Anda di halaman 1dari 20

SQUASH MELON SELASIH

Bahan-bahan :

200 gram melon


100 ml air
100 ml sirap melon
2 buah limau nipis, diambil airnya

Bahan Pelengkap:

150 gram es batu


350 ml sprite
1 sudu teh selasih

Cara Membuatnya :
Cara membuat skuasy tembikai selasih:
Blender halus tembikai, air, dan sirap melon.
Tambah air limau nipis dan pelengkap.

Apple skuasy

Bahan-bahan / bumbu-bumbu:

200 ml sari buah anggur siap pakai


200 ml sari buah epal siap pakai
100 ml sirap anggur
2 sudu teh limau nipis, diambil airnya
2 tin soda tawar
300 gram es batu

Cara membuat wain epal skuasy:


Campur sari buah anggur, sari buah epal, sirap anggur, dan air limau nipis. aduk
rata
Tuangkan soda tawar. Tambah ais batu.

ICE TEA LONGAN JELI

Bahan-bahan :
Bahan Jeli:

1/2 bungkus jeli segera


400 ml air
2 sudu makan gula pasir

Bahan Ice Tea:

1,000 ml air
5 sachet teh celup
300 ml air lengkeng tin
200 gram gula pasir

Bahan Pelengkap:

1 sudu teh selasih, rendam


1 tin lengkeng, longkang
600 gram es batu

Cara membuat ice tea longan jeli:


Jeli, rebus air, jeli segera, dan gula. Aduk rata. Masak sampai matang. Tuang ke
dalam loyang kotak 10x5x4 cm. Biarkan beku. Serut dengan parut kasar.
Ketepikan.
Ice tea, rebus air dan gula pasir. Hingga gula larut. Matikan api. Masukkan teh.
Diamkan 2 minit. Tambah air lengkeng. Aduk rata. Dinginkan. Ketepikan.
Sajikan Ice tea bersama jeli dan pelengkapnya.
Strawberry Tiramisu with Biscuit

Bahan-bahan:

150 gram Strawberry filling


80 ml air suam
Gula aising 1 sudu mkn
Biskut tiramisu
sekotak cream cheese 250 gram (Philadelphia)

Whipping cream 250 ml (jenama emborg)


gula setengah cawan

sedikit esen vanilla

strawberry utk hiasan

Air nescafe tanpa gula

Cara membuatnya :
1.

Campurkan 150 gram filling strawberry + air suam 80ml + gula aising 1 sudu = kacau sebati..
ketepikan dulu.. (aku simpan peti ais jap masa ni)

2. Putar cream cheese philadelphia dgn stgh cwn gula dan esen vanila.. kemudian baru
masukkan 250ml whipping cream.. putar sampai sebati semuanya..
Cara membuat lapisan :
1.

Patahkan biskut kpd 2 bahagian.

2. Ambik gelas/bekas yg sesuai.


3. Lapiskan lapisan pertama dgn filling strawberry td.
4. Masukkan sebahagian biskut yg di patahkan td ke atas filling tersebut.. biskut tu di celup dlm
air nescafe terlebih dahulu sblm letak dlm cawan tu tau.. celup ala kadar je.. jgn sampai
hancur biskut tu korang celup.
5.

Kemudian lapiskan dgn lapisan cream cheese td.

6. Ulang semula proses dari awal tadi. Letak filling strawberry, pastu biskut.. pastu
cheese..
7. Akhir sekali letak le hiasan kat atas tu.. letak le suka hati korang.. aku letak
strawberry je.

Kek Batik Special

Bahan-bahan :

biskut marie 200 gram ~ di patah2kan.. aku patah jd 4 bahagian je.

badam keping yg di sangai terlebih dahulu.. ni taknak tambah pun takpe.

Coklat masakan 300 gram ~ kalau takde gantikan je serbuk milo pun boleh.

Susu pekat stgh tin saje. takmo manis2 sgt.

Butter 3 sudu besar aje.

Kacang ~ di kisar kasar.. ~ kalau taknak pun takpe

Cara membuatnya :
1. Satukan Butter + Susu Pekat + Coklat Masakan dlm periuk. Cairkan guna kaedah
double boiler.. masak hingga kesemua larut dan cair.. Dah cair sila tutup api.
2. Masukkan biskut marie yg di patah2kan td dan jugak kepingan badam ke dalam
coklat cair td.. gaul biar keseluruhan biskut kena coklat cair td.
3. Taburkan kacang kisar.. gaul rata lg..
4. Kemudian masukkan bahan adunan td ke dalam loyang yg dah di balut dgn
aluminium foil utk memudahkan proses mengeluarkan dr loyang.
5. Tekan2 adunan tersebut sampai kesemua mampat tanpa meninggalkan sebarang
ruang kosong.. aku tekan guna sudu aje.
6. Last sekali aku taburkan lg sekali kacang kisar td atas permukaan adunan td.. takyah
tekan2 pun.. just tabur gitu2 aje.

Pudding Roti Choclate Chips

Bahan-bahan A:

Roti 12 keping atau suka hati la byk mana

800 ml susu segar @ susu cair @ susu penuh krim

Coklat chips ikut byk mana korang suka

Bahan B ;

1 penutup esen vanila

3 sudu besar marjerin/butter - cairkan dulu (aku cairkan dlm mikrowave dlm
10 saat je)

3 biji telor hayam

3 sudu besar serbuk koko + 3 sudu besar air panas = jadikan pes

1 sudu besar tepung jagung

1/2 cawan gula ( aku sukat pakai cawan kopi )

Cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 180 celsius terlebih dahulu.. api oven atas bawah.
2. Koyakkan2 roti dan masukkan dalam loyang yg telah di griss dgn butter terlebih
dahulu.. aku potong bentuk 3 segi je kasi roti tu nampak hensem sikit..
3. Kemudian, taburkan segala mak nenek coklat chips yg korang suka.. aku tabur kat
4.
5.
6.
7.
8.
9.

dalam roti sekali.. sape2 suka kismis boleh taruk jugak.


Lepas tu tuang la susu..sambil tekan2 roti tu kasi meresap susu ke dalam roti.. aku
main tuang je susu tu, eksyen sungguh kan.. malas nak sukat2..
Hasil rendaman.. biarkan jap.. meh kita sediakan bahan B..
Memula, pukul telor dgn gula guna whisker sampai berbuih, masukkan esen vanila,
masukkan pes serbuk koko tadi, pukul lagi, masukkan tepung jagung dan butter
cair.. kacau guna whisker sampai sebati..
Lepas tu tuang je ke dalam loyang berisi roti tadi..
Bakar selama 40-45 minit ye.. tengok tu.. bkn main meninggi diri lagi roti tu kan..
padahal eksyen je tu.. pastu kang dia akan mengempis balik.. hahahha.. jgn
terpedaya tau.. puding roti memang gitu..
Selepas di potong.. aku tuang sirap coklat Hersheys je.. eskrem takde..

POPIA GORENG CRAB

BAHAN-BAHAN ;
Bahan Kulit Popiah

Kulit popiah tersedia secukupnya


Minyak untuk menggoreng
1 s/b tepung gandum + 3 s/b air dibancuh sebagai gam kulit popiah

Bahan Inti Popia

10 batang crap stik [hiris nipis


1 batang carrot kecil [sagar/potong halus ]
1 mangkuk kobis [racik halus]
5 batang kacang panjang [potong halus]
1 tangkai cili merah [hiris halus]
1 labu bawang putih [racik]
1 ulas bawang besar
1 s/b minyak

Cara membuatnya :
1.
2.
3.
4.
5.

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
Masukkan crap stik dan carrot, Kacau rata.
Masukka kobis, kacang dan garam. Kacau rata.
Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun kedalam mangkuk.
Bubuh inti popiah ditengah kulit popiah dan gulungkan sehingga hujung saperti gulungan kueh gulung

6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

atau ketayap.
Gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
Apabila minyak telah panas, masukkan popiah ke dalam kuali.
Menyediakan kuah cili sos.
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk kuah cili sos.
Mesinkan semua bahan. Masakkan sebentar sehingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga mendidih lagi sekali.
Hidangkan dengan popiah goreng.

PUDING PISANG BERKUAH

Resepi puding pisang berkastad


Pisang berangan yang telah masak secukupnya
butter secukupnya
kismis secukupnya
Untuk sos kastard
1 tin susu cair
2 biji kuning telur
1/2 cawan air
4 sudu makan penuh gula
Cara penyediaan
1. Buat sos kastard dulu satukan semua bahan2 sos kastad dalam periuk.
2. Kacau hingga sebati dulu kemudian barulah dipanaskan diatas api hingga pekat. Semasa
dipanaskan jangan berhenti mengacaunya supaya adunan rata dan tidak bergentel2.
3. sejukkan sos seketika.
4. Untuk pisang masukkan sedikit butter dalam kuali non stik.
5. kemudian goreng pisang tadi dalam butter yang telah dipanaskan.
6. balikkan pisang tadi bila masak dan lembut barulah dingkat.
7. hidangkan dalam pinggan/mangkuk, tuangkan sos tadi dan taburkan dengan kismis.

Skon Titis

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula halus (NA guna gula aising)

3 sudu makan marjerin

150ml susu cair ( NA guna 50ml santan kotak + 100ml air )

1/2 sudu teh krim tartar

1/4 sudu teh soda bikarbonat

1 biji telur

Sedikit jem stawberry

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama-sama krim tartar dan soda bikarbonat
2. Masukkan marjerin kedalam tepung dan ramas sehingga kelihatan seperti serbuk roti
3. Campurkan gula dan kacau rata
4. Buat lubang ditengah adunan dan masukkan telur dan susu
5. Kacau adunan dengan cepat untuk mendapatkan beter pekat
6. Panas dan sapukankan kuali dengan marjerin
7. Titiskan 2 sudu makan beter tiap-tiap kali diatas kuali panas dan dan masak hingga
berbuih dan buihnya pecah
8. Balikkan beter kesebelah yang lain dan masak hingga kuning
9. Ulang sehingga kesemua beter habis
10.Hidangkan skon panas-panas dengan melapisnya dengan jem ataupun mentega

ROTI JALA

Bahan-bahan untuk Membuat Roti Jala


2 cawan tepung
3 cawan air
1 cawan susu segar/santan
1 sdt serbuk kunyit
1 sdb minyak
1 1/2 sdt garam

Cara-cara Membuat Roti Jala


1. Blend kesemuanya dan tapis
2. gunakan acuan roti jala dan masak menggunakan non-stick pan

Bahan-bahan untuk Membuat Kari Ayam


Sesuai untuk 8 orang makan
* Bahan dikisar halus *
20 tangkai lada kering
4 biji lada besar merah
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit
* Bahan yang lain *
1 ekor ayam potong 12
1 labu bwg besar dimayang
2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
rempah tumis 4 beradik
1 sk halba
1 sk biji sawi
1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
2 keping asam gelugor
3 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang
1/4 cawan minyak utk menumis
garam,gula & serbuk perasa

Cucur Badak

2 biji keledek saiz besar - rebus dan lecek

1 cawan tepung gandum

Garam

1/2 biji kelapa parut

1 cawan udang kering

5 ekor udang hidup - potong kecil

2 biji bawang besar

5 batang serai

1 sudu kecil kunyit serbuk

5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)

1 sudu besar minyak masak

Sedikit kunyit serbuk

Garam dan gula

Inti

Cara-cara
1.

Untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan
kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jer. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan
juga udang hidup + kunyit + minyak + garam dan gula. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan
kering sedikit.

2.

Utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air
tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan
lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.

3.

Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. Tip: semasa hendak membuat doh ni guna
sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.

4.

Letakkan inti dan tutup kembali. Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap.

Bahan Cucur:

6 biji pisang emas/berangan

1 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:Dalam bekas, lecek pisang bersama gula hingga hancur.


Masukkan tepung dan garam, gaul bancuh hingga sebati (x perlu guna air dan adunan pun
memang sedikit lembik - agak2 boleh diketulkan)
Basahkan sedikit tapak tangan dengan minyak dan ambil bancuhan tepung, buat ruang
ditengahnya untuk diisi inti. Tutup kemas sambil dibulat-bulatkan.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana perlahan, balikkan hingga
kuning kecoklatan, angkat dan toskan.

Bahan Inti:1 cawan kelapa muda parut

10 ekor udang basah - dihiris halus

2 sudu besar cili kering kisar

sedikit serbuk kunyit

*2 batang serai - dihiris )

*2 sudu kecil jintan manis ) ditumbuk halus

*2 sudu besar udang kering )

garam dan gula secukup rasa

sedikit minyak untuk menumis


Cara-Cara:
1.
Panaskan sedikit minyak, dan masukkan bahan-bahan tumbuk, kacau sekejap hingga cili
masak.

2.

Masukkan serbuk kunyit dan udang. Kacau sebentar.

3.
Masukkan kelapa parut, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati hingga kelapa masak
dan airnya kering. Tutup api dan biar sejuk sebelum digunakan.

jSERI MUKA DURIAN

Bahan-bahan

Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam 1 jam dan toskan

1/2 sk garam

170ml santan cair

Daun pandan simpul

1/2sk gula - rima tambah

Cara-cara
sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati.
Kemudian kukus lebh kurang 30-35 min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan.
Masukkan pulut ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang @ plastik wrap supaya mudah
dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. ( hana guna tips kak hanieliza gunakan loyang spring
form dan alas dengan plastik wrap )
Bahan-bahan
Lapisan Atas

150g isi durian


125g gula
3 biji telur ( anggaran 30g setiap satu )
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat ( hana buh 200ml santan pekat + 175ml air )
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati. Ketepikan.
2. satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati. Kemudian tapis
ke dalam periuk.
3. campurkan isi durian tadi . dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat.
tak perlu sampai mendidih. curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi
4. cara saya yang agak malas ni, blend semua bahan tadi dan terus tuangkan ke atas adunan
pulut tanpa masak terlebih dahulu bahan-bahan lapisan atas tu.

5. Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan
kain agar air tidak menitik atas kuih
6. tunggu benar2 sejuk baru dipotong

GATEAU (KEK) BUAH-BUAHAN

Bahan-Bahan Kek
5 biji telur (saiz besar, kira-kira 70 gm setiap satu)
130 gm tepung Hong Kong (diayak)
150 gm gula
80 gm mentega cair
(Saya pakai sponge mix jer..senang sikit...)
Cara:
1) Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan pekat.
2) Masukkan tepung (fold-in method) dan seterusnya mentega cair ke dalam adunan
telur/gula tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati/rata. Jangan kacau terlalu
lama agar udara yg ada kat dalam bahan kek ni tak ler byk keluar.
3) Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat, 8 atau 9 yang telah dialas kertas tracing dan
digris dgn mentega.
4) Bakar di dalam oven dgn suhu 170 - 180 darjah Celsius selama kira-kira 30 minit. Setelah
kek masak, keluarkannya serta-merta dari loyang dan sejukkan di atas redai kek. Biarkan
kek betul-betul sejuk sebelum dihias.
Bahan-Bahan Hiasan
Secukup buah pic dalm tin (dihiris)
Secukup buah anggur atau strawberry
1 biji buah kiwi (dihiris)
secukup nenas dlm tin (dipotong kecil-kecil)

100 gm badam hiris (dibakar hingga kekuningan)

Bahan Krim
250 ml whip cream
(dipukul sehingga pekat)
beberapa titik esen mangga (optional) dicampur pd krim sebagai perisa
Bahan Glaze3 sudu besar apricot gel
4-5 sudu besar air
(masak apricot gel ni bersama air sehingga larut dan cair siap utk digunakan)
Cara Membuat Kek Buah-Buahan
1) Kek sponge yg telah disejukkan tadi, dibelah dua. Sapukan krim rata-rata di atas satu
bahagian dan bubuh sedikit buah-buahan jika suka. Tangkupkan di atasnya dgn satu lagi
bahagian kek tadi.
2) Kemudian, sapukan krim pada keseluruhan kek sehingga rata. Susun buah-buahan
mengikut citarasa dan kreativiti anda sendiri, di permukaan kek. Pada keliling kek, bubuh
pula badam hiris yg telah dipanggang tadi.
3) Akhir sekali, gunakan berus lembut dan sapukan apricot glaze rat-rata ke atas buahbuahan yg telah disusun. Ini agar buah-buahan tu kelihatan kilat dan cantik dipandang. Kek
yg telah siap, disimpan di dalam peti sejuk

Biskut famous amos


Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping ) :
(BAHAN2 A)
1 cawan gula ** aku buat stgh cawan je
1 cawan gula perang ** aku guna stgh cwn jugak
1 cawan mentega (~150gm)
1 cawan minyak
1 telor
secubit garam
1 sb susu segar @ susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
(BAHAN B)
4 cawan tepong gandum (di ayak)
2 sudu besar serbuk koko (di ayak)
2 sudu besar tepung jagung ( di ayak)
1 sk cream of tartar ** aku ganti dgn 1 sudu kecik cuka
1 sk soda bikarbonat
cawan walnut cincang ** aku letak 1 cawan almond nib
2 cawan semisweet chocolate chips
Bahan-bahan :
1. Satukan k semua bhn2 A ke dalam mangkuk besar.. mixer ke semuanya sampai
sebati.. ohye, gula perang tu aku blend kering dulu sbb kasar sgt.. takut kalau terus
mixer tak larut lak gula perang tu dgn adunan lain.
2. Bila dah sebati baru masukkan bhn2 B pulak ke dalam adunan td.
3. Kali ni gaul guna senduk atau spatula je..masukkan step by step tau bhn2 B tu, bkn
sekaligus.. contoh korang masukkan tepung sikit demi sikit dulu, pastu masukkan
serbuk koko lak, pastu di ikuti bhn2 lain lak.

4. Hasilnya akan jd seperti kat atas.. pastikan oven korang dah panaskan terlebih
dahulu dgn suhu 160 celsius.. masak selama 15-20 minit.. bergantung pd oven jugak
ye.
5. Kalau tak berani bakar byk2 sbb takut rentung, korang try bakar 2-3 ketul dulu sbb
nak setting berapa lama dan suhu sesuai utk jenis oven korang .. paham kan maksud
aku..
6. Adunan td korang sudukan je masuk dlm dulang pembakar..dulang takyah nak griss
butter pun.. sudukan comel2 je sbb adunan ni mengembang sket kang..

Kuih-kuih Daripada Pastri Rapuh


Published: May 07, 2010 | 23:26

Resepi asas pastri rapuh: (boleh menghasilkan 7-10 bj karipap)


120 gm tepung gandum
1/4 camca teh garam
45 gm marjerin sejuk beku (letak dlm peti ais sekejap)
3-4 camca sedang air sejuk
Cara nak buat:
1. Ayak tepung dengan garam, masukkan marjerin yang telah dipotong2.
2. Gaul dan ramas marjerin dengan tepung (hujung jari je) sampai jadi macam serbuk roti
3. Masukkan air sejuk dan uli hingga dapat doh yg lembut tapi tak melekat.
4. Bahagikan doh kpd beberapa bahagian dan canai dengan torak.
5. Letak inti karipap..dah jadi karipap, letak inti sayur jadi epok2 tapi kalau nak buat sardin
gulung letak je sardin dan bakar.
* Inti Karipap.

250gm ubi kentang - potong dadu

100gm bawang besar- potong dadu

50 gm daging - potong halus

minyak

1 sb rempah kari (campur sedikit air)

3 ulas bawang putih (kisar)

garam
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan rempah kari dan biarkan seketika baru masukkan daging.
3. Masukkan garam dan biar ubi kentang empuk. Angkat dan sejukkan.

Epok-epok sayur
* inti epok-epok sayur.
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 btg cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
(kesemua bahan di atas ditumbuk atau dimesin halus)
400 gm taugeh
1/2 biji sederhana sengkuang (hiris halus mcm btg mancis)
1/2 batang lobak merah (hiris halus mcm btg mancis)
garam
minyak utk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau dan biar sebentar sehingga separuh masak.
3. Masukkan taugeh dan garam. Jgn biar terlalu lama agar taugeh tak layu
4. Angkat dan sejukkan.