Anda di halaman 1dari 6

2.

0 Ulasan Kritis

Menurut Prof Datin Dr Aizan (2011), antara kemahiran yang asas dalam
kaunseling adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan
klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa,
kemahiran mendengar, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan
minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran berempati, kemahiran
merumus, kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi. Terdapat
beberapa kemahiran-kemahiran kaunseling yang diaplikasikan oleh guru yang
bernama Norhayati binti Kusdi dalam video pengajarannya yang bertajuk Bahasa
Malaysia Tahun 2. Namun, sejauh manakah kesesuaian penggunaan kemahirankemahiran asas kaunseling dalam proses pengajaranya?
Antara kemahiran yang diaplikasikan oleh guru tersebut adalah kemahiran
mendengar. Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas
dan penting dalam sesi kaunseling. Menurut Carl Rogers dalam Teori Pemusatan
Perorangan, seseorang kaunselor hendaklah mendengar secara aktif. Dalam hal ini,
guru perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk
percakapan atau idea murid. Selain itu, terdapat beberapa sub kemahiran di bawah
kemahiran mendengar. Antaranya ialah kemahiran melayan. Kemahiran melayan
memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan yang baik atau rapport
dengan murid Selepas menyaksikan video ini saya mendapati, guru tersebut tidak
melayan murid yang mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Beliau menujukan
soalannya kepada murid-murid tertentu sahaja. Hal ini, menyebabkan murid yang
tidak diberi peluang berasa kecewa dan mengeluh, Alah, cikgu. Sepatutnya
seorang guru yang baik harus memberikan sepenuh perhatian tanpa berbelah bahagi
dan mendengar idea yang ingin dinyatakan oleh murid.
Selain itu, saya juga mendapati guru ini lebih tahan berhadapan dengan
gangguan- gangguan yang datang dari luar seperti bunyi bising. Walaupun terdapat
gangguan dari luar, guru masih meneruskan pengajarannya dengan penuh dedikasi.
Guru menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti
menyatakan semula, di mana guru menyebut semula apa yang telah dikatakan oleh
muridnya dengan tepat. Misalnya:

Guru : Apakah yang dimaksudkan dengan makanan yang tidak berkhasiat?


Murid : Makanan yang tidak sihat.
Guru : Ya. Makanan tidak berkhasiat ialah makanan yang tidak memberikan zat
kepada badan.
Hal ini menyebabkan, murid berasa idea mereka didengar dan diterima oleh
guru. Selain itu, guru juga mengaplikasikasikan kemahiran mendengar dengan cara
memberikan

respons.

Menurut

Jones

(2010),

terdapat

sepuluh

kemahiran

mendengar dengan aktif. Antara kemahiran mendengar dengan aktif yang digunakan
oleh guru tersebut adalah kemahiran menghormati dan menerima pendapat murid.
Guru mendengar dan menerima kesemua pendapat yang diberikan oleh murid dan
membuat penambahbaikkan terhadap pendapat tersebut jika perlu. Namun, guru ini
tidak mengaplikasikan kemahiran menggunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan
soalan terbuka. Walaupun guru melontarkan soalan terbuka kepada murid sepanjang
sesi PdP, namun, beliau tidak memberikan ganjaran seperti pujian, tepukan dan
token kepada murid. Menurut B.F. skinner dalam Teori Pelaziman Operan, satu gerak
balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Tambahan lagi, menurut Mok Soon
Sang (2010), peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambah
kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. Maka, guru sepatutnya
menggunakan pujian 'bagus' atau 'betul' bagi murid yang menjawab soalan dengan
betul, untuk mengukuhkan jawapannya; manakala cuba lagi bagi jawapan yang salah
atau tidak tepat.
Saya mendapati seorang murid yang bernama Adli membuat bising dan
mengganggu PdP pada minit ke 12.43. Maka, guru telah menggunakan peneguhan
negatif seperti hukuman yang boleh menyebabkan murid kurang selesa, di mana
guru telah menyebut nama murid tersebut dan memintanya supaya duduk. Adli,
duduk. Namun, kesanya adalah untuk jangka masa yang singkat sahaja di mana,
murid tersebut telah mula membuat bising pada minit ke 15.38. Oleh itu, saya
berpendapat bahawa guru tersebut boleh menggunakan Reverse Psychology. Dalam
teknik ini, guru harus menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku
negatif murid kepada yang positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami
psikologi murid yang berkenaan, serta mengenalpasti sikap, pandangan dan
pemikiran dalamanya. Tujuan menggunakan reverse psychology ini ialah bagi
menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif
demi membentuk tingkah laku yang diingini.

Selain daripada kemahiran asas kaunseling mendengar, kemahiran lain yang


diaplikasikan oleh guru tersebut dalam pengajaranya ialah kemahiran membina
hubungan. Tujuan kemahiran ini adalah untuk membina perhubungan yang mesra,
saling mempercayai dan rasa selamat antara guru dan murid supaya murid bersedia
menerima PdP. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti
membina suasana alam sekeliling yang kondusif, suasana terapeutik, penampilan
diri, ekspresi muka, kontak mata, nada suara dan senyuman. Guru mesti membina
suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan
dengan murid. Menurut Kamaruddin Haji Husin (2012), pembentukkan suasana yang
kondusif merujuk kepada keselesaan bagi guru dan murid. Keselesaan ini
dikhususkan kepada bebas daripada gangguan seperti bau, bising, susun atur kerusi
dan meja serta pandangan yang tidak menghalang murid daripada melihat guru.
Setelah menyaksikan video ini, saya mendapati susun atur kerusi dan meja di
dalam kelas tidak menghalang pergerakan atau pandangan murid. Namun, terdapat
gangguan daripada luar seperti gangguan bunyi bising. Hal ini, menyebabkan
tumpuan murid terhadap PdP terjejas. Kesannya, suasana teraputik iaitu suasana
yang aman dan tenang tanpa gangguan yang membolehkan perbincangan,
penghayatan perasaan dan penglahiran idea tidak dapat diwujudkan. Personaliti dan
gesture guru juga dapat membantu membina hubungan yang baik dengan murid.
Dalam video ini,

guru menampilkan imej yang kemas bagi mencipta keyakinan

murid. Nada suara guru juga agak lantang dan jelas dan beliau membuat penegasan
pada idea-idea yang penting.
Selain itu, guru juga perlu mengadakan kontek mata dengan murid bagi
membina hubungan yang baik. Kontek mata memberikan makna sama ada guru jujur
menerima apa jua yang diperkatakan oleh murid dan bersedia untuk membantu
murid. Namun demikian, setelah menyaksikan video beberapa kali saya mendapati
guru tersebut seringkali merujuk kepada nota ataupun rancangan pengajaran untuk
mengajar. Ketika murid menjawab soalan yang ditanya, guru melarikan pandangan
ke arah murid lain atau tempat lain.
`Di samping itu, guru juga mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling iaitu
kemahiran menyoal dalam proses pengajarannya. Hal ini diperlukan untuk
mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kefahaman murid. Menurut Jones
(2004), soalan yang boleh dikemukakan terdiri daripada dua jenis iaitu soalan
tertutup dan soalan terbuka. Soalan-soalan tertutup lazimnya tidak menggalakkan

murid menghuraikan tentang sesuatu. Murid hanya perlu menjawab ya ataupun


tidak sahaja. Maka, maklumat yang diperoleh adalah sangat terhad.
Dalam video pengajaran ini, saya mendapati guru lebih banyak menggunakan
soalan jenis terbuka berbanding soalan tertutup. Soalan terbuka menggalakkan
penerokaan serta memberikan ruang kepada murid untuk meluahkan pendapat dan
perasaan. Saya mendapati, dalam video pengajaran guru mendengar dengan penuh
teliti ketika murid bercakap. Guru juga memberikan respons yang minima seperti
menganggukkan kepala dan sebagainya bagi menggalakkan murid terus bercakap.
Tetapi, masalahnya adalah guru tersebut hanya menujukan soalan kepada muridmurid yang tertentu sahaja. Beliau tidak memberikan peluang yang sama rata
kepada murid bagi menjawab soalan. Hal ini, menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan segelintir murid. Maka, mereka mula memberontak dengan
memanggil cikgu, berdiri, mengeluh dan membuat bising. Saya juga mendapati
seorang murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan bermula pada sesi
permulaan

pengajaran

hinggalah

penutup.

Tetapi,

guru

langsung

tidak

menghiraukannya. Hal ini, akan menyebabkan murid kecewa dan berasa dirinya
tidak dihargai. Oleh itu, guru tidak boleh bersifat berat sebelah dan harus memberi
peluang yang sama rata kepada semua murid.
Selain itu, terdapat juga pengaplikasian kemahiran asas kaunseling iaitu
kemahiran komunikasi dalam pengajaran guru terbabit. Kemahiran komunikasi
lisan merupakan interaksi tutur kata di antara guru dan murid dalam memahami
dunia murid. Oleh itu, guru tersebut telah menggunakan bahasa yang jelas, mudah
difahami dan sesuai dengan tahap umur serta latar belakang murid-murid. Beliau
juga telah menggunakan kaedah penyoalan yang mudah iaitu soalan terbuka supaya
murid berpeluang untuk meluahkan atau menceritakan pendapat mereka. Setelah
menyaksikan video pengajaran tersebut berulang kali, saya mendapati guru tersebut
bercakap terlalu laju umpama kereta api ekspres. Hal ini kerana, beliau mempunyai
terlalu banyak pengajaran dan aktiviti yang hendak dibuat dalam tempoh masa 30
minit. Contohnya, beliau memulakan pengajaran dengan menunjukkan satu per satu
makanan, menyenaraikannya dalam kumpulan makanan berkhasiat dan tidak
berkhasiat lalu melekatkan gambar
menunjukkan

beberapa

kad

kata

pada papan tulis. Kemudian beliau telah


ganti

nama

dan

meminta

murid

untuk

menyebutnya. Setelah itu, guru tersebut melekatkan kad kata ganti nama dan kad
gambar pada papan tulis lalu meminta murid untuk membina ayat. Kemudian, guru
mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid untuk menjawabnya dalam masa 5
minit. Sepatutnya, guru harus memberikan keutamaan kepada fokus utama

pembelajaran iaitu kata ganti nama. Langkah pengajaran yang beliau gunakan tidak
berapa jelas dan set induksi memakan masa lebih daripada 10 minit.
Hal ini mengakibatkan komunikasi sehala di mana guru bercakap dan murid hanya
mendengar. Maklumat yang disampaikan oleh guru juga terlalu banyak dan berulang
sehingga menjemukan murid. Pada minit ke 12.24 hinggalah ke minit 16.20, guru
tersebut melakukan pengulangan ayat yang sama. Hal ini, menyebabkan murid
berasa bosan, mengeliat dan ada juga yang terbaring di atas meja. Misalnya,
Guru: Azikah kata telur dalam kumpulan makanan yang berkhasiat. Betul atau
tidak?
Guru: Danish kata buah-buahan dalam kumpulan makanan yang berkhasiat.
Betul atau tidak?
Komunikasi bukan lisan pula ialah mesej yang disampaikan melalui ekspresi
muka, pandangan mata dan gerak geri. Mizan dan Halimatun (2011), menyatakan
fungsi pandangan dan kontak mata adalah untuk memberi perhatian, menunjukkan
minat dan menimbulkan rasa penerimaan. Dalam video pengajaran ini, guru
menunjukkan suasana yang tidak natural dan tenang (relax). Pergerakan beliau di
hadapan kelas sahaja kerana beliau mengejar masa dan tergesa-gesa untuk
memulakan dan menamatkan sesi pengajaran.
Secara kesimpulanya, oleh sebab kemahiran asas dalam kaunseling adalah
sangat penting maka ia perlu didalami oleh guru-guru dan kaunselor untuk
melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI).