Anda di halaman 1dari 1

PENUTUP

Kesimpulannya, akidah adalah tunggak ummah dalam menghadapi pelbagai masalah yang
menimpa umat islam di akhir zaman. Tanpa pembinaan akidah yang mantap segala usaha yang
dijalankan untuk mengislahkan ummah pada era mutakhir ini akan menghadapi kegagalan dan
seterusnya memberi ruang kepada musuh Islam mempengaruhi ummah dalam segala aspek
kehidupan.
Oleh itu, marilah kita memperkasakan akidah, keluarga, dan masyarakat kita dengan menanam
rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah dan rasul-Nya serta mematuhi segala perintah dan
larangan yang ditetapkan, mudah-mudahan dengan cara ini kehidupan kita diberkati dan
diredhai-Nya.
Selain itu, sama-samalah kita berusaha membendung perkara mungkar dan menyeru segala
kebaikan untuk keselamatan sejagat sebagaimana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104
yang bermaksud: Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru kepada
kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala
yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang Berjaya.

Anda mungkin juga menyukai