Anda di halaman 1dari 10

1. Pantang larang orang Melayu tentang makan.

Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun
semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan
sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang
Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di
sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut
kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang
daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.

2.Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:


1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
Selain pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan.
Antara adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:

Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau


minuman, adalah tidak manolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidaktidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.

Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian
baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.

Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.

Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh
orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang
muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan
berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang

muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika hendak menanamkan
kemesraan dan semangat kekelugaan di kalangan anak-anak.

Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan
menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan
jika kita mahukan makanan itu.

Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan,


tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri.

Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan


tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.

Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak
kotor.

Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini
dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau
mangkuk sehingga berbunyi.

Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan
makanan.

Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan
sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.

Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.

Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.

Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut
sahaja.

Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan
meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua
orang sudah selesai makan barulah bangun.

Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah
selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan
Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirya supaya menghentikan makan atau
melarangnya menghabis makanannya.

Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu
tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya
sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan

kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu
keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak.
Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga
tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang
terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi.
Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang
akan datang.

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional


Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman
lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan
untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang
disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang
larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.
Pantang Larang Wanita Hamil
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan
cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang
bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal
lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin
tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing
yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Pantang Larang Ke Atas Lelaki


1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.
Pantang Larang Bayi
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan semangat kerana ditakuti menjadi
kurus.
2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.
5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana
dikatakan pendek umur.
6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin
menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
Pantang Larang Ketika Berdiri
1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.
2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.

"makanan tradisional melayu"


Negara Malaysia kaya dengan makanan...kerna kita di sini terdiri
daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum..Disebabkan itu di
Malaysia kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada
yang kita xpernah tengok; rasa dan tak pernah tahu.."bahawa adanya
makanan sebegitu di negara kita.." Namun yang pasti, semakin kita
beranjak zaman kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya
merupakan salah satu makanan utama penduduk di tiap negeri. Terutama
Kuih-kuih tradisi orang melayu. Andai ditanya pada anak
muda.."pernahkah dengar nama makanan ni...?" Confirm!! pasti kerut
dahi yang kelihatan..Al-maklum la..negara kita dah makin pesat
membangun masih adakah insan yang masih menjadikan kuih-kuih tradisi
menu utama mereka..? Ya, masih ada cuma hanya sebilangan dari kita...
Nah..ini beberapa himpunan makanan tradisi orang melayu yang popular satu
ketika dahulu...
DODOL

Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan


yang manis. Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit
untuk dibuat. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri
daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula
pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar

dihasilkan.

LEMPENG KELAPA

Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan


sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya
dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau
kuah gulai.
SLEMANG

Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan


gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis.
JALA MAS

Kuih jala mas sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis;
dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air
gula, sama seperti kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang
berbeza. Ia mempunyai bentuk yang berjurai seperi mi halus. Biasanya
hanya disediakan untuk perayaan istimewa disebabkan cara membuatnya
yang agak sukar. Pasa masa dahulu, kuih ini hanya dikhaskan bagi
hidangan raka dan kaum bangsawan.
BUNGA PUDAK

Kuih bunga pudak merupakan kuih tradisional Melayu dan amat popular di
negeri Kedah. Ia merupakan hidangan istimewa dan dinamakan sempena
bunga pundak. Kuih bunga pundak mempunyai inti kelapa.
BUAH TANJUNG

Amat popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa.


Berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia merupakan sejenis kuih
yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air
gula.
ASAM GUMPAL

Kuih asam gumpal merupakan hidangan yang lemak manis yang dihasilkan
dengan menggunakan sagu mata ikan dengan inti dimasak dalam kuah
santan. Ia disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus
dengan air yang dicampur dengan garam bagi membangkitkan rasa. Sagu
yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan digumpal sebesar satu
gumpalan tangan. Campuran gula merah; halia dan halba ditambah bagi
menambah perisa.
HALWA MASKAT

Hidangan ini merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang. Halwa maskat


merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat
seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung dan gula.
KUIH HASIDAH

Kuih ini dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan minyak sapi
serta gula. Merupakan sejenis kuih yang lemak dan manis.
NEKBAT

Merupakan makanan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras


dan telur, dan dibakar. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering
dan apabila ia sedia dihidang, nekbat akan direndam dalam air gula
yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih

Anda mungkin juga menyukai