Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU TAHUN 2

Tarikh

: 21 September 2014

Hari

: Ahad

Masa

: 10.30 pagi 11.30 pagi

Tahun

: 2 Melur (25 orang)

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tema

: Yang Baik Jadikan Teladan

Tajuk

: Cerita Burung Hantu dan Kura-kura

Fokus utama

:
Standard Kandungan : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu
perkara semula dengan tepat
menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran : 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara
dengan tepat,sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.
1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang
didengar dengan betul menggunakan
ayat tunggal

Objektif

: Pada akhir pembelajaran,murid dapat :i)

membuat lampiran aktiviti yang disediakan di bahagian

ii)

belakang E-Buku dengan betul.


mempersembahkan teater pembaca dengan menggunakan
kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan
jelas berdasarkan Cerita Burung Hantu dan Kura-Kura .

iii)
iv)

mengenal pasti watak dan perwatakan yang terdapat dalam


Cerita Burung Hantu dan Kura-kura
menceritakan semula Cerita Burung Hantu dan Kura-Kura
menggunakan ayat tunggal

Pengetahuan Sedia :
Ada

i)

murid mengetahui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

ii)

murid tahu untuk menggunakan komputer dan membaca cerita

iii)

murid telah mahir dalam menghasilkan peta minda

iv)

murid telah mempunyai ilmu berkenaan ayat tunggal

Pengisian Kurikulum :
Ilmu - Moral
Nilai Murni - Rasional,Bekerjasama
Elemen Merentas

: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kurikulum

Bahan bantu belajar :

E-buku Cerita Burung Hantu dan Kura-kura dan Lampiran Aktiviti

Langkah Pengajaran :

Langkah /
Masa

Isi Pelajaran

Pengajaran dan Pembelajaran

Set Induksi
( 5 minit )

Perkenalan watak

i. Guru menunjukkan gambar burung


hantu dan kura-kura kepada muridmurid dan menyuruh pelajar yang
mengenali haiwan tersebut untuk
mengangkat tangan.
ii. Guru memuji murid yang boleh
menjawab dengan betul.
iii. Murid mengenali watak burung
hantu dan kura-kura.

Langkah 1
( 5 minit )

Tayangan e-buku : Cerita


Burung Hantu dan Kura-kura

i. Murid diminta menonton e-buku


yang ditayangkan.
ii. Murid hendaklah menghayati cerita
tersebut.
iii. Mereka dikehendaki memahami,
menghayati watak dan bersedia
untuk menceritakan semula kisah
tersebut.

Langkah 2
( 10 minit )

Menjawab lampiran aktiviti di


bahagian belakang E-Buku

i. Setiap murid harus menjawab


latihan yang diberikan dalam buku
masing-masing
ii. Setelah semua murid telah habiskan
latihan yang diberi,guru memilih
beberapa orang pelajar yang
mengangkat tangan untuk
menjawab latihan menggunakan
komputer.
iii. Murid yang menjawab dengan betul
diberi pujian oleh guru.

Langkah 3
( 20 minit )

Mempersembahkan cerita

i. Beberapa orang murid dipilih secara

menggunakan teknik teater

rawak untuk mempersembahkan

pembaca.

kisah tersebut.
ii. Murid perlulah menggunakan
sebutan intonasi dan penghayatan
yang sesuai ketika mereka
bercerita.
iii. Di akhir persembahan, murid akan
menerima ulasan mahupun teguran
daripada guru.

Langkah 4
( 15 minit )

Bina peta minda

i. Murid dibahagikan kepada lima


kumpulan.

- mengenal pasti perwatakan


watak dalam Cerita Burung
Hantu dan Kura-kura

ii. Mengikut kumpulan, murid-murid


dikehendaki untuk membina peta
minda berdasarkan tontonan
E - buku.
iii. Murid berbincang peranan yang
dimainkan oleh dua watak yang ada
dalam cerita berkenaan.
iv. Setiap kumpulan diminta untuk
membentangkan hasil kerja
kumpulan mereka.
v. Peneguhan diberi oleh guru kepada
murid yang berjaya melaksanakan
tugas.

Langkah 5
(10 minit)

Menceritakan Cerita Burung

i. 10 orang murid sukarelawan diminta

Hantu dan Kura-kura

untuk menceritakan Cerita Burung

menggunakan ayat tunggal.

Hantu dan Kura-Kura menggunakan


ayat tunggal.
ii. Murid dan guru berbincang tentang
cerita yang diceritakan.
iii. Guru memberi pujian kepada
murid yang menjawab.

Penutup
( 5 minit )

Guru merumuskan
pengajaran pada hari ini.

ii. Murid diminta untuk memberikan


pandangan tentang nilai-nilai yang
boleh diamalkan dalam kehidupan
seharian.
ii. Guru memberi pujian kepada murid
yang menjawab.