Anda di halaman 1dari 1

Selain itu, murid-murid juga boleh menunjukkan rasa sayang akan sekolah dengan cara

mematuhi peraturan sekolah. Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah kerana peraturan yang
disediakan adalah untuk mendidik mereka supaya berdisiplin dan menjadi insan yang sempurna.
Mereka tidak boleh menganggap peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah untuk menyekat
kebebasan mereka sebagai orang muda. Jangan sesekali mengatakan peraturan sekolah itu adalah
untuk menyekat jiwa remaja mereka daripada melakukan sesuatu yang mampu memenuhi tuntutan
remaja. Mereka perlu menganggap peraturan yang disediakan adalah untuk membina jati diri murid
supaya mampu mendepani cabaran apabila keluar daripada institusi persekolahan nanti. Saya
berpendapat sedemikian kerana peraturan yang dirangka oleh pihak sekolah sebenarnya adalah untuk
memudahkan pengurusan murid dan mengelakkan mereka terlibat dengan salah saku disiplin sehingga
boleh menjejaskan proses pembelajaran mereka di dalam kelas. Sebagai contoh, jika pelajar bergaduh
di asrama dan kes tersebut tersebar di akhbar, sudah tentu murid tersebut akan dikenakan tindakan
disiplin seperti gantung persekolahan atau buang sekolah. Oleh itu, murid-murid perlu mematuhi
peraturan supaya nama baik sekolah dapat dijaga sekali gus menunjukkan rasa sayang pada sekolah.

Anda mungkin juga menyukai