Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT

Ya Allah Ya Tuhan Kami


Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami
untuk
mengadakan dan turut serta dalam Pertandingan Pidato Sempena
Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kem
Kabota
Ya Allah
Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan
limpahan
kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis
ini
mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak lupa juga kepada para
pendidik
yang telah lama menyumbang khidmat , menabur bakti mereka
di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan
ihsanMu
agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami
capai,
samada dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan
sahsiah
insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan
demi
kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang
pada masa-masa akan datang.
Ya Allah,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan
pada
hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini.
Dalam
erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa
berusaha

dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi


mereka
dalam bidang akademik serta mempunyai peribadi yang luhur. Malah
kami
memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis
anugerah ini akan menjadi dorongan dan galakkan kepada pelajarpelajar lain,
supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng
tenaga
untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai