Anda di halaman 1dari 4

Isu-isu pendidikan yang pernah anda tahu..

ini kena amik tahu


- NKRA... apa maksud N, K,R dan A...National Key Result Area ...dalam bahasa Melayu NKRA
disebut apa? Bidang Keberhasilan Utama Negara ..nyatakan bidang dalam NKRA...senarai menteri
yang ditugaskan untuk setiap NKRA...bila NKRA ini diperkenalkan...tujuan pelaksanaan NKRA....ini
kena amik tahu
-Pelan Transformasi Pendidikan ..ini kena amik tahu
- Nama Yang Dipertuan Agong Malaysia...
- Senarai nama bekas Perdana Menteri Malaysia...
- Nama - nama menteri, Menteri Besar / Ketua Menteri dengan menyebut gelaran yang betul....sbg
contoh sahaja..Menteri MOSTI...salah kalau sebut YAB Datuk Ewon Ebin....
yang betulnya YB Datuk Dr. Ewon Ebin...Klik sini
Untuk makluman, YAB (Yang Amat Berhormat) hanya digunakan untuk Perdana Menteri , Timbalan
PM, Menteri Besar dan Ketua Menteri sahaja, manakala YB (Yang Berhormat) adalah untuk Menteri/
Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) , YB Senator untuk Ahli
Dewan Negara
- Nama penuh Menteri Belia dan Sukan sekarang...jawapannya...YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN
BIN ABU BAKAR...panel temuduga memaklumkan kepada den dan rakan2 ..ramai jugak calon
temuduga yang gagal memberikan nama penuh Menteri Belia dan Sukan tu...so panel temuduga
menegaskan bahawa sebagai bakal pensyarah..kita sepatutnya tahu dan ambil tahu nama2 Menteri
dan sebagainya...
- Nama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia..jawapan Ybhg. Datuk Dr. Khair Bin Mohamad
Yusof dilantik pada 8hb Disember 2013...ini kena amik tahu
- Nama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia I...jawapan Ybhg. Tan Sri Dr. Madinah
Binti Mohamad ...KSU II Ybhg. Prof. Datuk Dr. Ir. Zaini Bin Ujang
- Nama Ketua Pengarah Jabatan Politeknik dan Ketua Pengarah Kolej Komuniti
- Visi dan Misi Politeknik
- Visi dan Misi Kolej Komuniti
- Jumlah Politeknik dan Kolej Komuniti yang telah beroperasi
- Kaedah pembelajaran yang akan digunakan oleh anda sebagai Pensyarah dalam usaha untuk
memberi kefahaman kepada pelajar memandangkan Kolej Komuniti lebih memfokuskan kepada
aspek kemahiran kepada pelajarnya dalam menyediakan modal insan yang berilmu dan berkemahiran
tinggi kepada negara Malaysia...
- Konsep 1Malaysia
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Negara
- Bajet 2015...intipati bajet?
- RMK 10 dan RMK 11...
- Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 2014?? apa yang anda boleh huraikan...
- Kenapa kita perlu bangga menjadi anak Malaysia...
- GST 6% yang akan dilaksanakan pada 1hb April 2015 (tujuan, kebaikan dll)
- Apakah maksud "berfikir diluar kotak" seperti yang selalu disebut oleh Perdana Menteri setelah
balik dari lawatan ke Negara China baru-baru ini??
- Huraikan bidang kokurikulum yang diceburi semasa di Tingkatan 5 dahulu dan apakah pencapaian
tertinggi yang telah dicapai? wakil sekolah,wakil negeri dan sebagainya
- Pastikan anda ambil tahu berkaitan kegiatan kokurikulum yang anda ceburi..sebagai contoh jika dulu
anda ceburi Persatuan Bulan Sabit Merah...anda perlu tahu perkara-perkara yang berkaitan dengan
persatuan tersebut...boleh jadi panel akan bertanyakan kepada anda apa Visi dan Misi Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia...boleh jadi Motto PBSM...
- Sekiranya anda ditemuduga dalam bidang pendawaian elektrik..anda perlu tahu maklumat
berkaitan bidang anda,.kaitannya dengan pengalaman kerja dan sebagainya...begitulah sebaliknya
jika ada memilih bidang sistem komputer, pastri, agroteknologi, bahasa Inggeris, penyenggaraaan
bangunan dan sebagainya
- Topik pembangunan modal insan...maksud? kepentingan modal insan...
- Topik E-pembelajaran...kebaikan dan kelemahan E-pembelajaran
- Nama pengetua sekolah anda semasa anda di Tingkatan 5 dahulu ( soalan diluar jangka yang
telah disoal )

-Kriteria yang diperlukan untuk menjadi Pensyarah...


- Lain - lain topik yang berkaitan dengan bidang yang anda ambil atau isu-isu semasa berkaitan
dengan pendidikan..

SPP: Puan Sharifah


Apa perubahan daripada KBSM kepada KSSM / KBSR kepada KSSR?

17.

Jawapan:
- KBSM kepada KSSM: Penekanan subjek Sejarah dan KBAT.
- KBSR kepada KSSR: daripada 3M (Membaca, menulis, mengira) kepada 4M
(membaca, menulis, mengira, menaakul).
Lain-lain jawapan boleh diterima.
18.

NKRA ada berapa elemen. Nyatakan elemen & menterinya.

Jawapan: NKRA ada 6 elemen:


i.

Mengurangkan jenayah: YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri)

ii.

Membanteras Rasuah: YB Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana
Menteri)

iii.

Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu YAB Tan Sri Muhyiddin
Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)

iv.

Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah YB Dato' Sri Hajah Rohani
Binti Haji Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

v.

Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

vi.

Menambah baik pengangkutan awam bandar - Datuk Seri Liow Tiong


Lai (Menteri Pengangkutan)
19.

Nyatakan elemen2 dalam NKRA (pendidikan).


Jawapan:

i. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah.


ii. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS).
iii.Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi
iv.Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah
20.

Kaitan antara NKRA, FBK & objektif Wawasan 2020. Fokus utamanya?

Jawapan: memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan


bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran


keluarga, masyarakat dan negara & untuk PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA YANG
BENAR-BENAR MAJU MENJELANG TAHUN 2020 MENURUT ACUAN KITA SENDIRI.
21.

GST. (Terangkan secara mudah kepada ibu bapa yang bekerja sebagai

penoreh getah). *tak nak ayat surat khabar


Jawapan: Cukai yang dikenakan sebanyak 6% terhadap sesetengah barang dan
perkhidmatan kecuali barang-barang asas dan perkhidmatan kerajaan ATAU mana2
jawapan yang lebih mudah dan difahami orang kampung.
Lain-lain jawapan boleh diterima.
22.

Kementerian yang mengendalikan GST dan menteri keduanya.

Jawapan: Menteri Kewangan. YB: Dato Seri Ahmad Husni Mohamad Hanazlah
23.

GST bawah agensi apa?

Jawapan: Jabatan Kastam Diraja Malaysia.


24.

Isu kedaulatan negara yang berkaitan geografi.

Jawapan:
i. Pulau Batu Putih. Perebutan antara Singapura dan Malaysia. Singapura menang sebab
Singapura jaga pulau tersebut & telah membina rumah api di pulau tersebut.
ii. Pulau Spartly. Perebutan antara China, Malaysia, Brunei, Filipina dan Vietnam. Pulau
Spartly menjadi rebutan banyak negara kerana terdapatnya sumber petroleum,
kawasan perikanan dan terdapatnya biodiversity yang tinggi (terumbu karang).Isu
tuntutan bertindih di laut china selatan diselesaikan oleh PBB dengan mengatakan
bahawa setiap negara yang menuntut pulau spartly hanya boleh
menggunakan/memperoleh hasil 200 batu nautika daripada garis pantai sempadan
negara masing-masing.
iii. Pulau Sipadan. Perebutan antara Malaysia dan Indonesia. Malaysia menang kerana
Malaysia jaga pulau tersebut.
Lain-lain jawapan boleh diterima.
25.

Titik ukur sempadan negara (garis pantai).

Jawapan: Penentuan garis pangkal sempadan maritim


i. Garis pangkal biasa bermula dari tikas air surut disepanjang pantai.
ii. Garis Pangkal Achipelagic bermula dari 12 batu nautika dari tepi pantai.
iii.Garis pangkal lurus bermula dari 2 batu nautika dari tepi pantai.
iv. Sempadan Laut Wilayah dari garis pangkal Malaysia adalah 12 batu nautika.
v. Sempadan Zon Ekonomi Eksklusif ( ZEE) bermula dari 200 batu nautika dari tepi
pantai.

-11 anjakan
-Wawasan 2020
-NKRA dan lain-lain
Serta isu isu semasa seperti pemotongan subsidi ke, demo/ perhimpunan haram dalam
kalangan pelajar (yang penting jawapan kau orang mestilah menyokong kerajaan, jangan
pulak kau rasa marah harga gula naik, kau hentam kerajaan depan panel. Sooo.....
paham paham lah)

Anda mungkin juga menyukai