Anda di halaman 1dari 12

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN ISLAM
1.0

TAJUK :
Bahan Inovasi Kata Sendi Nama dari dan daripada Menggunakan
Nyanyian MATO.

2.0

PENGENALAN
Sejajar

dengan

kehendak

dan

keperluan

Pelan

Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian


murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan
sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi dalam PdP ini diharap
dapat menyuntik semangat dan minat murid-murid Tahun 4A1 di
Sekolah Kebangsaan Relau untuk menguasai kata sendi nama dari
dan daripada dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang dianggap
keliru, sukar dan membosankan.
3.0

OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;
3.1

Guru dapat menambah baik amalan mengajarkan kata sendi

nama dari dan daripada untuk pengayaan murid tahun 3 Bestari


menggunakan akronim MATO dalam kuiz melalui teknik nyanyian.
3.2

Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing

antara rakan.
3.3

Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra antara murid

dengan murid serta murid dengan guru.


3.4

Membentuk

murid

supaya

sentiasa

bersedia

dengan

pembelajaran berpusatkan murid.

4.0

RASIONAL
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang
berilmu dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan
hidup yang semakin mencabar.

5.0

SASARAN
Murid Tahun 4A1, di SK Relau (Kedah)

terutamanya yang

menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran tatabahasa


kata sendi nama dari dan daripada.
6.0

PERNYATAAN MASALAH
Kajian tindakan yang

dilakukan ini berfokus pada masalah

penguasaan mengingati fungsi kata sendi nama dari dan


daripada. Berdasarkan pemerhatian saya, segelintir murid 3
Bestari masih lagi keliru dengan fungsi kata sendi nama dari
dan

daripada

menyukarkan

saya

untuk

mengajarkan

kemahiran membina ayat, penulisan karangan dan lisan. Sebagai


contoh, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah
mengajar kemahiran tatabahasa dan teknik yang saya gunakan
ialah teknik syarahan.

Apabila selesai sesi penerangan, saya

telah memberikan latihan lembaran kerja. Segelintir murid telah


gagal menjawab soalan yang diberikan walaupun aras soalan
yang diajukan adalah aras mudah dan sederhana.
Hal ini bukan sahaja berlaku semasa pembelajaran kata
sendi nama dari dan daripada malahan kesalahan ini dapat
dikesan dalam penulisan karangan mereka.

Selain itu, setelah

menjalankan pengajaran secara konvensional seperti kaedah


terus yang menggunakan kad imbasan dan papan putih semata2

mata, saya mendapati minat murid untuk mengikuti pengajaran


saya adalah pada tahap yang lemah. Mereka tidak ceria dan
tidak bermotivasi untuk belajar.

Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, masalah


akan timbul semasa murid tersebut melangkah ke tahap 2 dan
seterusnya akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Oleh itu, saya terpanggil untuk mengambil inisiatif
sebagai seorang

guru bagi membantu murid-murid saya

mengingati fungsi kata sendi nama dari dan daripada


dengan betul dan tepat. Akhirnya, saya mengambil keputusan
untuk menggunakan teori kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan
muzik untuk diaplikasikan dalam intervensi saya.
7.0

SKOP DAN LIMITASI PROJEK


Berdasarkan fokus saya untuk meningkatkan penguasaan kata
sendi nama dari dan daripada murid Tahun 4 Bestari, saya
telah menetapkan skop bagi projek saya ini iaitu menumpukan
perhatian terhadap meningkatkan penguasaan dalam tatabahasa
kata sendi nama dari dan daripada. Saya menggunakan
teknik nyanyian daripada Teori Kecerdasan Pelbagai. Dalam
menentukan skop projek yang sesuai, saya telah menjadikan
soalan-soalan di bawah sebagai panduan dan penanda aras :
i.

Adakah situasi atau masalah itu wujud dalam amalan


penyelidikan dan inovasi?
Ya. Masalah membezakan fungsi kata sendi nama dari
dan daripada sememangnya
penyelidikan.

Hanya

bergantung

wujud dalam amalan


kepada

guru

untuk

mengambil cakna akan masalah ini atau pun hanya


mengabaikannya.
3

ii.

Bolehkah
terhadap

penyelidik

atau

situasi

atau

guru

melakukan

masalah

tersebut

sesuatu
bagi

penambahbaikannya?
Boleh. Saya menggunakan teknik nyanyai MATO iaitu
formula bagi kata sendi nama dari iaitu M untuk masa, A
untuk arah dan T untuk tempat, manakala kata sendi nama
daripada melibatkan O untuk orang dan objek.
iii.

Adakah penyelidik atau guru terlalu bergantung kepada


orang lain apabila hendak melakukan sesuatu perubahan
terhadap situasi atau masalah tersebut?
Tidak. teknik nyanyian adalah sangat fleksibel digunakan
dalam bilik darjah tanpa perlu membawa murid ke luar
bilik darjah. Kaedah ini juga tidak memerlukan alatan
bantu

mengajar

yang

canggih

sebaliknya

hanya

menggunakan bahan bantu mengajar yang asas seperti


alat pandang dengar dan laptop. Oleh itu saya tidak perlu
bergantung kepada mana-mana pihak sama ada pihak
sekolah atau pun ibu bapa untuk melaksanakan kaedah ini.
Kaedah ini boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja.

8.0

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK


Hasil penelitian dan penganalisaan saya terhadap soalan-soalan
peperiksaan Matematik Tahun 4 tahun-tahun lepas, saya dapati
bahawa item berkaitan tatabahasa merupakan item wajib dan
perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka mempelajari
topik-topik lain seperti ayat atau sintaksis. Kelemahan muridmurid

dalam

morfologi

boleh

menyebabkan

pembelajaran

mereka dalam topik-topik lain seperti ayat sama maksud,


struktur ayat dan sebagainya menjadi sukar, kerana dalam
4

setiap topik berkenaan ada diselitkan aspek-aspek morfologi. Jika


murid

dapat

menguasai

kemahiran

asas

tatabahasa,

kemungkinan besar mereka akan berpeluang memperolehi


sekurang-kurangnya lulus dalam ujian atau peperiksaan yang
dijalankan.
Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh muridmurid, saya telah merasakan bahawa satu teknik diperlukan bagi
membolehkan murid-murid dapat menguasai kata sendi nama
dari dan daripada dengan betul agar dapat membantu
meningkatkan prestasi mereka dalam akademik khususnya
dalam matapelajaran Bahasa Melayu agar tidak ketinggalan
berbanding dengan murid-murid lain. Saya juga yakin jika saya
dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu ini, sikap negatif murid-murid akan berubah dan
pencapaian mereka dalam matapelajaran ini dapat diperbaiki.
Menurut

Hayazi

(2008),

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi


membina daya kreativiti dan inovasi dalam membina kreativiti
dan juga inovasi pelajar. Oleh itu, saya berpendapat dengan
penggunaan teknik nyanyian MATO yang juga merupakan bahan
bantu belajar dapat membantu murid-murid saya menguasai
kemahiran kata sendi nama dari dan daripada.

9.0

ANGGARAN KOS PROJEK


Jadual

9.0

menunjukkan

anggaran

kos

perbelanjaan

yang

diperlukan untuk melaksanakan projek ini.


Jadual 9.0 : Kos Kajian
BI
L
1

JENIS BAHAN
Kertas A4

KUANTITI X
HARGA SEUNIT
X RM 9 = RM 9

JUMLAH KOS
RM 9
5

2
3

Dakwat Printer
Potostat
Bahan
Dan
Laporan
Projek
Fail

4 X RM 5 = RM 20
RM 20

1 X RM 5.00 =
RM5.00
Kertas Warna
10 X 0.10 = RM 1
Buku Catatan
RM 2
JUMLAH

5
6

RM 20
RM 20
RM 5.00
RM 1
RM 2
RM 57.00

10.0 TINJAUAN DAN KAJIAN


Kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi Dr. Frances Rauscher
(1994) dari Universiti Wisconsin telah membuktikan bahawa
muzik boleh merangsangkan fungsi otak yang diperlukan dalam
pembelajaran. Kajian Rausher et al (1994) dalam catatan Denie
(2000) juga membuktikan bahawa kanak-kanak yang didedahkan
kepada muzik pada awal umur mereka, mereka mempunyai
perkembangan sosial, mental dan fizikal yang lebih matang.
Selain

itu

Dr.

Georgi

Lozanov

mengatakan

muzik

dapat

menguatkan daya ingatan dan memudahkan pembelajaran


sekiranya digunakan dengan baik (Radin, 2003).
Penggunaan muzik dan nyanyian dalam proses pengajaran
merangsang pancaindera komunikasi murid seperti pancaindera
pendengaran.

Rangsangan

terhadap

pancaindera

murid

mempengaruhi keberkesanan pembelajaran murid. Pernyataan


6

ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Gould-Marks


dalam buku Zarul Akhmar, 1993 yang membuktikan bahawa
apabila

pancaindera

digunakan

dengan

bijak

peratus

pemahaman ialah sebanyak 30 peratus dan peratus ingatan


ialah 40 peratus. Sebagai kesimpulannya penggunaan teknik
nyanyian

merangsang

pancaindera

murid

dan

dapat

meningkatkan pencapaian murid.


Dalam kajian Sofian dan Osman (2008), Herman (1991)
menyatakan bahawa intergrasi muzik dengan mata pelajaran lain
akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan kanan. Hal ini
jelas menyatakan bahawa penggunaan muzik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan pemikiran
kritis dan kreatif murid-murid. Melalui kaedah nyanyian yang
digunakan ini juga murid bukan sahaja berhibur tetapi juga turut
menerima

maklumat

yang

ingin

disampaikan

oleh

guru.

Kenyataan ini disokong oleh Laurence ODonnel (1999) yang


menyatakan bahawa maklumat yang diterima mengaktifkan otak
kiri, manakala muzik mengaktifkan otak kanan, aktiviti yang
melibatkan kedua-dua belah otak seperti nyanyian menyebabkan
otak menjadi lebih afektif untuk memproses maklumat.
Oleh hal yang demikian, berdasarkan kajian dan pendapat
para ilmuwan, maka saya terpanggil untuk mencipta senikata
lagu kata sendi nama MATO dengan mengubah suai lirik lagu
Aku Anak Kampung.

Dengan terciptanya lirik lagu ini murid-

murid dapat menghafal dan seterusnya memahami fungsi kata


sendi nama dari dan daripada berdasarkan teknik nyanyian
yang

didedahkan.

mendatangkan

Pentingnya

keseronokan

kajian

kepada

ini

murid

adalah

untuk

mahupun

guru

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Aktiviti


nyanyian juga merupakan pencetus kepada perubahan dalam
7

aktiviti yang lazim ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di


dalam bilik darjah. Proses pembelajaran dalam suasana yang
menyeronokkan ini memberi peluang kepada murid untuk lebih
memahami perkara yang dipelajari.
Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid-murid
untuk

terlibat

sepenuhnya

dalam

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajran. Rentak, irama, seni kata dan melodi semuanya


boleh menerapkan perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam
otak

secara

berkesan

di

samping

menyumbang

kepada

pengajaran guru yang sangat menarik. Oleh sebab itu, saya telah
menerapkan contoh-contoh penggunaan kata sendi nama dari
dan daripada ke dalam lirik lagu tersebut.

11.0

KAEDAH PENILAIAN
Saya akan menggunakan empat cara untuk membuat penilaian
ke atas projek inovasi ini.. Jadual 11.0 dibawah ditunjukkan
kaitan soalan kajian dengan cara pengumpulan data untuk
penilaian projek.

Jadual 11.0 : Soalan Kajian , Pengumpulan Data Dan Analisis

SOALAN KAJIAN

1. Adakah penggunaan teknik


nyanyian MATO dapat

CARA
MENGUMPUL
DATA

ANALISIS

-Analisis Dokumen :

membantu murid Tahun 4A1


menguasai kemahiran kata sendi
nama dari dan daripada?

i) Lembaran kerja

Peratus

ii) Pemerhatian

naratif

2. Adakah penggunaan teknik


nyanyian MATO dapat
mengatasi masalah memahami
kata sendi nama dari dan
daripada?

-Analisis Dokumen :

3. Adakah penggunaan kaedah


nyanyian MATO dapat menarik
minat murid Tahun 4 A1 untuk
mengatasi kekeliruan fungsi kata
sendi nama dari dan
daripada?

-Pemerhatian

Koding

-Soal selidik

Peratus

i) Lembaran kerja

Peratus

ii) Pemerhatian

11.1 Huraian Kaedah Pengumpulan Data


i. Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas diri
saya sendiri dan murid-murid 4A1 semasa proses
pengajaran
sebelum

dan

ini.

pembelajaran

Pemerhatian

ini

Bahasa

Melayu

bertujuan

untuk

memerhati suasana dan juga tingkah laku murid


semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

berlangsung terutama semasa pengaplikasian teknik


nyanyian.
Instrumen

yang

diguna

pakai

bagi

melaksanakan pemerhatian ini ialah borang senarai


semak pemerhatian, rakaman video, foto dan borang
pemantauan

oleh

pihak

pentadbir.

Suasana

pembelajaran dan pola tingkah laku dapat dilihat


dengan jelas melalui rakaman video.
Tujuan

saya

menggunakan borang senarai

semak pemerhatian adalah untuk memerhati dan


menganalisis tahap penguasaan kemahiran kata
sendi nama dari dan daripada dalam kalangan
murid-murid sasaran semasa intervensi dijalankan.
Pemerhatian berstruktur

digunakan supaya

data dapat dianalisis menggunakan frekuensi dan


peratus melalui senarai semak yang disediakan.
Kaedah

pemerhatian

merupakan

satu

kaedah

penyelidikan yang biasa digunakan untuk mengukur


pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan
ii.

Temu Bual

Saya memilih temu bual berstruktur dalam kajian ini.


Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddn
(2013), tujuan temu bual berstruktur ini untuk
memastikan bahawa semua responden yang ditemu
duga akan mendapat soalan yang sama atau serupa
dan

ini

menjamin

mempunyai

jawapan

kebolehpeercayaan

yang

dibeerikan

terkumpul

yang

tinggi.
Menurut Chua Yan Piaw (2006), menyatakan
bahawa perbualan dua hala yang bertujuan untuk
mengumpul maklumat kajian, melibatkan interaksi
bersemuka antara penemubual dan responden. Oleh
itu, saya memilih temu bual berstruktur bertujuan
untuk mendapatkan maklumat yang sahih daripada
murid-murid sasaran saya.
10

Tujuan saya menjalankan temu bual ini adalah


untuk mengetahui keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran

semasa

intervensi.

Saya

ingin

mengetahui berkaitan tahap penguasaan murid,


suasana yang ceria dan kemampuan teknik nyanyian
ini

menarik

minat

murid-murid.

Secara

tidak

langsung, masalah tingkah laku di dalam kelas dapat


saya tangani.
iii.

Analisis Dokumen
Bagi

instrumen

analisis

dokumen,

saya

telah

menggunakan borang analisis markah lembaran


kerja murid. Data daripada dokumen boleh diperoleh
dengan

menggunakan

kekerapan

atau

peratus.

Analisis dokumen lembaran kerja murid akan dibuat


secara kualitatif dengan melihat kekerapan murid
yang lemah dalam latihan menjawab soalan kata
sendi nama dari dan daripada. Analisis data ini
dipaparkan secara jadual dan graf grafik.
Saya memberikan gred bagi setiap lembaran
kerja yang diberi. Pembahagian gred tersebut adalah
seperti Gred A (80% -100%), gred B (60% -79%),
gred C (40% - 59%), gred D (20% - 39%) dan gred E
(0% - 19%).

Disediakan oleh,
................................................
(MOHD. PARDZLI BIN LAZIM)
Guru Pelatih
PPG IPGK Tuanku Bainun

11

Disemak oleh,
.......................................

Disahkan oleh,
..................

..............

12