Anda di halaman 1dari 8

Nama : Muhamad Adam Harris bin Zahid

Umur : 3Tahun 2Bulan


Hobi : Bermain bola
Cita-cita : Polis
Sekolah : -

Bagi responden yang berusia 3 tahun. Saya telah pergi ke rumah sepupu saya yang terletak di
Taman Permata, Kuala lumpur. Saya telah meminta Adam untuk melukis dan mewarna apa
sahaja yang dia mahu, Adam merupakan sepupu saya yang terdekat. Saya mengeluarkan kertas
dan perbagai alatan mewarna kepada Adam. Dia mendekatkan diri kepada saya dan mula
memegang kertas dan pen warna. Seterusnya, Adam mula menggunakan pelbagai warna pensel
yang saya sediakan. Saya melihat Adam hanya menggunakan beberapa pensel berwarna dan
pensil untuk melukis.
Selain itu, Adam lebih gemar menggunakan warna cerah seperti kuning berbanding
warna-warna yang lain. Jika dilihat pada hasil kertas lukisan yang telah dilukis, Adam banyak
melukis mengenai garisan yang pelbagai. Menurut Lowenfeld, pengetahuan sedia ada kanakkanak

boleh

dikaitkan

dengan

tahap

perkembangan

kanak-kanak.

Lowenfeld

telah

mengemukakan tahap perkembangan kanak-kanak pada umur 2 hingga 4 tahun adalah


diperingkat contengan. Jika dilihat pada lukisan, Adam hanya melakukan contengan dan tidak
mewarnakan hasil lukisan tersebut. Boleh dirumuskan bahawa Adam telah mencapai tahap
perkembangan seperti mana yang telah dikemukakan oleh Lowenfeld.

Nama :Mohd Ammar Hakimi bin Mohd Noor


Umur : 6 Tahun 1Bulan
Hobi : Berbasikal
Cita-cita : Doktor
Sekolah : Tadika Kampung Jambu
Bagi responden yang berumur 6 tahun saya telah menjalankan kajian terhadap kanak-kanak
lelaki berusia 6 tahun 1 bulan. Dia pula merupakan anak rakan ibu saya. Saya telah pergi ke

rumah Ammar. Apa yang saya lihat Ammar telah menggunakan alatan seperti penwarna
sepenuhnya. Ammar juga menggunakan pelbagai warna untuk mewarnakan lukisan tersebut. Apa
yang saya lihat Ammar banyak menggunakan pen marker yang warnanya terangdan ceria.
Selain itu juga, Ammar juga dilihat tidak gema rmenggunakan warna gelap berbanding
warna-warna yang lain. Jika dilihat pada hasil kertas lukisan yang telah dilukis. Menurut
Lowenfeld juga, pengetahuan sedia ada kanak-kanak boleh dikaitkan dengan tahap
perkembangan kanak-kanak. Lowenfeld juga telah mengemukakan tahap perkembangan kanakkanak pada umur 4 hingga 7 tahun iaitu pra-skematik. Di dalam elemen ini telah mengambarkan
kanak-kanak melukis bentuk yang terdapat dipersekitaran. Imej manusia digambarkan dengan
rupa asas. Kanak-kanak cuba membuat penyataan sendiri. Jika dilihat pada hasil lukisan Ammar,
dapat dirumuskan bahawa Ammar telah mencapai tahap perkembangan seperti yang dikemukan
oleh Lowenfeld.

Nama : Muhamad Afif Syahmi Bin Roni


Umur : 9 Tahun
Hobi : Bermain bola sepak dan memancing
Cita-cita : Pemain bola sepak
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Taman Permata

Bagi responden saya yang berusia 9 tahun, saya telah meminta rakan kepada sepupu saya untuk
melukis dan mewarna. Afif pada awalnya agak malu untuk bercakap dengan saya kerana ini
merupakan kali pertama kami berjumpa. Saya telah memberikan kertas dan perbagai alatan
mewarna untuk Afif. Pada mulanya Afif tidak tahu mahu meluki sapa. Apabila saya bertanya
apakah yang dia suka dan dia telah memberitahu saya bahawa dia sukakan pemandangan laut.
Seterusnya, saya telah memberikan idea untuk melukis hidupan di laut. Afif juga banyak
menggunakan pensil warna yang terang dan ceria seperti merah dan biru.
Afif telah melukis mengenai pemandangan di laut. Hasil lukisan Afif pada saya agak kemas dan
meggunakan warna yang cerah. Menurut Lowenfeld, pengetahuan sedia ada kanak-kanak boleh
dikaitkan dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Lowenfeld telah mengemukakan tahap
perkembangan kanak-kanak pada umur 7 hingga 9 tahun iaitu skematik. Lukisan banyak
menggunakan simbol tetapi sifatnya tidak kekal dan berubah mengikut tahap perkembangan.
Lebih kepada lukisan manusia dan objek yang menarik perhatian mereka. Lukisan banyak
menggunakan bentuk geometri. Jika dilihat pada hasil lukisan Afif, dapatlah dirumuskan bahawa
Afif telah mencapai tahap perkembangan seperti yang dikemukan oleh Lowenfeld.

Signifikan Kajian
Menurut Lowenfeld, kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki
oleh setiap orang. Naluri itu merupakan faktor pertama digunakan untuk menyelesaikan atau
membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan ialah asas yang mendorong
seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia
tidak akan bertindak. Victor Lowenfeld turut mengariskan 3 proses kreativiti sebagai kefahaman
masalah, kelancaran idea dan proses kreativiti itu sendiri. Oleh sebab itu guru sebagai pendidik
dan pembimbing murid-murid perlu berperanan penting dalam usaha memupuk kreativiti muridmurid.

Sifat kreatif bukan sahaja boleh dipupuk, tetapi perlu dipupuk. Oleh sebab itu sekolah
adalah tempat yang terbaik dalam memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak, iaitu
dengan membuat penyesuaian kepada persekitaran atau pun kedua-duanya sekali. Sekolah boleh
memberi peluang membantu murid-murid mencapai penyempurnaan kendiri. Merancang
pendekatan yang sesuai dan mengambil kira teori perkembangan dan teori pembelajaran. Kajian
yang telah kami jalankan ini telah menunjukkan bahawa perkembangan seni kanak-kanak
berkembang dari satu peringkat keperingkat yang lain terutamanya aspek-aspek kemahiran
penggunaan bahan dan media serta pendedahan kepada persekitaran mereka. Kajian ini juga
boleh menjadi panduan kepada guru-guru pelatih seni di dalam perancangan kurikulum kelak.
Pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang
terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat bermatlamat melahirkan individu yang celik
seni bagi diri dan masyarakatnya.

Persoalan Kajian
1.
2.
3.
4.
5.

Adakah terdapat perbezaan satu-satu tahap itu?


Adakah kaitan perkembangan kanak-kanak dengan persekitaran?
Adakah perbezaan antara lelaki dan perempuan dari segi lukisan?
Bagaimana simbol-simbol dilahirkan pada setiap tahap?
Bagaimanakah langkah-langkah untuk tingkatkan kebolehan mereka?

Rumusan
Secara keseluruhannya dapatlah kita simpulkan bahawa setiap peringkat umur seorang kanakkanak ini adalah berbeza-beza. Hal ini kerana tahap motor halus serta motor kasar mereka adalah
berbeza. Seterusnya , dari segi hasil lukisan juga terdapat perbezaan antara responden lelaki dan
juga responden perempuan. Hasil kerja lukisan responden perempuan adalah jauh lebih kemas
jika dibandingkan dengan pihak responden lelaki. Akhir sekali, terdapat juga kaitan
perkembangan kanak-kanak dengan persekitaran. Jika persekitaran kanak-kanak itu ceria dan
elok kita juga akan dapat melihatnya melalui lukisan mereka yang ceria. Malah jika sebaliknya
lukisan mereka akan suram. Kajian ini juga boleh menjadi panduan kepada guru-guru pelatih
seni di dalam perancangan kurikulum kelak. Pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran
dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat
bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya.