Anda di halaman 1dari 6

SOALAN LAZIM

PROGRAM KEJURUTERAAN
(JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA) TAHUN 2014
1.

Apakah itu Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea)


tahun 2014?
Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014 adalah
program penajaan JPA bagi pelajar lepasan SPM 2013 ke negara Jerman,
Perancis, Jepun dan Korea.

2.

Apakah bidang yang ditaja di bawah Program Kejuruteraan (Jerman,


Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014?
Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang kejuruteraan SAHAJA.

3.

Apakah syarat-syarat permohonan Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun


Dan Korea)?
Permohonan adalah dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2013 sahaja,
dengan syarat-syarat seperti berikut:
Syarat-Syarat Umum
(i)
(ii)
(ii)

Warganegara Malaysia
Berumur kurang 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31
Disember 2013.
Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit
kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Syarat Khusus
Memenuhi syarat minimum gred dan kombinasi subjek yang ditetapkan
mengikut program. Syarat ini boleh didapati di http://esilav2.jpa.gov.my mulai
21 Mac 2014.

4.

Bagaimana saya boleh memohon biasiswa JPA di bawah Program


Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014?
Permohonan boleh dibuat secara online di http://esilav2.jpa.gov.my mulai 21
Mac 27 Mac 2014 (tujuh hari).
Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara
online.
Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syaratsyarat yang ada disediakan di http://esilav2.jpa.gov.my terlebih dahulu
sebelum membuat permohonan.

5.

Di mana saya boleh melihat iklan Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis,


Jepun Dan Korea) tahun 2014?
Iklan boleh didapati di akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times
dan Borneo Post (edisi Sabah dan Sarawak).

6.

Apakah kriteria pemilihan penawaran Program Kejuruteraan (Jerman,


Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014?
i)
ii)
iii)
iv)

7.

Prestasi akademik;
Kokurikulum;
Student Assesment Centre (SAC); dan
Sosio ekonomi keluarga.

Apakah itu Student Assesment Centre (SAC)?


Calon yang telah disenarai pendek adalah dikehendaki untuk menghadiri SAC.
SAC adalah satu kaedah penilaian dan pemilihan pelajar yang lebih komprehensif
berdasarkan kompetensi-kompetensi yang ditetapkan meliputi minat, tata
kelakuan, kepimpinan, patriotisme, kreativiti, ketahanan dan keyakinan diri.

8.

Bilakah program SAC akan dijalankan?


Program SAC dijadualkan pada 15 hingga 18 April 2014 di pusat yang telah
ditetapkan.

9.

Bilakah saya boleh mengetahui sama ada saya dipanggil untuk ke


program SAC?
Calon boleh membuat semakan panggilan ke program SAC pada 11 April 2014
secara online di http://esilav2.jpa.gov.my . Tempat SAC adalah sebagaimana
yang dinyatakan dalam surat panggilan.

10.

Apakah dokumen yang perlu saya bawa semasa menghadiri program SAC?
a. Calon perlu membawa dokumen/ sijil asal seperti berikut:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)
(xi)

Kad Pengenalan;
Slip keputusan SPM 2013;
Surat Beranak Calon;
Surat Beranak Ibu/ Bapa/ Penjaga;
Sijil-sijil kewarganegaraan Ibu/ Bapa/ Penjaga (yang berkenaan
sahaja);
Slip Gaji/ Kad pesara Ibu/ Bapa/ Penjaga;
Borang Pengesahan Pendapatan Keluarga (muat turun dari
http://esilav2.jpa.gov.my);
Slip
pengesahan
menduduki
ujian
Psikometrik
(http://www.interactive.jpa.gov.my/ukbp)
Sijil-sijil berhenti sekolah;
Sijil kegiatan kokurikulum bagi tingkatan 4 dan 5 sahaja;
Sijil Bahasa Asing (sekiranya ada);

b. Calon juga perlu membawa bersama salinan dokumen seperti


berikut:
i)
Kad Pengenalan;
ii)
Surat Beranak Calon;
ii)
Surat Beranak Ibu/ Bapa/ Penjaga; dan
iii)
Sijil-sijil kewarganegaraan Ibu/ Bapa/ Penjaga (yang berkenaan
sahaja).
3

11.

Bagaimanakah JPA akan membuat pemakluman berhubung urusan


permohonan, panggilan SAC, keputusan dan penawaran Program
Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014?
Semua urusan berhubung Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan
Korea) tahun 2014 iaitu permohonan, panggilan SAC, keputusan dan cetakan
surat tawaran serta dokumen-dokumen yang berkaitan akan dibuat secara
online di http://esilav2.jpa.gov.my.
Surat-surat/ slip-slip pengesahan yang berkenaan hendaklah dimuat turun dan
dicetak sendiri oleh calon.
Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di
http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang
maklumat terkini berhubung Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun
Dan Korea) tahun 2014.

12.

Apakah nombor yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan?


i) Pertanyaan
mengenai
masalah
teknikal
semasa
mengisi
borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi
talian 03-8885 3552/3541/3453 Talian-talian ini dibuka setiap hari
bekerja dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang mulai 21 Mac hingga 27
Mac 2014.
Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan
menghubungi talian 03-8885 3670/3398/3564/3489 pada setiap hari
bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang mulai 21 Mac hingga 27
Mac 2014 atau emel di penawaranlsp@jpa.gov.my.

LAIN-LAIN SOALAN BERKAITAN


1.

Bolehkah saya
Saya mendapat 9A- dalam peperiksaan SPM 2012.
memohon Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea)
tahun 2014?
TIDAK, Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014
hanya dibuka kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2013 sahaja.

2.

Bolehkah calon memilih negara pengajian?


BOLEH, calon-calon hanya dibenarkan memilih satu di antara empat negara
pengajian (Jerman, Perancis, Jepun dan Korea) yang ditawarkan bergantung
kepada minat dan kecenderungan calon.

3.

Di manakah Program Persediaan diadakan?


Program persediaan akan diadakan di kolej-kolej persediaan yang ditetapkan
oleh JPA bergantung kepada negara pengajian.

4.

Adakah calon dibenarkan untuk mengikuti program persediaan


secara persendirian?
TIDAK, calon-calon yang berjaya ditawarkan di bawah Program Kejuruteraan
(Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014 perlu mengikuti program
persediaan di kolej/ pusat persediaan yang telah ditetapkan oleh JPA sahaja.

5.

Sekiranya saya tidak dipanggil ke SAC atau telah menjalani SAC dan
tidak berjaya ditawarkan di bawah Program Kejuruteraan (Jerman,
Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014 adakah saya boleh merayu?
TIDAK, sebarang kekosongan tempat akan ditawarkan kepada calon yang layak
seterusnya.

6.

Sekiranya
saya
menolak
tawaran biasiswa di bawah Program
Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014 adakah
saya layak dipertimbangkan sebarang penajaan lain di JPA?
YA, pelajar boleh memohon apa-apa program penajaan lain yang ditawarkan
oleh JPA sekiranya berminat dan melepasi syarat penajaan.

7.

Adakah saya layak untuk memohon Program Biasiswa Nasional?


TIDAK, Program Biasiswa Nasional adalah program khas yang ditawarkan
kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan SPM 2013 yang telah
disenaraikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai