Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,

BATU PAHAT, JOHOR


PIM 3133
KAJIAN TINDAKAN 1

(PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH)

TINJAUAN LITERATUR

JADUAL BINTI MEMBANTU MURID MENGENAL HURUF HIJAIYAH ( ) YANG


BERSAMBUNG DENGAN HURUF( ) DALAM TULISAN RASM UTHMANI

NAMA PELAJAR

NURUL AUNI BT JASNI

NO. KAD PENGENALAN

920114-01-5422

PROGRAM

PISMP SEMESTER 7

AMBILAN

JANUARI 2012

KUMPULAN

PENGAJIAN AGAMA 2

PENSYARAH

USTAZAH ASMAA NABIHAH BT ABD RAHMAN

TINJAUAN LITERATUR
2.1

PENGENALAN

Al-Quran adalah satu elemen yang penting di dalam kehidupan umat


Islam.Penerapan nilai-nilai Al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam.
Matlamat pendidikan Al-Quran adalah untuk membina masyarakat yang bertaqwa,
masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan
masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak
zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan Al-Quran.

Matlamat pendidikan Al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri


kepada Allah S.W.T. Membaca Al-Quran dituntut kerana di antara hikmat Al-Quran
diturunkan adalah untuk dibaca, ditadabbur, dihayati dan diamalkan. Al-Quran adalah
setinggi-tinggi anugerah yang Allah kurniakan kepada hambaNya.Ia adalah satu mukjizat
abadi yang membuktikan kebenaran dan kekuatan pengaruhnya. Ia tetap menjadi
perlembagaan abadi sepanjang zaman sesuai untuk mengatur hal-hal kehidupan manusia
pada semua masa dan tempat. Isi kandungannya yang mencukupi semua aspek kehidupan
manusia adalah panduan dan pegangan insan dalam menjalani kehidupan dunia yang
menjadi jambatan ke akhirat.

Membaca Al-Quran dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya supaya tidak
terpesong pengertiannya adalah menjadi tuntutan agama ke atas orang Islam kerana
membaca Al-Quran dapat membentuk akidah dan akhlak individu. Membaca Al-Quran juga
menjadi suatu ibadah yang diberi pahala sehinggakan setiap huruf yang dibaca akan diberi
sepuluh kebaikan oleh Allah kepada pembacanya, jika dibaca dengan sebutan yang betul
dan mengikut kaedah bacaan dan mengikut tajwid.

Pahala membaca Al-Quran bukan sahaja diberi kepada mereka yang membacanya
tetapi juga diberi kepada pendengarnya. Sebaliknya, kegagalan membaca Al-Quran dengan
baik dan sempurna membawa kesan yang buruk terhadap individu muslim.

Antara kesan buruk akibat tidak mempelajari cara atau kaedah membaca Al-Quran dan
tafsir ialah:

1. Tidak sah solat dan tidak sempurna ibadah-ibadah yang lain

yang melibatkan bacaan Al-Quran.

2. Menjadi malas dan tidak berminat untuk mengerjakan ibadah

kepada Allah.

3. Tidak memahami akan hukum-hukum yang diterangkan

dalam Al-Quran.

4. Hidup tidak mempunyai matlamat yang jelas.

Al-Quran juga merupakan sebuah kitab suci yang Syumul sifatnya, yang ditanzilkan
oleh Tuhan maha pencipta yang sangat mengetahui akan kehendak serta keperluan
manusia. Dengan demikian Allah turunkan Al-Quran sebagai kitab panduan bagi manusia
yang merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka.Ini termasuklah
hal-hal yang berkaitan dengan hubungan antara sesama manusia, manusia dengan Allah
dan manusia dengan alam sekitar. Demikian juga ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh
manusia seperti pendidikan, falsafah, hukum, perundangan, tauhid, perubatan, pertanian,
sains, geografi, sejarah, pentadbiran, politik, sosial dan lain-lain, semuanya ada disentuh di
dalam Al-Quran.

Sabda Rasulullah s.a.w :


Sebaik-baik di kalangan kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya
(Riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w :


Orang yang mahir dengan Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan
orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka

baginya dua pahala (kebajikan)


(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Sesiapa yang mengajarkan anaknya Al-Quran dengan melihat, maka diampunkan baginya
dosanya yang lalu dan yang akan datang dan sesiapa yang mengajarnya dengan hafalan
maka setiap anaknya itu membaca satu ayat, Allah menaikkan ayahnya satu darjat hingga
akhir ayat yang diamalkannya."
(Hadis riwayat At Tabrani).

Dari keterangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa betapa pentingnya ilmu AlQuran dalam kehidupan manusia.Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan berkaitan dengan
tahap penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran. Justeru kajian ini akan
mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan dengan permasalahan kepada
mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca Al-Quran. Sebelum memilih tajuk ini untuk
diketengahkan sebagai kajian tindakan, pengkaji telah menjalankan tinjauan literatur
berkaitan tajuk yang telah dipilih.Namun, hasil tinjauan yang dilakukan, didapati tidak banyak
kajian berkaitan dengan tahap penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran secara
terperinci.

2.2

Kajian Yang Berkaitan Tulisan Jawi Dan Huruf Hijaiyah

2.2.1

Nik Rusila Bt Yaakob. 2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan

Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam.Kertas kerja dalam jurnal pendidik dan pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Penulis mendapati kajian ini secara terperinci
menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan jawi di kalangan pelajar dan
hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini
didasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah
tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah.
Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi
menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh penulis.

2.2.2

Aziyun Othman. 2012. Kajian Penulisan Hamzah Dalam Kalangan Murid Dan Guru

Bahasa Arab Satu Tinjauan.Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.


Kajian ini berkaitan dengan kesalahan yang sering berlaku dalam kalangan murid sekolah
menengan berkaitan dengan huruf hijaiyah hamzah. Dengan adanya kajian ini memberikan
saya gambaran bahawa isu kesalahan dalam menulis huruf hijaiyah bukanlah sesuatu yang
pelik, sebaliknya mampu diatasidan diselesaikan deegan kaedah yang pelbagai.

2.2.3

Mohd Yakub @ Zulkifli bin haji Mohd Yusoff dan Saidin bin Mohd. 2008. Keupayaan

Bacaan Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Kajian di beberapa buah sekolah
menengah terpilih di Negeri Terengganu. Kajian ini berkaitan kelemahan pelajar dalam
menguasai kemahiran membaca Al-Quran.

Kajian ini berfokuskan kepada ketidakupayaan pelajar dalam menguasai tahap


kemahiran membaca Al-Quran yang bertepatan dengan kaedah tajwid, makhraj,sifat dan
fasahah yang baik.Masalah inilah yang sebenarnya dihadapi oleh pelajar baik di sekolah,
kolej, atau institusi-institusi pengajian. Dapatan kajian ini dapat dirumuskan seperti berikut:

1. Pelajar kurang lancar membaca Al-Quran

2. Pelajar kurang menghayati hukum-hukum tajwid

3. Pelajar lemah atau sukar menyebut makhraj huruf

4. Pelajar lemah tulisan jawi

2.2.4

Khairul Anuar Ramlan. 2014. Dalam blognya menulis tentang pedoman umum ejaan

jawi bahasa melayu ada menyatakan bahawa tulisan jawi dibaca dari kanan ke kiri seperti
system tulisan bahasa arab. System tulisan ini mempunyai huruf besar atau huruf kecil
seperti tulisan rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi huruf tertentu apaila
dirangkaikan dengan huruf lain dalam penulisan sesuatu perkataan.

Berdasarkan kajian yang telah dinyatakan di dalam buku pedoman jawi ini jelas
membuktikan bahawa masalah kesalahan murid menulis huruf hijaiyah yang hampir sama
dengan huruf yang sepatutnya adalah relevan. Pendapat ini membktikan bahawa wajar jika
berlakunya masalah terhadap murid untukmenulis huruf jawi kerana mereka masih keliru
bentuk huruf selepas dirangkaikan dengan huruf jawi yang lain.

2.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani


masalah murid berkaitan mengenal huruf hijaiyah huruf ( ) yang berbaris
yang bersambung dengan huruf ( ) di dalam iqra yang merupakan asas bacaan
al-Quran. Justeru, saya berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh
penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi
memantapkan lagi subjek Al-Quran.

RUJUKAN

Aziyun Othman. (2012). Penulisan hamzah dalam kalangan murid dan guru bahasa arab:
satu tinjauan: Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai dari
http://www.ukm.my/uba/sebar2012/Prosiding%20SEBAR2012/6.Aziyun.pdf

Khairul Anuar Ramlan. 2014. Pedoman umum ejaan jawi bahasa melayu: dicapai dari
http://anuar2u.com/download/JAWI/PEDOMAN%20JAWI.pdf
Mohd Yakub @ Zulkifli bin haji Mohd Yusoff dan Saidin bin Mohd. 2008. Keupayaan Bacaan
Al-

Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Kajian di beberapa buah sekolah

Menengah terpilih di Negeri Terengganu.


Nik Rosila Nik Yaakob. 2007. Penguasaan jawi dan hubungannya dengan minat dan
pencapaian pelajar dalam pendidikan islam. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Sains
Malaysia di capai dari
http://web.usm.my/education/publication/JPP%20Nik%20Rosila%20ART%2010%20(161172).pdf

Anda mungkin juga menyukai