Anda di halaman 1dari 4

BAB 6 : TEKANAN UDARA

Teori kinetik gas (kinetic theory of gases) menyatakan bahawa molekul


gas adalah sentiasa bergerak bebas (moving freely) dan
sentiasa berlanggar (colliding) terhadap dinding bekasnya (container).
Kekerapan perlanggaran antara molekul udara terhadap dinding bekasnya
akan menghasilkan daya yang menolak terhadap dinding bekas tersebut.
Daya ini dipanggil tekanan udara (air pressure).
Menurut saintis, tekanan udara adalah daya per unit luas kawasan (force
per unit area), yang dihasilkan oleh perlanggaran molekul udara terhadap
dinding bekasnya.
Tekanan udara meningkat jika kekerapan perlanggaran antara molekul gas
dan dinding bekasnya meningkat.
Eksperimen yang menunjukkan bahawa udara mempunyai tekanan

Eksperimen 1
1. Sebiji gelas diisi dengan air sehingga ia penuh.
2. Permukaan gelas tersebut kemudiannya ditutup dengan sekeping kad.
3. Semasa memegang kad, kaca terbalik dengan cepat.

4. Apabila tangan yang memegang kad ditarik, air tidak mengalir keluar
dari gelas.
5. Ini adalah kerana tekanan udara yang dikenakan ke atas kad adalah
cukup kuat untuk menyokong berat air yang terdapat di dalam gelas
tersebut.
Eksperimen 2

1. Sebuah tin yang berisi air sedikit dipanaskan sehingga air mendidih.
2. Mulut tin kemudiannya ditutup rapat/ketat dan seterusnya air sejuk
dicurahkan ke atas tin tersebut.
3. Apabila air mula mendidih, molekul stim menolak molekul udara keluar
dari tin tersebut.
4. Apabila mulut tin tersebut ditutup rapat dan dicurahkan dengan air
sejuk, stim di dalam tin akan memeluwap / terkondensasi (condenses)
menjadi air.

5. Ini menyebabkan tekanan udara di dalam tin menjadi lebih rendah


daripada tekanan udara di luar tin.
6. Akibatnya, dinding tin ditolak ke dalam oleh tekanan udara di luar tin
sehingga ia menjadi kemek (dented).

Eksperimen 3

1. Sebatang pembaris (ruler) diletakkan di atas meja dengan keadaan satu


daripada bahagian hujungnya adalah terjulur.
2. Bahagian pembaris yang berada di atas meja ditutup dengan sehelai
kertas.
3. Apabila bahagian pembaris yang terjulur (protruding) itu diketuk atau
ditolak ke bawah dengan pantas, kertas pada bahagian hujung yang satu
lagi itu tidak terbang ke atas.

4. Ini adalah kerana tekanan udara menekan permukaan kertas itu ke


bawah.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tekanan Udara


Tekanan udara bergantung kepada dua faktor utama, iaitu
1. Isipadu gas.
Jika bilangan molekul per unit isipadu (volume) gas adalah lebih besar,
kekerapan perlanggaran (collision) molekul gas terhadap dinding bekas
juga meningkat. Oleh itu, tekanan udara juga akan meningkat.
2. Suhu gas.
Pada suhu (temperature) tinggi, molekul gas bergerak pada kelajuan
yang lebih tinggi. Hasilnya, kekerapan perlanggaran molekul gas
terhadap dinding bekasnya juga meningkat.
Tekanan udara yang disebabkan oleh atmosfera (lapisan udara yang
mengelilingi Bumi)dipanggiltekanan atmosfera (atmospheric pressure).
Tekanan atmosfera tidak dipengaruhi oleh luas permukaan (surface area)
sesuatu objek. Ia bergantung pada ketinggian objek tersebut dari paras
laut (sea level).
Semakin tinggi sesuatu objek itu dari aras laut (atmosfera semakin menipis),
maka tekanan atmosfera adalah lebih rendah.
Barometer adalah peralatan (instrument) yang digunakan untuk mengukur
tekanan atmosfera.

Anda mungkin juga menyukai