Anda di halaman 1dari 2

8.

CADANGAN KAJIAN TINDAKAN


Melalui dapatan kajian ini, didapati penggunaan kaedah Kawan Kecil & Kawan

Besar dalam membundar nombor bulat telah memberikan kesan yang positif dalam
membantu murid tahun 2 meningkatkan penguasaan dalam membundar nombor.
Justeru itu, saya ingin mencadangkan beberapa kajian yang boleh dilakukan
seterusnya.
Cadangan yang pertama ialah memperkenalkan kaedah Kawan Kecil & Kawan
Besar sebaik sahaja murid mula belajar pembundaran nombor. Ini penting untuk murid
mempunyai asas yang baik berkenaan dengan konsep pembundaran nombor seperti
kedudukan nilai tempat yang terdekat dan juga perlu tambah satu ataupun tidak.
Dengan pengenalan awal menggunakan kaedah ini juga, murid akan seronok untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan bahan bantu mengajar
yang menarik dan mudah untuk difahami.
Cadangan saya yang kedua ialah memperkenalkan kaedah Kawan Kecil &
Kawan Besar kepada murid-murid yang sederhana dan juga murid-murid yang
berkebolehan tinggi. Kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar merupakan kaedah yang
memudahkan pemahaman murid dalam pembundaran nombor seterusnya membantu
murid membundar dengan mudah dan cepat tanpa memerlukan masa yang lama. Oleh
itu, dengan memperkenalkan kaedah ini kepada semua murid, murid-murid akan lebih
faham dan lebih mudah dalam menjawab soalan pembundaran nombor.
Cadangan saya yang seterusnya ialah menggunakan kaedah Kawan Kecil &
Kawan Besar dalam membundar nombor yang mempunyai nilai tempat lebih besar

seperti ribu dan puluh ribu. Kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar sangat sesuai untuk
digunakan dalam pembundaran tidak kira nilai tempat. Konsep penggunaan kaedah ini
dalam membundar nombor mudah untuk difahami dan sangat sesuai untuk
menyelesaikan soalan membundar tidak kira berapa nilai tempat sekalipun. Ini kerana,
kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar menekankan murid untuk melihat nilai tempat
yang ingin dibundar sebagai contoh, puluh ribu yang terdekat. Apabila nilai tempat yang
ingin dibundar sudah dikenal pasti, penentuan Kawan Kecil & Kawan Besar dapat
dibuat dengan melihat nombor di sebelah kanannya. Apabila sudah menambah 1 atau
0, bergantung dengan nombor sama ada tergolong dalam Kawan Kecil atau Kawan
Besar, nombor tersebut akan menjadi kosong. Begitu juga dengan nombor-nombor
yang seterusnya.
Akhir sekali, adalah diharapkan agar dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan
kepada para guru untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran matematik di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai