Anda di halaman 1dari 3

FORMULA MEMBINA PENDAHULUAN KARANGAN MENARIK

Agak senang jadi panduan untuk cikgu yang kurang mahir mengajar karangan macam saya
PERNYATAAN/FAKTA
@
Papa Fahmi

KAITAN DENGAN TAJUK

Kenal Dengan Tajol


@
PFKDT

TIPS:
1. Pengenalan/pendahuluan anda mestilah rigkas tapi padat serta menarik hati pemeriksa
(sampaikan pemeriksa terbayang-bayang A sejak kali pertama membaca pendahuluan
anda )
2. Anda boleh guna peribahasa,perumpamaan dan sebagainya dalam pendahuluan.
3. Boleh guna dialog yang agak menarik.
4. Boleh cedok mana-mana petikan ucapan tokoh-tokoh terkenal dan sebagainya.
5. Boleh juga guna lirik lagu sebagai pendahuluan, tetapi awas! Jangan lari daripada tajuk.
Kena berkaitan dengan tajuk yang di baca. Sebutkan juga nama penyanyinya.
6. Boleh juga guna fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi.
7. Dibolehkan buat pernyataan lucu. Tetapi perlu sesuai dengan tajuk serta benar belaka.
Bukan lucu merapu!
8. Untuk membina pendahuluan cemerlang.. semuanya boleh! Jadilah kreatif, banyakan
membaca.
9. Untuk cikgu-cikgu.. semat dalam hati untuk menjadi guru baik cemerlang di sayang (kalau
pun GB/Pengetua tak bagi anugerah hehehe) keikhlasan itu penting kio
CONTOH-CONTOH PENDAHULUAN:
Soalan 1:
Kamu dan keluarga berkunjung ke Taman Tema Air di Kuala Lumpur, tulis karangan tentang
pengalaman kamu di sana (buku teks tahun 6)
Pendahuluan 1:

Pernyataan/Fakta

Saya tidak tahu berenang. Tetapi, saya tetap berkobar-kobar ke Taman Tema Air di Kuala
Lumpur selepas diajak oleh ibu bapa saya untuk bermandi-manda di sana.
Kaitan dengan tajuk

Pendahuluan 2: Sense of Humor


Semua orang mandi. Saya juga sama. disebabkan itulah, saya tidak kisah dibawa
bermandi manda di taman tema air Kuala Lumpur bersama keluarga saya.
Pendahuluan 3: Fakta/peribahasa
Hampir 80% permukaan bumi dilitupi oleh air. Kita juga dapat menemui banyak tempat
berair di semua tempat. Taman tema air pula tumbuh pesat seperti cendawan tumbuh selepas
hujan. Oleh itu, saya dan keluarga tidak melepaskan peluang bermandi-manda di sana.
Soalan 2:
Tulis karangan bertajuk masalah sosial di kalangan remaja masa kini.
Pendahuluan 1:
"Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini, begitulah
ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang
menggambarkan betapa pentingnya peranan remaja. Malangnya, masalah sosial remaja masa kini
semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
Pendahuluan 2:
Semua orang akan dan pernah menjadi remaja. Menjadi remaja bermaksud mendapat
tiket kebebasan, tidak hairanlah jika ramai remaja terkandas dalam masalah sosial pada masa kini
seperti masalah buli, vandalisme, lepak, dadah dan sebagainya.
Pendahuluan 3:
Sayang seribu kali sayang lagi amat menyedihkan jika remaja di Malaysia tetap terus
terjerumus dalam masalah sosial yang tidak berpenghujung. Namun kita yakin, masalah sosial
akan dapat dibendung dengan kerjasama semua pihak.
Soalan 3:
Tulis karangan tentang langkah-langkah mengatasi masalah penebangan hutan.
Pendahuluan 1:
Orang Utan atau monyet Bayau merupakan haiwan yang hampir pupus, sampaikan
kerajaan turut campur tangan melindungi haiwan ini daripada terus pupus gara-gara penebangan
hutan secara berleluasa di Sabah.

Pendahuluan 2:
Sewalah teksi, atau bas, atau berkereta dari Kuala Lumpur ke Selangor misalnya.
Pandang ke luar tingkap. Perhatikan di mana hutan kita? Dalam almari? Bawah meja? Yang
tinggal hanya hutan simpan. Semua pihak sepatutnya bekerjasama memikirkan langkah-langkah
mengatasi masalah penebangan hutan secara berleluasa ini.
Pendahuluan 3:
Ibu.. hutan itu apa?. bayangkan anak-anak kita bertanya soalan seperti itu 30 tahun lagi
apabila hutan tidak lagi wujud. Sayang sekali, jika kita juga tidak tahu bagaimana menerangkan
kepada anak-anak tentang hutan pada masa itu jika tiada contoh untuk dilihat dan disentuh. Oleh
itu, semua pihak harus bekerjasama mengatasi masalah penebangan hutan secara berleluasa pada
masa kini.

SAMPAI DI SINI DAHULU PANDUAN MEMBINA PENDAHULUAN/PENGENALAN


KARANGAN MENARIK CARA SAYA
-harus di ingat
- latih, latih dan latih murid dengan sabar. Samalah macam mengasah pisau yang tumpul. Alah
sabar itukan separuh daripada iman. Bagi murid pandai. Gunakan formula ini dan latih, latih dan
asah macam mengasah berlian atau polishing the diamonds lah katakan hehehe
-Selamat Mencuba dan semoga berjaya. Yang baik itu datangnya dari Allah..yang buruk itu
datangnya dari saya.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Namaku Mahani

Anda mungkin juga menyukai