Anda di halaman 1dari 3

Gangguan emosi merupakan satu situasi yang menunjukkan seseorang individu

mengalami konflik dalaman yang sukar untuk diatasi olehnya. Kamus dewan bahasa dan
pustaka telah memberi maksud gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat
diselesaikan dan dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan
tertentu.Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas tingkah laku
seseorang. Gangguan emosi berlaku apabila situasi atau masalah yang dihadapi melebihi
kebolehan seseorang untuk mengatasinya. Gangguan emosi boleh dialami oleh sesiapa
sahaja termasuk kanak-kanak terutama murid-murid di sekolah.
Berdasarkan artikel yang dibincangkan di atas, terdapat beberapa punca gangguan
emosi dalam kalangan murid berdasarkan isu integrasi nasional dalam sistem persekolahan.
Punca pertama yang menyebabkan gangguan emosi murid dalam hal integrasi adalah
perbezaan unsur kebudayaan. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini
sememangnya tidak dapat dielakkan kerana setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka
sendri yang menjadi identiti mereka. Namun begitu, elemen ini akan menjadi ancaman jika
sensitivitinya disentuh dan dipersoalkan.

Setiap kumpulan etnik mempertahankan

kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga
menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Mereka hanya ingin menggunakan
bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka kerana beranggapan jika
terdapat yang lain selain bangsa mereka. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih
mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat dan bergaul.
Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar jika
fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam kalangan masyarakat yang mana
masih diikuti oleh generasi muda sekarangn.
Punca

yang kedua ialah dari segi jarak sosial yang wujud akibat kurangnya

interaksi. Faktor ini timbul akibat kekangan bahasa yang membataskan interaksi bangsa
yang berlainan bahasa. Ini wujud bukan sahaja kerana tidak memahami bahasa lain, ia juga
boleh menimbulkan salah sangka kerana kita tidak memahami apa yang diperkatakan.
Punca seterusnya ialah wujudnya kekeliruan dan kesamaran tentang sesuatu isu
dalam negara. Ini boleh menimbulkan salah faham jika kerajaan tidak mengambil langkah
segera

untuk

menerangkan

sasuatu

isu.

Ini

bagi

mengelakkan

pihak

tidak

bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk mencemari minda dan pemikiran rakyat dan
masyarakat.
Punca gangguan emosi seterusnya ialah keengganan membuka dunia sosial kepada
masyarakat lain. Mereka merasakan identiti bangsa mereka akan tercemar jika memberi
ruang kepada kaum lain dalam budaya mereka. Keadaan ini diwujud apabila masyarakat

Malaysia lebih berhadap dengan era globalisasi. Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa
sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pintas dan cepat. Kita boleh mengetahui
keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa
ada sekatan. Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang
merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber
manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhar dan pemikiran
Barat diterima secara ke dalam masyarakat khususnya generasi Z sekarang. Kejayaan
mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari
barat adalah baik dan moden.Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik,
intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan
kaum terutamanya kalangan murid sekolah. Secara tidak langsung, keadaan ini akan
memburukan lagi hubungan etnik di Malaysia.
Bagi mengatasi masalah-masalah daripada berleluasa, pendidik harus memainkan
peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan
kaum dalam kalangan murid sekolah. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan
dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran
peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Berdasarkan
kepada garis panduan KPM dan PIPP, peranan guru sebagai Pembina negara bangsa dan
modal insan dilaksanakan dengan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan
perpaduan negara dan integrasi nasional dan memupuk kecintaan terhadap seni, warisan
dan budaya bangsa.

Justeru itu, bagi melaksanakan garis panduan tersebut, guru perlulah menangani cabaran
integrasi nasional dengan cara menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah
sebagai bahasa perpaduan. Guru haruslah mengutakan mencintai bahasa Malaysia serta
menanamkan rasa cinta itu ke dalam jiwa pelajarnya. Di antara cara untuk memperkasakan
bahasa ini ialah dengan mengadakan program-program seperti pertandingan pidato,
pertandingan debat dan bahas, Pertandingan menulis artikel, Minggu Bahasa dan
Kebangsaan serta program Wacana Ilmu dan lain-lain.

Bagi menyempurnakan garis panduan yang kedua iaitu memantapkan


perpaduan negara dan integrasi nasional, KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). RIMUP ialah satu program yang menggalakkan
penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatankegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga
dan kepakaran. Justeru itu, guru perlulah menerima cabaran ini dan berusaha untuk
memantapkan lagi perpaduan masyarakat di Malaysia.

Untuk menangani cabaran Integrasi Nasional, guru perlulah menyemai dan


memupuk semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar. Contohnya,
semangat ini boleh dipupuk ke dalam diri pelajar daripada aktiviti perbarisan untuk
menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotik iaitu Negaraku. Ianya dapat diaplikasikan
ke dalam perhimpunan mingguan di sekolah. Selain itu juga, semangat patriotisme dapat
dipupuk melalui sambutan bulan Kemerdekaan yang diadakan di sekolah. Pelajar boleh
melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti
mendeklamasikan sajak, syair, pantun, puisi, penulisan karya kreatif, pertandingan nyanyian
lagu-lagu patriotik dan lain-lain. Penyertaan mereka dalam aktiviti yang dianjurkan ini akan
meningkatkan serta menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air yang tercinta.

Selain itu juga, guru juga boleh memberikan peluang kepada semua pelajar
yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum dan agama untuk berinteraksi antara satu
sama lain dan melibatkan diri dengan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Contohnya, penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti Kempen Cintakan
Warisan Seni, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Menceriakan Kelas sempena
Hari Kemerdekaan, Perbarisan Badan Beruniform dan lain-lain akan dapat membina
kekuatan jati diri serta menanamkan rasa cintakan kepada bangsa dan negara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai