Anda di halaman 1dari 2

LIGA BOLA SEPAK SUKUUM!!

Selepas mengharungi 9 perlawanan, pasukan The Matadors (DPP TM) berjaya


memperoleh 7 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah di mana 5 kemenangan pada semester lepas
dan 2 kemenangan pada semester ini. Ini membuktikan pasukan The Matadors berada pada
landasan yang betul untuk mencabar kedudukan liga. Selepas menamatkan perlawanan ke-9
menentang DPP Petronas pasukan kita berjaya menghuni tangga ketiga, 4 mata ketinggalan di
belakang pendahulu dengan kelebihan satu perlawanan. Momentum ini diteruskan oleh
pasukan The Matadors.
Padang A Pusat Sukan & Rekreasi UUM menjadi saksi kemenangan pasukan TM bagi
perlawanan ke-10, pasukan TM menumpaskan pasukan TNB dengan kemenangan tipis 1-0.
Kehadiran penyokong pasukan TM yang membingitkan keadaan menambah kehangatan
perlawanan dan memberi tekanan kepada pasukan lawan. Aksi tegang mula dipamerkan oleh
kedua-dua pasukan menyebabkan kad merah dilayangkan kepada salah seorang pemain
antarabangsa kita, Oyewo Oladayo. Namun, situasi tersebut tidak menganggu rentak
permainan dan perlawanan akhirnya berpihak kepada pasukan TM dengan kemenangan 1-0
hasil jaringan Due Stark (bukan nama sebenar).
Perlawanan seterusnya melibatkan pasukan TM menentang DPP MAS, yang
berlangsung pada 23 Mac yang lalu di padang B. Dengan misi memperoleh 3 mata, pasukan
TM tampil dengan jersi baharu mereka berwarna hitam dan hijau. Kehadiran penonton yang
bersama-sama menyarung jersi baharu serba sedikit mampu meningkatkan moral para
pemain. Namun begitu, tuah jersi baharu nampaknya tidak memihak kepada pasukan TM.
Perlawanan agak hambar dengan deretan percubaan ke arah pintu gol pasukan lawan tidak
membuahkan hasil biarpun bola banyak dikuasai oleh pasukan TM. Setelah 60 minit
perlawanan, pasukan TM terpaksa akur dengan keputusan seri 0-0.

Misi merangkul kejuaraan Liga Bola Sepak Sukuum 2013/2014 diteruskan oleh
pasukan TM. Keputusan seri yang diperoleh pada perlawanan menentang DPP MAS memberi
kesedaran kepada pasukan TM, di mana mereka tidak boleh lagi kehilangan mata. Latihan
yang konsisten dijalankan oleh pasukan TM bagi menghadapi perlawanan berikutnya. Tahap
disiplin para pemain The Matadors masih lagi di tahap memuaskan, ia merupakan satu
perkembangan positif bagi pasukan ini. Perlawanan berikutnya telah menemukan pasukan
TM dan pasukan Sime Darby. Perlawanan agak seimbang pada mulanya, setelah memasuki
minit-minit akhir babak pertama barulah jaringan gol dapat direncanakan. Jaringan tersebut
telah disumbangkan oleh Razali Bahar hasil satu tendangan percuma menewaskan penjaga
gol pasukan Sime Darby. Bagaimanapun, pasukan Sime Darby tidak menunggu lama untuk
menyamakan kedudukan. Hasilnya, separuh masa pertama berkesudahan 1-1. Beberapa
pertukaran telah dilakukan sebelum memasuki separuh masa kedua. Pertukaran tersebut
ternyata memberi impak kepada pasukan. Hasil satu lorongan cantik oleh Najib, pasukan TM
berada di depan 2-1 selepas Khartik berjaya menyempurnakan hantaran tersebut. Tidak puas
dengan itu, pasukan TM berjaya menyumbat satu lagi gol. Kali ini, gol dihasilkan oleh Teekai. Tiupan wisel penamat oleh pengadil memberi 3 mata berharga kepada The Matadors.
12 perlawanan berjaya diharungi oleh pasukan TM dengan mengumpul 29 mata.
Perlawanan terakhir pasukan TM pada semester ini adalah bertemu dengan pasukan DPP
BSN. Pasukan kita telah memperoleh kemenangan bergaya 2-1. Gol disumbangkan oleh TeeKai dan Jahdi, di mana kedua-dua mereka merupakan pelajar antarabangsa. Hasil
kemenangan tersebut telah meletakkan DPP TM di tangga kedua carta Liga Bola Sepak
Sukuum. Selepas kesemua 13 perlawanan, TM berjaya merangkul Johan Liga Bola Sepak
Sukuum. Sekalung tahniah diucapkan kepada pengurus pasukan dan kesemua pemain yang
terlibat. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama DPP. Syabas!!

Anda mungkin juga menyukai