Anda di halaman 1dari 2

.

Ya Allah ya Tuhan kami.


Pada petang yang bahagia ini, kami menadah tangan untuk memohon keredhaan dan rahmatMu terhadap apa
yang kami usaha dan harapkan.
Untuk kali ini ya Allah. Engkau tunaikan dan penuhkanlah hajat dan harapan kami ya Allah. Iaitu kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan besar yang bakal kami tempohi di bulan September tahun ini.
Ya Allah. Ya Tuhan kami.
Harapan ini juga merupakan harapan keluarga kami terutama ibu dan bapa kami. Mereka mengharapkan kami ya
Allah. Mereka telah banyak berkorban untuk kami ya Allah. Engkau sedia ketahui ya Allah betapa pengorbanan
mereka itu kepada kami, Ya Allah.
Hitam kulit ayah dibakar mentari mencari rezeki untuk kami. Bertungkus lumus bekerja dari pagi ke petang, atau
dari petang ke pagi mencari bekalan hidup untuk kami. Cengkung mata ibu menjaga dan melayan kerenah dan
kenakalan kami. Ya Allah.
Oleh itu ya Allah. Apakah patut kami balas pengorbanan mereka itu dengan kehampaan. Jangan ya Allah
Engkau akhiri perjalanan ini dengan kekecewaan dan kedukaan.
Ya Allah ya Tuhan kami.
Kami ini anak pertama dalam adik beradik kami. Sebagai anak sulung ya Allah. Kami perlu kejayaan ini kerana
kami akan menjadi contoh dan pendorong adik-adik kami kelak. Seandainya kami gagal, kami diangap sebagai
punca kegagalan dalam keluarga kami.
Ya Allah ya Tuhan kami.
Kami ini anak kedua, ketiga, keempat atau seterusnya yang menjadi harapan ibu bapa untuk membawa sinar
kejayaan keluarga kerana anak-anak terdahulu mungkin tidak begitu terserlah kejayaannya. Patutkah ya Allah,
kami muramkan kembali keluarga ini tanpa kejayaan yang cemerlang.
Ya Allah ya Tuhan kami.
Kami ini anak bongsu ya Allah. Lantaran itu mereka tidak ada anak lain untuk memenuhi harapan mereka. Hanya
kami harapan keluarga. Hanya kami ya Allah.
Ya Allah ya Tuhan kami. Jangan Engkau teruskan kekurangan dalam hidup mereka Ya Allah. Namun begitu ya
Allah kami tetap bersyukur dengan tahap pencapaian abang-abang dan kakak-kakak kami ya Allah. Apa yang
kami mahukan ya Allah ialah, lebihkanlah kami dari mereka. Jadikan kami kebanggaan keluarga. Lantaran itu
kurniakanlah kami dengan kejayaan yang cemerlang.
Ya Allah ya Tuhan kami.
Pada malam yang hening ini. Semua ahli keluarga kami sedang berada di sini atau dengan apa sahaja urusan
mereka. Kami terbayang wajah ayah. Kami terbayangkan wajah ibu. Terbayangkan wajah abang, kakak dan
adik-adik. Satu-satu kami bayangkan, kami bayangkan bagaimana wajah mereka apabila kami berjaya, dan
bagaimana pula wajahnya jika kami gagal.
Ya Allah. Tolonglah dan bantulah kami. Hanya Engkaulah ya Allah yang mampu memberi pertolongan itu, ya
Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan ini.
Ya Allah ya Tuhan kami. Ketika kami bermohon ini, guru-guru kami turut merestui, menyertai kami, menyaksikan
dan mendengar rayuan kami. Oh Tuhan, alangkah malunya kami, sekiranya Engkau akhiri alam persekolahan
kami dengan kehampaan, kekecewaan atau kegagalan.
Ya Allah ya Tuhan kami.
Berikan kami kesihatan tubuh badan, kecergasan akal dan kecergasan fizikal... agar kami mampu menempuh
onak dan duri yang sedang kami lalui ini.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak
kami kecil. Ampuni dosa guru-guru kami, dosa anak-anak kami dan dosa seluruh muslimin muslimat, sama ada
yang masih hidup atau yang telah mati.

Jika ada di kalangan kami, orang yang berdosa, ampunkanlah, Ya Allah.


Jika ada di kalangan kami, orang yang berdukacita, gembirakanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang bermuram durja, ceriakanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang daif, permudahkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang degil, lunakkanlah hatinya, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang gagal, berilah kejayaan, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang jahil, mengertikanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang kesempitan, lapangkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang lalai, peringatkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang lemah, kuatkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang lupa, terangkanlah hatinya, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang malas, rajinkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang sakit, sembuhkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang sesat, berilah hidayah petunjuk, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang susah, senangkanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang terbeban, ringankanlah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang terhalang, angkatkanlah rintangannya, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang terlalu yakin, bimbinglah, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang terpisah, rapatkanlah semula, Ya Allah.
Jika ada di kalangan kami, orang yang was-was, yakinkanlah, Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari, berkatilah segala ilmu yang
telah kami atau guru-guru kami ajarkan kepada kami atau anak kami, keluarkanlah kami daripada lembah
kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahaya NurMu dan ilmu pengetahuan.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami
taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami,
tambahkanlah kasih sayang di antara kami, jauhkanlah rasa benci, hasad dengki dan iri hati, hiasilah diri kami
seperti peribadi Rasulullah SAW dan para-para Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ikhlaskan hati anak kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk mereka terus belajar tanpa
ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan hati kami, lindungilah kami dan mereka dari
menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, hanya untuk lelaki dan hanya
untuk tahta kedudukan. Lindungilah kami dan mereka dari sifat tamakkan dunia.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami, jadikanlah
kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada kami dalam
peperiksaan yang bakal kami tempuhi, tenangkan hati kami, lapangkan dada kami, luaskan fikiran kami, kuatkan
ingatan kami dan permudahkanlah bagi kami
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami hamba yang lemah ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan
yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon dan
kepadaMu juga kami menyerah diri, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Anda mungkin juga menyukai