Anda di halaman 1dari 22

HBEF3203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2015

HBEF3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI

<820713025392001>

NO. KAD PENGNEALAN

<820713-02-5392>

NO. TELEFON

<012-5859056>

E-MEL

<nor.aziah1982@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PP SUNGAI PETANI>

HBEF3203

ISI KANDUNGAN

BIL
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN

MUKA SURAT
2

2.0 PEMBINAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN


2.1 Contoh Jadual Penentuan Ujian

3-4
5

3.0 TATACARA ATAU KAEDAH PEMBINAAN


JADUAL PENENTUAN UJIAN

6-7

4.0 ANALISIS PEMBINAAN ITEM

8-9

5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN ITEM


KERTAS 1 (SOALAN ANEKA PILIHAN)

9-15

6.0 PEMBINAAN SEMULA ITEM BARU

15-18

7.0 RUMUSAN

19

8.0 RUJUKAN

20

HBEF3203

1.0

PENGENALAN

Jadual Penentuan Ujian merupakan jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari
segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan setiap konstruk, konteks,
pemberatan setiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. Pengubalan sesuatu
kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan
sukatan pelajaran, yang merangkumi kompenen pengtahuan, kemahiran dan sikap seperti
yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji
dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran. Menurut Hale (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu
dilakukan oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item
ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil.
Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JPU adalah carta dua hala yang
mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta tersebut
menyenaraikan

objektif-objektif

pengajaran,

sementara

baris

carta

ini

pula

menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Oleh itu, pengubalan
kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan terlebih dahulu menyediakan JPU,
diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum
item ujian itu ditadbir. JPU akan menjadi panduan kepada guru mengenai sukatan
pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.

HBEF3203

2.0

PEMBINAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN

Jadual Penentuan Ujian menyenaraikan aras-aras kemahiran yang diuji dalam sebuah
ujian iaitu sama ada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Taksonomi Bloom ialah satu panduan yang diguna dalam JPU dimana guru-guru
mengarahkan soalan-soalan kepada murid-murid mengikut penyoalan aras rendah kepada
penyoalan aras tinggi. Kesemua tahap perlu diberi penekanan. Dengan itu, guru
seharusnya memberi ruang supaya terdapat soalan untuk setiap tahap. Pembinaannya juga
sangat bergantung pada isi pelajaran. Sesetengah tajuk mempunyai lebih banyak isi
daripada tajuk lain. Oleh itu, lebih banyak butiran perlu disediakan untuk tajuk tersebut.
Rasionalnya ialah perwakilan isi penting untuk meningkatkan kesahan penilaian. JPU
seharusnya mengandungi data yang berikut, iaitu jumlah soalan bagi setiap kandungan,
tahap kemahiran dan jenis soalan.
TAHAP

ISTILAH
Nyatakan, terangkan,

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hokum,

namakan, labelkan

Pengetahuan
tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Kefahaman
Mengubah fahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk
yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri,

Pilih, terangkan, tulis

menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah

semula

draf.
Aplikasi

Selesaikan, ramalkan,

(Penggunaan) menggunakan maklumat dalam situasi yang baru,

cari kesilapan, bina

termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah,

alat

hukum, teori, formula. Bina graf daripada data dan lain-lain.


Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan

Bezakan, pasti, pilih

fakta daripada pendapat, kaitan kenal diantara bahagian kenali


struktur organisasi.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri,
3

Bina, hasilkan, susun,

HBEF3203

menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat


klasifikasi.
Penilaian

kembangkan
Pilih, berikan, alasan,

Membuat pertimbangan terhadap memberi rasional atas alasan

kritik, buktikan

dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.


Rajah 1 : Peringkat-Peringkat Taksonomi Bloom
Secara umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk membina dua set item ujian :
item aras rendah (menguji pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) dan item beraras tinggi
(menguji analisis, sintesis dan penilaian). Adalah penting mengambil perhatian bahawa
item beraras tinggi bukanlah item sukar. Sebenarnya, item beraras tinggi berkehendakkan
calon menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks atau beraras tinggi
berbanding dengan item beraras rendah. Aras item atau kemahiran yang dipilih akan diuji
harus

padan

dengan

objektif

ujian

dan

perkembangan

kognitif

pelajar.

Walaubagaimanapun, item-item yang menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi


digalakkan.

2.1

Contoh Jadual Penentuan Ujian

JADUAL PENENTUAN UJIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014


4

HBEF3203

HBEF3203

Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.

Topik
Nombor
Penambahan
Penolakan
Pendaraban
Pembahagian
Operasi
Bergabung
Pecahan
Perpuluhan
Peratus
Wang
Masa dan Waktu
Panjang
Timbangan Berat
Isipadu Cecair
Purata
Bentuk & Ruang
3 Dimensi
2 Dimensi

17. Graf
Jumlah

3.0

Numerical Literasi
1

Grafik

Cerita

1
1

1
1
1
1

1
1
1
1
1
1

2
1
2
1
1
1
1
1

2
1

2
16

1
1
1
2
2
2
1
1

Jumlah
2
1

Catatan
Senang Sederhana Susah
1
1
1

1
1

1
1

5
2
3
4
4
4
3
2
2
2
2

12

2
40

2
1
2
2
1
1

1
12

TATACARA ATAU KAEDAH PEMBINAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN


(JPU)

Terdapat 4 langkah pembinaan Jadual Penentuan Ujian. Antaranya ialah :


3.1

Mengkaji sukatan pelajaran

Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat
yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran
perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara
aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan
6

2
1
1
1
1
1
1
1

12

1
1
1
1
1
2
1
1
2

3
2
16

HBEF3203

yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan
diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu
untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa
pengajaran yang diperuntukkan masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut.
3.2

Menganalisis objektif pengajaran

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini
dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji.
Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu
diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang
dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas
adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk
menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan
penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu
paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah
paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga
adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan
soalan.
3.3

Menentukan jenis soalan

Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita
seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk,
peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi
pengajaran dan tahap kecedasan murid.
3.4

Menentukan bilangan soalan

HBEF3203

Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah
penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama,
sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan
sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada
kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira
masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran,
panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.

4.0
4.1

ANALISIS PEMBINAAN ITEM


Analisis pembinaan item mengikut panduan menulis soalan objektif

Item aneka pilihan dikatakan lebih mudah dan skornya juga lebih senang dikendalikan
daripada soalan esei tetapi adalah agak susah dari segi menjawab dengan betul tanpa
mengetahui keperluan pengetahuan sebenar dari soalan. Namun, soalan item aneka
pilihan merupakan jenis soalan yang sukar untuk dibina. Item aneka pilihan mempunyai
tiga kompenan asas iaitu :

HBEF3203

4.1.1

Stimulus

Adalah maklumat khusus dimana item itu didasarkan dan berbentuk teks, grafik, jadual,
perbualan dan lain-lain lagi.
4.1.2

Stem

Adalah bahagian yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat
tidak lengkap, soalan dan lain-lain lagi.
4.1.3

Pilihan / Opsyen

Adalah perkara-perkara yang diberikan sebagai pilihan jawapan dan biasanya berbentuk
angka, simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain lagi. Kompenen ini mengandungi
dua fungsi iaitu :
a)

Kunci bagi pilihan betul atau terbaik

b)

Pengganggu atau distraktor yang bertujuan untuk mengganggu pelajar dari


jawapan sebenar.

Stem

Pilihan/Opsyen
Kunci B
Pengganggu A, C dan D

Stimulus

HBEF3203

Rajah 2 : menunjukkan komponen asas bagi soalan 12


5.0

KEKUATAN DAN KELEMAHAN ITEM KERTAS 1 (SOALAN ANEKA


PILIHAN)

5.1

Kekuatan

i)

Pokok soalan ditulis dalam bentuk pertanyaan atau ayat tidak

Dalam kertas peperiksaan ini, terdapat beberapa soalan yang ditulis dalam bentuk
pertanyaan dan ayat yang tidak lengkap. Soalan seperti iniakan merangsang minda murid
untuk memberi perhatian yang berlebihan kepada pokok soalan dalam bentuk pertanyaan
dan ayat yang tidak lengkap. Jika memerhatikan item soalan 4 (rujuk rajah 3), pokok
soalan diberi dalam bentuk pertanyaan memudahkan murid-murid memahami kehendak
soalan. Manakala, item soalan 8 (rujuk rajah 4), pokok soalannya ditulis dalam ayat yang
tidak lengkap. Dengan ini, murid akan difahamkan bahawa mereka perlu mencari nilai
yang yang tidak diberi dalam ayat matematik tersebut
10

HBEF3203

Rajah 3 : menunjukkan item soalan 4

Rajah 4 : menunjukkan item soalan 8


ii)

Arahan jelas dan mudah difahami

Arahan soalan ditulis dalam bahasa yang mudah. Murid dapat memahami kehendak
soalan. Jika bahasa yang digunakan tidak difahami oleh murid, mereka akan menghadapi
masalah dalam menjelaskan pengetahuan mereka. Ini adalah kerana murid hanya
memahami bahan ujian tetapi tidak memahami kehendak soalan.

Arahan yang
diberi dalam
soalan ini jelas
dan mudah
difahami
Rajah 5 ; menunjukkan item soalan 5
11

HBEF3203

iii)

Soalan dan semua jawapan ditulis secara padat, jelas dan tidak berbungabunga

Setelah dianalisis semua item soalan 1 hingga 40, maka dibuktikan bahawa semua soalan
dan jawapannya ditulis padat dan tidak menggunakan perkataan berbunga-bunga. Secara
ringkasnya, item-itemnya hanya mengandungi komponen yang asas (stimulus, stem dan
pilihan/opsyen) sahaja.
iv)

Jawapan disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun supaya wujud
suatu sistem susunan jawapan pilihan

Semasa menganalisis pembinaan item dalam kertas peperiksaan ini, didapati ada jawapan
pilihan yang disusun dari nilai kecil ke besar dan ada juga soalan dimana jawapan
pilihannya disusun dari nilai besar ke kecil.

Rajah 6 : menunjukkan item soalan 3


5.2

Kelemahan

i)

Susunan jawapan tidak sama seperti item-item yang lain

Saya juga mendapati item soalan , susunan jawapannya (opsyen ABCD) tidak sama
seperti item-item yang lain.

12

HBEF3203

Rajah 7 : menunjukkan item soalan 8


Oleh itu, semasa murid-murid menjawab soalan ini, ada murid yang tersilap
menghitamkan jawapan yang salah di kertas OMR. Sebagai cadangan untuk memperbaiki
kesilapan begini, guru harus mengikuti susunan yang sama untuk semua item. Dengan
ini, dibuktikan bahawa pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk
yang sama untuk menghasilkan soalan peperiksaan yang berkualiti.
ii)

Taburan jawapan tidak disusun secara rawak

Dalam pembinaan item objektif, penyediaan taburan jawapan perlu dibuat secara rawak
supaya tidak mengikuti sesuatu sistem tertentu. Hal ini kerana murid-murid dapat meneka
jawapan jika jawapan betul mempunyai pola atau urutan tertentu. Berdasarkan analisis
kertas peperiksaan tersebut, saya dapati taburan jawapan tidak disusun secara rawak
tetapi bilangan jawapan bagi pilihan A, B, C dan D adalah sama rata seperti yang
ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Pilihan
A
B
C
D
Jumlah

Jawapan Betul
10
10
10
10
40

Rajah 8 : menunjukkan jadual taburan jawapan

13

HBEF3203

Contohnya, item soalan 31 hingga 33 mempunyai pilihan jawapan yang sama iaitu A.
Taburan jawapan sebegini mungkin mengakibatkan murid-murid meneka jawapan yang
betul atau menimbulkan perasaan kurang yakin terhadap pilihan jawapan mereka sendiri.
Soalan yang dikenalpasti :

31.

Sebuah bas bertolak dari Alor Setar pada jam 2035. Bas itu tiba di Ipoh
selepas 4 jam. Pada jam berapakah bas itu tiba di Ipoh ?

32.

A. Jam 0120

C.

Jam 0100

B. Jam 0115

D.

Jam 0035

Rajah menunjukkan bil yang tidak lengkap yang menunjukkan tiga jenis
barangan yang dibeli oleh Pn. Shanty.
Kuantiti
2 kg
4 botol
3 kotak

Jenis Barang
Bawang
Syampu
Sabun

Harga seunit
Harga
RM 1.90
RM 11.50
RM 13.95
Jumlah
Pn Shanty membayar dengan sekeping wang kertas RM100. Berapakah
baki wangnya ?

33.

A. RM 8.35

C.

RM 90.65

B. RM 9.35

D.

RM 91.65

A. 3945 m

C.

4.09 cm

B. 4.9 cm

D.

409 mm

4 km 180 m =

14

HBEF3203

iii)

Pokok soalan berbentuk negatif tidak dihitamkan

Dalam kertas peperiksaan ini, saya mendapati salah satu soalannya iaitu item nombor 9
perkataan kecuali tidak ditulis dalam huruf besar, dihitamkan atau digariskan. Hal ini
mungkin menyebabkan murid cuai untuk melakukan kesilapan atau tidak memahami
kehendak soalan. Oleh itu, para Pembina item soalan perlu peka terhadap soalan sebegini
dan menghitamkan perkataan yang berbentuk negatif.
Soalan yang dikenalpasti :
9.

iv)

Berikut adalah jenis-jenis prisma kecuali


A.

C.

B.

D.

Perkataan sepunya diulang-ulang dalam setiap jawapan

Pembina item perlu elakkan mengulangi perkataan yang sama dalam setiap jawapan.
Contohnya, perkataan unit ukuran ml boleh ditulis dalam soalan. Dalam kertas
peperiksaan ini, ada beberapa item soalan yang menepati syarat ini dan ada juga item
soalan yang tidak mengikuti prinsip yang diberi.

Soalan yang dikenalpasti :


15

HBEF3203

25.

Sebuah bekas boleh diisi dengan 6 gelas air yang berisipadu 425 ml.
Berapakah isipadu bekas tersebut?
A.
B.

2440 ml
2450 ml

C.
D.

2540 ml
2550 ml

Rajah 9 : menunjukkan item soalan 25


6.0
i)

PEMBINAAN SEMULA ITEM YANG BARU


Susunan jawapan tidak sama seperti item-item yang lain

Jawapan hendaklah disusun sama seperti item-item yang lain seperti rajah di
bawah :
8.

ii)

426 355 71 =
A

62

602

6 005
60 002

Taburan jawapan tidak disusun secara rawak


31.

Sebuah bas bertolak dari Alor Setar pada jam 2035. Bas itu tiba di Ipoh
selepas 4 jam. Pada jam berapakah bas itu tiba di Ipoh ?
C. Jam 0120

C.

Jam 0100

D. Jam 0115

D.

Jam 0035

16

HBEF3203

32.

Rajah menunjukkan bil yang tidak lengkap yang menunjukkan tiga jenis
barangan yang dibeli oleh Pn. Shanty.
Kuantiti
2 kg
4 botol
3 kotak

Jenis Barang
Bawang
Syampu
Sabun

Harga seunit
Harga
RM 1.90
RM 11.50
RM 13.95
Jumlah
Pn Shanty membayar dengan sekeping wang kertas RM100. Berapakah
baki wangnya ?

33.

C. RM 8.35

C.

RM 90.65

D. RM 9.35

D.

RM 91.65

C. 3945 m

C.

4.09 cm

D. 4.9 cm

D.

409 mm

4 km 180 m =

Pilihan jawapan hendaklah disusun secara rawak seperti rajah di bawah :


31.

Sebuah bas bertolak dari Alor Setar pada jam 2035. Bas itu tiba di Ipoh
selepas 4 jam. Pada jam berapakah bas itu tiba di Ipoh ?
A. Jam 0120

C.

Jam 0100

B. Jam 0115

D.

Jam 0035

17

HBEF3203

32.

Rajah menunjukkan bil yang tidak lengkap yang menunjukkan tiga jenis
barangan yang dibeli oleh Pn. Shanty.
Kuantiti
2 kg
4 botol
3 kotak

Jenis Barang
Bawang
Syampu
Sabun

Harga seunit
Harga
RM 1.90
RM 11.50
RM 13.95
Jumlah
Pn Shanty membayar dengan sekeping wang kertas RM100. Berapakah
baki wangnya ?

33.

iii)

A. RM 91.65

C.

RM 9.35

B. RM 90.65

D.

RM 8.35

A. 4.09 km

C.

4.9 cm

B. 3945 m

D.

409 mm

4 km 180 m =

Pokok soalan berbentuk negatif tidak dihitamkan


9.

Berikut adalah jenis-jenis prisma kecuali


C.

C.

D.

D.

18

HBEF3203

Perkataan yang negatif perlu dihitam seperti rajah di bawah :

9.

iv)

Berikut adalah jenis-jenis prisma KECUALI


A.

C.

B.

D.

Perkataan sepunya diulang-ulang dalam setiap jawapan


25.

Sebuah bekas boleh diisi dengan 6 gelas air yang berisipadu 425 ml.
Berapakah isipadu bekas tersebut?
C.
D.

2440 ml
2450 ml

C.
D.

2540 ml
2550 ml

Dalam item soalan 25, soalannya diubahsuai di mana unit ukuran diberi bersama
soalan seperti rajah di bawah. Dengan ini, murid lebih senang untuk memilih
jawapan dengan hanya membanding jawapan sahaja dan unit ukuran tidak akan
menjadi pengganggu.
25.

Sebuah bekas boleh diisi dengan 6 gelas air yang berisipadu 425 ml.
Berapakah isipadu bekas tersebut?
E.
F.

2440
2450

C.
D.

19

2540
2550

HBEF3203

7.0

RUMUSAN
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu

ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu
ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item atau
soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting. JSU yang
lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian dan pembina
item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan
menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat
mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan
pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras
kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang
berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang
dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara
satu ujian dengan ujian yang lain.
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang
ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian.
Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi
komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini
dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan
dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas.
Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU).
JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san
pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan
20

HBEF3203

set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan
dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan
soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.
BAHAN RUJUKAN
1. Assoc Prof. Dr. Rohani Ahmad Tarmizi. (2009). SBEM3403 Measurement and
Evaluation in Mathematics (7th.ed) . Seri Kembangan, Selangor : Meteor
Doc.Sdn.Bhd.
2. Bhasah Abu Bakar. (2007). Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.
Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
3. Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysi. (2002).
Penilaian Kendalian Sekolah.
5. Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan dalam Pengukuran dan
Penilaian. Pusat Pembangunaan Akademik Bangi : Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
6. https://www.scribd.com/doc/95553954/HBEF3203-Pengukuran-Penilaian-DalamPendidikan
7. http://kemahiranhidupsk.blogspot.com/2011/07/tugasan-oum-semester-2hbef3203.html

21

Anda mungkin juga menyukai