Anda di halaman 1dari 3

PERANAN GURU PENDIIDIKAN MORAL

DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI

RUKUN NEGARA
Guru disifatkan sebagai ejen utama dalam pembentukan generasi sesebuah negara.
Pendidikan formal yang dimulakan oleh guru adalah sebagai tunjang utama kepada sebuah
negara untuk membina sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya. Malaysia
ditunjangkan oleh 5 paksi yang dipanggil Rukun Negara sebagai asas kepada pembentukan
negara bangsa yang maju dan bersatu padu serta aman dan makmur. Oleh itu, peranan
guru dalam menyampaikan elemen 5 Rukun Negara kepada murid adalah amat penting dan
amat diperlukan kerana ia adalah satu perkara yang amat penting untuk melahirkan
generasi yang intelek, bersatu padu dan bersahsiah mulia. Peranan ini bukan saja terbatas
kepada

guru

pendidikan

moral

semata-mata,

tetapi

kepada

semua

guru.

Walaugabaimanapun, penekan yang lebih diberikan kepada guru pendidikan moral kerana
banyak terdapat elemen mengenai moraliti dan kehidupan sebagai warganegara. Ini kerana
subjek teras yang lain hanya melibatkan penggabungjalinan nilai moral manakala subjek
pendidikan moral pula melibatkan nilai moral secara terus dan langsung.
Prinsip rukun negara yang pertama ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Faktor
kepercayaan kepada tuhan dan agama adalah yang paling utama perlu diterapkan kerana
setiap ajaran agama mengajak ke arah kebaikan. Individu yang berpegang teguh dan
percaya kepada agama dan Tuhannya akan sentiasa berusaha untuk hidup dalam suasana
aman dan harmoni dan sentiasa mengamalkan cara hidup yang baik penuh dengan nilainilai murni. Penekanan prinsip ini dalam diri sejak kanak-kanak akan terus menjadi
pembimbing kepadanya untuk terus mengamalkan nilai-nilai yang baik sehingga mereka
menempuh kehidupan dewasa. Guru perlu memberi penekanan yang berterusan ekoran
pada masa ini kita dimuatkan dengan banyak perkara-perkara yang mencabar minda dan
moral hidup seperti teknologi dan hiburan yang boleh dikatakan tiada sempadan.
Prinsip kedua ialah Kesetiaan kepada raja dan negara. Selepas kepercayaan kepada
Tuhan, prinsip kedua ini juga amat penting untuk melahirkan warganegara yang cintakan
negara. Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai pemerintah, adalah penting
untuk melahirkan warganegara yang menghormati raja dan pemerintah. Prinsip kedua ini
perlu ditekankan dan dihayati bersama untuk membentuk warganegara yang patriotic dan
bersatupadu di bawah pemerintahan yang aman dan makmur. Guru juga perlu sentiasa
memberi peringatan bahawa institusi raja adalah sesuatu yang dipelihara dan dihormati
sepanjang masa. Guru perlu menimbulkan dan menyuntik semangat cinta dan sayangkan
pemimpin dan dalam masa yang sama guru mesti sentiasa gambaran kesan-kesan negatif
yang akan berlaku sekiranya mereka mengabaikan prinsip yang kedua ini. Gambaran

seperti peperangan, rusuhan, pertumpahan darah dan huru hara mungkin boleh diberikan
kepada murid ketika sesi PdP sebagai peringatan kepada mereka sekiranya kita tidak
memelihara keamanan melalui kesetiaan kepada raja dan negara. Guru perlu entiasa
memberi galakan kepada murid untuk sentiasa memikirkan kesan-kesan buruk yang
berkemungkinan akan berlaku sekiranya rakyat tidak bersatupadu mempertahankan institusi
raja dan pemerintahan. Guru juga boleh menjalankan PdP dengan membuat tayangan filem
berunsurkan patriotic yang memaparkan perjuangan tokoh terdahulu dalam usaha menuntut
kemerdekaan. Kaedah ini menjadikan murid supaya menghargai dan bersyukur dengan
kemudahan yang mereka kecapi pada hari ini hasil perjuangan tokoh terdahulu.
Prinsip yang ketiga, Keluhuran Perlembagaan pula memberi keadilan kepada semua
kaum di Malaysia. Prinsip ini penting untuk menjamin keadilan, kesepakatan dan kerjasama
serta perpaduan antara kaum. Guru perlu menekankan kepentingan perpaduan antara
kaum di Malaysia yang telah sekian lama menjadi tonggak keamanan dan kesejahteraan
negara. Guru perlu mengingatkan murid agar meneruskan kesinambungan perpaduan
dengan setiap kaum menghormati perlembagaan yang telah ditetapkan. Guru perlu
menerapkan pemahaman kepada murid bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik
kerana mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan ia menjadi kebanggaan dunia kerana
semua kaum hidup aman dan bersatupadu tanpa ada sengketa. Perpaduan dan
kesejahteraan yang dikecapi selama ini perlu dijaga dan dipelihara selari dengan keluhuran
perlembagaan yang ditetapkan dan dipersetujui kerana ia terbukti berkesan dalam
menyatupadukan semua kaum di Malaysia selama ini.
Kedaulatan Undang-undang yang merupakan prinsip keempat memberi maksud
bahawasanya semua rakyat tidak mengira kaum dan pangkat adalah tertakluk kepada
peruntukan undang-undang. Guru perlu menekankan bahawa undang-undang perlu dipatuhi
untuk menjaga keamanan negara. Dalam hal ini, guru boleh mengaitkan dengan disiplin
sekolah dan kepentingan menurut peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh pihak sekolah
dan kementerian. Guru boleh mengaitkan dengan contoh mudah iaitu disiplin dan peraturan
semasa di dalam bengkel kemahiran hidup. Guru boleh membuat perbandingan kesankesan yang mungkin berlaku sekiranya menurut peraturan dan tidak menurut peraturan tang
ditetapkan. Contoh paling hampir akan memudahkan murid untuk memahami situasi dan
seterusnya mengamalkan disiplin yang baik. Penerapan guru yang berterusan ini tidak
mustahil akan dibawa oleh murid-murid dan mengamalkannya sepanjang hidup mereka
tidak kira apa jua situasi samada di jalanraya, di tempat kerja atau di rumah.

Prinsip yang kelima dan terakhir rukun negara ialah Kesopanan dan kesusilaan.
Kesopanan dan kesusilaan ini merangkumi semua aspek termasuk tingkah laku mahupun
berpakaian. Semestinya guru di sekolah adalah contoh terbaik kepada murid dalam
kesopanan dan kesusilaan ini. Dalam hal ini, guru terlebih dahulu perlu mengamalkan
kesopanan dan kesusilaan ini dari aspek kekemasan berpakaian dan kesopanan dalam
pertuturan kerana ia akan kenjadi contoh dan ikutan kepada semua murid. Guru akan
menjadi perhatian samada di sekolah atau diluar sekolah. Oleh itu amat penting untuk guru
selalu menjaga bab kesopanan dan kesusilaan ini kerana guru merupakan figurasi bukan
saja kepada murid, bahkan kepada masyarakat sekeliling. Kesopanan pakaian guru dan
pertuturan guru semasa menjalankan PdP adalah amat penting kerana di situlah
permulaannya seorang guru menerapkan unsur kesopanan dan kesusilaan kepada murid.
Sebagai guru, kita bukan saja mengajar dan menerapkan unsur-unsur rukun negara
kepada murid-murid. Para guru juga perlu mengamalkannya sejajar dengan prinsip
rukunegara itu sendiri. Para guru sesungguhnya mempunyai peranan yang amat penting
dalam menerapkan prinsip rukun negara kepada murid yang akan mewarisi negara pada
masa hadapan. Peranan penting para guru ini akan menyumbang kepada generasi masa
depan yang percaya kepada Tuhan, setia kepada raja dan negara, menghormati
perlembagaan, mematuhi undang-undang dan besrsopan dan bertatasusila tinggi.