Anda di halaman 1dari 2

NAZIRAH BINTI ABDUL KAREEM

2014257692
Kualiti Pemimpin
Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun, lelaki adalah
pemimpin sejati. Peranan lelaki sebagai pemimpin harus dilihat dengan
jelas. Para nabi pun dari golongan lelaki. Kaum Adam punya kekuatan
minda dan rohani dalam memimpin masyarakat. Namun demikian
golongan ini harus juga menyedari peranan kepimpinan yang mampu
dipikul oleh golongan hawa. Bagaimanapun ianya hendaklah
dalam ruang lingkupnya yang tersendiri. Pemimpin harus boleh ke
hadapan dan kebelakang (maksudnya boleh menjadi imam dan
makmum). Mereka harus punyai karisma untuk memimpin dan punya
kerendahan diri untuk menggauli masyarakat yang dipimpin. Perkara ini
hanya akan terjadi jika jiwa pemimpin itu bersih dan luhur. Ibnu Khaldun
(1958) menyebut bahawa jiwa manusia harus disediakan untuk mencapai
nilai kemalaikatan. Ini hanya akan terwujud apabila sari kerohanian
jiwa ini bertepatan dengan kebenaran.Pemimpin disarankan agar jangan
membuat urusan pentadbiran berasaskan gerak hati (instinct) (Abdul
Hamid, 1996). Dalam ucapannya, bekas ketua setiausaha negara
Malaysia telah memetik daripada Kitab Muqadimah, bahawa seorang
wazir pada zaman Khalifah Umayyad (750 AD) telah menasihati
pentadbir kerajaan supaya:"By virtue of his natural intelligence, good
education and outstanding experience he must know what is going to
happen to him before it happens and he must
know the result of his actions before action starts. He must make the
proper preparations for everything " Oleh itu pemimpin harus
mempunya misi dan visi. Mereka harus bersifat kontemporari dan mampu
meninjau masa hadapan. Dengan kesedaran itu dia akan bersedia dan
menyediakan organisasi yang dipimpinnya menghadapi sebarang
keaadan yang mendatang. Contohnya sesebuah
syarikat perniagaan perlu sedia dengan kebarangkalian yang akan

menimpa syarikat tersebut. Dengan itu perancangan yang mantap adalah


sangat mustahak.

Kehidupan beragama
Kehidupan beragama merupakan salah satu ciri masyarakat bertamadun.
Dalam tamadun Islam, Ibn Khaldun menetapkan aspek ini sebagai perkara
asas. Manakala sarjana Barat yang turut memasukkan aspek agama
sebagai salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah Edward L. Farmer
manakala R.A. Buchanan pula menyebut wujudnya upacara agama yang
kompleks adalah ciri-ciri kerahiban (Azhar Hj Mad Aros dll, 2003). Hal ini
bukan sahaja wujud semasa lahirnya Tamadun Islam yang menjadikan
agama sebagai teras masyarakat bertamadun, namun tamadun silam
juga banyak membuktikan aspek agama wujud dalam pembinaan
tamadun. Ini dapat dilihat dengan adanya perkara berikut:
Kepercayaan
Pemikiran tentang kuasa ghaib yang mengawal kehidupan
Peninggalan bangunan keagamaan

Anda mungkin juga menyukai