Anda di halaman 1dari 24

Merupakan perkembangan kerjaya seorang

guru yang baru tamat latihan sehinggalah


menjadi seorang guru yang pakar dan
berpengalaman
Trotter (1986) membahagikan perkembangan
guru kepada 5 peringkat iaitu :
Guru Permulaan (Novice)
Guru Cekap (Competent)
Guru Berkesan (Effective)
Guru Mahir (Expert)
Guru Pakar (Master)

Permulaan seorang guru menjadi `guru


setelah tamat latihan
Mula mempelajari cara mengajar
Mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas
pengajaran
Masih belum dapat menangani tugas-tugas
harian seorang guru
Dapat membentuk satu peta kognitif tentang
tugas-tugas am seorang guru profesional
melalui kursus yang ditawarkan dalam
program Ijazah Perguruan

Mula membina diri untuk menjadi guru yang


aktif, inovatif, berimaginatif dan berupaya
meransang pembelajaran murid
Kadang kala berlaku keadaan guru baru tidak
dapat mengguna atau mengaplikasikan ilmu
dan idea yang dipelajari ke dalam situasi
sebenar di bilik darjah
Ada juga guru yang tidak dapat menyesuaikan
ilmu dan kemahiran serta menggunakannya di
dalam mengurus bilik darjah secara berkesan

Kejayaan guru permulaan banyak ditentukan


oleh tindakannya untuk membentuk sikap
diri sebagai seorang guru
Guru permulaan perlu :
menerima dan menghayati setiap tugas
yang diserahkannya kepadanya
menyesuaikan diri dengan budaya sekolah
peka dan sentiasa mendapat maklum balas
tentang pelbagai aspek seperti murid, ICT,
pusat sumber, pengurusan, takwim dsbnya.
mempunyai kepelbagaian idea yang bukan
sahaja dilihat dari aspek isi pengajaran dan
pembelajaran tetapi juga pedagogi dan
sistem penyampaian

Guru permulaan perlu :


mewujudkan keseronokan dan keceriaan
belajar dalam kalangan murid. Untuk itu
guru perlu memberi perhatian kepada
perkara-perkara berikut :
mengenali dan memahami ciri murid
kreatif dan inovatif
memeliki personaliti guru yang sesuai
dengan kerjaya guru

Mengenali lebih banyak prinsip dan konsep


pembelajaran dan kerjaya guru
Mampu menyelesaikan masalah P&P yang
dihadapi
Boleh menilai dan membuat refleksi terhadap
diri sendiri
Sedar dan berkeupayaan melaksanakan tugas
mengikut masa dan kehendak jabatan
Berkeupayaan menggunakan pelbagai strategi
dalam mengurus pekerjaan dan pengajarannya

Mampu membuat pilihan secara sedar


tentang tindakannya
Mampu memilih keutamaan dan membuat
perancangan
Lebih peka terhadap perkara yang penting
atau yang remeh
Bagaimanapun kemahiran mengajar masih lagi
kaku dan tidak fleksibel

Eilane (2000) dalam Syed Ismail et.al (2010) :


Guru yang amat cekap mempunyai 3 ciri berikut :
Ciri Peribadi
Bermatlamat
Asyik dalam pekerjaannya
Positif
Yakin
Sabar biap pun pahit
Guru pemimpin
Ciri Mengajar
With-it-ness menerapkan aspek dengannya
Gaya tersendiri
Mampu memberi motivasi
Boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran,
nilai, budaya, peraturan dan undang-undang


Sambu
ngan

Ciri Intelektual
Suka membaca buku
Berfikiran segar
Mempunyai kesungguhan kendiri
Minda yang sihat dan terbuka
Sering melihat, menganalisis, mensintesis
dan membuat penilaian

Amalan pengajaran - bermakna pengajaran guru


tersebut dianggap baik jika guru tersebut berupaya
mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan
alat bantu mengajar (ABM) dan mendalami isi
kandungan yang hendak diajar.
Guru juga perlu mengetahui kebolehan pelajar
menerima pelajaran, memberi motivasi kepada
pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, dapat
mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar
mengikut kumpulan dan memberi penilaian atau
ujian yang kerap kepada pelajar.
Pengajaran mampu dan boleh mengajar dengan
baik serta dapat memotivasikan pelajar untuk terus
belajar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik.

Pengajaran guru berkesan (Caroll, 1963)


dipengaruhi oleh 5 faktor iaitu :
Sikap
Kebolehan untuk memahami pengajaran
Ketekunan
Peluang
Pengajaran yang berkualiti
4 faktor yang mempengaruhi pengajaran yang
berkesan (Slavin, 1994) :
Kualiti pengajaran
Kesesuaian aras pengajaran
Insentif
Masa

Terbaik dalam bidang orang yang memiliki


kemampuan dan keahlian khusus dalam
bidang keguruan sehingga ia mampu
melakukan tugas dan fungsi sebagai guru
dengan kemampuan maksima
Menjadi teladan profesionalisme
Terdidik dan terlatih dengan ciri-ciri yang
terbaik
Mempunyai dan menggunakan daya intelek
yang tinggi

Guru mahir perlulah :


Mahir berkomunikasi boleh menghasilkan
suasana pembelajaran yang dinamik
Mampu memberi motivasi dengan
berkesan
Mampu meningkatkan kebolehan
penggunaan ICT, mengaplikasi ICT dalam
P&P dan aplikasi komputer
Guru mahir perlu ada :
Kemahiran penyampaian
Kemahiran menilai
Kemahiran meransang
Kemahiran pengurusan bilik darjah

Merupakan guru yang mempunyai


kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang
tinggi dalam mata pelajaran khususnya P&P
Dirinya terserlah secara profesional
Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi
dan mengubah polisi bilik darjah
Dianggap sebagai orang yang berautoriti untuk
bercakap tentang bidangnya

Sahsiah guru pakar :


Sahsiah terpuji
Berketerampilan
Berpegang teguh kepada etika perguruan
dan etika perkhidmatan awam
Peka dan prihatin terhadap keperluan
pelajar
`Role Model kepada warga pendidikan
Pengetahuan guru pakar :
Menguasai dan menghayati kandungan mata
pelajaran
Menjadi pakar rujuk P&P
Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
Mampu mengenalpasti keperluan dan
masalah pelajar

Hasil kerja guru pakar :


Hasil pembelajaran meningkat
Idea dan mesej diterima dengan berkesan
Guru pakar berpotensi :
Berwawasan, proaktif, responsif, inovatif
dalam rangka menjalankan tugas sebagai
guru
Memberi sumbangan kepada kemajuan
pendidikan negara
Berupaya menjana idea baru dalam mata
pelajaran atau bidang pengkhususan
Boleh berkongsi idea bagi meningkatkan
mutu pendidikan negara

Anda mungkin juga menyukai