Anda di halaman 1dari 69

WAJ 3073 SENI DALAM

PENDIDIKAN

Pendedahan kepada Pengetahuan


dan Kemahiran Asas dalam Seni
Peringkat Sekolah Rendah
Disediakan oleh
CHEN JIE MIN 940425-01-5276
SOH CHIN YI 940320-01-5288
SIA YIIK SIAU 940724-13-6246
CHEW MIN SHAN 940721-04-5082
JAMIE LEE JIA CHYI 940707-13-5356

Pengenalan
kepada konsep
asas seni visual

Pendidikan Seni Visual di sekolah


rendah menjurus kepada seni tampak.
Subjek ini lebih menegaskan kegiatan
dalam proses penghasilan dengan
melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik
dan daya kreativiti individu melalui
penajaman daya intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid.

Murid diharapkan dapat mengamalkan


pertimbangan seni visual, meningkatkan
lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang
rasional dan mampu mengendalikan
kehidupan dengan membawa bersama
nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni sekolah
rendah merangkumi 4 bidang
i. Menggambar
ii. Membuat rekaan dan mencorak
iii. Membentuk dan membuat binaan
iv. Kraf tradisional

Murid diajar untuk melihat subjek ini


daripada perspektif yang lebih luas,
sama ada dari aspek keindahan
mahupun gunaan.
Dengan ini, murid akan dapat
memahami mengenai pelbagai
khazanah dalam konteks seni warisan
bangsa.

Menggambar

Kraf
Tradisional

Bidang
Seni Visual
Sekolah
Rendah

Membentuk
dan
Membuat
Binaan

Membuat
Rekaan dan
Corak

Bidang 1: Menggambar
Bidang ini menegaskan perkembangan
persepsi terhadap aspek melukis serta
kegiatan menggunakan pelbagai media
dan teknik dengan menekankan aspek
ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
Bidang ini menekankan perkembangan
imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.
Melalui kegiatan ini, pelajar dapat
meneroka kesan seni serta mengenali
pelbagai alat, bahan dan kegunaannya.

Kesedaran melalui pemerhatian alam


persekitaran juga menjadi fokus dalam
kegiatan menggambar.
Melalui kegiatan ini, pelajar dapat
memperkembangkan persepsi visual murid
dan kesedaran terhadap semi reka seperti
warna, garisan, susunan dan kesanan.
Contoh kegiatan dalam bidang menggambar:
i. Lukisan
ii. Catan
iii. Kolaj
iv. Montaj
v. Cetakan

Lukisan

Montaj

Catan

Kolaj

Cetakan

Bidang 2: Membuat Rekaan dan Corak

Bidang kegiatan ini memberi peluang


kepada murid untuk memahami pelbagai
cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan
lain.
Bidang ini membolehkan pelajar mengenali
dan mengkaji pelbagai corak dalam alam
dan kehidupan seharian.
Bahagian ini menegaskan kegiatan
mengenal motif dan olahannya untuk
menghasilkan rekaan corak tertentu.

Kegiatan ini memberi peluang kepada


pelajar untuk membuat rekaan corak
tidak terancang, corak terancang dan
juga corak tradisional dengan teknik
tertentu.

Teknik menghasilkan corak terbahagi


kepada dua jenis iaitu:

Bidang 3: Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang ini mengandungi aktiviti yang


menghasilkan karya berbentuk tiga
dimensi (3D).
Bidang ini menegaskan perkembangan
persepsi murid terhadap aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur, imbangan
dan kestabilan.
Bidang ini juga mendedahkan pelajar
dengan penggunaan pelbagai bahan,
alat dan teknik penghasilan.

Ini memberi peluang kepada pelajar untuk


berinteraksi secara kreatif dengan alat dan
bahan semasa menjalankan proses
penghasilan seni.
Contoh aktiviti:
i. Arca timbul
ii. Asemblaj
iii. Mobail
iv. Stabail
v. Model
vi. Diorama
vii.Boneka
viii.Topeng
ix. Origami

Arca timbul

Mobail

Stabail

Boneka

Origami

Topeng

Asemblaj

Diorama

Model

Bidang 4: Kraf Tradisional


Bidang ini memberi kesedaran tentang
adanya beberapa jenis kraf tradisional
dalam budaya tanah air.
Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan
fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan
bahan, motif, corak dan hiasan.
Aspek aspresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan, proses pembuatan
serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap
bidang kraf yang dinyatakan.

Di sekolah rendah, murid


diperkenalkan dengan kraf
tradisional seperti:
Alat permainan
Tekat
Alat domestik

Ukiran

Alat pertahanan
diri

Tenunan

Alat perhiasan diri Anyaman


Batik

tembikar

Pengenalan asas
seni reka

Asas seni rekamerupakan pengetahuan


tentang unsur seni dan prinsip rekaan.
Unsur seni merujuk kepada garisan , rupa,
bentuk, jalinan, ruang, dan warna.prinsip
rekaan pula terdiri daripada harmoni, kontra,
penegasan, imbangan, irama dan pergerakan,
kepelbagaian serta kesatuan.
Pemahaman dalam asas seni reka sangat
penting dalam setiap penghasilan karya seni
visual.
Hasil karya seni visual yang baik memerlukan
pengetahuan mengaplikasikan gabung jalin
antara unsur seni dengan prinsip rekaan.

Seni reka

Unsur seni

Prinsip seni

Garisan
Rupa
Bentuk
Jalinan
Ruang
Warna

Harmoni
Kontra
Penegasan
Imbangan
Irama dan pergerakan
Kepelbagaian
Kesatuan

Unsur seni REKAAN

1. Garisan
Garisanialah cantuman dari satu titik
ke titik yang lain dengan mempunyai
jarak-jarak tertentu.
Aplikasi berbagai jenis garisan dapat
mencipta rupa, jalinan, ton, corak
serta menimbulkan gambaran
bentuk, ruang dan gerakan dalam
seni visual.

Garisan terdapat pada benda


alam dan benda buatan manusia.
Contoh Garisan Pada Benda Buatan
Manusia:
Garisan pada tali, bakul anyaman, kain
tenunan, bangunan, tayar kereta, corak
fabrik, jala, penapis dan sebagainya.

Contoh
Gaisan
Semulajadi:

Pada

Alam

Garisan pada batu, haiwan dan


tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali,
urat-urat daun, ombak di lautan, titistitis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan,
batu marmar, kulit kayu dan sebagainya

Jenis-jenis garisan
Garisan halus

Garisan tebal

Garisan beralun

Garisan berduri

Garisan bergerigi

Garisan berpancar

Garisan berbulu

Garisan berbiji

Garisan berlingkar

Garisan zig zag

Garisan putus-putus

Garisan berserabut

Fungsi garisan

Menimbulkan rupa.
Menimbulkan bentuk.
Menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
Mewujudkan ruang.
Menghasilkan jalinan.
Menghasilkan motif pada reka corak.
Mewujudkan ton.
Menghasilkan pelbagai asas corak garisan
grid.

Garisan dengan
Ton/Ruang
Garisan yang halus menimbulkan ton yang
cerah manakala garisan yang tebal akan
menimbulkan ton yang gelap.
Garisan yang jarang-jarang menimbulkan
ton yang cerah manakala garisan yang
rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi
ruang yang jauh manakala garisan yang
tebal akan menampakkan ruang yang
hadapan.

Penggunaan
perbezaan saiz
garisan boleh
membezakan ruang
yang jauh/belakang
dan dekat.hadapan
Perbezaan jarak
garisan juga boleh
membezakan ton
yang cerah dan ton
gelap

Semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih


hadapan hendaklah menggunakan garisan yang
lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau
kualiti yang gelap manakala kawasan belakang
hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah
atau kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

2. Rupa
Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung
dengan titik mula
Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari
garisan luar
Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
i.

Rupa geometri bersudut seperti segi tiga, segi


empat, pyramid, bulat dsb.
ii. Rupa organik rupa bebas yang tidak bersudut
seperti rupa daun, buah, batu dsb.

Rupa boleh diolah dalam bentuk:


i.

Rupa positif rupa objek yang terletak di sesuatu


kawasan
ii. Rupa negatif ruang di sekeliling rupa sesuatu
objek.

Pertemuan
antara
permulaan dan
penghujung
sesuatu
garisan
menghasilkan
rupa

RUPA

Jenis
rupa
Rupa
geometri

Rupa
organik

i. Rupa geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang
mempunyai sudut seperti bulatan,
tiga segi, empatsegi dan lain-lain
rupa yang bersudut.
Dicipta dengan menggunakan alatan
khas iaitu pembaris, set geometri
dengan ukuran-ukuran tertentu.

ii. Rupa organik


Rupa organic merujuk kepada rupa
bebas yang tidak dapat diukur
sudutnyaseperti rupa daun, rupa
orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara spontan

Rupa boleh
diolah dalam
bentuk

Rupa positif

Rupa negatif

Rupa positif dan negatif


Rupa positif ialah rupa sesuatu objek
yang terletak di dalam satu kawasan
tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling
rupa objek tersebut.

Rupa positif

Rupa negatif

3. Bentuk
Bentukmempunyai struktur jisim dan
isipadu.
Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan,
catan, arca, komputer dan kraf tradisi.
Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
Bentuk konkrit bentuk sebenar yang
bersifat 3 dimensi.
ii. Bentuk ilusi bentuk visual yang bersifat
2 dimensi yang digambarkan melalui
lukisan atau catan.
i.

Penghasilan bentuk melalui teknik lukisan

Ciri-ciri bentuk
Bersifat tiga dimensi (3D)
Mengandungi ketinggian, lebar dan
kedalaman

Berstruktur
Mempunyai rangka yang membolehkan
membentuk form atau isipadu dengan
tepat dan sempurna

Boleh dilihat dari semua arah


Mempunyai lebih dari satu permukaan

Terdapat bayangan
Mempunyai kesan cahaya dan bayang

i. Bentuk konkrit
Bentuk sebenar yang bersifat 3
dimensi dan dapat dirasa, disentuh
dan dilihat daripada pelbagai sudut.
Mempunyai ciri-ciri nyata dan
maujud (benar-benar wujud di
hadapan mata)
Contoh: batu, kayu, meja, kereta dan
sebagainya.

ii. Bentuk ilusi


Bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran
penggunaan unsur-unsur seni seperti warna,
garisan dan lain-lain
Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan
melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau
pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya
dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang
dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan
cahaya dan bayang merupakan faktor
terpenting.

4. Jalinan
Jalinanmerujuk kepada kesan yang
terdapat pada permukaan sesuatu objek.
Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan
ekspresi sesuatu objek kepada kita.
Jalinan terbahagi kepada dua:
i.

Jalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai


melalui sentuhan, contohnya kulit buah
durian (alam semula jadi) dan jahitan
sulaman (alam buatan manusia).
ii. Jalinan tampak jalinan yang hanya dapat
dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui
sentuhan.

Contoh jalinan
pada benda
alam semulajadi

Contoh jalinan
pada benda
buatan manusia

i. Jalinan sentuh
Merupakan kesan permukaan yang
dapat dilihat dan dirasa melalui
sentuhan seperti, permukaan batu,
kulit kayu, kulit kerang
Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke
permukaan 2 dimensi melalui
beberapa teknik seperti capan,
cetakan, gosokan dan sebagainya

ii. Jalinan tampak


Merupakan kesan jalinan yang hanya
dapat dilihat tetapi tidak dapat
dirasa melalui sentuhan seperti,
sayap rama-rama, kulit tembikai,
kertas pembalut hadiah, kertas
dinding, corak tekstil dan
sebagainya.

Contoh penghasilam karya


berjalinan tampak

Gosokan

Pualaman

Ikat dan celup

Capan

Lukisan dan catan

Batik

Fungsi jalinan
Sebagai Penyamaran
Sesumpah, serangga, harimau dan kuda
belang

Menahan Geseran
Tayar kereta, tapak kasut

Sebagai hiasan
Corak pakaian, corak kertas dinding

Pengaliran air dan udara


Jala ikan

5. Ruang
Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling
objek, jarak antara dua objek, atau rongga
dalam sesuatu objek.
Ruang juga berkait dengan jarak dan
kedudukan di antara objek dengan objek
yang lain.
Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
i.

Ruang nyata / fizikal/ konkrit ruang sebenar


yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
ii. Ruang tampak/ ilusi ruang yang hanya dapat
dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan
dan cetakan (bukan sebenar)

Ruang nyata

Ruang ilusi

Jenis-jenis ruang ilusi


Secara amnya, ruang ilusi yang
digunakan untuk menghasilkan karya
2D ialah ruang cetek, ruang dalam,
ruang rata dan ruang meragukan.
Ruang cetek
Merupakan gambaran pada karya 2D yang
hanya melibatkan kawasan yang sempit
atau rakaman objek pada jarak dekat
Biasanya diolahkan dengan mempunyai
ruang depan dan ruang belakang

Ruang dalam
Ruang dalam pada karya 2D adalah
berpandukan garis ufuk yang jauh,
biasanya dikaitkan dengan gambaran
lanskap
Olahan ruang dalam biasanya terbahagi
kepada ruang depan, ruang tengah dan
ruang belakang
Ruang rata
Ruang rata ialah gambaran yang
menunjukkan subjek dan latarnya duduk
sama rata sebagaimana terdapat corak
batik dan pelbagai jenis catan abstrak

Ruang meragukan
Ruang meragukan merupakan ruang
mengelirukan atau kesamaran ialah
kesan ilusi yang memberikan dua
gambaran berlainan pada masa yang
sama mengikut kepekaan yang melihat

Ruang dan perspektif


Kesan ruang boleh digambarkan melalui
perbezaan saiz objek
Perspektif ialah satu kaedah menghasilkan
ruang untuk meletakkan objek 3D di permukaan
2D
Di antara elemen penting dalam penghasilan
perspektif ialah garisan ufuk atau horizon dan
titik lenyap
Kedua-dua elemen tersebut bertanggungjawab
menyorot pandangan kita masuk ke dalam
lukisan atau catan.

Ruang dan warna


Warna memainkan peranan penting bagi menentukan
kedalaman sesuatu ruang yang ingin digambarkan
Objek dan latar diwarnakan dengan terang di
bahagian hadapan dan semakin pudar ke belakang
untuk menampakkan perbezaan jarak
Warna dapat bertindak menentukan sesuatu ruang itu
timbul atau tenggelam
Warna yang kuat kuasanya seperti warna asas akan
kelihatan lebih ke hadapan daripada warna sekunder
Aplikasi warna yang lebih pekat memberi gambaran
kedudukan yang dekat dengan pemerhati dan warna
yang lebih pucat menyorot masuk ke dalam catan
yang memberi ilusi ruang yang jauh dan dalam

6. Warna
Warnaialah pigmen pewarna kimia yang
bertindak balas pada sesuatu permukaan.
warna terbahagi kepada tiga kumpulan
utama iaitu
i.

Warna asas terdiri daripada warna biru, merah


dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan
warna sekunder dan warna tertier
ii. Warna sekunder terdiri daripada warna hijau,
jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada
campuran dua warna asas.
iii. Warna tertier percampuran warna asas dan
sekunder.

Terdapat 3 gubahan warna iaitu:


i. Warna harmoni warna
bersebelahan dalam roda warna
(warna sekeluarga, selesa dan
seimbang)
ii. Warna penggenap warna yang
bertentangan dalam roda warna
(menimbulkan kesan segar, kaya,
kontra, getaran dan pergerakan)
iii. Warna sewarna hanya satu warna
yang mempunyai pelbagai ton
(daripada terang kepada gelap)

Terdapat 2 suhu warna iaitu:


i.

Warna panas warna antara warna


merah ungu hingga kuning hijau pada
roda warna (menimbulkan kesan
bertenaga, garang, harapan, perang,
meriah dsb)
ii. Warna sejuk warna antara hijau
hingga ungu pada roda warna
(menimbulkan kesan sejuk, sedih,
damai dan tenang)

rinsip seni REKAAN

1. Harmoni
Dalam istilah bahasa harmoni
membawa maksud aman dan damai
Dalam istilah seni harmoni merupakan
hasil ulangan dan rentak unsur seni
yang sesuai dan seimbang
Harmoni wujud dalam penggunaan
garisan dan warna
Harmoni tidak akan wujud jika ada
unsur-unsur yang bercanggah

2. Kontra
Kontrawujud apabila salah satu daripada
unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang
bertentangan di antara satu sama.
Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian,
memberi fokus, mengelakkan kebosanan
dan kesan pergerakan
Kontra berkait rapat dengan penegasan
(semakin tinggi kadar kontra semakin jelas
penegasan).
Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan
unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

3. Penegasan
Penegasanialah sesuatu yang boleh
menarik perhatian dan tumpuan kepada
pemerhatian tampak.
Ianya berfungsi sebagai daya penarik,
pemusatan karya, mengelak kebosanan
dan menjadikan gubahan lebih menarik.
Penegasan dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni yang kontra atau
asingkan objek yang hendak ditegaskan

4. Imbangan
Imbanganialah keadaan gubahan yang sama
sempadan, sama berat dan graviti, sama
kecerahan warna, sama padan dan sama gaya
penampilan.
Terdapat tiga jenis imbangan iaitu
i. Imbangan simetri unsur seni yang sama
antara kiri dan kanan atau atas dan bawah
(garisan axis dilukis di tengah-tengah
pembahagian tersebut)
ii. Imbangan tidak simetri unsur seni tidak
sama di kedua-dua bahagian tetapi
mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan
keseimbangan

5. Irama dan Pergerakan


Pergerakanwujud apabila
terdapatnya keadaan yang bergetar,
bergoyang, bergegar, berayun,
bersinar-sinar dan sebagainya.
Pergerakan bertujuan untuk memberi
nyawa, rupa dan bentuk visual
dalam seni tampak dua dimensi.
Pergerakan dapat dilihat melalui
kesan angin, air, ombak, taufan dsb

6. Kepelbagaian
Kepelbagaianmerupakan keadaan
penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea
yang berbeza.
Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi,
tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu
gubahan
Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang
bertentangan arah dan berbeza saiznya akan
mewujudkan kepelbagaian.
Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa
dan warna yang pelbagai dalam sesuatu
gubahan

7. Kesatuan
Kesatuan bermaksud satu tema atau
satu idea bagi semua unsur dalam
sesuatu gubahan
Kesatuan dapat menimbulkan
suasana yang tenteram, teratur dan
selesa

Sekian,
terima
kasih