Anda di halaman 1dari 13

1

PENDAHULUAN

Terdapat tiga tugasan yang perlu dilakukan dalam kerja kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU
3106). Tugasan pertama ialah esei berkenaan pembinaan persekitaran bilik darjah mesra
budaya. Penekanan akan diberikan kepada empat elemen yang dikehendaki dalam tugasan
iaitu kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahanpengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah serta pentaksiran dan penilaian prestasi pelajar.
Tugasan kedua pula merupakan tugasan secara kumpulan bertiga. Satu set Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) 30 minit mengikut subjek major kami iaitu Matematik perlu
disediakan. Kami juga perlu melaksanakan RPH tersebut dalam bentuk main peranan.
Akhir sekali, kami diminta menyediakan sebuah laporan tentang penggunaan kaedah,
strategi, aktiviti dan bahan yang telah digunakan dalam RP. Kami juga perlu menyatakan
implikasi dan pembelajaran ilmu baharu yang diperolehi semasa melaksanakan pengajaran.
Diharapkan tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki.

ESEI PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA


Pengajaran dan pembelajaran umumnya berlaku di bilik darjah. Menurut Ee Ah Meng
(1994), bilik darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar
oleh seseorang guru. Jika seseorang guru hanya mengajar untuk menyampaikan ilmu,
maka semua guru mampu berbuat demikian. Namun, sejauh mana keberkesanan sesi
PdPnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor-faktor ini akan dirangkumkan sekali
dalam konteks persekitaran bilik darjah yang akan dibincangkan dalam esei ini. Maka,
apakah yang dimaksudkan dengan bilik darjah mesra budaya?
Perkataan mesra amat sinonim dengan keharmonian dan keselesaan dengan
seseorang atau sesuatu situasi. Mesra juga boleh dikaitkan dengan rasa kebersamaan
dalam satu kelompok. Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa, kemesraan
tidak akan terjalin tanpa wujudnya aktiviti sosial atau interaksi antara guru-murid dan
murid-murid.
Manakala, Noriati A. Rashid (2014), menakrifkan budaya sebagai sesuatu nilai
amalan dan perlakuan yang diterima oleh sekelompok masyarakat yang memenuhi
kehendak rohani dan jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut.
Dengan wujudnya murid-murid daripada pelbagai latar belakang keluarga dan
perbezaan perkembangan, maka budaya bagi setiap murid mungkin berbeza dengan
yang lain. Guru perlu bijak menimbulkan kemesraan antara budaya ini agar tidak berlaku
pertembungan yang kontra sehingga membuatkan suasana harmoni dan selesa tidak
dapat dihasilkan.
Oleh hal yang demikian, kita boleh membuat kesimpulan asas bahawa
persekitaran mesra budaya adalah bilik darjah yang selesa, kondusif, damai dan
tenteram untuk menjalankan proses PdP tanpa menafikan hak-hak kesamarataan, murid
yang berbeza latar belakang dari segi kaum, jantina dan kepeluan masing-masing. Guru
perlu mengambil kira akan kepelbagaian budaya dalam bilik darjah tersebut. Setiap
perkara yang dirancang oleh guru perlu mempunyai inisiatif untuk merangsang murid
menjadi peka kepada budaya, saling hormat-menghormati dan dapat bergaul mesra
tanpa mengira perbezaan mereka. Terdapat empat factor yang akan dibincangkan bagi
mewujudkan persekitaran mesra budaya iaitu kepelbagaian aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah dan
pentaksiran dan penilaian murid.

Kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjalan sekiranya tiada aktiviti
yang dilakukan. Pada zaman penduduk Tanah Melayu baru berjinak-jinak dengan
pembelajaran secara formal di sekolah, pengajaran secara tradisional diamalkan.
Menurut Ee Ah Meng (1994), susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah tradisional
adalah secara baris demi baris. Susunan sebegini dianggap sesuai kerana pendekatan
pengajaran adalah berpusat kepada guru, iaitu penglibatan murid-murid dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran tidak digalakkan.
Kini, seiring peredaran zaman, apabila kerajaan Malaysia menyedari pentingnya
system pendidikan untuk melahirkan anak murid yang mampu berfikir jauh dan lebih
berdaya saing, perubahan kepada kurikulum pelajaran diubah suai kepada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terbaru, Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Kurikulum baru ini lebih mementingkan pendekatan yang berpusatkan
murid. Hal ini adalah bagi memastikan perkembangan murid-murid berlaku dengan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dituntut dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seperti yang telah dinyatakan dalam definisi persekitaran mesra budaya,
interaksi atau aktiviti social perlu berlaku bagi merujudkan persekitaran yang mesra
budaya. Maka pendekatan berpusatkan murid sangat memenuhi kriteria pembinaan
persekitaran mesra budaya ini. Namun, aktiviti-aktiviti tersebut perlulah dirancang
dengan mengambil kira perbezaan murid kerana setiap murid berbeza cara
pembelajarannya dan kecerdasannya. Guru tidak boleh merancang setiap aktiviti
tertumpu kepada sesuatu kriteria sahaja kerana ianya akan mengundang kebosanan
murid yang tiada kelebihan padanya.
Menurut David C. Mims (2013), Neil Fleming telah mengatakan bahawa terdapat
empat gaya pembelajaran dalam model VARK atau Visual, Audio, Writing and Kinestatic
Learners. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Murid tersebut
mungkin cenderung mengguanakan penglihatannya, pendengarannya, penulisan atau
gerak tubuhnya untuk belajar dengan lebih berkesan kepada gaya pembelajarannya.
Medeline Hunter (1994) pula menyatakan bahawa pemerolehan konsep dan

generalisasi perlu dimulakan dengan penglihatan dan manipulasi bahan-bahan konkrit.


Sedangkan konkrit telaj pun merangkumi penggunaan pelbagai deria di dalamnya.
Jika Neil Fleming membicarakana perihal gaya pembelajaran, Howard Gardner
pula mengemukakan kepelbagaian kecerdasan yang ada pada murid-muroid. Boleh
dikatakan bahawa kecerdasan ini akan menjadi kelebihan murid-murid. Apabila guruguru merancang aktiviti yang merangkumi aspek kecerdasan mereka, mereka menjadi
lebih bersemangat untuk menunjukkan kelebihan mereka. Tambahan pula, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berdasrkan kepelbagai kecerdasan ini
akan memberikan kelebihan kepada guru untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang lebh efektif seperti yang telah dinyatakan oleh James Bellanca (1997) dalam
bukunya Multiple Assessments for Multiple Intelligences.
The process approach of multiple intelligences instruction calls for active and authentic
learning that engages all students in the construction of their learning.
Rahil Mahyudin (2008), menyatakan bahawa Howard Gardner berjaya mengenal
pasti tujuh jenis kecerdasan iaitu linguistik, logical matematikal, ruang, muzikal,
kinestetik interpersonal dan intrapersonal :
a) Kecerdasan linguistik
bermakna kebolehan

menggunakan

bahasa

secara

cekap.

Gardner

menganggap bahasa sebagai contoh yang terbaik untuk menerangkan tahap


kecerdasan. Contoh tingkah-laku yang menunjukkan kecerdasan linguistik ialah
berhujah dengan meyakinkan, menulis puisi, sensitif dengan perbezaan halus
dalam makna perkataan.
b) Kecerdasan logik-matematik
menunjukkan kebolehan menaakul secara logik dalam matematik dan sains.
Contoh tingkah laku bagi kecerdasan ini adalah menyelesaikan masalah
matematik dengan cepat, menghasilkan bukti matematik, membentuk dan
mengkaji hipotesis tentang fenomena yang diperhatikan.
c) Kecerdasan ruang
adalah kebolehan mengesan perincian dalam sesuatu yang diperhatikan serta
berimaginasi dan boleh memanipulasi objek visual dalam minda. Kecerdasan ini
dikaitkan dengan otak kanan. Contoh tingkah laku kecerdasan ini adalah
menjelmakan imej mental dalam minda, melukis sesuatu reka bentuk visual
untuk sesuatu objek.
d) Kecerdasan kinestatik

adalah kebolehan menggunakan tubuh badan dengan mahir. Gardner telah


mengenal pasti kawalan pergerakan badan dan kebolehan mengendalikan objek
dengan mahir sebagai operasi teras. Contoh tingkah laku kecerdasan kinestatik
adalah menari, bermain bola jarring, berlakon dan berenang.
e) Kecerdasan intrapersonal
adalah satu kebolehan menyedari perasaan diri, motif,

kehendak,

mendiskriminasi antara perasaan dan meluahkan perasaan. Contoh tingkah laku


kecerdasan ini adalah mendiskriminasi antara emosi (kesal dan sedih),
mengenal pasti motif tingkah laku seseorang, menggunakan pengetahuan
tentang diri untuk berhubung dengan orang lain secara berkesan.
f) Kecerdasan interpersonal
adalah kebolehan mengesan aspek-aspek tingkah laku orang lain dan
memahaminya. Ini membolehkan seseorang itu menyesuaikan dirinya dengan
orang lain. Contoh tingkah lakunya adalah mengetahui perasaan orang lain,
mengesan niat dan kehendak orang lain, menggunakan pengetahuan tentang
orang lain untuk mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku diri.
Berdasarkan ketujuh-tujuh definisini ini guru boelh merancang aktiviti yang
mempunyai lebih daripada satu unsur kecerdasan. Seboleh-bolehnya, aktiviti yang
dirancan perlulah melibatkan kerjasama antara murid-murid. Aktiviti pertama yang boleh
dirancang adalah pameran. Murid-murid akan membuat kajian tentang sesuatu topic
dan menyediakan sebuah pameran utnuk menunjukkan apa yang telah mereka pelajari.
Dalam menjayakan pameran ini, sudah tentu akan berlaku banyak interaksi anatar
murid. Guru juga boleh menjadikan pameran sebagai wasilah untuk mendapatkan kredit
tambahan atau kerja kurikulum. Sebagai contoh, murid-murid diminta untuek membuat
kajian tentang makanan tradisi bagi setiap kaum dan mempersembahkannya dalam
bentuk poster.
Selain itu, guru juga boleh menjadikan persembahan sebagai aktiviti. Muridmurid akan mempersembahkan kepelbagaian ada bakat mereka kepada rakan-rakan,
ibu bapa dan murid dari kelas lain. Murid-murid akan mempunyai peluang untuk
berkongsi budaya mereka dengan pihak lain. Persembahan perlu melibatkan semua
murid. Sebagai contoh, guru boleh memberikan tugasan kepada murid-murid untuk
melakonkan cerita rakyat seperti Si Tenggang yang mempunyai banyak unsur
pengajaran.

Di samping itu, murid boleh ditugaskan untuk menghasilkan apa-apa reka cipta
berdasarkan unit yang dipelajari. Reka cipta sebegini amat berkesan untuk mendidik
murid membuat hubung jalin antara konsep-konsep yang diplejari. Pembelajaran learnby-do sebegini amat efektif jika dihubungkan dengan jurnal dan pameran kerana
mereka akan lebih memahami konsep-konsep yang digunakan dalam reka cipta mereka
sendiri. Aktiviti reka cipta digalakkan utnuk dilakukan dalam bentuk kumpulan. Antara
conth reka cipta adalah membina buku cerita kanak-kanak.
2.2 Bahan pengajaran dan pembelajaran
Bahan pengajaran dan pembelajaran turut membawa kesan kepada keberkesanan
kepada sesi PdP.Hal ini disebabkan, bahan-bahan ini sering mempunyai input-input
penting berkenaan konsep yang perlu dipleajari. Segala bahan yang digunakan dalam
semasa pengajaaran perlu disediakan dan dikumpul secukupnya sebelum memulakan
tugas mengajar. Amalan yang bijak adalah menyediakan bahan tambahan. Ini tidak
merugikan kerana bahan yang tidak digunakan boleh diubah suai dan diperkenalkan
dalam pelajaran yang berikutnya. Menurut Noriati A. Rashid (2014), bahan pengajaran
digunakan supaya dapat :
a) Merangsang pembelajaran
b) Mengekalkan minat
c) Boleh menambah kepelbagaian dalam pelajaran
d) Menggambarkan hubung kait antara subjek
Namun, penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran tidak akan membantu
PdP guru sekiranya ianya tidak membawa kesan kepada murid. Medeline Hunter (1994)
telah memberikan teknik untuk menjadikan bahan pengajaran lebih bermakna :
1. Guru mesti menguji pemahaman mereka dengan konsep yang ingin diajar dengan
mencipta permasalahan yang melibatkan konsep tersebut dan segala yang relevan.
2. Guru perlu mengaitkan pengajaran pada hari tersebut dengan kehidupan seharian
pelajar.
3. Murid perlu digalakkan untuk membina makna mereka sendiri dengan memberikan
contoh daripada kehidupan seharian mereka yang berkaitan konsep yang mereka
sedang pelajari.
4. Murid boleh menterjemahkan secara visual untuk menunjukkan apa yang mereka
faham.
5. Murid perlu mampu untuk menimbulkan situasi, ekserimen atau persamaan
menggunakan maklumat yang releven dan menganggarkan jawapan yang releven.

Jika dilihat pada teknik-teknik yang diberikan oleh Medeline Hunter, bahan bantu
belajar akan jadi lebih bermakna sekiranya digabungkan dengan aktiviti yang sinonim
dengan kebiasaan mereka. Terdapat banyak bahan bantu belajar yang boleh diguna
pakai dalam PdP, antaranya buku teks. Sering kali bahan pengajaran diambil daripada
buku teks yang ditetapkan. Lazimnya, guru perlu mendapatkan petunjuk dan maklumat
tambahan daripada bahan bercetak lain yang tidak didapati oleh pelajar. Selain itu,
dalam penggunaan buku teks ini, guru perlu menerapkan pelbagai mata pelajaran
merentasi kurikulum. Aktiviti yang guru boleh jalankan untuk menggunakan buku teks
adalah dengan membina pengurusan grafik. Guru meminta murid-murid untuk samasama menyusun maklumat-maklumat yang ada dalam buku teks yang ditentukan
halamannya ke dalam pengurusan grafik.
Selain itu, guru juga boleh memberikan bahan edaran kepada murid-murid.
Bahan tambahan perlu disediakan apabila buku teks tidak meliputi setiap topik dalam
sukatan peperiksaan. Guru mesti membuat kajian berkaitan bahan yang diperlukan,
mengumpul nota untuk

dibuat salinan dan mengagihkannya kepada pelajar. Bahan

edaran juga boleh digunakan sebagai ringkasan pelajaran. Kualiti bahan edaran adalah
seperti kejelasan, isi dan penyampaian.
Di samping itu, guru juga boleh mengguanakan surat khabar sebagai bahan
bantu belajar. Pelajar memeng seronok apabila dapat lepas daripada rutin kerana
tertarik pada penggunaan bahan lain daripada buku teks yang disediakan . Akhbar
adalah alat bantu mengajar yang murah dan berkesan. Guru mungkin boleh
memberikan tugasan membina buku skrap daripada keratan akhbar. Untuk membuatnya
lebih menarik perhatian, guru boleh membuat pertandingan untuk menentukan biku
skrap terbaik.
3

Pengurusan bilik darjah


Dalam membina persekitaran

bilik

darjah

yang

mesra

budaya,

guru

perlu

meminimumkan risiko berlakunya ketidakselesaan. Hal ini adalah bagi mengelakkan


timbulnya masalah disiplin yang akan mengganggu keharmonian bilik darjah. Perkara
paling asas yang perlu dititikberatkan oleh guru adalah bilik darjah yang kondusif yang
amat berkaitan dengan perngurusan bilik darjah. Menurut Noriati A. Rashid (2014),
terdapat tujuh aspek yang perlu diambil kira dalam pengurusan bilik darjah iaitu pelan
lantai, kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan, susunan kerusi dan meja murid,

susunan perabot dan peralatan, hiasan bilik darjah, sudut dan ruang bacaan serta ruang
dan sudut multimedia.
Dalam pengurusan bilik darjah yang dinyatakan oleh beliau, factor yang paling
penting yang membawa kesan kepada penerimaan budaya antara satu sama lain
adalah susun atur kerusi dan meja murid. Susun atur meja dan kerusi akan membawa
kesan kepada corak interaksi social dalam bilik darjah. Sebagai contoh, jika guru
menyusun kerusi dan meja secara berkumpulan, interaksi murid akan lebih cenderung
antara ahli kumpulan sahaja. Interaksi yang kerap akan memudahkan perbezaan bidaya
lebih mudah dofahami. Namun, sekiranya terlalu banyak interaksi, masalah disiplin
mungkin wujud sehingga membuatkan PdP terganggu. Maka, guru perlu bijak
menyusun tempat duduk setiap murid. Murid yang memerlukan perhatian lebih daripada
guru perlu ditempatkan berdekatan dengan guru. Guru juga perlulah adil terhadap
semua kaum dan tidak mengamalkan diskriminasi atau cenderung pada kaum-kaum
tertentu. Perilaku guru yang adik dan hormat-menghormati antara kaum turut
menyumbang kepada pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya kerana
murid akan menjadikan guru mereka sebagai suri teladan
Berkenaan factor kebersihan, pencahayaan dan pngudaraan serta susunan
perabot dan peralatan, ianya memberikan kesan secara tidak langsung kepada
pembinaan persekitaran mesra budaya. Konsep asas persekitaran yang tersebut adalah
keharmonian. Bilik darjah yang harmoni pula amat berkait rapat dengan emosi guru dan
murid. Adalah amat penting untuk memastikan kebersihan, pencahayaan dan
pengudaraan berada dalam keadaan baik.kelas yang kotor akan menyebabkan murid
tidak selesa untuk belajar. Pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sesuai akan
menyebabkan kelas terasa sesak, panas dan suram. Susunan perabot dan peralatan
perlulah sesuai dengan pergerakan pelajar dan memudahkan akses pelajar kepadanya.
Ketidaksesuaian susunun infrastruktur ini akan menyukakan pergerakan murid. Murid
akan mudah berasa rumas dan hal ini kemungkinan akan membuatkan aktitviti social
terganggu disebabkan emosi mereka terganggu.
Hiasan bilik darjah, sudut dan ruang bacaan serta ruang dan sudut multimed
pula amat berkaitan dengan penyampaian maklumat. Sehubungan itu, guru perlu
memanfaatkan sepenuhnya budaya yang ingin diterapkan ke dalam diri murid. Guru
boleh memaparkan poster-poster berkenaan nilai-nilai murni. Guru juga boleh
memperbanyakkan bahan bacaan yang berkaitan perbezaan budaya atau khususnya
berkenaan kaum. Secara tidak langsung, bukan sahaj ilmu murid akan bertambah,
malah, murid akan dibiasakan dengan perkara-perkara baik untuk diamalkan.

Penaksiran dan penilaian prestasi pelajar


Sebelum membincangkan perihal pentaksiran dan penilaian prestasi pelajar, penting
untuk kita memahami terlebih dahulu perbezaan antara kedua-dua perkara ini agar
kegunaannya boleh dibincangkan secara terperinci.
Mokhtar Ismail (1995) menakrifkan penilaian sebagai proses memberikan
pertimbangan nilai pada sesuatu berdasarkan pengalaman penilai. Seorang guru
menilai pelajarnya, sama ada pelajarnya pandai atau tidak, berdasarkan markah yang
diperoleh oleh pelajar tersebut dan rekod prestasi pelajar ini sebelumnya.
Mok Soon Sang (1995) pula telah menggariskan bahawa terdapat dua jenis
penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif meliputi aktiviti
mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang
telah diajarkan. Manakala penilaian sumatif pula merupakan aktiviti pengujian dan
pengukuran atas beberapa unit pembelajaran biasanya dalam tempoh satu penggal,
tengah tahun atau genap satu tahun.
Bagi pentaksiran pula, Azizi Ahmad (2010) menafsirkannya sebagai satu proses
dokumentasi yang
melibatkan pengislahan pengukuran tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan
kepercayaan. Dalam pendidikan, pentaksiran akan digunakan sebagai proses
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar.
Berdasarkan takrifan-takrifan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa penilaian
perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum pentaksiran boleh dilakukan. Hal ini disebbkan,
penilaian

berupaya

untuk

memberikan

maklumat

tentang

pencapaian

objektif

pembelajaran, kaedah mengajar dan dan kurikulum manakala pentaksiran pula berlaku
untuk membuat pengkelasan tentang pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
Setiap murid mempunyai latar belakang dan kecerdasan yang pelbagai. Oleh itu,
dalam membentuk persekitaran mesra budaya, guru perlulah melakukan penilaian dan
pentaksiran dari sudut pelbagai aspek. Penilaian dan pentaksiran yang hanya terbatas
kepada satu-satu aspek sahaja akan menjadikan persekitaran mesra budaya tidak dapat
diwujudkan disebabkan terdapat murid yang tidak seronok dengan hal sebegini. Sebagai
contoh, jika murid tersebut berasal dari keluarga yang mementingkan pendidikan,
kemahiran mengiranya mungkin sudah diasah sejak dari kecil lagi. Hal ini merangsang
kecerdasan dari sudut logic matematiknya dan seterusnya memberikan kelebihan
kepadanya dalam penilaian yang berunsurkan logik-matematik. Sudah tentu murid
tersebut menjadi sangat teruja setiap kali guru ingin menilainya kerana murid tersebut
ingin membuktikan kebolehannya. Namun, berbeza pula dengan murid yang lemah
kecerdasan logic-matematiknya. Kemahiran-kemahiran melibatkan mengira pasti akan

menjadi bebanan buatnya. Hal ini hanya akan menjatuhkan motivasinya dan sudah
tentu murid tersebut tidak mahu berusaha sebaik mungkin kerana sudah dapat
menjangka hasil penilaiannya. Noriati. A. Rashid (2014) turut menerangkan bahawa cara
didikan yang berbeza akan mendorong perbezaan

nilai dan perbezaan matlamat

pendidikan, perbezaan jangkaan dan juga perbezaan pencapaian.


Seperti yang dijelaskan sebelum ini, guru perlu membuat penilaian dan
pentaksiran daripada pelbagai aspek. Dalam merangka aspek yang ingin dinilai, kita
boleh menjadikan Teori Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner
seperti yang telah diterangkan dalam bahagian 3(a) sebagai panduan. Dengan
kepelbagaian jenis pentaksiran yang diadakan, murid akan merasakan diri mereka
bebas untuk menunjukkan bakat. Namun, dalam kebebasan ini, guru masih perlu
menyediakan standard rubric pemarkahan agar menepati domain kognitif, afektif dan
psikomotor. Rujuk lampiran untuk melihat contoh-contoh rurik pemarkahan berdasarkan
kecerdasan pelbagai seperti yang dicadangkan oleh James Ballanca (1997) dalam
bukunya Multiple Assesments for Multiple Intelligences.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

LAPORAN INTI PATI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Terdapat 5 fasa dalam Rancangan Penagajaran Harian Matematik KSSR ini. Pertama
adalah fasa persediaan yang fokusnya adalah untuk membawa murid mengaitkan
Matematik dengan kehidupan seharian. Strategi yang digunakan adalah strategi
berpusatkan bahan yang mana bahan yang dimaksudkan adalah video Sang Kancil dan
Buaya. Fokus utama diberikan kepada bahagian Sang Kancil sedang mengira buaya.
Untuk membawa murid mencapat sasaran isi kandungan induksi, kami telha
menggunakan kaedah induktif dengan teknik soal jawab. Murid disoal agar memberikan
perhtaian khusus kepada aspek-aspek yang diperlukan bagi membuat kesimpulan.
Seterusnya, isi kandungan bagi fasa imaginasi pula adalah untuk membina carita
berdasarkan gambar. Strategi berpusatkan bahan juga digunakan dalam bahagian ini.
Guru akan memaparkan kepada murid-murid gambar beranimasi. Pada permulaan, guru
menggunakan teknik tunjuk cara kepada murid agar murid dapat membiasakan diri
membina cerita daripada gambar. Lama-kelamaan, teknik soal jawab pula digunakan
agar memberi peluang kepada murid membina cerita mereka sendiri.
Pada fasa perkembangan pula, murid akan mula didedahkan cara membina ayat
matematik berdasarkan situasi yang telah dibina. Strategi yang digunakan adalag
strategi berpusatkan murid. Murid dibimbing untuk mengeluarkan maklumat dan menulis

ayat Matematik. Seperti fasa imaginasi, guru memberikan tunjuk cara terlebih dahulu.
KEmudian, guru akan memiinta pula murid menyelesaikannya. Sebagai peneguhan,
murid juga dilatih untuk membuat operasi pnambahan mengguanakan ulat nombor.
Guru akan menggerakkan peutunjuk setiap nombor mengikut aat Matematik yang
dibina.
Fasa tindakan pula memberi peluang kepada murid-murid untuk menyelesaikan
masalah. Strategi pada fasa ini dalag strategi berpustakan murid. Setiap murid akan
dibeirkan kertas utnuk menulis jawapan. Setiap kali guru memaparkan soalan, murid
akan menulis jawapan di atas kertas. Apabila diminta, murid akan mengangkat jawapan.
Guru akan memeriksa jawapan murid. Sekiranya murid membuat kesalahan, guru akan
memperbetulkannya.
Akhir sekali, pada bahagian penutup, guru akan memberikan focus kepada
rumusan pembelajaran. Strategi yang digunakan adalah berpusatkan murid kerana
muridlah yang akan membuat rumusan. Seterusnya, guru juga memaparkan lirik Lagu
Tambah dan menyanyi bersama. Dalam lirik ini, terdapat rumusan pembelajaran.
Dalam saya membuat main peranan RPH ini, terdapat dua perkara yang saya
rasa perlu diambil berat. Pertama, arahan yang digunakan. Arahan yang digunakan
perlulah jelas, ringkas dan padat. Saya perhatikan, semasa saya mengajar, arahan yang
terlalu panjang akan membuatkan murid-murid keliru. Tamabahan pula saya adala
masalah dari segi kekuatan suara.
Kedua, adalah budaya yang diamalkan dalam kelas. Selama ini, untuk main
peran bagi subjek lain, kami lebih menekankan tentang pengajaran. Buat pertama
kalinya, saya memasukkan budaya seperti mengutip sampah sebelum memulakan
pengajaran. Hal ini aladh penting supaya persekitaran ebih kondusif dan memudahkan
guru.

RUMUSAN

Kesimpulannya, persekitaran bilik darjab mesra budaya perlulah harmoni dan penghuninya juga
mengamalkan nilai-nilai murni. Perbezaan budaya dalah sesebuah bilik darjah itu adalah
kebiasaan. MAka, menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik murid menerima perbezaan
orang lain. Antara empat elemen yang terdapat dalam pembinaan persekitaran mesra budaya
adalah kepelbagaian aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah
serta pentaksiran dan penilaian. Sehrusnya guru memaksimumkan penerapan nilai0nilai murni
dalam etiap elemen ini. Dalam pelaksanaan pengajaran, budaya adalah sesuatu yang perl
dititikbertat. Pada permulaannya, murid mungkin akan berasa kekok. Tetapi lama-kelamaan
murid sendiri akan mengamalkan nilai-nilai murni tersebut kerasa sudah terbiasa.

Anda mungkin juga menyukai