Anda di halaman 1dari 14

Pendahuluan

Cerpen merupakan singkatan kepada cerita pendek yang berdiri atas maksud iaitu
cerita rekaan yang dihasilkan dalam bentuk prosa . Cerpen dilabelkan bersifat pendek kerana
ianya mempunyai kesan kesatuan yang tunggal , watak , plot dan latar yang terhad , tidak
beragam serta tidak kompleks . Cereka yang dihasilkan dalam cerita pendek adalah adunan
antara fakta dengan imaginasi yang wujud dalam fikiran seseorang pengarang . Peristiwa yang
benar benar wujud akan dijadikan aset pengolah sesebuah cerita . Ciri ciri cerpen meliputi
500 hingga 20 000 patah perkataan , tema yang tidak bercabang , hanya satu plot , ruang yang
tidak cukup luas dan meninggalkan kesan kesatuan .

Jacob Grimm dan Wilhelm Grimm yang mempunyai ikatan persaudaraan merupakan
pelopor atau pemula penggerak ke arah penciptaan cerita pendek moden . Mereka
mengangkat cerita cerita rakyat dan mengubahnya ke dalam bentuk bentuk cerita pada
masa tersebut . Korrie Layan Rampan ada mengatakan , genre cerita pendek telah wujud sejak
beribu tahun dahulu , dimana ianya lahir di Mesir , melatar di kawasan Timur Tengah , Yunani
dan Romawi dan terus subur di Eropah . Cerpen di Malaysia berkembang dengan pengaruh
dari pelbagai aspek iaitu sosio ekonomi , sosio politik dan juga perkaitan antara pengarang
dan kepengarangan berdasarkan dekad tertentu .

Asas 50 merupakan pertubuhan yang sangat membantu dalam perkembangan cerpen


Melayu . Tanggal 6 Ogos 1950 bertempat di Singapura , pertubuhan ini ditubuhkan dan ianya
lebih dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 . Lahir ramai golongan cerpenis hebat melalui
pertubuhan ini dan ianya menjadi kayu pengukur dan diletakkan sebagai penanda aras
terhadap penghasilan cerpen yang lebih berkualiti .
1

Isi dan perbincangan


Faktor faktor yang mendorong perkembangan cerpen bagi tahun 1950 hingga 1969 .
1- Peranan institusi percetakan
Pada tahun 50-an , tertubuhnya Asas 50 yang mengangkat sebaris kalimah iaitu Seni
untuk masyarakat . Ruangan dalam medium percetakan dilihat semakin mula
menapak . Suara suara keadilan masyarakat , kemakmuran , keadilan dan kedamaian
jiwa telah mampu menjana minda penulis untuk berkongsi dan dikongsi melalui
ruangan khas di akhbar dan majalah . Ruang yang dibuka dapat diterokai dengan lebih
meluas , persoalan mengenai politik sudah mampu dipersoalkan , korupsi serta
peperangan sudah mampu diangkat sebagai topik utama . Kepadatan , keberkesanan
dan keringkasan idea menjadikan penghasilan sesebuah karya itu lebih berkualiti .
Pada era tersebut , muncul pengkarya seperti A.Samad Ismail , Kerismas dan
Arenawati termasuklah kelahiran cetakan akhbar Utusan Zaman dan Mastika.

Perkembangan cerpen bertambah pesat sekitar tahun 60-an . Persoalan mengenai


ketuhanan , hubungan manusia dengan alam , dan hubungan manusia dengan manusia
sudah mula diangkat naik . Persoalan yang lebih analitikal dan mendalam telah diserap
sebagai aspek penting dalam penghasilan cerpen sekitar abad tersebut . Kehadiran satu
demi satu syarikat syarikat percetakan pada era itu selain penghasilan makalah
makalah yang semakin banyak kuantitinya , sangat membantu dalam proses
penghasilan dan penerbitan sesebuah karya . Ia turut mempengaruhi minat dan cetusan
rasa penulis penulis baru di atas kemudahan yang timbul . Kehadiran akhbar
akhbar sedia ada juga turut membantu dalam penyediaan ruangan untuk karya cerpen .
2- Pertandingan / Sayembara
2

Sayembara adalah satu pertandingan menulis anjuran badan badan kerajaan dan
swasta yang bekerja kuat dalam usaha membantu memperkembangkan penghasilan
cerpen di seluruh negara . Usaha untuk turut sama bekerjasama mengambil bahagian
sebagai perangsang dalam penglahiran cerpenis baru dilihat sangat berbaloi . Antara
institusi perbankan yang sudah melayangkan badan untuk berada di landasan cerpen
pada zaman tersebut adalah seperti Public Bank dan Maybank . Mereka ini menjadi
antara penyumbang terbesar kepada arus pertandingan atau sayembara dalam usaha ke
arah perkembangan cerpen di tanah air. Selain itu , lebihan usaha yang telah institusi
hebat ini jalankan ialah dengan menerbitkan hasil hasil karya cerpenis yang telah
mereka kumpulkan . Pengkarya sastera pada ketika itu sudah mampu untuk hidup
berpaksikan wang yang diperoleh hanya berlandaskan kepada kehidupan menulis dan
mengaktifkan diri dengan aktiviti pertandingan penghasilan karya berunsurkan sastera
tersebut .
3- Kehadiran penulis penulis baru
Penulis penulis baru hadir dalam tempoh atau jangka masa yang tiada had tetapan .
Melalui bengkel bengkel yang diajar oleh persatuan penulis , impak yang menarik
hadir sebaris dengan perjuangan penulis penulis baru . Othman Puteh adalah antara
perintis yang berusaha keras menjalankan aktiviti perkongsian ilmu bagi melahirkan
cerpenis cerpenis muda yang hadir seiring dengan idea yang hebat . Bengkel yang
bertindak sebagai ujana ilmu itu telah memberi dan membuka ruang peluang untuk
penulis muda dan pencinta sastera berarus laju mengembangkan bakat mereka .
Potensi penulis penulis baru diasah , digilap dan diterbangkan agar ianya bisa
terbang setinggi penulis penulis hebat yang lain .
4- Kehadiran golongan intelektual

Terdapat cerpenis yang berintelektual dilahirkan dan ianya sangat membantu dalam
perkembangan cerpen Melayu tanah air . Golongan ini berpendidikan Barat yang
arif tentang bidang pentadbiran dan perundangan dan yang lebih bernilai tinggi ,
mereka ini sangat komited dalam memperjuangkan semangat nasionalisme .
Manakala , terdapat juga cerpenis yang berlatar belakangkan pendidikan Melayu .
Golongan ini terdiri daripada guru guru Melayu lepasan Maktab Perguruan Sultan
Idris ( MPSI ) . Antaranya ialah Harun Aminurrashid , Ibrahim Haji Yaakob dan
Abdul Hadi Hasan . Kehadiran golongan hebat ini menjadi pencetus ke arah
penghasilan karya yang berkualiti dan mendapat perhatian masyarakat .
5- Pengaruh politik

Semasa zaman pemerintahan British pula iaitu di awal tahun 1950 , mereka menggunakan
pendekatan dengan membuka ruang untuk menuntut hak dan kebebasan melalui
penghasilan karya . Karya yang bertemakan semangat patriotisme , semangat kebangsaan ,
dan semangat anti- penjajah berjaya mempengaruhi perkembangan cerpen tanah air .
Persoalan yang diketengahkan ialah ketidakpuasan hati rakyat khususnya kepada penjajah
atau manusia yang bersifat kolonial . Secara tidak langsung karya sastera mampu
berperanan sebagai api yang menyemarakkan semangat kebencian rakyat terhadap
penjajah .
Permulaan yang dilakukan oleh British menjadi pendorong kepada penulis seterusnya untuk
berkarya . Isu mengenai ekonomi dan persaingan untuk mencari kekayaan dengan bangsa
bangsa pendatang turut diangkat sebagai persoalan dalam karya penulisan pada abad tersebut.
Selain itu , kerajaan turut berlaku adil dengan membantu dalam usaha mengantarabangsakan
sastera supaya rakyat berfikiran lebih terbuka minda . Bisikan Sukmaku dan Ayuhai

yang mengetengahkan tema mengenai perbezaan taraf hidup antara orang Melayu dan
pendatang turut menjadi tanda hasil pengaruh aspek politik dalam perkembangan cerpen tanah
air .

6- Peranan kritikawan
Kritikawan adalah individu yang menjadi antara penyumbang terbesar terhadap
perkembangan dunia cerpen tanah air . Mereka ini ialah orang yang arif dan hebat
yang juga pembaca dan pencinta akan sesuatu karya . Selain itu , mereka ini turut
berperanan langsung untuk menganalisis , menilai dan juga mengkritik sesuatu karya
yang terhasil . Kritikan diletakkan sebaris deretan kesamaan maksud bersama
perkataan sanjungan , saranan , pendekatan , penganalisian dan penilaian . Kritikan
bertanggungjawab untuk penambahbaikan dan ianya mampu mengubah sesebuah
karya itu menjadi lebih baik dan sangat baik . Kritikawan turut sama mampu untuk
menghasilkan pengkarya dan pencinta sastera yang berkualiti . Tema dan persoalan
yang diangkat oleh seseorang yang dikritik bisa bergerak lebih berintelektual dan
berpengetahuan dengan adanya bantuan pengkritik . Melalui peranan yang ditonjolkan
oleh kritikus ini juga , penulis mampu untuk memperbaiki mutu karya mereka agar
terhasil karya yang lebih berkualiti dari semasa ke semasa .
Kesimpulannya , faktor faktor yang dikompilasikan di atas iaitu peranan institusi
percetakan, pertandingan atau sayembara , kelahiran penulis baru , kehadiran golongan
intelektual , pengaruh daripada aspek politik dan peranan kritikawan sangat memberi impak
terhadap perkembangan cerpen . Nyata disini , perkembangan cerpen pada era 50-an tidak
menunjukkan impak yang besar . Ianya hanya dapat dilihat setelah kewujudan Asas 50 .
Namun , era 60-an membuktikan semakin ramai yang celik minda untuk terus berjuang

berkarya dan mencintai sastera melalui hasil nukilan berbentuk cerpen . Cerpen dilihat lebih
diangkat martabatnya sekitar era ini . Maka , seiring lahirnya penulis penulis baru yang
mengekspresikan sesuatu yang hebat , lahir jua makalah makalah istimewa terutamanya
cerpen yang luarbiasa hebat penggunaan kandungannya . Karya agung pencipta hebat ini
menjadi hiasan di dinding dinding indah dalam dunia ujana ilmu negara .

Perbandingan perkembangan cerpen tahun 50-an dan 60-an .


Perkembangan cerpen era 50-an .
Peristiwa Perang Dunia Kedua memberi sumbangan dan kesan mendalam dalam kalangan
masyarakat sehingga mencetuskan revolusi Asas 50 . Angkatan Sasterawan 50 atau Asas 50
merupakan sebuah pertubuhan sastera di Malaya yang pertama dimana penubuhannya ialah
sekitar 6 Ogos 1950 . Seni untuk masyarakat merupakan baris keramat yang menjadi
6

agen Asas 50 berjuang mencorak perkembangan seni sastera tanah air . Pertubuhan sastera
pertama ini mengetengahkan sifat yang berunsurkan kemasyarakatan dengan mengaplikasikan
bahan sastera sebagai wadah untuk Malaya mengecapi alam kemerdekaan pada tahun 1957 .
Muhammad Arif Ahmad , Keris Mas , Awam il Sirkam , Merayu Rawan , Rosmera , Teruna
Jaya , Hamzah , Mahsuri S.N , Ramlimah , Abu Yamin Kasun , Muhammad Daud dan
Muhammad Yusuf Yaacob merupakan barisan pejuang penggerak dan lantai tangga yang
pertama kearah tujuan penubuhan Asas 50 .

Persoalan yang lebih dominan hasil kupasan penulis pada period ini lebih cenderung
mengenai masyarakat , penindasan oleh si penjajah kejam , kecurangan dan segala yang tidak
adil serta pelbagai masalah yang berlaku pada zaman tersebut . Antara cerpenis yang telah
mengupas mengenai tema darurat ialah Keris Mas dan Tongkat Warrant sehingga terlahirnya
cerpen cerpen seperti Kejadian dalam Estet , Kedai Sa-deret Di Kampong Kami ,
dan Dari Johor Baharu Ka-Kota Tinggi .

Penulis 1950an ini bukan sahaja berperanan sebagai aktivis sastera , malah mereka
cenderung bertindak sebagai penulis sastera kreatif . Terdapat kira kira 40 buah akhbar dan
majalah berkala serta tidak kurang daripada 2600 buah cerpen yang telah diterbitkan antara
tahun 1951 hingga 1957 . Statistik ini ditonjolkan dalam hasil kajian Bahagian Penyelidikan ,
Dewan Bahasa dan Pustaka . Golongan wartawan dan guru adalah golongan yang menjadi
penyumbang terbesar yang melibatkan diri dalam dunia penulisan cerpen .

Cerpen cerpen yang berjaya terhasil sekitar 1950-an ialah Pahlawan Berkaki Ayam dan
Lain Lain Cerita , Kuala Lumpur ( 1954 ) , Cerpen cerpen Rekaan , Kuala Lumpur
( 1955 ) , Cerita cerita Pendek DBP , Kuala Lumpur ( 1958 ) , Dari Tujuh Bilik oleh
Amin Jaya ( 1958) , Puteri Jantung Pisang dan Waktu Bulan Terang Temaram oleh
Mohamed Salehuddin ( 1959 ) . 12 Cerita Pendek oleh Harun Aminurrashid ( 1959 ) ,
Mekar dan Segar oleh Asraf ( 1959 ) , dan Selendang Sutera oleh Noraini Shamsuddin
( 1959 ) .

Perkembangan cerpen era 60-an .


Manakala , era 60-an menjadi zaman yang dilihat sebagai zaman kepesatan cerpen cerpen
Melayu . Pertambahan jumlah wadah penampungan cerpen , kehadiran penulis penulis
baru, peranan institusi kerajaan dan swasta dan kehadiran kritikawan menjadi faktor utama
perkembangan pesat cerpen cerpen Melayu sekitar zaman 60-an . Persoalan yang diangkat

pada period ini termasuklah aspek sosial , politik dan ekonomi seperti kebebasan , keadilan
dari sudut ekonomi , kekeluargaan dan fenomena manusia .

Shahnon Ahmad merupakan antara penulis yang berjaya menonjolkan diri pada ketika itu .
Perubahan yang beliau terbitkan dalam teknik penyampaian membuatkan karya beliau dilihat
luarbiasa berbanding karya karya penulis lain . Namun begitu , terdapat juga penulis
penulis hebat lain yang berjaya dilahirkan seperti Kala Dewata , Alias Ali , Usman Awang ,
Anis Sabirin , Kassim Ahmad , Awang Had Salleh , Hasan Ali , Yahya Samah , Arena Wati ,
A.Samad Said , Tongkat Warrant , Awam-il-Sarkam , Tengku Abu Bakar Husni , Nirmala
Nor , Khalidah Adibah Amin , M.Fathy , Ali Haji Ahmad dan deretan penulis hebat lain .

Antara cerpen yang hadir sekitar tahun 1960-an ialah Bunga Dari Selatan oleh Abu Zaki
Fadzil , Degup Jantung oleh Usman Awang , Wanita oleh Khalidah Adibah Amin ,
Sembilan oleh Mas , Di Laut dan Darat oleh Wijaya Mala , Putih Mata oleh
Awam-il-Sarkam , Serpihan Hidup oleh Rokiah Abu Bakar , Sengketa oleh Hamzah
dan H.Hanim , Bintang Timur Condong Ke Barat oleh Maha Bisa dan Ke Mana
Terbangnya Si Burung Senja oleh A.Samad Said . Kehadiran timbunan cerpen ini
membuktikan kehadiran penulis yang melimpah dan berupaya mencetuskan semangat yang
hebat bagi melahirkan penulis penulis baru .
Kesimpulan yang dapat disimpulkan melalui dapatan kajian yang menghimpunkan
perkembangan cerpen pada tahun 50-an dan 60-an ini ialah cerpen pada era 50-an dilihat
menekankan tema yang berunsurkan kemasyarakatan , penindasan oleh penjajah kejam ,
kecurangan , ketidakadilan dan perjuangan untuk memerdekakan tanah air . Penubuhan Asas

50 turut memberi impak yang membakar semangat penulis untuk terus berkarya dengan lebih
lebih bermutu .

Manakala pada era 60-an , persoalan yang diangkat oleh penulis adalah berunsurkan
aspek sosial , politik , keadilan dari sudut ekonomi , kekeluargaan dan fenomena manusia .
Disini kita dapat lihat persoalan yang dibangkitkan lebih berteraskan usaha ke arah semangat
kebangkitan setelah bumi Malaya dimerdekakan . Ia lebih memihak kepada kekentalan untuk
bangun semula setelah jatuh tersungkur di bidas kuasa penjajah . Lahir lebih ramai penulis
penulis baru yang hebat , lebih berintelektual dan pastinya karya yang terhasil juga berkali
ganda bilangannya berbanding era 50-an . Mata dan hati masyarakat mula celik untuk
berjuang melalui nukilan karya .

Tokoh tokoh cerpenis penting yang telah menyumbangkan karya mereka sekitar
tahun 1950-an dan 1960-an .
1- Tokoh cerpenis era 50-an
Keris Mas
10

Biodata tokoh
Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaludin Muhammad telah dilahirkan pada
tanggal 10 Jun 1922 bertempat di Kampung Ketari , Bentong Pahang . Beliau pernah
menjalankan tugas sebagai seorang Pegawai Penerangan bagi Parti Kebangsaan
Melayu Malaya ( PKMM ) dan Pengarang Penerbitan Utusan Malaysia di Singapura .
Beliau juga berkhidmat dengan Warta Negara sehingga tahun 1956 . Tokoh Asas 50
yang aktif dan terkenal ini juga telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai Pengarang
Umum di tempat hebat iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka . Ketua bahagian Pembinaan
dan Pengembangan Sastera adalah jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau
sebelum mengorak langkah untuk bersara iaitu pada 10 Jun 1977 . Walaupun beliau
sudah menamatkan tempoh perkhidmatan , beliau masih bergiat sebagai Penulis Tamu
di Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka .

Karya yang telah dihasilkan

Keris Mas telah berjaya menghasilkan 60 buah cerpen dengan cerpen pertama yang
dihasilkan ialah Wasiat Orang Bangsawan terbitan majalah Suluh Malaya sekitar
tahun 1946 . Cerpen cerpen beliau juga telah dirangkumkan ke dalam sebuah
antologi iaitu Mekar dan Segar ( 1959 ) , Dua zaman ( 1963 ) , Patah tumbuh ( 1963 )
dan Pertentangan ( 1969 ) .
Selain cerpen , terdapat karya lain yang telah dihasilkan oleh Keris Mas , antaranya
ialah
-

Novel Pahlawan Rimba Malaya ( 1946 )


Novel Korban kesuciannya ( 1949 )
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ( 1983 )

11

Anugerah dan penghargaan


Insan yang bernama Keris Mas ini telah dianugerahkan dengan Anugerah Pejuang
Sastera pada tahun 1976 dan Anugerah Sastera Negara pada 26 April 1981 . Beliau
juga merupakan Sasterawan Negara yang pertama .

2- Tokoh cerpenis era 60-an


Shahnon Ahmad
Biodata tokoh
Bumi Sik , Kedah sekitar tahun 1933 dihuni tangisan bayi lelaki yang telah memberi
impak besar terhadap dunia penulisan negara . Beliau yang telah berperanan
mencetuskan fenomena dalam negara ini ialah Dato Haji Shahnon Ahmad . Selain
berpengaruh dalam dunia penulisan , beliau juga menjadi antara tokoh politik yang
disegani ramai . Beliau telah membuat perubahan pada teknik penyampaian sesebuah
cerpen . Shahnon Ahmad merupakan seorang ahli politik pembangkang . Lebih hebat
lagi , beliau pernah memenangi perebutan kerusi bagi Parlimen Sik sekaligus
memperoleh kejayaan dalam Pilihanraya Umum Malaysia pada tahun 1999 .
Karya yang telah dihasilkan
Beliau menegakkan mesej mesej yang tidak lari daripada tema yang berkait tentang
kepura puraan , kemiskinan dan penderitaan masyarakat dan ianya sangat hidup
apabila dinilai dalam kehidupan kita . Tokoh ini juga lebih galak memasukkan unsur
unsur sindiran dan kelucuan dalam penghasilan cerpen beliau . Antara barisan cerpen

12

yang telah beliau hasilkan ialah Pak Utih , Hikmat Bulan Sabit Haji Taha ,
Siplis , Ayam dan Manusia dan Ombak kecil berkocak . Cerpen Pak
Utih yang telah dimuatkan dalam Berita Minggu menceritakan mengenai keluarga
petani yang telah melakukan kunjungan ke ibu kota . Hikmat Bulan Sabit Haji Taha
pula membangkitkan kisah mengenai orang kampung yang berusaha keras mencari
ilmu yang kebal . Manakala , Ombak kecil berkocak mempamerkan ketajaman
Shahnon mengolah cerita mengenai seorang ADO kepada kisah gadis yang
terperangkap dalam dunia pelacuran .
Selain cerpen , beliau turut menghasilkan karya hebat lain antaranya ialah :
-

Novel Sutan Baginda ( 1989 )


Ranjau Sepanjang Jalan

Anugerah dan Penghargaan

Dato Haji Shahnon Bin Ahmad telah menerima Anugerah Novel Tahunan Malaysia
pada tahun 1970 . Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti
Sains Malaysia , Pulau Pinang . Pencapaian yang paling membanggakan ialah beliau
telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang kedua pada tahun 1982 .

Penutup

13

Penghasilan karya sastera seperti cerpen dilihat berperanan sebagai satu permulaan
jalan , batu penggerak dan tangga pertama terhadap kelahiran penulis penulis baru yang
hadir bersama idea dan hasil penulisan yang berkualiti . Permulaan langkah memasuki dunia
penulisan , dengan hanya menulis cerpen memungkinkan seseorang itu untuk terus berasa
bebas , tenang dan bisa berkongsi luahan rasa dengan orang lain . Malah , yang lebih
mengkagumkan ialah lahirnya penulis bukan berbangsa Melayu seperti Uthaya Sankar , Tung
Wai Chee , Leong Yoke Peng dan Lim Chio Kee .

Selain itu , kerjasama jalinan hasil gabungan pelbagai pihak yang berusaha keras
membantu dalam dunia penulisan cerpen dilihat punya sinar kejayaan . Pentingnya ,
kerjasama yang dicorak , diwarnakan dan divariasikan dapat membantu dalam perkembangan
ini . Kemunculan Asas 50 yang memulakan , kehadiran institusi perbankan yang meneruskan
dan kelahiran penulis penulis hebat yang memperjuangkan memberi impak terhadap
perkembangan cerpen tanah air . Usaha yang terdahulu perlu dijadikan panduan , pengalaman
dan pengajaran oleh pihak yang sedang berada di landasan ini supaya ianya kelihatan lebih
mantap , sistematik dan profesional . Perjalanan sesebuah perjuangan itu bukan bergantung
kepada gagahnya atau hebatnya seseorang individu , tetapi bergantung kepada mantapnya
gabungjalin dan kerjasama setiap ahli yang berdampingan kukuh di dalamnya .

14