Anda di halaman 1dari 1

Cara ringkas untuk solat jenazah. Belajar lah wahai lelaki.

Apakah kau tak malu apabila


tak pandai nak solat jenazah untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah bila
meninggal. Itu sahaja lah penghormatan terakhir buat insan yang membesarkan dan
menjaga kita.
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :
1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah
Taala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka
masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah
rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan
terbaik buat jenazah.
p/s : Mohon ahli ilmuan, ustaz/ustazah komen di bawah sebagai pencerahan jika ada yang
tersilap/tertinggal. Wallahua'lam..