Anda di halaman 1dari 6

Program Penulis Bersama

oleh
ZAMRI MOHAMAD
penulis di bawah PTS Publishing & Distributor Sdn Bhd

Pendahuluan

ecara psikologi, pembaca mempunyai persepsi tersendiri apabila membeli buku-buku di kedai
buku. Apabila penulis tersebut mempunyai empat hingga lebih daripada satu buah buku yang
disusun di rak-rak buku, ia memberi keyakinan kepada pembaca bahawa penulis itu mempunyai
kredibiliti dan pengalaman berkarya.
Jika saudara hanya mempunyai sebuah buku, buku itu akan berhadapan dengan keadaan
hilang di celah-celah ratusan nama penulis tunggal lain. Pekedai juga mempunyai kesulitan
membuat book display jika hanya ada satu nama dan satu buku tulisan sahaja.
Bagi tujuan promosi melalui penghasilan poster dan bunting, ia akan merugikan penerbit jika hanya
satu buku sahaja dicetak. Mereka memerlukan beberapa buah buku dicetak dalam poster dan
bunting yang sama pada kos yang sama sebagai cara pemasaran karya yang efektif. Sebagai contoh
poster di bawah menggabung beberapa buah buku penulis dalam satu poster.

Program penulis bersama untuk saudara.


Penulis-penulis bestseller menggunakan formula ini bagi membantu penulis-penulis baru
sebagai usaha memudahkan karya mereka diterima segera dengan gabungan formula menangmenang.
Khusus kepada mereka yang berminat menulis buku pengurusan pejabat, bisnes dan
motivasi bisnes. Program Penulis Bersama membantu menyediakan bakal penulis ke pasaran buku
yang dikehendaki pembaca.
Dikendalikan oleh saudara Zamri Mohamad bagi membantu penjenamaan penulis baru
dalam pasaran di negara ini. Penulis-penulis baru didedahkan dengan kaedah KJ Method dan teknik
penulisan buku sesuai bagi mereka yang sibuk.
Zamri Mohamad telah menghasilkan empat buah buku dan telah memasuki pasaran Asia
Tenggara melibatkan negara-negara seperti Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Buku yang
ditulis dalam pelbagai bidang yang mendapat ulasan di akhbar-akhbar nasional dan televisyen
tempatan.

Zamri Mohamad dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur.


Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan
kewartawanan dan media.
Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar
tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan
meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama. Beliau
muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui
ruangan Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui
ruangan Akademia, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I,
Minda, Dewan Ekonomi dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan
Siswa.

Beberapa buku Zamri Mohamad menjadi bestseller bulanan mengikut data jualan bulanan
penerbit. Antaranya:

Memahami Bahasa Cinta Lelaki bestseller PTS Millennia Mei dan Jun 2006
77 Tip Melembutkan Hati Lelaki bestseller PTS Millennia Jun 2006
Magnet Cinta bestseller PTS Millennia Mac 2007
Penjenamaan Penulis Baru

Program mentor-mente bertujuan meletakkan penulis baru ke dalam pasaran buku dan
sebagai cara penjenamaan penulis melalui penulisan. Melalui program ini penulis di bawah mentor
akan diketengahkan kaedah menulis, teknik berkarya cara KJ Method dan pendekatan yang
bersesuaian dengan kehendak pembaca.
Program penulis baru ini digerakkan sebagai penjenamaan penulis baru bersama Zamri
Mohamad. Sesuai bagi penulis-penulis baru yang sibuk.
Cadangan Tajuk buku
Mencari penulis-penulis baru berbakat dalam penulisan berbentuk non fiksyen iaitu bisnes,
komunikasi, motivasi, perhubungan, kekeluargaan dan cinta. Tajuk buku hendak dihasilkan
berdasarkan mana-mana kategori berikut:

Tajuk yang dicadangkan oleh mentor.


Tajuk serahan pihak penerbit kepada mentor.
Tajuk cadangan penulis baru.

Hanya bagi tajuk dicadangkan oleh penulis baru, ia mesti disertakan dengan proposal
buku mengikut format yang diberikan (rujuk lampiran).
Bagi kategori lain, sertakan contoh penulisan saudara sebagai penilaian sebelum perkaraperkara lain diambil kira.
Senarai penulis bersama
Senarai buku terbitan PTS pada tahun 2008

Rahsia Bisnes Mamak bersama Muhammad Faisal Sharbuddin.


Tip Urus Masa untuk Wanita Moden bersama Nadzirah Ahmad Basri.
Tip Karier untuk Wanita Moden bersama Abdulah Hassan.
Bagaimana Menghadapi Kegagalan bersama Mohd Izwan Mohd Nor.
Tip Bahagia disayang Suami Setiap Masa bersama Imran Yusof.
Sederhana Tetapi Menawan bersama Shamsuddin Ab Kadir.
Pengaruh Bos Gaya Streetsmart bersama Firdaus Hamsin.
Bagaimana Menghadapi Kekecewaan bersama Mohd Shukri Abdullah
Kaedah kerja

Dari masa ke semasa, mentor bertindak menerima hasil penulisan dan menyunting atau
menambah berdasarkan keperluan pembaca dan penerbit.
Penulis baru akan mengemel secara berperingkat sehingga manuskrip selesai sepenuhnya.
Agihan Royalti
Peratusan royalti jualan (7%-11%) dari pihak penerbit dipecahkan sesama penulis kepada
70:30 iaitu:

70 peratus royalti kepada penulis baru.


30 peratus royalti kepada penulis senior.

Perjanjian buku yang dikeluarkan oleh penerbit akan ditandatangani secara bersama.
Susulan
Penulis baru bebas menulis secara sendiri selepas terlibat dalam projek penulisan bersama
ini atau terus dengan program ini bagi penjenamaan beberapa karya.
Hubungi penulis
Mereka yang berminat bolehlah menghubungi zamrimohamad@gmail.com dengan
cadangan tajuk buku yang hendak ditulis atau ingin menerima sebarang tajuk yang dikehendaki.

Lampiran
Dipetik daripada Akademi Penulis
Apa yang perlu ada dalam kertas cadangan anda?
1. Judul buku
2. Ringkasan buku
3. Rangka kandungan
4. Analisa pasaran
5. Persaingan
6. Promosi
7. Faedah buku kepada pembaca
8. Penyerahan manuskrip
9. Bab contoh
1. JUDUL BUKU

Judul utama seharusnya tidak lebih daripada 5 patah perkataan.


Untuk penerangan lanjut kepada judul utama, bolehlah ditambah judul kecil.
Judul hendaklah mudah difahami dan elakkan mengguna perkataan negatif.
Judul hendaklah dapat memberi gambaran tentang buku tersebut ke dalam minda pembeli
dan seterusnya memotivasi dia untuk membeli.

2. RINGKASAN BUKU

Sediakan ringkasan buku anda.


Anggaran muka surat buku anda (langkau dua baris).
Adakah buku anda mempunyai sebarang ilustrasi, gambar atau rajah?
Bagaimana perancangan anda untuk menulis?
Kenapa anda adalah orang yang terbaik untuk menulis buku tersebut?

3. RANGKA KANDUNGAN

Sediakan rangka kandungan buku anda (senarai bab).

4. ANALISA PASARAN

Siapakah yang akan membeli dan membaca buku anda?


Berapa ramai yang memerlukan buku anda?
Dimana boleh dipasarkan buku anda?

5. PERSAINGAN

Berapa banyak buku di pasaran (dalam bahasa Melayu) yang sama dengan buku yang bakal
anda tulis? (senaraikan 3-6 judul jika ada)
Bagaimanakah jualan buku-buku tersebut?
Apakah kelebihan buku anda jika dibandingkan dengan buku lain yang sedia ada?

6. PROMOSI

Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu menjual buku anda?
Contoh:
Sekiranya anda seorang penceramah/jurulatih, berapa banyak ceramah/ bengkel
dalam setahun yang anda kendalikan dan berapa banyak buku boleh dijual.
Sekiranya anda mengenali individu/ pertubuhan (network) yang boleh membantu
menjual buku anda, sila senaraikan.
Sekiranya anda seorang pensyarah dan mengajar subjek yang berkaitan dengan
buku yang ditulis, berapa ramai pelajar dalam satu semester yang akan beli buku
tersebut.
Anda mungkin mempunyai idea-idea menarik bagaimana untuk meningkat
jualan buku anda seperti mengadakan peraduan yang berkaitan dan
mempengaruhi syarikat-syarikat besar untuk membeli buku anda sebagai hadiah
kepada pekerja atau pelanggan. Sila nyatakan.

7. FAEDAH BUKU KEPADA PEMBACA

Sila nyatakan apakah faedah buku anda kepada pembaca.

8. PENYERAHAN MANUSKRIP

Sila berikan tarikh akhir manuskrip boleh diserah kepada Penerbit.

9. BAB CONTOH

Sila sertakan satu bab contoh (lebih kurang 20-30 muka surat/ langkau dua baris) untuk
tujuan penilaian.
BUTIR-BUTIR DIRI

Sertakan nama, nama institusi, telefon pejabat, H/P