Anda di halaman 1dari 19

HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI : REALITI DAN CABARAN

PENDAHULUAN
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi
maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya
menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan
kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat
sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia
bertambah mudah dengan segala kecanggihan ini. Namun, dalam manusia leka
dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah
diwarnai oleh pelbagai bencana dan kemelut yang hampir semua bidang kehidupan
sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunca dari
kecanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia .
Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses
globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang
menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik
kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita menyaksikan kemelut
kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular,
terrorisrne global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi
manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik kehidupan
manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia .
Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak
zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol,
kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar
penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula
menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah
membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain
terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke
seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau
disebut sebagai hegemoni Barat.Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat
ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk
menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang
paling dahsyat apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai
negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas
dendam secara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu
keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.
BAB 1 : PENGENALAN HEGEMONI BARAT
1.2 DEFINISI HEGEMONI
Istilah hegemoni berasal daripada istilah yunani,hegeisthai (to lead). Konsep
hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena
terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak pengusasa.
Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa maksud
pengaruh atau pengusaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh
atau dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik,ekonomi,
sosial,budaya,ketenteraan, pendidikan, pendidikan,perundangan dan sebagainya.
Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok
terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga ideaidea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang
didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni,

kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didomnasi


untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan
(kelompok yang berkuasa).
Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi
kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi
hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak
yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa
1.2 SEJARAH RINGKAS TAMADUN BARAT
Tamadun eropah atau dikenali sebagai tamadun Barat telah dibahagikan oleh
sejarawan kepada tiga zaman utama ,iaitu Zaman Purba yang merujuk kepada
tamadun Yunani dan Romawi ,Zaman Pertengahan yang bermula pada sekitar 400M
hingga 1600M dan Zaman Moden selepas tahun 1600M ,yang kemudiannya
menyaksikan kebangkitan Revolusi Sains di barat .Manakala di Zaman Pertengahan
telah di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu Zaman Pertengahan Awal yang
disebut juga sebagai Zaman Gelap eropah dan Zaman Pertengahan Tengah atau
disebut juga Zaman Kemajuan Eropah dan Zaman Renaissance .Terdapat juga ahli
sejarah mengatakan Zaman Gelap diakhiri pada 800M. Selepas Zaman Gelap
muncul pula Zaman Pertengahan Tengah yang disebut juga sebagai Zaman
Kemajuan, kerana pada waktu itu Eropah telah mula mengalami pembangunan
intelektual yang pesat hasil kemasukan pengaruh ilmu-ilmu dari tamadun Islam di
Timur. Zaman pembangunan intelektual ini telah menjadi tapak asas kepada
tercetusnya Zaman Renaissance pada sekitar 1450M. Zaman Renaissance ini benarbenar telah mengubah corak penghidupan masyarakat Eropah kepada kemajuan
intelek yang begitu tinggi, secara agak drastik hinggalah ke hari ini.
1.3 ZAMAN KEBANGKITAN TAMADUN BARAT
1.3.1 PENGENALAN ZAMAN RENAISSANCE
Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tertutup dari sudut ekonomi ,politik
dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja .Rakyat pula pada ketika
itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan .
Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman belaku perubahan sikap
dan membuka minda serta membawa fahamn baru .
1.3.2 PENGERTIAN RENAISSANCE
Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau
menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap
pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains , sastera dan seni
klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika
itu.
Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14
sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak
ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.
1.3.3 PROSES PENYALURAN ILMU DARI TAMADUN ISLAM KE TAMADUN BARAT DI
ZAMAN PERTENGAHAN
Sebelum bermulanya proses kemasukan ilmu dari tamadun Islam ke tamadun Barat
di Eropah, masyarakat barat masih berada di zaman kegelapan, mundur dalam
dalam segala aspek kehidupan dan berada pada tahap paling rendah martabat

inteleknya. Pada zaman itu, di Eropah terdapat hanya cebisan-cebisan daripada


pemikiran Romawi,,dilonggokan semuanya dalam susunan tulisan-tulisan Martinus
Capella, Bede, Isodoe dan juga teknik tertentu, yang terselamat daripada pupus
kerana luas edarannya. Pengajian pada masa itu hanya berkisar di ilmu
gereja;gospel yang termaktub dalam Bible, wajib diterima bulat-bulat tanpa
sebarang persoalan dan pertikaian. Manakala tokoh intelek pada zaman tersebut
tidak kreatif dan tidak menyumbang idea asli. Mereka ini kebanyakannya menjadi
penyusun idea-idea yang telah sedia ada daripada tamadun Yunani. Mereka ini
kebanyakkannya terdiri daripada kalangan kelompak gereja dan penganut pagan
yang belum menerima ajaran Kristian. Antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti St.
Augustin (351-430), seorang pendeta Kristian yang agak terbuka dan terkenal
dengan sumbangannya dalam ilmu kemanusiaan secara am dan Boethius (480524), seorang tokoh intelek pagan yang masyhur.
BAB 2 : PENGENALAN GLOBALISASI
2.1 Definisi globalisasi
Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai
definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang
dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan
dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita
yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi
gaya hidup dan budaya.
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara
Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang
udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai
maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi
seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini
memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain
dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan
globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi
segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh
seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik
bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal.
Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan
sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah
dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang
pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi
menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan

dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.


Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu,
ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi
saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis
globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat
nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan
forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor
Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam
menyahut panggilan globalisasi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan
gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi
yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan.
Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan
lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.
2.2 Sejarah globalisasi
Banyak sejarawan yang menyebut globalisasi sebagai fenomena di abad ke-20 ini
yang dihubungkan dengan bangkitnya ekonomi internasional. Padahal interaksi dan
globalisasi dalam hubungan antarbangsa di dunia telah ada sejak berabad-abad
yang lalu. Bila ditelusuri, benih-benih globalisasi telah tumbuh ketika manusia mulai
mengenal perdagangan antarnegeri sekitar tahun 1000 dan 1500 M. Saat itu, para
pedagang dari Tiongkok dan India mulai menelusuri negeri lain baik melalui jalan
darat (seperti misalnya jalur sutera) maupun jalan laut untuk berdagang
Fasa selanjutnya ditandai dengan dominasi perdagangan orang islam di Asia dan
Afrika. Orang islam membentuk jaringan perdagangan yang antara lain meliputi
Jepang, Tiongkok, Vietnam, Indonesia, India, Persia, pantai Afrika Timur, Laut
Tengah, Venesia, dan Genoa. Di samping membentuk jaringan dagang, kaum
pedagang islam juga menyebarkan nilai-nilai agamanya, nama-nama, abjad,
arsitek, nilai sosial dan budaya Arab ke warga dunia.
Fasa selanjutnya ditandai dengan eksplorasi dunia secara besar-besaran oleh
bangsa Eropah. Sepanyol, Portugis, Inggeris, dan Belanda adalah pelopor-pelopor
eksplorasi ini. Hal ini didukung pula dengan terjadinya revolusi industri yang
meningkatkan keterkaitan antarbangsa dunia. berbagai teknologi mulai ditemukan
dan menjadi dasar perkembangan teknologi saat ini, seperti komputer dan internet.
Pada saat itu, berkembang pula kolonialisasi di dunia yang membawa pengaruh
besar terhadap kebudayaan di dunia.
Semakin berkembangnya industri dan kebutuhan akan bahan baku serta pasar juga
memunculkan berbagai perusahaan multinasional di dunia. Di Indonesia misalnya,
sejak politik pintu terbuka, perusahaan-perusahaan Eropah membuka berbagai
cabangnya di Indonesia. Freeport dan Exxon dari Amerika Syarikat, Unilever dari
Belanda, British Petroleum dari Inggeris adalah beberapa contohnya. Perusahaan
multinasional seperti ini tetap menjadi ikon globalisasi hingga saat ini.
Fasa selanjutnya terus berjalan dan mendapat momentumnya ketika perang dingin
berakhir dan komunisme di dunia runtuh. Runtuhnya komunisme seakan memberi
pembenaran bahawa kapitalisme adalah jalan terbaik dalam mewujudkan
kesejahteraan dunia. Implikasinya, negara-negara di dunia mulai menyediakan diri

sebagai pasar yang bebas. Hal ini didukung pula dengan perkembangan teknologi
komunikasi dan transportasi. Hasilnya, sekatan-sekatan antara negara pun mulai
kabur.
BAB 3- REALITI HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI KINI
3.1 Media
Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai
alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat
menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di
seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana
negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam.
Yang jelas, media massa kapitalis di Barat dan sosialis di Timur telah mempengaruhi
sepenuhnya media-massa media-massa yang ada di dalam masyarakat Islam dan
Arab. Merekalah yang menerbitkan program-program di negara Islam sama ada
yang dapat ditonton, didengar dan mencetaknya untuk dibaca. Program-program
yang menyebarkan kejahatan, memberi galakan untuk melakukan jenayah,
menimbulkan keraguan terhadap akidah dan menghancurkan akhlak dan nilai-nilai
yang murni.
Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya
menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya,
agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan
meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan
dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Manakala Hollywood pula merupakan
pengeksport komoditi hiburan terbesar dunia. Amerika Syarikat memperoleh
pendapatan melalui perkembangan ini sebanyak 20 bilion ( US dolar ) dan 70%
adalah langganan luar Amerika Syarikat iaitu dari negara-negara dunia ketiga.
3.2 Ekonomi
Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang
diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada
penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada
kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu
perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek
ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada
mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan
terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi
tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang
boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.
Dalam globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal
terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan
saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benarbenar menyebarkan globalisasi dan menguasai ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan
Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
3.3 Politik
Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan
penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala

maklumat. Hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa


buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung
menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pada hari
ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia,
United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.
Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa
sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain,
Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri
mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa
besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan
dan militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet
Union, Arnerika Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak
boleh ditandingi.
3.4 Sosial
Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan
pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang
mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan
lain-lain dari Barat ke dunia luar. Antara cabaran globalisasi yang perlu
diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu
persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio-budaya
sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi
mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.
Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi
sosio-budaya. Golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama
globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional.
Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini
secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara
bulat budaya hidup barat.
noorhistory.blogspot.com/.../hegemoni-barat-dan-globalisasirealiti.h... - Cached
Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesankesan globalisasi budaya di bawah :
(1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan
semakin popular di seluruh dunia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca
Cola, Pepsi tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia.
(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan
fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti
Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini, Levis
menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya.
(4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta
dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Masyarakat dunia hari ini juga lebih
terdedah kepada budaya yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya
hidup barat.
(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black
metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan Disneyland juga diadakan di
luar Amerika.

3.5 Agama
Barat, telah melaungkan slogan sekular yang telah membataskan agama dan
menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama dalam usaha
memperbaiki, merubah, membawa kemajuan atau tamadun. Konsep-konsep akidah
dan pemikiran telah berubah di kalangan umat Islam sehingga kemulhidan telah
berkembang di tengah-tengah kesesatan dan kekufuran mereka.
Islam Liberal sudah pun difatwakan sesat dan bercanggah dengan syariat Islam.
Akhir-akhir ini pelbagai salah faham terhadap syariat Islam sengaja digembargemburkan oleh golongan Islam Liberal yang kuat berpegang kepada ideologi
sekular-liberal dan humanisme anjuran Barat. Golongan Islam Liberal ini mengakui
berpegang kepada ajaran Islam tetapi Islam yang dibawa oleh mereka adalah Islam
yang beracuan pemikiran semata-mata berteraskan ideologi Barat.
Sister In Islam (SIS) dikaitkan dengan fahaman Islam Liberal seawal bulan Disember
2002 setelah SIS terlibat secara langsung dalam usaha menubuhkan badan antara
agama yang mempunyai kuasa undang-undang menyeru kepada kebebasan
beragama. SIS juga dikaitkan dengan fahaman Liberal ini apabila sekumpulan
aktivis hak asasi manusia yang diketuai oleh SIS sendiri telah melancarkan kempen
Anti Kawalan Moral terhadap pihak berkuasa agama dan kerajaan tempatan ekoran
tindakan para penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
menahan lebih 100 orang pengunjung kelab malam Zouk di Kuala Lumpur.
1.4 REALITI-REALITI YANG MENGKRITIK DUNIA BARAT
Bukan sahaja para sarjana Barat mahupun Islam yang mengkritik tamadun Barat,
bahkan realiti dan fakta-fakta ilmiah juga turut mengkritik peradaban Barat secara
majazi. Fakta-fakta tersebut juga mewakili keruntuhan tamadun Barat dan
membuktikan secara jelas, bahawa Barat sememangnya sudah kehilangan
kemanusiaan bahkan sudah jauh dari fitrah manusia.
Terlebih dahulu, fakta-fakta yang terlalu banyak yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf AlQaradhawi (di dalam buku beliau, Al-Islam Hadharah Al-Ghad,) mengenai
kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat Barat, sudah cukup untuk
membuktikan betapa dunia Barat hari ini menuju kehancuran (terutamanya dalam
aspek kemanusiaan).
Beliau menyimpulkan bahawa, keburukan dan kesan buruk tamadun moden,
tergambar dari beberapa sudut iaitu: keruntuhan akhlak, kemusnahan keluarga,
kegelisahan jiwa, kecelaruan akal dan jenayah yang berleluasa.
Mari kita susuli satu persatu gambaran-gambaran yang dibentangkan oleh Prof. Dr.
Yusuf Al-Qaradhawi, mengenai keburukan yang dibawa oleh tamadun Barat.
1.Keruntuhan Akhlak
Dinyatakan dalam laporan tersebut bahawa malapetaka bom atom dan rasa takut
yang bakal menimpa dan meruntuhkan umat manusia adalah satu alasan yang
menyebabkan para remaja mengambil prinsip hidup untuk bersenang-senang
merasai kelazatan (hedonisme), suatu prinsip kelazatan yang tidak menghormati
agama dan ilmu. Ia tidak memperkirakan ikatan keluarga ataupun tanggungjawab
sosial. Peraturan yang berjalan sekarang mencari dan terus mencari kenikmatan

hidup tanpa jemu.


Hal ini amat tepat. Jika disingkap, kehidupan sosial masyarakat Barat,
sememangnya hiburan-hiburan menjadi pilihan utama para remaja Barat. Artis-artis
hiburan turut didewakan sehingga menjadi idola para remaja. Bahkan, nyanyian dan
lagu-lagu yang diperkenalkan oleh artis-artis hiburan turut membahawa kepada
budaya-budaya tertentu.
Dalam bidang hiburan, budaya-budaya seperti rock, hip hop, trasher, rap, malah
punk, dan sebagainya menjadi acuan remaja-remaja dan artis-artis. Mereka saling
memperjuangkan budaya-budaya dan imej mereka sehinggakan (kadang-kalanya)
terjadi pertentangan dan pergaduhan sesama kumpulan budaya-budaya yang
berlainan.
Dalam bidang sosial umum pula, budaya-budaya seperti punk, hip-hop, skin head,
hippies, neo-nazi, mafia, gangster dan sebagainya tersebar meluas. Lebih
menyebabkan masyarakat Barat tertekan ialah, golongan yang berbudayakan
budaya-budaya tersebut sebenarnya berkait rapat dengan kegiatan jenayahjenayah yang berlaku di sekitar mereka
Golongan tersebut seolah-olah menentang hak asasi manusia, walaupun mereka
hidup di negara-negara yang memperjuangkan hak asasi manusia (iaitu negaranegara Barat). Keganasan seolah-olah menjadi rutin harian mereka.
Secara umum pula, masyarakat Barat terdedah dengan gejala seks yang bebas.
Para lelaki dan wanita saling bertukar pasangan dan budaya melahirkan anak luar
nikah merupakan suatu kebiasaan. Bagi ibubapa yang mendapat tahu anak
perempuannya melahirkan anak luar nikah, merekalah yang akan tolong
menjaganya tanpa sebarang kejutan atau memberi teguran.
2.Kemusnahan Keluarga
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menukilkan pebagai penyelewengan yang berlaku di dalam
insititusi kekeluargaan masyarakat Barat, di dalam buku beliau. Penyelewenganpenyelewengan tersebut adalah seperti menjual anak, tuntutan nafkah kaum lelaki
daripada kaum wanita yang lebih kaya daripada mereka (hasil persamaan hak yang
dituntut oleh kaum feminisme), ibu sewaan, menghindari kelahiran (tak mahukan
anak), pengguguran anak, menentang konsep perkahwinan, perkahwinan sejenis,
keluarga tanpa bapa (untuk pasangan lesbian), dan sebagainya.
Beliau turut mengemukakan fakta-fakta yang amat mengejutkan kita, yang
bertentangan dengan fitrah manusia dan tradisi masyarakat Timur. Dalam kajian
juga, tamadun Barat sebenarnya turut bertanggungjawab dalam melahirkan
jenayah-jenayah dalam rumahtangga.
Jelaslah bahawa, di negara-negara Barat khususnya, keluarga bukan lagi satu
tempat yang menjamin kesejahteraan, bahkan boleh jadi suatu tempat di mana
keganasan bermula. Tambahan pula, apabila bapa-bapa terlibat dengan arak dan
dadah, dan mereka akan melepaskan tindakan yang kejam dalam keadaan mabuk
di dalam rumahtangga mereka.
3.Kegelisahan Jiwa
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi seterusnya membentangkan kes-kes berkenaan jiwa
masyarakat Barat yang amat tertekan dan gelisah. Di samping membentangkan isuisu kegelisahan masyarakat Hollywood, belau juga turut mendedahkan bahawa,
kelahiran golongan hippies dan vagabond juga merupakan natijah permberontakan
jiwa masyarakat Barat terhadap tamadun materialistik yang dibina di Barat.
Beliau turut mendedahkan bagaimana kebanyakkan daripada artis-artis Barat yang
mengalami kegelisahan jiwa, walaupun berada dalam alam populariti. Hal ini jelas
terzahir pada kehidupan artis-artis yang terkenal seperti Garetta Garbo, Brigita

Bardot (artis Perancis), Marlyn Monroe, Kurt Cobin dan sebagainya.


4.Kecelaruan akal
S.W Peres menegaskan bahawa, satu daripada setiap dua puluh dua penduduk kota
New York harus dimasukkan ke dalam rumah sakit mental dari masa ke semasa.
Prof. Alex Carel mengatakan bahawa: Yang menghairankan, penyakit mental lebih
banyak daripada semua pesakit lain secara keseluruhan.
Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa, minda masyarakat yang disaluti oleh
perkembangan ilmu pengetahuan, sebenarnya dilanda kekusutan. Bahkan, penyakit
mental menjadi penyakit utama masyarakat Barat. Bukankah mereka merupakan
bangsa yang bangga dengan pencapaian mereka dalam ilmu pengetahuan? Tetapi,
dalam masa yang sama, mereka melahirkan begitu banyak orang-orang yang sakit
mental?
Bukan sahaja pesakit mental, bahkan ramai dikalangan masyarakat Barat yang
terdedah dengan gangguan mental. Kebanyakkan daripada mereka cenderung
untuk melakukan jenayah tanpa rasa bersalah.
33% daripada golongan lelaki (Barat) mengakui bahawa, jika mereka dapat lepas
daripada ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka akan melakukan jenayah rogol.
[24] Bahkan, 51% daripada mahasiswa-mahasiswa yang menuntut di kolej-kolej
mengakui bahawa, jika mereka yakin dapat lepaskan diri, sudah tentu mereka akan
lakukan jenayah rogol.[25]
Inilah corak minda yang lahir daripada mentaliti masyarakat Barat yang terdedah
dengan pelbagai bentuk keganasan bahkan terdedah dengan keinginan untuk
melakukannya. Inilah yang paling membahayakan sesebuah tamadun manusia,
yang akhirnya mengembalikan manusia ke alam hutan dengan jenayah-jenayah
mereka.
5.Jenayah dan Ketakutan
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi turut mendedahkan fakta-fakta mengenai ketakutan
masyarakat Barat terhadap jenayah yang berlaku di sekitar mereka.
4 daripada 10 penduduk merasa bahawa mereka menjadi sasaran pembunuhan,
serangan, kecurian dan perogolan. 52% daripada warga bandar-bandar hidup dalam
ketakutan sepanjang masa. Ketakutan turut dirasai oleh 41% daripada warga
bandar-bandar kecil dan 31% daripada warga pingiran kampung. 52% daripada
responden masyarakat Barat menyimpan senjata untuk membela diri mereka.
Apa yang mereka takutkan? Mereka begitu takutkan jenayah-jenayah yang
berleluasa di sekitar mereka. Namun, gambaran mengenai jenayah yang diberikan
oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1979.
sedangkan, kini sudah masuk ke alaf baru (2005). Adakah jenayah-jenayah yang
didedahkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menurun pada sepuluh tahun terakhir ini
(1995-2005)?
Kes rogol di Barat khususnya Amerika amat membimbangkan masyarakat dunia.
Sehinggakan, laporan ada menyebut: Dalam suatu kajian, 13% daripada
perempuan-perempuan Amerika yang berumur 18 tahun ke atas, pernah
melaporkan bahawa, mereka pernah dirogol sekurang-kurangnya sekali. (Kilpatrick
et al,1992, p.i)
Bahkan, dalam satu statistik umum, 1871 wanita dirogol setiap hari. Lebih malang
lagi laporan menyatakan bahawa, jenayah rogol merupakan jenayah yang paling
banyak yang tidak dilaporkan oleh masyarakat Barat. Hanya 16% sahaja daripada
kes rogol yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Pada 2001, sebanyak 248 250
kes rogol dan jenayah seksual dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Bayangkan, jika 248 250 kes, hanya merupakan 16% daripada jenayah rogol yang

berlaku, yang dilaporkan, berapakah sebenarnya kadar jenayah rogol yang berlaku
dalam masyarakat Barat!!! Ya, jenayah rogol di Barat telah mencecah lebih jutaan
kes pada hakikatnya, pada setiap tahun.
Setiap 2 minit, seorang wanita dirogol di US. 72 daripada 100 000 orang wanita
dirogol setiap tahun. 45% daripada perogol-perogol, merogol dalam keadaan
mabuk. 47% mangsa mengalami kecederaan yang teruk setelah dirogol. 80%
daripada wanita yang dirogol berusia 30 tahun ke bawah.
Di institusi-intitusi pengajian pula (kolej-kolej), 25% daripada mahasiswi-mahasiswi
pernah menjadi mangsa rogol. 8.5% daripada mahasiswa-mahasiswa pernah
dipaksa untuk melakukan hubungan seks (tetapi tidak dianggap sebagai kes rogol).
47% daripada kes-kes rogol itu berpunca daripda temujanji.[32]
Dalam laporan laman web yang lain, dikatakan bahawa: setiap 6 saat, seorang
perempuan dirogol di Amerika Syarikat. Bahkan, seorang daripada 4 orang
mahasiswi-mahasiswi di institusi-institusi pengajian yang pernah dirogol atau
hampir-hampir dirogol. Menurut sebuah laman web yang lain (mengenai kes rogol di
Barat), http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm, kes
rogol turut melibatkan orang-orang yang rapat dengan mangsa bahkan ahli
keluarga mangsa sendiri.
Dalam tahun 1992-1993, 5.4 juta perempuan dilaporkan menjadi mangsa jenayah,
termasuklah 500 000 kes rogol atau keganasan seksual. 29% daripada keganasan
terhadap wanita tersebut dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai kaitan
dengan si mangsa, samada suami, bekas suami, teman lelaki mahupun teman
lelaki.
503 485 perempuan mendakwa bahawa diri mereka diekori oleh kenalan-kenalan
rapatnya dalam keadaan mencurigakan, di Amerika. 76% daripada laporan
keganasan terhadap wanita secara fizikal mahupun seksual, melibatkan bekas
suami, pasangan, teman temu janji atau teman lelaki.

BAB 4 : CABARAN GLOBALISASI DAN HEGEMONI BARAT TERHADAP


UMAT ISLAM
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan
manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka; agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Ar-Rum 30:41)
4.1 CABARAN DALAMAN
4.1.1 Ketaatan kepada syara dan sistem pentadbiran
Gerakan Islam ialah suatu yang membawa kepada taat akan Allah s.w.t. dan
syariatnya. Apabila taat kepada tanzim melebihi taat kepada Allah swt dan syariat
akan membawa kepada kebinasaan dan bahaya kerosakan yang amat besar.
Taat itu hanya wajib kepada Allah swt dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
kebaikan (maruf). Seseorang muslim itu wajib taat kepada Allah swt, Rasul serta
ketua yang tidak menyuruh kepada kemaksiatan. Ini memberikan kepada kita satu
kaedah taat kepada ketua atau pemimpin itu ada had dan batasnya. Sabda
Rasulullah saw : Tiada ketaatan kepada makhluk yang menyuruh kepada

kemaksiatan.
Terdapat perbezaan yang besar di antara sistem demokrasi dan syariat Allah swt.
Demokrasi merupakan hukum pada manusia manakala hukum Islam (syariat) itu
hukum pada sisi Allah swt.
4.1.2 Pergolakan di Kalangan umat Islam
Fenomena ini amat jelas seali sehinggakan ia menjadi sebab utama kepada
kejatuhan Islam. Berlakunya perselisihan pendapat yang mana masing-masing
mengatakan pendapatnya adalah benar, tiada sikap tolak ansur, tolong menolong
dan bantu membantu di antara umat Islam.
Dari sehari ke sehari umat Islam hanya sibuk dengan pertelingkahan sesama
sendiri. Hanya mengikut hawa nafsu. Tiada lagi pegangan pada ajaran Islam, tiada
lagi bersifat sebagai seorang Islam. Tanpa mereka sedari inilah sebab kenapa umat
Islam dibunuh dengan mudah.
Sebab-sebab Yang Membawa Kepada Perpecahan
a) Pentadbiran hanya mengikut peredaran zaman dan tidak lagi berpandukan
kepada Al-Quran dan sunnah.
b) Sesetengah generasi baru umat Islam yang tidak melihat kepada sejarah Islam.
c) Tiada tindakan bagi memastikan corak pemerintahan (Qiadi) dijaga dan dijadikan
panduan kepada generasi-generasi baru.
d) Tiada kesatuan dalam pemikiran dan gerak kerja.
e) Adanya perasaan bangga diri dalam diri masing-masing. Segala yang diutarakan
di anggap betul dan perlu diterima oleh semua orang. Firman Allah Taala :
Dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih
mengetahui. (Surah Yusuf : 76)
4.1.3 Kelemahan Aspek Kewangan
Harta merupakan sumber kekuatan kepada satu-satu gerakan Islam. Tanpa
kewangan yang mencukupi, gerakan Islam tidak akan dapat menjalankan segala
aktiviti dan perancangannya akan tergendala.
Harta dan wang ringgit kadang-kadang menjadi sebab kepada fitnah dalam gerakan
Islam apabila disalahgunakan.
Bila mana pengetahuan tentang agama kurang, pegangan akidah yang goyah, ia
mudah mempengaruhi umat Islam. Begitu juga dengan para pendakwah Islam.
Apabila kurang pentarbiyahan dalam hati dan jiwa, penyalahgunaan kuasa akan
berlaku. Lantaran itu akan merosakkan barisan petugas.
Berapa ramai di kalangan pemimpin Islam yang tidak terpengaruh dengan
kekayaan dunia ini. Kebanyakan berlakunya kejatuhan negara-negara Islam ini
disebabkan oleh pemimpinnya yang hanya mementingkan diri sendiri.
Kesudahannya umat Islam ditindas dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Mereka
tidak merasa malu dan bersalah di atas tindakan yang dilakukan asalkan apa yang
di inginkan tercapai.
Kesimpulannya kekuatan ekonomi boleh membawa kepada kebangkitan Islam dan
keruntuhan Islam.
4.2 CABARAN LUARAN
4.2.1 Perancangan Yahudi dan Freemason
Yahudi berkata di dalam protokol mereka: Kita mesti bekerja untuk merosakkan
akhlak di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai.

Sesungguhnya Frued adalah daripada kalangan kita. Beliau akan terus


membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun
yang dianggap suci pada pandangan pemda. Hasilnya ialah memuaskan kehendak
nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu, akan runtuhlah akhlak mereka
Yahudi adalah orang yang mendokong teori Nietche yang melenyapkan akhlak dan
mengharuskan bagi manusia melakukan semua perkara yang boleh membawa
kepada kepuasan. Di antara apa yang dikatakan oleh Frued, seorang Yahudi dari
Austria: Manusia hendaklah berusaha memuaskan nafsu dengan cara
merungkaikan ikatan akhlak dan halangan daripada masyarakat yang
menghalangnya daripada bebas melakukan itu semua. Oleh kerana itu, Yahudi
telah mendokong teori Frued untuk mengalihkan perhatian pemuda ke arah
memuaskan syahwat dan fahaman mengharuskan semua perkara.
4.2.2 Perancangan Penjajah dan Salibiah
Seorang pemimpin penjajah telah berkata: Gelas arak dan pelacur amat
berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang
dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu tenggelamkanlah mereka ke dalam cintakan
kebendaan dan syahwat.
Paderi Zeumer telah berkata pada satu muktamar pendakwah Kristian yang
diadakan di Baitul Maqdis: Kamu telah mewjudkan di negara Islam satu generasi
yang tidak mempunyai hubungan dengan Allah. Dengan itu lahirlah generasi yang
mengikut apa yang dikehendaki oleh penjajah. Mereka tidak menghiraukan agama,
cintakan kerehatan dan menjadi malas. Seluruh keinginan di dunia dicari sematamata untuk memenuhi kehendak syahwat. Apabila mereka belajar, mereka belajar
kerana syahwat. Mereka menduduki pangkat yang tinggi adalah untuk mencapai
tuntutan syahwat.
Perancangan penjajah Salibiah ini adalah semata-mata bertujuan untuk mengalih
perhatian pemuda-pemuda Islam daripada medan jihad dan mempertahankan
Islam. Dengan itu mereka tidak akan berfikir untuk berusaha ke arah mencapai
kemuliaan dan keagungan.
4.2.3 Perancangan Komunis dan Aliran Materialisme
Dengan membiarkan umat Islam sibuk dengan hiburan dan pementasan daripada
menghayati aqidah Uluhiyah. Apabila ditanya kepada Karl Marx: Apakah ganti
kepada aqidah Uluhiyah? Beliau menjawab, Gantinya ialah hiburan dan
pementasan.
Apakah anda mengetahui erti hiburan dan pementasan wahai para pemuda apabila
ia digunakan untuk meruntuhkan aqidah dan akhlak?
Di antara perancangannya lagi ialah memalingkan generasi Islam daripada Islam
dengan menggunakan novel, majalah, akhbar dan lain-lain. Penganut komunis telah
berkata di dalam dokumen rahsianya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh staz
Akad di dalam bukunya Islam dan Komunis: Kita telah berjaya menyebarkan
unsur-unsur yang merosakkan agama di dalam masyarakat beragama yang terdiri
daripada novel, hiburan, pementasan, kursus-kursus, akhbar, majalah dan
karangan-karangan yang menyebarkan fahaman tidak bertuhan dan menyeru ke
arahnya, menghina dan memperolok-olokkan pejuang agama dan menyeru ke arah
sains semata-mata serta menjadikannya sebagai tuhan..
Adakah anda mengetahui wahai para pemuda apakah yang telah dilakukan oleh
akhbar, majalah, novel dan hiburan dalam usaha menghapuskan iman,
meruntuhkan akhlak dan menyebarkan akhlak yang buruk di seluruh negara

Islam....?
BAB 5 : PENUTUP
5.1 STRATEGI MENGHADAPI CABARAN
Persoalan yang perlu dibincangkan ialah bagaimana kita menghadapi cabaran yang
mencengkam ini.Dalam hal ini semua pihak mempunyai peranan yang perlu
dimainkan sebaik mungkin. Antara cadangan strategi yang boleh dikemukakan ialah
:
5.1.1 Menggunakan peluang
Umat Islam mestilah mengelakkan diri daripada terus berkonfrontasi dengan
barat.Pada masa yang sama kita mesti memperhebat usaha-usaha dakwah bilhal
dan dialog antara agama. Islam terbukti berkembang dengan positif selepas
perjanjian Hudaibiyah berbanding ketika perang sedang memuncak dan ini
merupakan bukti bahawa suasana aman adalah prasyarat terhadap perkembangan
dakwah yang pesat.
5.1.2 Memperkasa Martabat Ulama dan sarjana
Pemerintah memberi kebebasan dan hak membuat kajian,menulis dan
menyampaikan ilmu dengan bebas dan bertanggungjawab.Nasib ulama dan
intelektual di dunia islam amat memilukan sehinggakan ramai yang menjadi buruan
pemerintah kerana lantang memperjuangkan kebenaran dan keadilan.Akibatnya
ramailah ulama dan intelektual yang bisu dalam pengertian tidak berani menegur
pemerintah kerana ketakutan.
5.1.3 Mengeratkan hubungan 3 U (ulama ,umarak ,ummah)
Sejarah perkembangan islam telah membuktikan bahawa apabila hubungan padu
antara ulama dan umara menjadi erat dan kental,maka kerajaan akan bertambah
kuat, ummah akan terbela, negara akan menjadi aman dan damai.Di Alam melayu
sejarah kerajaan Islam Samudera Pasai,Melaka dan Aceh membuktikan bahawa
wujudnya kesalingan ini telah menjadikan kerajaan tersebut menjadi pusat
perkembangan Islam yang paling penting dan berpengaruh pada abad 14 hingga ke
17.Sebalik nya pula sebaik sahaja ulama dan umara tidak bersatu,ummah tidak
terbela ,negara akan hancur samada kerana perpecahan dalaman akibat serangan
luar atau itimpa bala bencana.
5.1.4 Memperbaiki Sistem Pendidikan.
Pihak kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan dasar dan sistem pendidikan
negara memandangkan sistem pendidikan adalah saluran terpenting untuk
mendidik masyarakat.Kerajaan perlu kembali kepada falsafah pendidikan Islam
yang lebih komprehensif .Realiti masyarakat hari ini menunjukkan seolah-olah ada
sesuatu yang tidak kena dalam sistem pendidikan negara.Sistem pendidikan kita
juga dilihat lebih bercorak exam-oriented daripada menumpukan pemikiran, yang
meliputi aspek kekreatifan dan daya cipta seseorang pelajar .
5.2 PERANAN GENERASI MUDA
Sukarno, seorang pemimpin karismatik dan pemidato hebat daripada Indnesia
pernah berkata, Berikan aku sepuluh orang pemuda nescaya akan aku gegarkan
dunia ini. Sukarno dikatakan seorang pemimpin yang cukup berjaya dalam era
revolusi. .Saidina Umar Al-Khattab,Khalifah Islam yang kedua pernah mengimpikan
lahirnya ramai generasi muda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah,Khalid Al-Walid,Saad
Bin Abi Waqas,Ali Abi Talib untuk membantunya mendaulatkan kalimah suci Allah di
atas muka bumi ini. Dua tokoh di atas menggambarkan keinsafan seorang
pemimpin yang berfikiran futuristic tentang nasib agama dan bangsanya

sendiri.Mereka menyedari betapa pentingnya pemuda dalam sistem sosial


manusia.Bagaimana dengan kita?Pernahkan kita berfikir tentang nasib negara kita
satu atau dua dekad akan datang?Bagaimana kualiti kepimpinannya?Siapakah yang
akan memimpin dan mampukah mereka?
Generasi muda pada hari ini menghadapi desakan yang hebat dan mencabar
kemampuan diri mereka untuk berdiri teguh dengan identiti sendiri . Cabaran ini
didorong oleh banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaran
zaman itu sendiri. Dunia hari ini amat berbeza sekali berbanding beberapa dekad
lalu. Pada hari ini, dunia yang kita diami dikenali dengan 'perkampungan sejagat'
atau 'global village'. Mengibaratkan sebuah dunia yang besar ini sebagai sebuah
perkampungan adalah gambaran realiti peredaran zaman yang sedang didepani
belia Islam hari ini. Hal ini menuntut generasi muda mempersiapkan diri sebaik
mungkin dari aspek kerohanian,keilmuan, dan kemahiran hidup. . Generasi muda
yang kita harapkan adalah generasi yang mampu membentuk arus globalisasi akan
datang bukan hanyut mengikut arus globalisasi yang dibentuk oleh musuh agama.
Sejarah telah menyediakan para pemuda contoh yang berjaya membentuk arus di
zaman mereka. Antaranya ialah :
1. Jundub Bin Janadah (Abu Dzar Al-Ghiffari)
2. Usamah Bin Zaid
3. Zainab Al-Ghazali
4. Muhammad Bin Murad (Sultan Muhammad Al-Fateh)
5. Ashaabul kahfi
Mereka adalah generasi ulul albab yang memacu perubahan dan kegemilangan
zaman mereka. Generasi Ulul Albab inilah yang dinantikan dan diimpikan oleh umat
sepanjang zaman.Generasi ini merupakan generasi yang menekankan aspek zikir,
fakir, dan amal soleh kepada Allah . Mereka memiliki ilmu yang luas,penglihatan
yang tajam, otak yang cerdas, hati yang lembut,lidah yang basah mengingati Allah
dan bersemangat serta berdaya juang yang tinggi dalam menegakkan agama Allah
di muka bumi.Ia di anggap sebagai pemimpin umat yang sentiasa berjuang
menegakkan keadilan ,membanteras kezaliman dan menyelesaikan permasalahan
umat serta kompeten sepanjang masa.
Terdapat istilah lain selain ulul albab yang bertujuan untuk melahir dan
mengembalikan kegemilangan Islam antaranya ialah Jiilun Nasr. Istilah ini
diperkenalkan oleh Professor Dr. Yusof Qaradawi yang bermaksud generasi
kemenangan.Generasi yang dibina melalui kekuatan roh dan jasad, kemudian
menjadi binaan yang kukuh yang tidak boleh dirungkaikan lagi.Terdapat 10 ciri
kecemerlangan yang terkandung dalam Jiilun Nasr iaitu :
1. Cita-cita besar para Muslah (pengubah)
2. Generasi yang terdiri daripada muslimin dan muslimat
3. Generasi yang percaya kepada reality dan ilmu
4. Generasi amal dan membina jamaiy
5. Generasi Rabbani dan ikhlas
6. Generasi yang bernasabkan islam
7. Generasi dakwah dan jihad
8. Generasi gagah dan agung
9. Generasi seimbang dan sederhana
10. Awwabun dan Tawwabun (sentiasa kembali ke jalan Allah dan
memperbanyakkan taubat)

Generasi ulul albab sebeginilah yang wajar dianggap sebagai generasi


harapan,yang mempunyai kepelbagaian watak iaitu pemikir, cendekiawan,
pembimbing, intelektual,dan pemimpin berwatak glokal yang mampu
mengembalikan kegemilangan dan memakmurkan sekalian alam. Kecemerlangan
umat banyak bergantung kepada generasi seperti ini.Golongan muda adalah pelapis
yang akan membawa obor Islam selepas golongan tua tiada.Setiap organisasi dan
institusi menjadi bermasaalah apabila ketandusan pelapis.Jesteru fokus perlu
diberikan kepada mereka.
5.3 KESIMPULAN
Melalui apa yang telah diperbincangkan dalam bab-bab ini dan sebelum ini jelaslah
bahawa kehidupan bertamadun dalam konsep globalisasi sentiasa menghadapi
pelbagai bentuk cabaran. Namun bukanlah satu ketetapan bahawa barat akan
selamanya menguasai arus globalisasi tanpa ada peluang pada tamadun lain untuk
mendominasi.Segalanya bergantung kepada diri masing-masing.Firman Allah s.w.t
telah menjelaskan bahawasanya yang bermaksud :
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah)
sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui
(Surah Al-Anfaal : ayat 53)
Marilah kita berharap agar suatu ketika nanti akan mucul generasi ulul albab.
Generasi harapan ini dikatakan bakal mengembalikan kegemilangan dan
kemakmuran yang dilimpahi rahmat dan berkat dariNya.Harapan bukan sekadar
mimpi.Harapan juga bukan satu ilusi malah harapan yang disulami dengan
gagasan,berpaksikan kepada keimanan, berupaya mengubah diri, membangkitkan
motivasi,mencetuskan inspirasi, menjelmakan realiti dan merapatkan hubungan
dengan Ilahi.
Setiap insan yang mengaku diri mereka pemuda, tidak wajarlah bagi mereka untuk
mengharapkan orang lain kerana mereka lah sebenarnya generasi yang diharapkan.
Maka azam perlu ditanam, langkah perlu diatur, tindakan perlu di mulakan.Siapa
tahu barangkali andalah pelakar sejarah dunia seterusnya.Membentuk arus
globalisasi yang baru,yang memenuhi keperluan insani, mengubah islamophobia
kepada hegemoni Islam ke alam sarwa jagat, mencabar hegemoni barat yang
merosakkan. Baik pemuda hari ini,baik lah generasi akan datang. Insafilah sejarah
wahai pemuda..Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud Sabda Rasulullah s.a.w:
Islam bermula dalam keadaan dagang,ia akan kembali
dagang.Beruntunglah orang yang berpegang dengan islam ketika ia dagang.hadith riwayat Muslim.
mfrstudio.board-realtors.com/t3-apakah-itu-globalisasi - Cached
Apakah globalisasi?
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara
Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang
udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai

maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi


seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini
memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain
dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan
globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi
segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh
seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik
bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal.
Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan
sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah
dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang
pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi
menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan
dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.
Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu,
ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi
saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis
globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat
nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan
forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor
Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam
menyahut panggilan globalisasi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir &
gaya bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain. Globalisasi yang
diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya
globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena
globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.
Lodge (1993) mendefinisikan globalisasi sebagai:
"... a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is
accelerated by technology, which is driven by only a few hundred multinational
corporations and may be harmful to the environment. There in lies the conundrum
of whether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations, or
might it not make more sense to seek greater involvement from the global
community.
Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap:
(A) Ekonomi

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan


perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan
berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti
ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat di lihat melalui perluasan
perusahaan melampaui sempadan negara .
Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap.
* Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti diluar
sempadan nasional dan meliputi eksport,import dan penghasilan bukan mentah.
* Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan
aktivitinya di berbagai negara.
* Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai satu.
Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara
global.
Di samping perdagangan bebas, globalisasi ekonomi juga boleh dikaitkan dengan
perkembangan syarikat-syarikat korporat di dunia. Syarikat-syarikat korporat juga
menuju ke arah globalisasi. Telekom Malaysia Berhad juga mempunyai matlamat ke
era globalisasi iaitu menjadi Syarikat bertaraf dunia "world class
telecommunications"
Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap
(B) Teknologi
Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi.
Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada hari ini
yang mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju. Era globalisasi yang
sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang
lebih ketara dalam bidang teknologi.
Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi
maklumat dan komputer. Bill gates (1996), peneroka bidang komputer yang
terkenal, dapat memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia .
Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia
memerlukan tindakan segera pembangunan sumber manusia untuk memberi
latihan, pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan
sebagainya.Kehidupan manusia semakin banyak bergantung kepada komputer dan
teknologi di era globalisasi hari ini
Pembangunan sumber manusia menjelang tahun 2000 akan mencapai nisbah
tenaga manusia saintifik dan teknologi yang lebih tinggi daripada sekarang iaitu
kira-kira 1000 bagi setiap sejuta penduduk di Malaysia .
Pengetahuan dan kemahiran pula akan berorientasikan gabungan disiplin teknikal,
statistik dan berasaskan komputer. Gabungan disiplin ini akan melengkapkan
tenaga manusia masa hadapan untuk mengendalikan teknologi baru dan yang akan
muncul seperti teknologi pembuatan berautomasi, bahan-bahan terbaru, bio-

teknologi, elektronik dan teknologi maklumat.


Di samping itu, kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan ditumpukan ke arah
menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi komputer.
Langkah kerajaan Malaysia membina Lebuh Raya Multi Media , Universiti Multi
Media dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Berelektronik yang kita telah maklum
sekarang adalah langkah yang bijak untuk persediaan tenaga manusia yang akan
menggunakan teknologi maklumat dalam tugas-tugas harian dan juga dalam
kehidupan seharian nanti di dalam era globalisasi.
Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap
(C) Kebudayaan sebuah negara
Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat
atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu
sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar
atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah
banyak berubah dan menuju globalisasi.
Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada dalam
bentuk globalisasi.
Budaya Makan
Makanan Jepun sudah ada di Amerika. Makanan Amerika pula semakin popular di
JepunMc Donald mempunyai 10,500 restoran di 50 buah negara di dunia Kentucky
Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,750 restoran di 58 buah negara.
Budaya Fesyen
Antara jenis fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah seperti : seluar
Jean Levi, Pierre Cardin (pakaian perempuan), Yves Saint Laurent, pakaian sukan
Esprit dan pakaian Laura Ashley.
Budaya Kerja
Syarikat pengeluaran di era globalasasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari
negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Esprit - di mana ketua grafiknya dari
Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali.
Budaya Muzik dan Hiburan
Muzik Jazz dan disco telah menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland
juga diadakan di negara di luar Amerika , seperti di Jepun dengan panggilan Tokyo
Disneyland (1987) dan di Marne-la-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland
(1992).

Budaya Bahasa
Pada masa ini, bahasa Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan secara
global. Sekarang terdapat satu bilion manusia yang bercakap dalam bahasa
Inggeris dan pada tahun 2000 jumlah tersebut meningkat kepada 1.5 bilion.
Kesimpulan
Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang
berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran Berdasarkan beberapa aspek globalisasi
yang telah dibicarakan dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini atau di abad ke-21
sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum
pernah berlaku di abad yang lalu. Cabaran globalisasi dan implikasi terhadap
ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan mempunyai kesan yang negatif dan
positif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara
positif dan membina untuk kemajuan diri,keluarga,agama,bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai