Reform Movement in china 1898-1912. New York: Octagon Books. Inc. Hlm.
24.
34
Suffian Mansor. Tamadun China. Hlm 178.

15
dengan pendidikan yang bercorak barat seperti ilmu sejarah, Sastera Buddha, sejarah China, dan
pembelajaran barat.

Perjalanan
K’ang Yu Wei

Rajah 5 : Peta China

(Sumber diperoleh: http://malay.cri.cn/mmsource/images/ 2004/01/14/petachina.jpg.)

8) Kelemahan Ekonomi

Pada akhir abad ke-19, China mengalami kemelesetan ekonomi akibat peperangan dengan
negara Jepun, bayaran ganti rugi, bencana alam, kemasukan barang Barat dan sebagainya.
pembaharuan 1898 memerlukan perbelanjaan yang besar. Peruntukan yang terhad sudah tentu
menjejaskan perlaksanaan rancangan pembaharuan tersebut. Pada masa yang sama juga, Negara
China telah mengalami kekalahan yang teruk dalam peperangan menentang kuasa-kuasa barat
seperti British dan Perancis. Akibat kekalahan ini telah memberikan impak yang besar dalam

16
ekonomi negara China. Keadaan ini buktikan apabila masyarakat China yang ketagihan candu
memerlukan bekalan candu yang banyak menyebabkan tiada kawalan dalam pengimportan
candu, dan seterusnya telah menyebabkan ekonomi China merosot. Mengikut anggaran pegawai
china pada tahun 1856, China telah kehilangan sepuluh juta tahil setiap tahun akibat daripada
kegiatan ini.35 Malah, keadaan ini dtambah lagi dengan masalah bencana alam yang berlaku di
negara China yang telah memusnahkan hasil tanaman petani, antara bencana buruk ialah
kemarau panjang di Honan pada 1847, malah turut berlaku banjir besar di sungai Yangtze yang
menyebabkan kemusnahan tanaman di Hupeh, Anhwei, Kiangsu dan Chekiang. 36 Situasi ini
bertambah buruk apabila pegawai kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk membantu petani
telah melakukan penyelewengan bantuan kewangan yang diberi oleh pihak kerajaan untuk dalam
memulihkan bencana alam tersebut.37

Pada abad ke-19, telah berlaku pemberontakan yang telah memberi impak besar ke atas
ekonomi negara China. Antara pemberontakan yang berlaku dan paling menonjol adalah
kebangkitan Taiping yang berlaku antara tahun 1850 sehingga tahun 1864. Kebangkitan ini
merupakan kebangkitan terbesar yang meliputi beberapa wilayah serta telah memusnahkan
beberapa bandar di China.38 Semasa di bawah pentadbiran Dinasti Ching, pelbagai kelemahan
yang wujud antaranya ialah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Dinasti Ching
telah dikatakan kehilangan mandat dari syurga. Oleh itu, beberapa persatuan telah bangun untuk
menundukkan dinasti ini. Pelbagai kemusnahan yang besar telah dialami oleh penduduk China
rumah kediaman, kemudahan asas serta harta benda penduduk kebanyakannya musnah akibat
daripada keadaan ini. Pihak kerajaan pula terpaksa menghadapi kesukaran dalam menampung
perbelanjaan negara. Kesannya, telah membawa kepada pengenalan sistem cukai dagang
dalaman di China. Pada tahun 1857, cukai ini telah diperkenalkan ke seluruh China. 39
Kemerosotan ekonomi China pada abad ke-19 didorong lagi oleh masalah ekonomi dalam
35
John King Fairbank,. 1953. Treat and Diplomacy on The China Coast: The Opening Of the Treaty Ports 1842-
1854. Cambridge: Harvard University Press. Hlm. 76.
36
Suffian Mansur. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 2009. Hlm. 43.
37
Ibid. Hlm 43.
38
Wolfrem Eberhard. 1948. A History Of China. London: Routledge And Kegan Paul LTD. Hlm. 304.
39
S.L. Tikhvinsky. 1983. Modern History of China. Moscow: Progress Publisher. Hlm. 250-255.

17
industri kain kapas. Hal ini kerana, kain kapas asing ternyata labih murah berbanding keluaran
kain kapas oleh industri tempatan. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa industri di China
terpaksa di tutup dan membawa kepada pembuangan pekerja. Implikasinya, peningkatan
pengangguran mulai meningkat dan hal ini telah menyebabkan berlakunya pertambahhan dalam
masalah sosial di negara China. Selain itu, keadaan ini diburukkan lagi dengan kemasukan
syarikat-syarikat asing dan perkapalan asing ke China.40

9) Tidak Mendapat Sokongan Barat

Sejarah hubungan China dengan dunia luar sudah bermula sejak zaman bermula sebelum masihi
lagi. Walaupun China mengamalkan dasar tutup pintu namun kuasa-kuasa Barat berlumba-
berlumba untuk mengadakan hubungan dengan negara China. Hal ini kerana China merupakan
sebuah negara yang kaya dengan sumber ekonomi. Justeru, salah sebuah kuasa Barat yang
mempunyai keazaman yang tinggi untuk membuka pasaran di China ialah British. Tolakan
daripada Revolusi Industri dan perkembangan kegiatan pelayaran daripada kalangan orang
British telah membawa pedagang British ke luar dari benua Eropah. Justeru. disebabkan
kepentingan perdagangan dengan China, maka pihak British berpendapat amat perlu baginya
menjalankan usaha perdagangan dengan lebih pesat. 41 Oleh yang demikian, kesan daripada
hubungan Barat dengan China hal ini telah menyebabkan China banyak terpengaruh dalam
segala bidang misalnya penubuhan Pembaharuan 100 hari.

Walaupun pembaharuan 100 hari ini berdasarkan idea Barat namun reformis ini
sebenarnya wujud ekoran kesedaran masyarakat China itu sendiri. Dengan itu kita boleh melihat
faktor kegagalan gerakan 100 hari pimpinan K’ang Yu Wei ini dilihat ekoran tindakan pihak
Barat yang tidak memberikan sokongan. Oleh itu, tidak menghairankan bagi kita bahawa China
tidak mendapat sokongan dan bantuan Barat dalam menjayakan rancangan pembaruan.
Perlaksanaan pembaharuan 100 hari ini bergantung sepenuhnya di atas budi bicara reformis-
reformis. Hal ini kerana Barat sememangnya tidak mahu memberikan sebarang kerjasama dan
bantuan kepada China kerana Barat hanya ingin memonopolikan ekonomi di China sebagai
kepentingan dan memenuhi pasaran di Eropah.

40
Lancelot Giles, 1970. The Siege of The Peking Legation, Nedlands: University of Western Austrian Press. Hlm 5.
41
Suffian Mansor, 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm., 9.

18
Di samping itu, konflik antara Barat dengan China dalam Perang Candu juga
membuktikan bahawa wujud ketidaksefahaman dari segi idea politik, ekonomi dan sosial yang
menjadi penghalang kepada penglibatan Barat dalam pembaharuan 100 hari ini. Jelaslah bahawa
pembaharuan 100 hari ini telah mengalami kegagalan memandangkan China tidak mendapat
sokongan daripada Barat yang dianggap kuat dari segala aspek. Sehubungan itu, secara
rasionalnya kita boleh merumuskan kesedaran pembaharuan 100 hari oleh tokoh reformis ini
adalah berdasarkan kepada idea Barat dan bukannya oleh pihak Barat.

10) Kekuatan Tentera

Kekuatan tentera merupakan elemen penting bagi menjayakan sesuatu rancangan. Namun,
golongan reformis tidak mempunyai kekuatan ketenteraan. Hal ini kerana tentera China di bawah
Jung Lo dan Yuan Shih Kai telah memihak kepada Maharani Dowager Tsu Hsi untuk menentang
rancangan pembaharuan tersebut. Keadaan ini dapat dilihat dalam dua aspek iaitu Maharaja dan
bangsa asli China. Walaupun Maharaja memegang tampuk pemerintahan dalam semua aspek,
namun, dengan usia Maharaja yang terlalu muda dan kurangnya pengalaman. Keadaan ini
dibuktikan apabila Maharaja hanya mempelajari pendidikan klasik tanpa mempelajari
pendidikan moden.42 Pada masa tersebut, kuasa ketenteraan adalah dibawah kuasa Yuan Shih
Kai yang memegang tampuk ketenteran kerana menurut Wolfrem Eberhard, Yuan Shih Kai telah
memegang kuasa ketenteraan sebanyak 7000 tentera bersama dengan peralatan moden. 43 Yuan
Shih Kai berada di bawah kuasa Maharani Dowager Tsu Hsi yang jauh lebih berpengalaman dan
mempunyai hubungan rapat dengan golongan pegawai kerajaan.

Akibat daripada tindakan Maharaja yang menyokong gerakan reformasi telah


menyebabkan Maharaja telah digulingkan daripada tampuk pemerintahan China. Situasi ini
dapat dibuktikan melalui petikan berikut “when the empress Tsu Tze saw the emperor was
actually thingking about reform, she went to work with lightning speed. Very soon the reformer
flee; those who failed to make good their escape were arested and executed. The emperor was
made a presoner in a Palace near Paking, and remained a captive until his death.”44 Keadaan ini
menunjukkan bahawa, Maharani mempunyai kuasa terhadap ketenteraan mengatasi Maharaja.
Teraju utama dalam penyingkiran golongan gerakan pembaharuan ini adalah golongan tentera
42
C.P. Fitzgerald. Intisari Sejarah Asia Timor. Hlm.
43
Wolfrem Eberhard. A History of china. London: Routledge And Kegan Paul LTD. 1948. Hlm. 311.
44
Ibid. Hlm 311.

19
daripada Kangsu dan diketuai oleh Tung Fu-hsiang. Hal ini dirumitkan lagi apabila kuasa
tertinggi bagi pemerintahan di China adalah terdiri dari golongan bangsa Han, namun golongan
pembaharuan adalah berbangsa Cina asli. Oleh itu, mereka tidak mendapat sokongan padu
daripada ketenteraan di China.

KESIMPULAN

Secara konklusinya, kegagalan gerakan seratus hari yang berlaku pada 1898 telah menyebabkan
kekuatan China tidak dapat dipulihkan. Justeru, China terus berada dalam kelemahan. Walaupun
Maharani menentang gerakan pembaharuan 100 hari tetapi beberapa cadangan dalam
pembaharuan tersebut telah dilaksanakan oleh Maharani. Sebagai contoh, penubuhan Universiti
Imperial di Peking dan penubuhan sekolah dan maktab yang mengutamakan pelajaran Barat dan
China. Gerakan pembaharuan 100 hari ini telah melahirkan dua golongan dalam masyarakat
China iaitu golongan pro Manchu dan golongan anti Manchu. Golongan pro Manchu
memperjuangkan slogan “Lindungi Manchu dan Usir Barat”. Kegiatan mereka telah membawa
kepada berlakunya Pemberontakan Boxer 1898-1900. Manakala golongan anti Manchu
membawa kepada kelahiran gerakan revolusioner di bawah Sun Yat Sen yang sekaligus berjaya
menggulingkan Dinasti Manchu dalam Revolusi Oktober 1911.

20

Anda mungkin juga menyukai