Anda di halaman 1dari 2

Program Metamorfosis Juara

Direka khas untuk pelajar yang lemah , bermasalah disiplin dan tidak minat belajar
Pengenalan
Pelajar yang digelar malas dan sering ponteng masih mempunyai potensi untuk lulus
sekiranya mereka diberi pendedahan kesedaran kearah perubahan sikap yang telah
menjajah hidup mereka sekian lama. Sesungguhnya, setiap manusia boleh berubah dan
boleh mengecapi kemajuan dalam hidup. Prestasi pelajar sekarang tidak menggambarkan
prestasi masa depan mereka dengan syarat pelajar dapat menjana transformasi diri
dengan membentuk nilai perjuangan hidup yang lebih tinggi. Melalui program ini, pelajar
akan disuntik dengan nilai-nilai sahsiah cemerlang yang dimiliki oleh juara dalam
berbagai bidang kejayaan.
Objektif
Membantu pelajar membina
1. Transformasi diri berpandukan prinsip kesedaran dan prinsip alihan sikap
2. Jiwa dan nilai perjuangan hidup yang dimiliki oleh juara dalam berbagai bidang
3. Kesungguhan terhadap kejayaan dalam bidang akademik dan sukan
Skop program
Sedar dan sudi memperbaiki kelemahan diri
Mengukuhkan nilai-nilai kejayaan dalam hidup
Mencetuskan azam untuk melawan sikap lama yang negatif
Menghargai peluang persekolahan untuk menimpa ilmu pengetahuan
Mengambil berat terhadap kejayaan dan kebahagiaan masa depan
Menyuburkan jiwa bertanggungjawab terhadap hidup dan masa depan
Tidak mudah terpedaya oleh kawan negatif dan hiburan cyber
Membina empat landasan kejayaan hidup yang holistik
Mencetuskan kemahuan untuk berubah dan berjaya
Memperkenalkan strategi motivasi harian yang praktikal
Menguasai teknik memantapkan motivasi yang berkekalan
Yuran professional : RM20 seorang
Bilangan penyertaan : 60 pelajar
Masa Kursus : 8.00 am ke 1.00 pm
Pelajar akan mendapat : Nota ringkas dan sijil penyertaan
Penceramah : Hilter Yew BSc (UKM), MSc (UPM), CMT (JCI), ATM (Toastmaster Int),
KSA (Pengakap)
Methodologi
Program ini menyepadukan ilmu kejayaan dengan pembelajaran aktif berpandukan
Aktiviti Demo Simbolik, Aktiviti Assimilasi Bersaling, Penghayatan Autogenesis, lagu
dan slogan motivasi serta perkongsian klip video.