Anda di halaman 1dari 19

1.

PENGENALAN

Anda mungkin sering didedahkan dengan perkataan pemasaran samada melalui


media mahupun orang-orang perseorangan yang terlibat dengan dunia perniagaan.
Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau
kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan
penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.

Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi


keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran.

Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusanurusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk,
perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan
sebagainya. Keputusan-keputusan ini adalah berkaitan dengan aspek-aspek
pemasaran yang akan kita pelajari dalam pelajaran-pelajaran yang akan datang.

2. PASARAN SASARAN
proses sosial dan pengurusan - individu dan kumpulan mendapatkan keperluan dan
kehendak mereka melalui pembentukan dan pertukaran produk dengan pihak lain
Pembentukan nilai dan kepuasan kepada pengguna adalah faktor yang paling
penting dengan motif untuk mendapatkan keuntungan.
pengguna yang sedia ada, syarikat perlu mengekalkannya dengan memberikan
kepuasan setiap masa,
bagi menarik pengguna baru, syarikat hendaklah menjanjikan nilai terbaik yang boleh
diberikan.
Pasaran sasaran ini adalah tertumpu kepada dua iaitu demografi dan psiko grafik.
Melalui perniagaan alat-alat mempertahankan diri yang dijual di dalam blog
http://bladefighter.blogspot.com/p/kerambit.html, sasaran pasaran kepada pembeli
adalah kepada para pengamal seni bela diri iaitu silat dan sebagainya.
Para pengamal seni bela diri ini dapat memperoleh senjata-senjata dan aksesori
mempertahankan diri serta kelengkapan latihan secara mudah dengan hanya
melakukan pesanan melalui laman blog atau secara atas talian dengan
menggunakan maklumat dan juga pengiklanan yang terdapat di dalam

blog

tersebut.

Sasaran pasaran ini meliputi keseluruhan pengguna, iaitu pasaran ini tidak terhad
sama ada di dalam negara atau sekelompok masyarakat, tetapi turut melibatkan
para pembeli dari kumpulan sasaran yang terlibat dalam seni bela diri dan juga
sebagai koleksi serta bahan pameran.

2.1 TREND PASARAN


Trend terkini - ramai golongan muda telah melibatkan diri dalam seni bela diri
samada di negara kita mahupun luar negara.
di malaysia, kebanyakan sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi
mempunyai kelab dan persatuan bela diri (silat) yang memerlukan kelengkapan
latihan.
Keperluan untuk memenuhi kehendak peralatan dan juga senjata ini perlu
seiring dengan trend dan minat masyarakat kini.
Trend ini menunjukkan bahawa pasaran alatan dan senjata silat ini selari dengan
kehendak memenuhi tuntutan latihan.
Ramai pakar-pakar bidang seni ingin melakukan kajian terhadap seni silat ini dan
mengumpul

koleksi-koleksi

senjata-senjata

untuk

dijadikan

sebagai

bahan

pembelajaran dan juga sebagai pemeran di rumah atau di muzium-muzium.

2.3 SAIZ PASARAN


Silat merupakan satu seni yang amat luas pengaruhnya sehinggakan merebak
di serata dunia.
Saiz pasaran ini tidak terhad hanya kepada sekelompok pengguna sahaja
kerana melalui perniagaan online ini, saiz pasaran ini dapat diperluaskan dengan
sebaik mungkin.
pasaran alatan dan senjata Silat ini tidak hanya dijual kepada pembeli dari
masyarakat Nusantara Malaysia, Indonesia dan Brunei malahan ianya dapat dijual
kepada pembeli yang lebih luas pasarannya.
Bladeshop Sdn. Bhd.:
Pasaran sasaran seluruh dunia melebihi 150 km persegi dari lokasi perniagaan. Dua
kumpulan pembeli utama :
1. Pengamal seni bela diri seluruh dunia

2. Pengumpul senjata dan alatan seni bela diri


3. Kelab dan persatuan seni bela diri
Hasil kajian:
Pengamal seni bela diri = Pembelian RM 100.00 sepasang atau RM
1,000.00 sebulan
Pengumpul Senjata = Pembelian RM 1,000.00 sebulan
Kelab dan Persatuan = Pembelian untuk ahli RM 200 setiap
pertubuhan
Berdasarkan saiz pasaran jika 12 bulan (1 Tahun)
= RM 1,000 (100 x 10) + RM 1,000 (500 x 2) + RM 200 = RM 2,200.0
Saiz Pasaran
= RM 26,400.00 setahun

Dengan menggunakan kemudahan blog sebagai tempat untuk menjual dan


mempromosi barangan, saiz pasaran dengan ini dapat diperluaskan dengan
sepenuhnya dengan perkhidmatan pemasaran ini dapat dijalankan selama 24 jam
sehari.
Pasaran barangan menjadi lebih efektif kerana proses pembelian boleh dilakukan
secara terus dengan pihak yang berperanan sebagai penjual.
Proses jual beli juga menjadi semakin mudah untuk dijalankan.
Saiz pasaran pemasaran atas talian ini juga adalah luas.
Pembeli dari serata dunia yang mempelajari dan meminati alatan serta aksesori seni
bela diri ini boleh melakukan transaksi pembelian dengan melakukan bayaran
menggunakan perkhidmatan transaksi bank seperti PayPal dan kad kredit.

2.4 PERSAINGAN PERNIAGAAN


Perniagaan menjual alatan senjata dan aksesori seni bela diri mempunyai
peluang pemasaran yang amat luas.
Terdapat beberapa persaingan yang dapat dilihat dalam pemasaran ini.
Persaingan dalam perniagaan ini adalah persaingan monopolistik, iaitu
pasaran mengandungi ramai pembeli dan penjual yang berdagang di bawah harga
yang berbeza.
Persaingan jenis ini berlaku kerana ramai penjual yang menjual barangan
yang sama pada harga yang berbeza beza.
Penjual pada pasaran monopolistik tidak terbatas, namun setiap produk yang
dihasilkan pasti memiliki ciri-ciri dan kelebihan yang tersendiri yang membezakannya
dengan produk lainnya.
Sebagai contoh ramai penjual senjata dan barangan antik, namun tidak semua
barangan yang dijual mempunyai nilai estetika dan nilai seni tang tinggi.
Dalam pasaran monopolistik ini, penjual memiliki kemampuan untuk mempengaruhi
harga walaupun pengaruhnya tidak sebesar penjual dari pasaran monopoli atau
oligopoli.
Kemampuan ini bergantung dari sifat barang yang dihasilkan.
perbezaan dan ciri khas dari sesuatu barangan, pelanggan tidak akan mudah
berpindah kepada penjual lain dan akan tetap memilih penjual yang sama walaupun
penjual menaikkan harga.
Struktur pasaran persaingan monopolistik hampir sama dengan persaingan
sempurna.
Dalam pasaran persaingan monopolistik, harga bukanlah faktor yang boleh
mempengaruhi jualan.
Faktor yang penting adalah bagaimana kemampuan peniaga mempengaruhi
pemikiran pengguna sehingga mereka tertarik untuk membeli produk tersebut
meskipun dengan harga yang lebih tinggi.

perniagaan yang berada dalam pasaran monopolistik harus aktif mempromosikan


produk sekaligus menaikkan nama perniagaan.

2.5 STRATEGI PEMASARAN


Elemen produk, tempat, harga dan promosi adalah merupakan unsur pemasaran
yang digabungkan dan dibentuk menjadi strategi pemasaran. Empat elemen ini
dikenali juga sebagai campuran pemasaran.

2.5.1 Pembezaan
Produk yang dihasilkan ini mempunyai beberapa kelebihan dari segi
pemasarannya berbanding produk-produk yang lain. Senjata yang dihasilkan ini
merupakan hasil buatan kerja tangan daripada pengukir dan pembuat senjata yang
mahir. Produk-produk yang dihasilkan ini mempunyai kualiti yang amat tinggi
berdasarkan ketelitian dalam proses pembuatannya. Hasil kerja tangan yang
dihasilkan oleh para pengukir mahir ini yang mewarisi kemahiran turun temurun ini
yang berasal dari Nusantara.
Selain itu, produk yang yang dijual juga merupakan produk yang sukar untuk ditemui
kerana bilangan penjual yang menjual senjata dan aksesori ini adalah sedikit. Set
pakaian dan senjata yang dijual adalah dari pengumpulan dan juga koleksi-koleksi
yang telah dikumpul dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Selain itu, seminar yang dianjurkan oleh kami juga juga dalah berdasarkan
kerja sama antara Jak Othman dan kami. Penggunaan nama Jak Othman yang
sememangnya sudah terkenal di serata dunia mengenai kejurulatihan beliau dalam
seni bela diri ini. Populariti nama profesor Jak Othman adalah satu pendorong
kepada para pembeli untuk membeli produk tersebut.
Hasil kerjasama dan strategi perniagaan ini mempunyai potensi yang amat besar.
Melalui seminar yang dianjurkan oleh Profesor Jak Othman yang telah diiklankan di
dalam blog dan hasil daripada penyertaan peserta kursus. Para peserta kursus
tersebut boleh mendapatkan alatan, pakaian serta aksesori seni bela diri ini dengan
harga yang lebih berbaloi dan jaminan kualiti produk yang dihasilkan dan
dipertaruhkan oleh kami merupakan produk yang berkualiti tinggi dan mempunyai
nilai estetika yang mampu memikat hati para pembeli.

2.5.2 Promosi
Promosi ialah strategi berkomunikasi antara pengguna dan pemasar atau
peniaga. Ianya melibatkan proses komunikasi dua hala daripada kepada peniaga.
Tujuan komunikasi ialah supaya pemasar boleh menyampaikan mesej kepada
pengguna dan mengetahui maklum balas pengguna terhadap tawaran koperasi.
Menurut Kotler (1996): Pemasaran ialah satu proses social ataupun
pengurusan dimana individu ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki
dan diperlukan samada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran
produk atau nilai dengan atau pihak yang lain.
Strategi promosi merangkumi strategi pengiklanan, promosi jualan, jualan
perseorangan, perhubungan awam dan publisiti dan pemasaran langsung. Objektif
utama promosi ialah memberitahu, mengingatkan dan memujuk pengguna yang
berpotensi.
Dalam situasi dan penjualan melalui atas talian dengan menggunakan blog ini,
terdapat beberapa kaedah promosi yang telah dikenalpasti dapat menyumbangkan
kepada peningkatan jumlah pengeluaran produk ini antaranya ialah melalui EMarketing, pengiklanan dan promosi jualan kepada pembeli.

Promosi melalui E-Marketing ini amat berfaedah kepada kami kerana ianya
mempunyai liputan pasaran baik, penerimaan yang luas, kos rendah dan mampu
untuk menarik perhatian pembeli dengan promosi dan pengiklanan menggunakan
media pelbagai seperti video, lagu, poster dan sebagainya.
Promosi jualan kami juga adalah merujuk kepada penawaran insentif jangka
pendek

untuk menggalakkan pembelian dan jualan produk. Kupon sijil yang

memberikan sesuatu penjimatan kepada pengguna,


Rebat/Tawaran pulangan tunai - kupon dalam bentuk pengurangan harga
jualan yang diberi kepada pembeli yang menunjukkan bukti pembelian sesuatu
produk untuk menggalakkan pembelian. Contohnya, pembelian komputer Dell dapat
rebat tunai RM100. Sampel tawaran suatu jumlah percubaan tertentu sesuatu
produk

2.5.3 Pengiklanan Blog


Blogging adalah satu media perhubungan yang begitu efisyen dan menjadi
satu alat atau kelengkapan yang menarik, dimana ia digunakan secara meluas
dengan pelbagai penggunaan.Ia juga digunakan dengan meluas bagi tujuan
pemasaran bagi pihak pengiklanan. Blogging juga telah menjadi begitu popular
dikalangan remaja dan generasi terdahulu untuk berkongsi idea, pendapat dan untuk
memberi bimbingan atau tutorial dalam pelbagai bidang.

Berkongsi pengetahuan dan pengurusan adalah kelebihan yang amat penting


dalam blogging. Dalam pada itu,vfaedah lain yang boleh diperolehi daripada blogging
ialah 'self-marketing', pembinaan komuniti, perkhidmatan pelanggan yang lebih baik,
penulisan yang menarik, penubuhan sosial dan teknik komunikasi yang lebih baik.

Beberapa kelebihan utama penggunaan blog adalah dari segi perhubungan.


Ia merupakan teknik yang efisyen dan kos-efektif untuk mengiklan maklumat dan
kepakaran mengenai bisnes anda kerana ia merupakan penghubung dengan

komuniti yang besar. Ini sangat membantu bagi bisnes yang kecil seperti kami
kerana kami tidak mampu untuk melabur di dalam memasarkan produk dan servis
kami.

Selaian itu juga. ia menyediakan sumber komunikasi secara terus dengan


pelanggan atau pengunjung blog, di mana mereka bebas meluahkan idea,
pertanyaan atau pengalaman berkenaan dengan sesuatu komoditi atau topik.
Dengan cara ini, kami akan mendapat gambaran dan pelabgai cadangan, pendapat
dan boleh membuat beberapa perubahan di dalam proses pengeluaran.

Melalui blogging juga membolehkan sesiapa sahaja berdebat atau berdiskusi


secara 'on-the-spot'. Pengguna tidak perlu menunggu keesokan harinya untuk
membaca keratan akhbar atau majalah. Pihak pengiklanan boleh membuat
perubahan dengan segera dan memberitahu kepada pembaca mengenai sebarang
perubahan serta promosi yang ditawarkan.

Tambahan pula melalui penggunaan bloging ini, tidak ada halangan bagi
sesiapa pun untuk membuat 'post', melainkan jika menyebabkan pembaca lain
tersinggung. Melalui blog, kami akan mendapat pandangan yang berbeza dan
mengelakkan idea yang berulang-ulang daripada respon yang diterima bagi sesuatu
produk atau servis. Dengan ini juga,ia mengikut konsep demokrasi di dalam sumber
informasi.

Kami juga memilih blogging menggunakan teknik Search Engine Optimization


(SEO) dan dengan cara ini dapat membantu meningkatkan kedudukan dalam enjin
carian atau 'Search Engine'. Kos untuk servis SEO adalah di dalam anggaran antara
$5000 ke $10,000 dolar. Servis ini sedikit sebanyak meningkatkan populariti blog
kami, dengan memaparkan hasil carian untuk 'keyword' yang spesifik apabila
pengguna menaip di dalam kotak carian (search box). Oleh sebab itu, blog kami

mempunyai 'keyword' yang berulang. Ini akan menyebabkan hasil enjin carian yang
lebih positif dan meningkatkan keuntungan.
Kami memilih menggunakan teknik blogging ini untuk menyatakan atau
meluahkan kepakaran, pandangan, dan pengetahuan dengan jelas kerana ianya
merupakan alat atau 'tools' yang pantas dan mudah. Dalam pada itu, banyak syarikat
yang menyediakan tips untuk blogging secara online untuk memulakan proses
tersebut. Ia adalah mudah bagi pengunjung blog untuk melayari blog dan
memberikan idea atau pertanyaan.

Blogging juga merupakan satu medium atau cara yang murah untuk
membawa nama syarikat kami menjadi perhatian ramai. Sebagai sebuah perniagaan
kecil, kami menggunakan blog untuk menerangkan ciri-ciri produk yang hendak
dipromosikan, menjual dan untuk melakukan perbandingan di antara sesuatu produk.
Ini seterusnya dapat mengurangkan keseluruhan belanjawan dan memberi hasil
yang lebih baik di mana ia menyediakan skop untuk para pembaca atau pengunjung
blog memberi maklum balas.

Dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan produk yang berkualiti tinggi,
blog kami membolehkan kami untuk membina kepercayaan pelanggan dan konfiden
kepada syarikat kami. Ia melambangkan atau menggambarkan kredibiliti kami
sebagai

seorang

yang

mahir

dan

menjaga

reputasi

syarikat,

disamping

membolehkan pelanggan merasa selesa dan bebas untuk bergantung atau


berharap.

Mengikut kajian, mereka yang memaparkan blog atau mengunjunginya


mendapat pengalaman yang mengejutkan, melepaskan penat lelah mereka dan
mengurangkan tahap stres mereka. Blogging juga boleh memberi idea yang baru
dan meningkatkan kecekapan dalam pemahaman. Ia memberikan perspektif yang
berbeza bagi sesuatu idea, dan dengan cara ini dapat meluaskan apa yang disebut
'social spectrum'.


2.6 MASALAH PEMASARAN
Setiap perniagaan sering terdedah kepada pelbagai masalah umum sama ada
yang besar atau yang kecil. Ada masalah yang senang diselesaikan dan ada juga
yang sukar untuk diatasi. Ada perniagaan yang mengalami masalah teknikal dan ada
pula yang menghadapi masalah pengurusan, kakitangan atau pemasaran. Apabila
masalah-masalah ini gagal diatasi, kemungkinan besar perniagaan terpaksa
dihentikan.

Berdasarkan kajian saya masalah yang dihadapi oleh kami adalah kemahiran
yang terhad. Ini kerana kami baru shaja menceburi bidang ini. Tambahan pula kami
tidak mempunyai pengetahuan yang khusus mengenai perniagaan dan masalah ini
ditambah pula dengan sistem perniagaan atas talian. Dalam hal ini kami terpaksa
mempelajari selok belok perniagaan atas talian seperti urusan pemindahan wang,
transaksi, penghantaran barangan dan sebagainya.

Kami juga terpaksa mengalami prosedur penghantaran barangan yang rumit


kerana terpaksa melepasi beberapa tapisan keselamatan. Selain itu juga, kami
terpaksa menunggu transaksi dari pihak pelanggan sebelum membuat penghantaran
barangan. Perkara ini akan menyebabkan barangan yang dipesan tidak dapat
sampai mengikut masa yang ditetapkan jika terdapat masalah dalam transaksi
tersebut.

Kami juga terpaksa melayan kerenah birokrasi syarikat penghantaran yang


digunakan. Kadangkala barangan yang dihantar tidak sampai seperti yang teah
dijanjikan. Perkara ini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi kami di mata
pengguna. Perkara ini menjadi lebih teruk apabila barangan yang diterima oleh
pengguna mengalami kecacatan dan pihak kami terpaksa menggantikan barangan
tersebut atau mengembalikan semula wang kepada pengguna.

Selaian itu juga kami tidak berpengalaman dalam menguruskan perniagaan


ini.

Masalah

timbul

apabila

kami

kekurangan

modal

pusingan

disamping

menguruskan stok serta pesanan dari pelanggan. Kami juga mengalami masalah
untuk memenuhi permintaan pelanggan ekoran daripada pembuat atau tukang
senjata tidak dapat menyiapkan tempahan seperti yang dikehendaki.
Selain itu juga, kami terpaksa bersaing dengan syarikat lain yang lebih kukuh
dan menawarkan produk serta perkhidmatan yang hampir serupa. Oleh sebab kami
merupakan sebuah perniagaan yang baru, para pengguna sukar untuk menaruh
kepercayaan kepada kami. Selain itu juga, para pengguna masih sangsi dan kurang
yakin dengan pembelian secara online.

3.0

PENGHASILAN BLOG

3.1

Reka Bentuk Blog

Setiap elemen rekabentuk blog memainkan peranan yang penting

dalam

menentukan kejayaannya terutamanya bagi blog perniagaan. Blog perniagaan kami


ini

yang

bernama

mengetengahkan

dan

JAK

OTHMAN

mengaplikasikan

BLADETECH
beberapa

BROTHERHOOD
reka

bentuk

blog

telah
bagi

memjadikannya lebih menarik dan mampu mencatatkan bilangan pengunjung yang


ramai.
Elemen pertama yang terdapat di sini ialah blog kami mempunyai logo atau banner
yang besar pada header. Ini adalah penting dalam penjenamaan blog kami. Tulisan
header yang besar akan mampu mempengaruhi para pengunjung untuk mengingati
page blogger kami dan memudahkan penglihatan mereka. Selain itu, ruangan
header blog kami mempunyai ruang yang luas dan memberikan peluang kepada
para pengiklan untuk menempatkan iklan-iklan mereka.
Selain itu, ia juga mampu menarik minat para ahli korporat untuk memasarkan
produk mereka. Header ini penting bagi mewakili blog yang kami kendalikan ini dan
kami telah menjadikan header blog kami lebih besar supaya mudah dingati dan di
bookmark oleh para pelayar.

Blog yang kami hasilkan mempunyai search bar pada header blog ini. Search bar
memudahkan pembaca mencari maklumat/blogpost yang mereka kehendaki di
dalam blog kami. Bagi para pelayar mereka tidak perlu mengambil masa yang lama
untuk mencari isi kandungan blog bahkan boleh mencarinya di sini.
Selain itu, mereka juga boleh meluaskan carian mereka melalui enjin carian Google
dengan melakukan carian secara terus. Search Bar ini penting kerana sesetengah

pelayar melayari blog kita hanyalah untuk tujuan tertentu dan kami menyedarinya
untuk memudahkan mereka melayari blog kami dengan lebih selesa.
Seterusnya pada bahagian content ataupun entri, kami meletakkan SOCIAL SHARE
BUTTON. Bagi setiap blog yang baik mempunyai sekurang-kurangnya satu social
share button. Minimum yang perlu ada pada setiap entri adalah butang Facebook
Like. Tentang kedudukan social share button ini adalah sangat subjektif, ada yang
berpendapat bahawa social share jenis scrolling adalah terbaik kerana mendapat
maximum exposure daripada pembaca dan ada juga berpendapat ianya perlu
diletakkan di hujung entri untuk memudahkan pembaca mengkongsikan entri
tersebut setelah mereka selesai membaca. Social share button yang bukan jenis
scrolling juga tidak menyesakkan pandangan atau mengganggu pembacaan entri.

Selaras dengan arus perkembangan media masa kini terutamanya Facebook, para
pengunjung boleh terus berkongsi pembacaan mereka di blog ini dengan rakanrakan di Facebook, Tweeter Google+ dan sebagainya.

Archieve dan juga category ini amat penting di dalam blog. Kami telah meletakkanya
di sebelah kanan blog dan ianya memainkan peranan penting dalam perniagaan. Ini
kerana bagi para pengunjung yang baru melayari blog ini, pastinya mereka tercaricari tujuan dan kandungan blog yang menarik untuk dibaca. Selain itu, mereka juga
boleh mengetahui minat dan kecenderungan pemilik blog. Para pengunjung ini boleh
mengetahui senjata-senjata dan alatan bela diri terbaru melalui susunan entri dan
juga pautan di sebelah kanan.

Reka bentuk blog yang dihasilkan ini juga adalah untuk kemudahan para
pengunjung. Memandangkan para pengunjung blog kami adalah terdiri dari pelbagai
lapisan masyarakat, maka kami berperanan untuk memberikan keselesaan kepada
mereka dengan menyediakan pautan, tab yang mudah untuk dilihat dan dicapai oleh
para pengunjung.

3.2

Tema Blog

Kami menggunakan template yang ringkas bagi memudahkan pengguna melayari


blog kami serta memberi kemudahan dan keselesaan ketika melayari blog kami
sesuai dengan ciri sebuah blog berunsur ilmiah disamping membuat jualan secara
atas talian.
Tema seni bela diri yang kami ketengahkan ini memberi peluang kepada semua
pengunjung untuk melayari blog ini tanpa perlu risau dan setiap pautan dan juga
kategori dapat dicari dan diklasifikasikan dengan baik. Tema yang tidak komplek
tatami lebih kepada keselesaan dan penerimaan. Blog yang bertemakan perniagaan
dan perkongsian ilmu seperti ini tidak memerlukan tema yang terlalu menonjol dan
tidak memerlukan muzik latar. Ini kerana blog ini adalah untuk tujuan perniagaan
Selain itu, para pengunjung yang bertandang di blog ini bukanlah dating dari
kelompok yang sama. Tema kesederhanaan ini amat sesuai untuk semua. Para
pengunjung muda mungkin tiada masalah apabila melibatkan saiz tulisan. Namun
ianya akan mendatangkan masalah sekiranya pengunjung yang lebih berumur
mengunjungi blog ini dan tulisan yang agak kecil akan mendatangkan masalah
kepada mereka. Tidak terlalu banyak gadget-gadget yang digunkan bagi memberi
ruang privacy dan keselesaan kepada pengunjung.
Warna yang digunakan juga adalah tidak terang dan menyerlah supaya para
pengunjung boleh melakukan pembacaan dalam masa yang lama tanpa merisaukan
masalah sakit mata, silau dan sebagainya

3.3

Kandungan Blog

Pada laman utama blog kami, kami telah sediakan satu panel yang akan membawa
pengunjung kepada page atau muka yang mereka kehendaki atau ingin tahu. Terdapt tujuh
page pada panel tersebut:
1. Home : Butang ini akan membwa pengguna pada bila bila masa ke laman utama
yang akan memaparkan pos terbaru
2. Introduction : Butang ini akan membawa pengguna kepada pengenalan Jak
Othman Bladeteh Brotherhood serta kata kata aluan daripada Prof.Jak Othman.
3. Kerambit : Butang ini membawa pengguna kepada pengenalan kepada senjata
kerambit yang turut mengandungi video demonstrasi serta maklumat yang berkaitan
dengan kerambit
4. Belati : Butang ini membawa pengguna kepada pengenalan kepada senjata belati
yang turut mengandungi video demonstrasi serta maklumat yang berkaitan dengan
belati.
5. Seminar/class : Butang ini akan membawa pengguna kepada page yang
mengandungi maklumat mengenai seminar dan kelas yang akan diadakan serta
mengandungi maklumat yang berkaitan.
6. Blade Shop : Butang ini membawa pengguna kepada koleksi senjata dan barangan
yang ingin dijual dan mengandungi maklumat barangan dan harga.
7. Contact Us : Butang ini akan membawa pengguna kepada page yang mengandungi
meklumat untuk menhubungi wakil jualan, pengelola seminar dan kelas serta
cawanagn yang tardapat di beberapa tempat.

Di sebelah kiri pula terdapat gambar yang berkaitan dengan seminar dan senjata yang dijual.
Manakala di bawah gambar tersebut pautan yang mengandungi maklumat penulis blog. Di
bahagian tengah pula, terdapat pos yang terbaru dipaparkan.dan disusun mengikut pos
terbaru terletak di atas sekali.

Di bahagian kanan pula, terdapat box yang tertulis other sites, di bahagian ini terdapat link
kepada blog atau laman sesawang lain yang berkaitan dengan seni bela diri dan senjata
tradisional.di bahagian bawah pula, terdapat blog archive iaitu seperti garis waktu yang
menunjukkan aktiviti blog ini.

Dalam blog kami juga, terdapat informasi berkaitan dengan senjata tradisional seperti
kerambit, kapak kecil dan belati. Selian dapat membeli barangan yang dijual dan
perkhidmatan yang terdapat dalam blog ini, pengguna juga boleh meliahat koleksi gambar

senjata. Ada antara senjata yang terdapat dalam gambar ini tidak dijual oleh mana mana
peniaga kerana ia sememangnya merupakan senjata yang diwarisi dari nenek moyang lagi.

3.4

Pembezaan Blog

Pembezaan yang paling ketara dalam blog ini adalah kerana ia merupakan sebuah
blog yang sebenar dan berfungsi secara keseluruhannya. Selain itu juga, kami telah
mendapat kerjasama dari Professor Jak Othman iaitu pengasas dan Ketua Jurulatih Jak
Othman Kickboxing & Martial Arts Studio JOKMAS. Beliau merupakan salah seorang dari
Ahli Senat Asia Pacific Open University of Martial Arts.

Selain itu juga, melalui blok kami, kami menawarkan jualan barangan serta perkhidmatan
secara serentak. Konsep ini diguna pakai kerana kami beranggapan bahawa sesiapa yang
ingin dan memiliki senjata pasti ingin mempelajari seni serta cara mengaplikasikan senjata
tersebut. Kami juga beranggapan bahawa sesiapa yang telah mengikuti seminar atau kelas
juga ingin memiliki senjata yang telah dipelajari sama ada sebagai hiasan atau untuk
pertahanan diri.

Dlam blog ini juga, turut dumuatkan dengan kandungan video demonstrasi dari jurulatih
supaya pengguna lebih tertarik untuk terus meneroka blog ini.

3.5 NILAI TAMBAH


Blog dan perniagaan yang dijalankan ini adalah merupakan perniagaan sebenar dan
bukanlah sekadar memenuhi kehendak kerja kursus. Blog ini menerima pertanyaan,
komen dan maklum balas yang positif daripada pengunjung-pengunjung blog ang
telah melayarinya.
Profesor Jak Mohamad adalah seorang tokoh ilmu seni bela diri dan beliau
merupakan jurulatih bertauliah dalam ilmu seta peralatan senjata.

Beliau telah

kembali ke Malaysia dan telah melatih kami menggunakanalat dan senjata ini, dan ini
menimbulkan minat kami untuk menjalankan perniagaan ini. Selain itu, kami juga
berasa terharu kerana Profesor Jak Mohamad sudi bekerjasama dengan kami dan
meminta sausara Syahidan Aziz untuk mebina satu blog khas untuk beliau. Dengan
kesempatan itu, kami mengambil peluang meminta kebenaran beliau untuk membina
blog ini.
Selain menjual alatan, blog ini juga turut memberikan teknik-teknik bela diri dan
pertahanan. Turut disertakan dalam blog ini adalah maklumat mengenai seminar dan
kursus seni bela diri yang disampaikan sendiri oleh Profesor Jak Mohamad.