Anda di halaman 1dari 5

Apakah tenaga yang keluar dari tubuh

kita?
Mengenai hal ini, mari kita lihat alam sekeliling kita. Semua
benda hidup mempunyai medan elektromagnet dan begitu
jugalah struktur benda. Dunia Sains barat sukar untuk
mengakui kewujudan teori dimensi kerana ia bukan benda
yang boleh ditimbang atau disukat. Walaubagaimanapun,
tubuh manusia adalah yang pertama menghasilkan medan
tenaga dan kita mempunyai bukti untuk menyokong perkara
ini, seperti haba yang boleh menyerap/menyebar dan boleh
diukur dengan termometer. Jantung kita memberi respon
kepada tenaga elektrik dan diukur dengan
elektrocardiograms. Sekarang, para saintismula bersetuju
dan mengakui bahawa elektrik, magnetisma, haba, bunyi
dan cahaya membentuk medan tenaga sekeliling tubuh
fizikal kita. Jadi manusia lebih dari sekadar tubuh sahaja.
Ianya adalah kuasa elektromagnetik yang dinamik bersama
dengan aura.
kelebihannya:
1. Mampu menyembuhkan.
2. Menembus apa saja.
3. Menyertai sinar matahari.
4. Mempunyai sifat yang mirip dengan energi lain, tapi
merupakan daya lain bagi dirinya sendiri.
5. Bermuatan dan dapat dipantulkan oleh cermin.
6. Dikeluarkan oleh tubuh manusia dan dapat dikesan,
khasnya dengan hujung jari atau mata.
7. Dapat dialirkan melalui media tertentu, seperti besi dan
benang sutera.
8. Dapat disimpan dalam benda mati seperti air dan batu.
9. Beradaptasi dalam perubahan cuaca.
10. Dapat dikendalikan oleh fikiran.

11. Mampu mempengaruhi secara jarak jauh dan


menghasilkan berbagai fenomena paranormal.
12. Dapat digunakan untuk tujuan yang baik atau buruk.
kelebihan lain:
1. Pertahanan diri
2. Meningkatkan kesihatan
3. Rawatan alternatif diri sendiri dan orang lain
4. Meditasi
5. Mengesan kekuatan (getaran) jarak dekat dan jauh.
6. Mengirim kekuatan (Transfer Power) jarak dekat dan jauh
7. Membuat diri kebal akan pukulan dan senjata tajam
8. Pemecahan benda-benda keras
9. Menyerang dan bertahan dengan menggunakan tenaga
dalam
dan

banyak lagi

Sebelum manusia mengenal elektrik, ternyata Allah telah


menggelarkan elektrik dalam tubuh manusia secara sangat
canggih, bahkan sejak dari dihadirkannya manusia pertama
di bumi. Sel-sel dalam tubuh manusia yang jumlahnya lebih
dari satu trilion masing-masing mempunyai muatan elektrik
sebanyak 90 mv dengan muatan positif diluar membran sel
dan muatan negatif di dalamnya. Bila boleh dibuat
hubungan seri dalam masalah bekalan elektrik antara satu
sel dengan sel yang lain maka memang tubuh manusia
mempunyai potensi yang sangat besar dalam menghasilkan
voltan elektrik. Misalnya untuk menghasilkan voltan 220 V
(voltan elektrik rumah tangga) diperlukan hubungan siri
2500 sel saja, sedangkan tubuh manusia mengandungi
lebih daripada 1 trilion sel. Apakah hal yang demikian dapat
dilakukan dalam tubuh manusia? Entahlah. Tetapi memang
ada diberitakan orang boleh menyalakan bola lampu hanya

dengan memegang kutub-kutubnya, sehingga kiranya


memang bukan hal yang sangat mustahil, sebab bahan
asasnya memang telah tersedia dalam tubuh manusia itu
sendiri.
Sudah sejak lama dunia Perubatan memanfaatkan peristiwa
elektrik tubuh ini untuk keperluan diagnostik misalnya
pencatatan peristiwa elektrik:
1.
Otak yang disebut elektroensefalografi (EEG).
2.
Jantung yang disebut elektrokardiografi (EKG /
ECG).
3.
Otot yang disebut Elektromyografi (EMG).
Telah dikemukakan bahawa semua aktiviti fisiologi dalam
tubuh manusia berkaitan dengan peristiwa elektrik.
Penyerang dengan emosinya yang berkobar dan maksud
jahatnya untuk mencelakakan yang akan diserang, akan
mempolakan cara menyerang dalam otaknya dan kemudian
mewujudkannya dengan pengerahan kekuatan otot yang
cukup besar. Kesemuanya ini berkaitan dengan peristiwa
elektrik dalam tubuhnya. Makin kuat emosi dan makin keras
usahanya untuk mencelakakan makin besar terbangkitnya
peristiwa elektrik dalam tubuhnya. Penjanaan peristiwa
elektrik dalam tubuh yang diluar kebiasaannya ini akan
menghasilkan gelombang elektromagnet yang berbeza
berjalan dengan gelombang elektromagnetik orang
bertenaga dalam yang akan diserang, akibatnya ialah
gelombang
elektromagnetik
penyerang
mengalami
perubahan (terinduksi), dengan akibat lebih lanjut menjadi
kacaunya peristiwa elektrik dalam tubuhnya, dengan akibat
lebih lanjut lagi iaitu menjadi kacaunya gerakan
menyerangnya, yang wujudnya ialah menjadi terpentalnya
penyerang tersebut. Keadaannya kiranya sama dengan

jarum kompas yang didekatkan dengan letak yang tidak


sesuai dengan arah gelombang elektromagnetik gegelung
tersebut di atas, yang akan menyebabkan jarum kompas itu
bergerak.
Bila orang yang diserang tidak mempunyai tenaga dalam,
peristiwa tersebut di atas tidak akan terjadi oleh kerana
orang yang tidak mempunyai tenaga dalam tidak
memancarkan gelombang elektromagnetik. Lalu soalan
seterusnya ialah: Mengapa bukan orang yang bertenaga
dalam
yang
mental
oleh
pengaruh
gelombang
elektromagnetik orang yang menyerang? Hal itu pada
umumnya tidak akan terjadi oleh kerana orang yang akan
diserang biasanya berada dalam kedudukan badan yang
lebih stabil dan akan lebih baik lagi bila orang itu juga
berada dalam keadaan emosi yang tenang. Di samping itu
gelombang elektromagnetik orang yang bertenaga dalam
adalah lebih besar, sudah mapan dan mantap (selalu ada)
berbanding dengan gelombang elektromagnet "bangkitan
sewaktu" dari orang yang sedang beremosi. Makin besar
tenaga dalam yang dimiliki orang yang akan diserang,
makin tebal selubung gelombang elektromagnetiknya,
sehingga semakin sukar bagi penyerang untuk mendekati
orang yang akan diserangnya. Ibaratnya jarum kompas
(apalagi jarum kompas "bangkitan sewaktu") tidak akan
mampu menggerakkan besi magnet dan semakin besar
magnet itu maka jarum kompas yang didekatkan kepadanya
sudah bergerak walaupun jaraknya masih jauh.
Kalau orang tersebut tidak bermaksud menyerang,
sekalipun ia mengerahkan kekuatan otot yang cukup besar,
gerakannya tidak akan menjadi kacau oleh kerana arah
gelombang
elektromagnetiknya
mengikut
dengan
gelombang elektromagnet orang yang mempunyai tenaga

dalam tersebut. Keadaannya sama dengan jarum kompas


yang terletak berhampiran pada kumparan kawat dengan
arus elektrik mengikut dengan kedudukan sedemikian rupa
sehingga arah gelombang elektromagnetik gegelung sama
dengan arah gelombang magnet jarum kompas itu,
sebagaimana telah dikemukakan di bahagian depan.
Soalan seterusnya ialah bagaimana bila si penyerang itu
juga bertenaga dalam? Nah perlu diketahui bahawa sesama
tenaga dalam adalah gelombang elektromagnetik yang
searah sehingga tidak akan saling berbenturan. Yang akan
bertembung ialah gelombang elektromagnetik "bangkitan
sewaktu" hasil dari luapan emosi seseorang terhadap
gelombang elektromagnetik tenaga dalam orang lain.

Anda mungkin juga menyukai